Tuesday, January 11, 2011

Saya seorang yg penakut!!

Sekarang banyak betul cerita-cerita hantu disajikan kepada kita kan. Tak kira filem mahupun drama di TV. Seisi rumah saya mesti layan kebanyakan cerita2 hantu yang ada tayang kat TV tu kecuali SAYA.

Sebab saya ni PENAKUT ke???



Tapi kalau sekadar cerita hantu lawak2 macam Jgn Pandang Belakang Congkak tu tengok le. Cuma tang muka2 hantu tu takde le tumpu sangat. En.hubby pun tak bagi saya tengok. Lagi2 tengah preggy ni lagi le dia tak bagi tengok. Takut lemah semangat kata nya.

Macam malam Ahad lepas kan ada cerita hantu KUM KUM kat Astro Ria kalau tak silap. Saya plak mmg ada kat ruang tamu tgk tv 1 lagi..tgh tgk AJL 25 le. So secara tak sengaja sure le ada yang tertengok citer hantu KUM KUM tu..huhuhuh..Tapi bila tang hantu je cepat2 paling muka tempat lain. hahaha..

Dasar PENAKUT!!

Seingat saya le since saya duduk bujang kat Kuantan dulu pon saya elakkan diri dari tengok cerita hantu ni. Bukan apa..duduk di Bukit Sekilau rumah 2 tingkat yang besar. Tapi duduk 2 @ 3 orang dalam satu masa. Kadang2 kalau teman serumah balik kampung..kan dh tinggal sorang. Kang dah tengok citer hantu tak pasal2 terus pack baju pegi tumpang tidur umah kawan lain plak. huhuhuhu..Lagipon saya ada kerja shift malam. Perlu jalan sorang2 kat dalam plant tengah2 malam. Dah le ada cerita hantu NORA kat dalam plant tu. Kang tak pasal2 ternampak NORA kat atas tank besar2 tak pon atas distillation column. Kan naya...

Sampaikan cerita omputih SUPERNATURAL tu pon saya tak tgk. Dah le time tu tengah popular lagu Fabulous Cat Mana Hantu. Kalau berkumandang kat radio cepat tukar channel tak pon off je radio cepat2. hahaha..


Tapi skang ni dah tak dok sorang pon penakut gak. Sebab kenapa saya elak tgk cerita hantu adalah untuk elakkan diri dari takut untuk bangun tengah2 malam gi kencing..gi buat susu Qaseh. Kalau dulu keluar je bilik tak tengok tempat2 gelap terus masuk bilik air utk kencing. Setel cepat2 masuk bilik sambung tidur. hahahaha..

Lagi satu dulu saya fikir akan menghabiskan masa kat Hospital kerajaan sorang2. Suami bukan boleh teman. Nasib baik dh prepare awal2..time nak bersalin haritu dekat seminggu duduk spital tau. 3hari b4 deliver..4hari lepas deliver. Lepas deliver tu even takut tapi kena kuatkan semangat sebabkan anak kan. Malam je ada masa terluang sure baca Yassin..takut punye pasal..huhuhuhu..

Ada satu malam tu lagi la orang lain semua dah discharged..tinggal la saya & Qaseh je dalam bilik tu. 3 katil lain sume kosong. Seram siot!!! Dah pukul 10 lebih camtu baru masuk sorang India tu baru lepas operate. Nasib baik 1 malam dia dok ngomel2 sakit..panggil mak dia. Hilang takut kejap..huhuhu

So atas sebab tersebut la saya tak layan cerita hantu ni. Last saya layan dulu cerita Jangan Pandang Belakang, Congkak, Drama Ku Seru & Niyang Rapik. Tengok Preview cerita KARAK Laluan Puaka lakonan Shahir pon mcm best & seram. Tapi mesti tak tengok gak. huhuhu..

Hantu Kak Limah Balik Rumah pon tak tengok gak. Lawak ke macam Zombie Kampung Pisang tu. Hantu Kak Limah tu menakutkan kan tak?? Kalau setakat lawak je bleh le layan nanti bila keluar kt TV..huhuhuhu..

3 comments:

shafa30904 said...

satu kapal lah kita apash..aku mmg takleh tido sorang2 dri kecik spai lah kat 'U'..laa ni je dah keje adala brani skit..tapi aku layan jer semua citer hantu...hantu kak limah tgok kat wayang ari tu mmg best...gelak pecah perut gak...

NM02 said...

mula2 tgk kum kum kat astro tu mmg mcm seram. tapi bila dah tau hantu tu didie alias, terus dah tak takut. lawak lagi ada. hahaha

eh, awak tgh preggy jgn tgk citer2 karut tau. dok molek...

Huda said...

huda pun x suka sgt tgk citer seram ni tp kalau part x kuar antu tu boleh layan lg :) lepas tu duk teringat2 lepas tengok :)