Wednesday, December 29, 2010

Pusat Perubatan Ar Ridzuan, Perak

Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh Perak (PPAR) ini popular sebagai Pusat Perubatan Islam di mana tenaga kerjanya semuanya beragama Islam. Ia juga manjadi pilihan bakal2 ibu sebagai tempat melahirkan anak. Pusat ini mempunyai beberapa doktor pakar dalam obstetrician dan gynecologist (O & G). Pakar kanak-kanak pon ada. Even untuk rawatan pesakit luar pon ada.

Sebagai seorang Ibu saya menimbangkan PPAR ini atas beberapa sebab:

  1. Kos bersalin di sini tidaklah semahal Ipoh Specialist dan Pantai Putri.
  2. Boleh memilih doktor dan nurse perempuan dan beragama Islam.



Pusat Perubatan Ar-Ridzuan
No. 9 Jalan Seruan,
Taman Chateau,
30250 Ipoh, Perak.
05 - 243 8311

Berdekatan dengan Impiana Hotel, Ipoh (formerly known as Hotel Casuarina) di Jalan Raja Dr Nazrin Shah (Jalan Gopeng)



Bagaimanapon, PPAR bakal berpindah ke bangunan baru kemungkinan besar tahun depan. Even tahun depan jusy few days away. Tarikh sebenar tak dapat diberitahu lagi. Bangunan baru tersebut adalah di Greentown Business Centre, betul2 terletak dia belakang Greentown Mall. Kalau ke Carpark belakang Greentown Mall tu mesti anda akan nampak bangunan tersebut.

Consultation hours yang saya tau untuk O & G:

Selasa, Khamis & Sabtu
9.00am to 1.00pm

Bagi yang bukan panel hospital dengan PPAR, saya walk in untuk pregnancy check up tanpa ubat-ubatan adalah RM85. Cuma check urine, berat, Blood Pressure dan scan. Mahal ke?? Biasa le private.

Untuk bersalin di PPAR deposit yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Normal - RM 1000
  2. Caesarean - RM 3000

Anggaran total kos pula:

  1. Normal - RM1500 to RM 2000
  2. Caesarean - RM 3500 to RM 4000

Bagi ibu2 yang mencari perkhidmatan ultrascan 3D/4D saya rasa PPAR takde. Sebab masa saya check up dia guna mesin yg normal je. Yang ada Ipoh Specialist & Pantai Putri.

Stop cerita pasal PPAR..skang masuk citer result check up sana di sana.

Melalui hasil scan mmg kedudukan baby saya adalah melintang. Kepala di sebelah kiri perut. Uri di atas, takde masalah. Dan confirm kali ni baby girl. Bila doktor berani kata confirm tu..betul le kot. Kecuali kuasa Allah kan. Berat baby pon on track dalam 1kg.

Saya ada juga bertanya tentang tarikh untuk caesarean. Doktor kata selalunya 2weeks before due date. Dalam 38weeks. Target date yang diberi oleh doktor adalah 08/03/11.

Next appointment is on 22/2/10 masa tu nak masuk 36weeks dah.

Tadi bawa resit bayaran check up ke admin tanya boleh claim ke idak dia kata boleh..YAHUUUU!!... Maybe sbb xde mention "PAKAR" kat resit tu. hahaha..kalau ISH & Pantai Putri awal2 kena reject bukan boleh claim unless ada referral letter dari panel doktor.

27 comments:

~dARlee zURiS~ said...

salam...
masa preggy dulu, dok checkup kat klinik dia yg kat gunung rapat tu.
so far,doktor2 yg kat klinik tu memang best.tp..sebab tak berkenan dgn cara pakar sakit puan bila g hospital tu...maka decide tukar ke pantai putri.
dulu katanya tmpt baru suppose bulan 4 thn lepas nak buka tp sampai my doter dah nak msk setahun pun tak buka2.

lagi pun..pantai putri lebih kurang je ngan situ.saya haritu pun 1.8k for normal termasuk tambahan semalam.

:)

storyofus said...

sy mempunyai pengalaman yang tak dpt di lupakan di PPAR..service sgt terukk masa anak sy admit kt PPAR kami tak di layan malah PPAR charge kami RM50 utk nursing n nursery care masa di wad,,padahal nurse tak dtg check n dorg tido dan bersikap kurang ajar ketika bercakap dengan sy sambil kunyah chewing gum,,,,,,cam ne nk kata terbaik??????,,,huhuh

Puan ApasH said...

storyofus:

pengalaman macam tu mmg teruk. bile tu eh? Nasib baik time saya di sana sumenya baik2 belaka.

Anonymous said...

isteri saya dah 2 kali bersalin kat ppar. yang pertama tahun 2007 layanan ok. yang kedua tahun 2010 . servis agak teruk. semua nak kena suruh. tandas pun kotor. tahun ni nak bersalin lagi. serbasalah nak pergi ppar ke tak.

Puan ApasH said...

Anonymous:

Dulu bersalin normal ke? Duduk kat bilik sorang2 ke kongsi?

Dekat bangunan baru tu facilities baru2 belaka so takde le kotor tandas nye. Bilik saya alhamdulillah sume ok. Skang dah ada interkom utk panggil nurse utk ape2 hal. So senang baring atas katil pon bleh panggil nurse. No hal.

Even bilik yg saya dpt time anak kena jaundice pon ok je. Syukur le waktu saya sume nye baik belaka.

hewms1118 said...

hospital yg menyusahkan

hewms1118 said...

PPAR adalah hospital yang paling teruk. saya rasa kecewa dgn servis PPAR. kadang Kita dapat mengunakan pmcare untuk jumpa dr pakar, kadang dh make apoinment tak dapat pula guna pmcare. buang masa kita saja. lagi ada orang dapat guna pmcare ada yang tak dapat walaupun ada kes sakit yang sama. lagi jururawat sana tidak ramah dan tidak profesional. tidak dapat memberi maklumat yang betul.
saya dah telefon pmcare tanya mengatakan sakit demam batuk boleh guna pmcare tp PPAR tidak menerima. lagi bagi banyak alasan yang tidak munasabah.
PPAR baru ni nampak cangkih saja tp sebenarnya servis teruk. Yang lama punya PPAR bagus. kenapa boleh jadi macam ini.............

Anonymous said...

servis teruk ke, tak professional ke, toilet kotor ke, saya rela doktor pakar muslimah sambut anak saya daripada org kapir. Alhamdulillah, 1st word anak saya dengar di alam ini adalah "Alhamdulillah" & "Allah huakbar"

tak sangup doktor laki tengok celah -tut- bini saye...

pikir pikiorkan...

Puan ApasH said...

Hot juga entry saya pasal PPAR ni. Masing2 ada pengalaman sendiri. Baik nasib yang baik mahupon yg buruk.

Sebagai contoh pengalaman saya di GH Ipoh agak teruk..tetapi bagi orang lain baik2 belaka. Jadi kita mempunyai pilihan masing2 dalam memenuhi matlamat kita.

En. Anonymous:
Salah satu sebab mengapa saya pili PPAR utk bersalin anak ke-2 adalah tenaga kerjanya Islam.

nadia said...

tahun lepas (19/6/2010) saya bersalin anak sulung di tempat lama.masa tu diorang tgh transition period utk move ke tempat baru.masa tu la kan....mmg la facilities agak teruk.toilet kotor...labour room pon agak tak brape selera nk tengok.huhu...tp time tu sbb dh sakit sgt nk beranak...lantak la...yg penting nk dr raoofah yg sambut baby...tp saya mmg nk bg credit kat semua nurse2 yg tolong saya time kat labour room tu escpecially kakak midwife tu (xingat nama dia...suhana kot???).mmg sangat ikhlas dlm coaching saya utk go thru' the delivery process..maklumla...anak sulung, xde pengalaman.antenatal class pon xpegi.huhu....dia sangat tenang.xde nak marah2..ajar cara bernafas yg betul...slalu pesan ingat ALLAH.dah la time sakit tu mmg asyik teringat MAUT.bagus jugak ader org yg tolong ingatkan kita pada ALLAH.mana la tau time tu malaikat dtg menjemput roh kita...alhamdulillah...saya start masuk labour room kul 3pm...kul 5.06 pm my darling iman solehah selamat dilahirkan...mmm...insyaAllah baby no 2 ni dijangka pada 7/9/2011 (tp rasa mcm awal jer...hehe...). pon kami plan nk ke ar-ridzuan jugak.sbb nk suasana islamic masa baby tu lahir.doakan saya selamat melahirkan yer.... :)

Puan ApasH said...

nadia:

saya tak merasa suasana labour room masa kat tempat lama. Cuma sempat buat check up je kat sana. Tapi masa bulan Feb2011 saya pergi lepak bilik saudara yg baru bersalin tu tgk bilik & bilik air ok je. Takde le std mcm ISH or Pantai kan..bagi saya ok je.

Insyaallah tempat baru lagi ok le kot. Masa saya dalam bilik bedah tu siap dorang pasang zikir2 lagi..tenang skit hati time tu.

Kalau ada rezeki lagi nanti nak bersalin di sana juga

Anonymous said...

itu 1118 yg dok komplen tu cam kapioo ajeew care bahasenyee, bior aje le kt deme nk besalin kat mane pun. pengalaman masing2 kan.

Tupperware Lovers said...

Salam semua, saya pernah ada 3 kali pengalaman bersalin di PUSRAWI, nama lama...ditempat yg lama gak...disambut oleh 3 org dokt yg berbeza.... tahun 2004,2005 dan 2009...insyallah yg ke-4 ni due saya 18/9/2011...saya akan ke situ jugak...pada saya layanan tu ok...yg penting anak kita disambut dlm suasana islam....oleh dokt islam dan dikelilingi oleh pekerja islam...nurse2 kat situ selalu akan suruh kita igt ALLAH byk2...dan masa tu rasa tenang walaupon kesakitan hanya ALLAH yg tau...walau apa pun , mmg saya puas hati ngan PUSRAWI.

MPB_crusader said...

Hi..takut plak bile dengar cite2 tak elok..isteri due bulan 12 dan mmg plan utk bersalin kat situ,1st and 2nd baby kat klinik bersalin Yasmin manjung yang 3rd ni tgh nak decide nak pegi mana kalau boleh biarlah doktor islam yng sambut..cadangnye pantai puteri@KPJ ipoh@ ar-rizuan..

Puan ApasH said...

MPB_crusader:

Alhamdulillah time saya bersalin tu mmg doktor Islam perempuan. Sepanjang dalam bilik OT berkumandang surah2 lazim dan zikir2. Layanan pon baik2 belaka.

Iskandar Shah said...

Alamat bangunan baru Ar-Ridzuan:
A1-Greentown Suria, Jalan Dato' Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak D.R

Anonymous said...

saya pernah kena gak di PPAR..mmg teruk,tulah 1st dan itulah last..,kena tahan wad tgh2 mlm..ingtkan doktor ade,,,rupenya doktor xde...nurse je tinggal...nurse pun tdo,suhu dh 40'c pun kita kena g kejut nurse..pas tu nurse dgn muka belagak dtg tnya..ade bwk bekas,,wahhh ini hospital ke rumah tumpangan?,,,sy pesakit so korg sediakanlah.byr mahal2 cam tu je service,,nk cek suhu bdn sume sendiri...baik stay kt umh je sok pg2 td...apelah..mmg org kata tmpt tu bagus, islamic.sapa yg tak kena mmg puji la,,sape yg dh kena mmg tak akan g dah....penanggan leh bw maut....

sereine said...

Assalam, saya baru bersalin anak saya di PPAR (Pusat Rawatan Islam Ar-Ridzuan) pada 1.2.12. di bawah Dr Haji Syed, anak saya kurang bulan... Cuma 34 minggu... Servis dia amat baik sekali..... Nak salute... Bersih, nurse dia cukup peramah, dan cukup selesa selama 5 hari saya di sana... Saya bersalin melalui emergency czer..... Jadi kos dia mahal sikit, rm5800 dgn bilik single. Saya btl btl puas ati dgn servis dan layanan diaorg....

Anonymous said...

salam...saya selalu gak wat chekup kat PPAR.. layanan yang sy trima bgs..saya akan melahirkan anak pada bulan 7/2012.. InsyaAllah kalau ade rezeki lbh saya nak bersalin di PPAR..

zanzila said...

salam.. saya pun baru bersalin di PPAR pada 1.2.12 dibawah doctor Raoofah.. ini kelahiran ke 2 saya di PPAR dengna doc yg sama.. yang pertama di PPAR lama pada 1.4.2009.. dan saya juga pernah ditahan wad kerana keguguran tahun 2010 di PPAR.. so far 3x warded di PPAR, rawatan yang diterima adalah sangat baik.. saya sangat berpuas hati dengan servis, kemudahan dan layanan mereka.. TQ PPAR

Liza said...

Bercadang nak bersalin di sana dalam waktu terdekat nih (menunggu hari je ni). Harap semuanya ok. Cadangnya memilih Dr Raoofah. Mahukan suasana bersalin yang Islamik. Moga Allah membantu memudahkan urusan.

Iskandar Shah said...

PPAR sentiasa akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan nya. Dengan respon dari semua pihak, diharap PPAR akan lebih maju dan berjaya pada masa depan

sheila said...

tengah memikir2 nak bersalin ke ppar or pantai puteri... klau di pantai nak dengar dr datin mimin, tp beliau pulak on-call GH Ipoh.. kalau ppar nak dgn dr raofah.. ape2 pun dah ade pengalaman dengar doctor bukan islam, malu tak terhingga Allah je lah yg tahun, kali ni nak disambut dengan doctor muslim dan biarlah kalimah yang mula2 anak dengar ialah Allah. Moga Allah bantu kami, insyaAllah.

Anonymous said...

Salam..berminat juga nk share pnglmn beranak di ar rizuan. Suami kt,andai ini yg last(coz dh 2x ceaser),dia teringin ank nya d sambut olh doc beragama islam dn pempuan. Sblm ni semuanya lelaki n non muslim. Sya memilih df raoofah dn sgt berpuas ht dgn beliau. Kerja nya cpt tp teliti.parut Operation sblm ni tersgt teruk(menurut kt doc) tp dgn kepakaran yg beliau ada,alhmdulilah peranakan sya x perlu diikat. Insyalh,jika ade rezeki sy blh ngandung lg sekali. Layanan nurse pun ok. Overall mmg puas ht walaupun kos agak tinggi.

Anonymous said...

saya dh 2 kali bersalin di PPAR..1st tahun 2007 di bangunan yang lama dn 2nd tahun 20011 di bangunan baru..kedua2nya di sambut oleh dr raoofah..sangat berpuas hati dn dr raoofah sgt baik walaopon ramai yg cakap dr raoofah kasar..((tak kenal maka tak cinta))..sy sgt berpuas hati dgn servis di sana dan yang paling penting doc yang mnyambut anak saya seorang perempuan islam dan sume yang berada dlm ot n lr adalah perempuan2 muslim yang sama2 beri semangat dn tak putus2 mnyuruh saya berzikir ingat Allah... now sy pregy yang ke3...sedih tak dpt dengan dr raoofah lagi sbb dari rumah nak keklinik dr raoofah di silibin n ke ar ridzuan agak jauh..so utk yg ke 3 saya memilih dr mimin sachlin di hospital pantai ipoh..semoga semuanya selamat..ameen

Mohsin said...

Yg kutuk tu seriously paid troll kpj. Ala mentang2 org kaya kutuk la budget hospital.nak tip top gi la gleaneagles, sjmc ke...ini nak beranak murah2 tapi nk five star. Kpj tu cine

anna said...

Dr raofah sambut anak sy semangat laungkan ALLAHUAKBAR..AKLAHUAKBAR..bg semangat sy meneran lagi..bg saya...tu paling mahal n berharga..