Saturday, January 30, 2010

Tips Memelihara Keharmonian Rumah Tangga

Sebagai Renungan Kita semua : source Here


Memiliki rumahtangga yang bahagia adalah impian bagi semua manusia didunia ini. Walaupun begitu, tidak semua manusia dapat memilikinya kerana terdapat masalah di antara suami, isteri dan anak – anak. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diambil perhatian bagi menjaga keharmonian rumahtangga kita.

  1. Sering melakukan kegiatan bersama – sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua – duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan sentiasa berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama – samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis bersama semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku perceraian (bagi pasangan islam untuk talak satu dan dua sahaja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, politik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur bersendirian.
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing – masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak – anak. Suami disifatkan matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak – anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing – masing sudah berusia.
  20. Anak – anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
  21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga islam,pastikan sekurang – kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama – sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Selamat berbahagia ke anak cucu. Ikutilah sunnah Rasulullah S.A.W. Contohilah baginda, anda pasti selamat dan bahagia, dunia akhirat.

Double Cheese Burger


Akhirnya harini tercapai jugak hajat nk makan double cheese burger McD. Tadi on d way balik dr kenduri kawin sedara belah MIL kt Klebang..saya mintak SIL benti kt McD tepi highway tu lu b4 balik Bt. Gajah.

Alhamdulillah....

Boring 'cuti' Day...

BORING!!!

Same old rutine...nothing for an excitement!!

Life is so boring...luckily Qaseh is around...

Mama loves you soooo much!!!



Friday, January 29, 2010

Si Kembar Qaseh

Hah?? mesti korg terkejut kan..sejak bila Qaseh ade kembar plak ni...hahahaha...

Meh Qaseh introduced kembar Qaseh



LEFT : Afifah Husna (Huda's doter) D.O.B : 03-04-09

RIGHT : Qaseh Nur Shafiyyah D.O.B : 03-04-09

See...kami lahir pada hari yang sama tau. Cuma Qaseh ni "kakak" husna sbb Qaseh lahir dulu jam 12.37am...Husna plak...(hhmm...ummi husna tolong jawabkan laa..)

Tapi Qaseh x pernah lagi jumpe Husna..moga2 satu hari nanti kami dapat jumpe laa...

Yang Benar,
Qaseh Nur Shafiyyah



To Huda,

Jangan marah yer..akak amik gambar Husna dari FB Huda.

Sebenarnya start baca blog Huda pon lepas bersalinkan Qaseh. Terjumpe blog Huda then tgk2 rupenyer anak kami lahir pada hari yg sama. So terus lekat jadi pembaca setia blog Huda. Bukan setakat tu ajer tau..rupenye2 wedding anniversary kami pon sama..what a coincidence!!

Huda pon dah maju setapak dengan membuka online business nyer..yg akan beroperasi 01-02-10 ni. Nak tau lebih lanjut bleh gi lawat online shop beliau

http://husnalilshop.blogspot.com/



Thursday, January 28, 2010

Saling Memahami




Bila mereka meminta kita supaya memahami keadaan dan 'tanggungjawab' mereka, pernahkah mereka itu cuba memahami bagaimana pula keadaan kita dan 'tanggungjawab mereka terhadap kita??

Sangat Teringin



Di kala ini teringin sangat nk makan di

credit to google

Oppss..bukan tahap mengidam org preggy tau. Sbb aii x pregnant okei!!

Tapi teringin tahap gaban dah ni. Dah berbulan rasa teringin ini disimpan...rasa macam tak tertanggung dah.. (gile melampau over puan Apash ni)..

Tapi series..mmg NAK MAKAN SANGAT2..


Yg menjadi igauan saya buat masa skang adalah ini..

credit to google


huwaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!

Bie, mentang2 le Yang ni x pregnant..buat x kisah je. Sampai hati!!

Kalo Qaseh nk dok dalam carseat baik2 while mama driving..lama dah sampai McD sendiri..x yah nk tunggu sape2..Ni yg wat aaiii sentap ni!!!




p/s: Nak kuar ngn laki sendirik pon mcm nk kena apply AL plak ke.
p/ss: Tabahkan lah hati ini..dan kuatkan lah kesabaran hati ini. Dan moga2 persefahaman dapat dicapai. (APE YG KO MEREPEK NI APASH????)

Hari ni

Hari ni xde schedule post. Sbb semalam x sempat nk buat..hehehe..masa terluang dok layan FV jer..Nanti2 kalo free baru update kot.



Hari ni adalah hari membayar bil hutang. Kejap lagik minta kuar kejap dalam 2jam untuk setel sume bil.

Hari ni terlambat skit masuk ofis. Padahal bangun cam biasa je..confused. Nasib Exec xde punch card. Selamat....

Hari ni jugak baru kejap tadi, en.hubby call bgtau kereta rosak. So cuti le dia hari ni. Saya tanya nk saya ke sana ke? Dia kata x yah..Abg ipar dia nk dtg. Betul gak. Kalo bini dia yg dtg..bleh wat ape pon..hahahaha..tolong tgk je la...

Hari ni......rasa nk mkn pizza le plak..anyone nk join??? Jom.....



Wednesday, January 27, 2010

Mcm Nenek Tua Tapi Cute





Macam2 ragam si Qaseh ni. Qaseh amat pantang sekali letak mende atas kepala dia. Tapi aritu dia sudah dibuli oleh papa & mama nye sendiri. Mama tukang pegang anak tudung (mama punye) while papa snap gambo. Dalam2 x suke tu..sempat jugak senyum tgk camera. Tak lama pastu mula le melalak...tension le tu kalah ngn mama&papa. Hahahaha...

Disebabkan 'kepantangan' itu jugak le..she refused to wear the headband anymore. b4 this ok ajer..sejak2 dah makin bijak ni pantang kita pakaikan..dengan pantas dia tarik..


P/s: balik2 kisah anak je yg ko update, Apash. citer len xde ke?? Yelaa, saya x join MBP gath cane nk citer pasal tu plak..huhuhuhu
p/ss: Bila le ade rezeki nak join blogger gath ni..=(

Rosak le Wiper Mama!!!





Kejadian berlaku di tempat letak kereta Pasar Batu Gajah pada hari minggu. Mama & Qaseh tunggu dalam kereta sementara Papa & Opah pergi membeli belah.

Untuk mengisi masa terluang Qaseh telah melakukan percubaan merosakkan wiper Mama..

Haipp...!!!

Ganas nye anak dara teman...

Tuesday, January 26, 2010

Paksu Qaseh


"Kawan-kawan shumer...ni ler paksu Qaseh. Paksu Qaseh yg baik ati tu. Dia belikan Qaseh kasut Adidas pink tu.



Macehh ye Paksu. Nanti bila kaki Qaseh dah besar x muat pakai dah kasut tu..Paksu beli kasut NIKE plak yer.."



Yang benar,

Qaseh Nur Shafiyyah

Qaseh & Azan (TV)

Qaseh amat berminat dengan Azan..terutamanya di TV..Dia mesti akan diam dan tgk tv. Sebelum kami ajar dia tgk Astro Oasis setiap kol 7mlm pon dia dh mmg ske tgk/dgr azan.

Video bawah ni yg sempat saya captured masa dua2 tv kt living room MIL terpasang dan masa tu tgh azan. 1 tv Astro Oasis 1 tv azan tv3..



Confuse Qaseh..mesti dia dok fikir..."Yang mana satu Qaseh nk tgk ni"

Itulah..sejuk perut mama mengandungkan Qaseh. Mungkin jugak dia fikir ni la yg lebih kurang Qaseh dengar masa baru kuar dr perut mama (Papa iqamat masa Qaseh lahir lu kan)..

Moga2 sampai bila2 le Qaseh akan hormat azan ye shayang...

Monday, January 25, 2010

AJL 24 Apa Kaitan dgn Freemason & Iluminati

Ade korang baca pasal ni kat Pancaindera Ahad lepas? Maybe saya agak ketinggalan kerana baru mengetahui hal ini selepas membaca Pancaindera. Padahal kisah ni dh heboh dalam blog.

Jadi hari ni terus saya google untuk carik blog asal membangkitkan kisah ni. Dah issu hangat kan..mesti le senang nk jumper. Tujuan mencari adalah untuk membaca dari tuan punya blog sendiri la.

So, kalo yg belum tau dan ingin lebih tahu bleh pi lawat blog beliau. x perlu le saya copy paste entry dia. Kang x pasal2 saya kena saman plak..hehehe

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/

Ulasan balas dari penerbit AJL24 pon saya baru baca tadi. Tak tau le tahap kebenaran nya. Mungkin sekadar kebetulan..tapi kebetulan yg agak banyak le jugak. Sbb bukan 1 mende je yg ada kesamaan nya.

My Family Outing

Last weekend, Angah+family, Acap (my bro) & my mum balik Ipoh. It has been 3 weeks since my mum stay with Angah (in Nilai) to take care of baby I'an. So, rindu jugak le kt my mum. Lepas keje (1/2 day) sabtu tu..mintak en.hubby antar me+Qaseh gi my Along's house. As usuall papa just stay a while then rush back tu Bt. Gajah. Busy as usuall..even during weekends pon xde masa nk spend time ngn wife n daughter. Malas cakap banyak..janji dia bagi saya outing with my siblings dah syukur..


Then about 3pm weolls except my mum x ikut. X larat katanya. Kami gi JUSCO untuk mentekedarah lu. Perut amat2 le laparnyer. Mcm biasa fav spot my Along's..Johnny's le menjadi destinasi kami. My bro yg belanja kami makan. Setel makan, Angah plak shopping baju baby I'an. Me?? gaji belum lagik..so teman dorang shopping je la..

Setel JUSCO..gerak gi Ipoh Parade plak. My BIL (angah's hubby) nk beli HP baru..My bro yg suggest kedai kt Ipoh Parade ni. Sbb dia kenal Cina kedai tu.

Pics credit to google

Yang paling besh..Paksu (my bro) belikan Qaseh kasut Adidas Pink..hehehe. Jalan pon belum lagik dh beli kasut Adidas. Beli pon saiz besar. Ntah bila bleh pakai. Skang pakai cam kaki Ronald McDonalds plak. Mula2 saya cakap cam awal plak nk beli. Yelaa Qaseh pon bukan bleh jalan lagi. Tapi my mum ada cakap.." Baik beli je dulu. Kang paksu tukar fikiran plak..melepas nk dapat kasut"...hahaha..paksu plak sengeh jer..mcm betul le tu. So terus le sambar kasut tu. hahaha..


Not in the pics is my bro merangkap photographer.

Actually stroller tu Qaseh yg punya. Tapi kesian kt baby I'an. Yela kawan tu tengkuk x kuat lagi..angah plak just wearing dia. Even carrier tu ade neck support..tapi x selesa tgknyer..So, sy offer le stroller Qaseh kt Angah. Then x pasal2 sume sakit pinggang sbb dok gilir2 dukung Qaseh..

Nway, sekali sekala dapat outing mcm ni mmg besh..Lagi besh kalo papa dapat join sekali....

Waahh..saya menang!!!

Memang sangat teruja sbb menang giveaway. Actually macam x ingat pasal Giveaway ni. Padahal banner dok tepek lagi kt side column..x berapa prihatin bila dia nk announce the winner. Lagi2 lately cam bz + the mood swing. Nak blogging pon malas.

Sampai le smlm..tgk2 kt msg box UmmiKhayra tinggal msg:

" salam Liyana.. Tahniah menang contest kat adrinis.. boleh bg alamat rumah x? nak hantar hadiah..tq"

Dah tersenyum sorang2 sbb syok la dah menang kan..terus bukak blog www.adrinis.com.
Rupenyer2 dah announce winner on 16th lepas..hahaha..smlm baru saya tgk..amatlah ketinggalan keretapi puan apash ni..

Then yg best tu...pemenang no.1 lagik..mmg rezeki Qaseh le ni..besh..besh..

Nway, thanks a lot to ummiKhayra...Len kali bleh wat giveaway lagik..bleh saya join!!...

p/s: Keterujaan terserlah sbb saya ni jarang menang contest2 or giveaway ni. Yang ni 3rdtime menang. Aritu menang coklat dr Shila's Giveaway and DVD UP dr kak asmaa.
p/ss: Contest and giveaway yg simple je saya masuk. Sbb kalo dh byk sgt syarat..cam malas nk join. lagi2 nk kena jadi kreatif. Saya ni agak kurang kreatif..sah2 x menang nye..hhuhuhuh

Friday, January 22, 2010

Quote of the Day



" Whatever you give a woman, she will make greater, give her sperm, she will make a baby. Give her a house, she will give you a home. Give her groceries, she will give you a meal. Give her a smile, she gives you her heart. She multiplies and enlarges what she is given. So, if you give her any crap, be ready to receive a ton of shit!"

....................




Kenapa begitu senang melahirkan rasa gembira, excited or hati berbunga di dalam blog ini.


TETAPI



Begitu sukar untuk melahirkan rasa kekecewaan, kekusutan & kemurungan di dalam blog ini.



MUNGKIN


Bimbang akan memburukkan lagi keadaan.

Thursday, January 21, 2010

Alone

I hate you!!

Siapa Boleh Tolong Saya?



Adakah anda yang saya cari??

hahaha..skema betul!!

Tapi..serius saya nak minta tolong pada sesiapa yang sudi tolong saya.

Siapa boleh tolong belikan swim diaper Huggies untuk Qaseh..???

Dah carik merata kat Ipoh ni..tak jugak jumpa. So ada tak auntie2 yg baik hati nak tolong Qaseh??

Ni bukan setakat pergi beli je tau..siap kena pos kat saya gak. Ada yang sudi tolong tak??

Wednesday, January 20, 2010

Mimpi saya..

Thanks for the feedbacks dearest blogger frens..Saya jawab comment2 anda dalam entry ni je la eh..

Huda : A ah..memang orang kata mimpi ni mainan tidur. Tapi kadang2 ia sebagai petanda untuk kita.

MamaNoa : Mmg gile kalo dalam realiti..mau puan apash frust menonggeng..Saya ni kdg2 mimpi ade gak sebagai petanda..tapi ada gak yg sekadar mainan tidur..

Mama_Aqish : Uisshh..xde le mimpi nk ke toilet..hahaha..mmg betul mimpi pompuan lain ni..

CuppyCakeMommy : erm...nk kata pasal Cinta_balqish x jugak. Sbb saya xde le minat benor citer tu.

Anis : U mimpi hubby ade affair ngn memey??? lagi menarik mimpi U..hahaha..Mmg harap le mimpi ni sekadar mainan tidur... Jgn sampai menjadi realiti.

May : Xde fikir sgt pon. Sekadar amik idea untuk entry baru kt blog..hahaha

Ni sebenarnya jalan "cerita" mimpi tersebut:

Actually dalam mimpi tu..'pompuan' tersebut adalah madu saya....hahaha. Dia seorang yang baik. dan saya redha suami saya berkahwin dgn pompuan tu. Tapi dalam redha pon..semakin hari semakin pedih hati ni. Sampai le dah tak tertahan seksa jiwa dan raga. Itu pasal the end nye..Saya minta dilepaskan. Dalam erti kata lain..moga2 mereka bahagia..dan saya tidak lagi tersiksa..huhuhuhu.. Sebijik cam drama le plak..

Tapi dalam mimpi tu..hanya saya yg berkata-kata..mereka hanya diam seribu bahasa..huhuhuhu..

Tapi pagi tu x sempat story pasal mimpi ni kt en.hubby. Bila dah sampai ofis..baru sms dia.

Me : Mlm tadi mimpi Yang ada madu =(
Him : Yeke. Xde ape2 la. Insyaallah hanya Yang sorang sampai Bie mati.


Terus senyum sampai ke telinga..bunga2 cinta is in the air...hahahaha..


I love you so much~

Siapa Paham??

Malam tadi mimpi..

Saya , en.hubby dan sorg pomp. Di dalam situasi mahu gerak gi lunch. Semasa berjalan menuju ke kereta. Saya berkata " Takpe la..Uolls pergi je la. Saya ada hal skit".

Mereka berlalu pergi dan saya membawa diri sambil berlinangan air mata.

Selepas suatu ketika, saya berkata pada en.hubby, "Lepaskan saya. Saya x sanggup dah. Saya redha".

Dan terus saya membawa diri tanpa beralih ke belakang lagi.

Sape paham????

Cepat sembuh ye sayang...

4.30 pg tadi Qaseh terjaga merengek2..ingatkan nk nenen..tapi dia tolak..then terus rasa kepala dia..mak aaiii panas nyer..

Terus gerak papa soh amik air nk basahkan badan Qaseh..Sementara tu check suhu Qaseh dlm 39.8 deg. Patut le dia merengek..

Pas basahkan badan dia..alhamdulillah suhu turun dalam 37.4 deg. Terus bagi makan ubat..nasib baik dia x melalak..Dia sempat main2 dulu..sengih2 dalam gelap ngn mama..Tapi nasib baik dia jaga kejap jer..pastu dia dh gosok2 mata..ngantuk le tu. Bagi nenen..terus tidur.

Bangun subuh pagi tadi Qaseh still tidur lagi..ngantuk sgt gamaknya..selalunya dia yg bangun gerak mama solat subuh..hehehe..

Dalam kol 7.15 baru dia bangun. Check suhu..dalam 37++ deg jer..tapi panas tu ade lagi la.. Senang skit hati nk gi keje pagi tadi. Mintak2 kebah terus le demam dia.

Lunch kang nk balik umah tgk keadaan dia..


Cepat sembuh nye sayang...

Tuesday, January 19, 2010

Masih Demam...

Qaseh masih demam. Berat hati nk ke ofis esok pagi. Tapi terpakasa gak ke ofis selepas 2 ari amik EL. Sure my boss bising esok. Lantak ko ler..

Di kala tgh menaip short entry ni..Qaseh dah lama tido..Lepas maghrib tadi dia dh lena..Tapi kejap2 terjaga..nk mama dia tepuk2 montot..x pon nk ngempeng sambil bau ketiak mama ..baru tidur balik.

Moga2 esok suhu nya akan turun..so xde le mama dia pergi keje ngn perasaan serba salah..

AMIN...

She's down with fever..

Dah bape hari sepi skit blog ni. Dah 2 ari termasuk arini saya amik cuti..sume sbb Qaseh demam..Suhu dia around 39 deg.

Tapi still active..byk main. Tapi nk melekap je ngn mama dia. Dia main pon nk mama dekat2 dia jer.

X tau le demam sbb per..Pak long ngn Papa nya pon demam. Maybe berjangkit..or demam sbb tumbuh gigi..

Yup..itu kisah yg nk share aritu..tp hp wat prob. Xleh tunjuk gigi Qaseh..huhuhu..

Nway, doakan Qaseh cepat sembuh yer..

Saturday, January 16, 2010

E-codes for pig fat - Ulasan version Puan Apash.

***awas entry agak panjang..



Most of us mesti tau pasal isu E-codes for pig fat kan. Either dapat email or baca dr mana2 sources. Even kt blog pon ramai yg posted pasal isu ini. Bleh click sini utk tau psal E-code.

Saya bukan nk menyangkal kebenaran e-codes tu. Sbb saya sendiri pon x tau setiap e-codes tu stand for what. So, I made a simple study..thru the net..and stumbled a few interesting websites. Tapi once again kita x tau tahap kebenaran information yg dorang bagi kan. Website NI ada bgtau ape bahan2 bg setiap e-codes tu.

Dari email yg saya dapat...x tau le sape yg mula2 forwardkan email tu kan tapi ada stated yg PRINGLES ade mengandungi PIG FAT. E-codes dia E-471. Mengikut information dr website yg saya sebut tadi:

E471 - Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate) (emulsifier) - Masbuh

Saya nk mengulas skit dari pengalaman saya bekerja di FPG Oleochemicals Sdn Bhd di Kuantan. Plant FPG Oleochemicals adalah kilang memprocess palm oil menjadi intermediate product. Maksud nya..customer kami beli product tersebut untuk process jadi end product. Dalam kata lain kami x wat end product utk jual terus ke consumer la.

Range product yg ada di antaranya ialah : Ester, Alcohol dan Glycerin. (Saya explain ni simple word la. Terms chemical ni panjang2 kang x ramai yg paham).


Company yg mengeluarkan Pringles di Pasir Gudang, Johor adalah salah satu customer FPG membeli GLYCERIN yg kemudiannya di process menjadi emulsifier utk Pringles. Glycerin ni bersifat sebagai pemanis. Ya saya sendiri dan rakan2 di FPG mmg selalu jadi tester utk glycerin ni. Dari segi rasa, bau dan appearance. Glycerin ini boleh di process menjadi glycerides..mungkin jadi E471 tu.

So ape yg saya nk tegaskan sekarang..kebenaran di sebalik E-codes tu. Kalo ia berasal dari binatang (tidak disembelih ikut syarak) sudah tentula ia HARAM. Tetapi kalo ia berasal dari tumbuhan lain plak isunya. Kalo diprocess dengan mengikut syarak. Jadi xde masalah la untuk kita seorang islam untuk makan. Kecuali ia menjadi tahap masbuh (ada keraguan) bagus untuk kita elak.

Selain dari Pringles, Wrigley's (yg buat chewing gum), Coke & Gillete (pisau cukur) adalah antara customer FPG. FPG juga adalah certified by Jewish Kosher. Ooppsss jangan melenting dulu. Bagi yg extreme mesti pantang dengar pasal JEWISH ni kan. Biar saya explain dulu.

Jewish Kosher lebih kurang macam ceritified HALAL dalam Islam. Kalo nk lebih memahami boleh baca SINI. Jewish Kosher juga melarang penggunan PIG. (Pig is non-kosher)..FPG adalah usahasama antara FELDA & P&G (yg buat product Pantene/Rejoice/OLAY berasal dari US). Jadi untuk menembusi pasaran dunia FPG perlu certified dgn JEWISH KOSHER.

Tujuan saya wat entry ni nk berkongsi info.Apabila kita terbaca pasal ALCOHOL, Glycerin..x semestinya HARAM. Ia haram kalo berasal dr benda haram sahaja. Dulu2 kita kecoh pasal minyak wangi ada alcohol x boleh bawak sembahyang. Sekarang Alcohol yg dimaksudkan adalah sejenis chemical. Bukan ARAK yg haram. Begitu jugak dengan glycerin ia boleh berasal dari tumbuh-tumbahan aka kelapa sawit.

Jadi saya berharap sangat, badan2 kerajaan yg bertanggungjawab dapat mendidik pengguna tentang E-codes ni. Beri keterangan yang sewajarnya. Sbb kalo kita betul2 ikut e-code tu..it will restricted us to buy food. X caya...bwk e-codes tu pergi TESCO/GIANT/Carefour dll check. Mesti byk barang yg mengandungi bahan2 tersebut.

Tapi sebagai seorang ISLAM bila sudah timbul keraguan. Baik kita elakkan dari makan/ pakai kan. So..fikir-fikirkan lah.

Maaf kalau penulisan saya agak tunggang langgang..sbb saya mmg x pandai nk buat ulasan dengan baik. Nasib baik UPSR karangan dapat A. PMR BM dapat A dan SPM pon A1. Mmg rezeki Allah nk bagi saya keputusan yg baik waktu tu. Alhamdulillah...



P/s: Ade sesape yg belajar pasal food techology bleh kasik komen.
P/ss: Nak senang beli yg ada tanda HALAL je la.
P/ss: Dulu masa study kt U dapat email kata Pringles x halal. Terus terdetik ragu2 dalam hati. Terus saya stop makan. Dah tahap masbuh tu. Sampai le kerja di FPG dan mendapat penerangan yg sewajarnya. Baru saya mkn balik.


Isteri Solehah

Saya terima email ini dari seorang kawan. Amat tertarik sekali dgn email ni. So better share dengan kawan2 blogger lain. Maybe uolls pernah baca..tapi x salah untuk sekadar peringatan untuk kita semua kan.



Asma’ binti Kahariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari pernikahan anaknya itu:

“Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.

Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.

Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu.Sekiranya dia menjauhimu,maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain. Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.”

Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keredhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata-mata.Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.

Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya,maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti,Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.”

Wahai Fatimah,setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatit untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah.”

Siapa yang tidak mahu kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai seorang isteri sentiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayan suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapan pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab.”

“Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan-ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).”

******


Mari kita sama-sama berusaha menjadi isteri yg solehah...

Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari

Gerhana matahari 15 Januari 2010 adalah fenomena gerhana anulus matahari dengan magnitud 0.9190. Ia akan dapat dilihat sebagai separa ditenggelamkan di kebanyakan daripada Afrika, Eropah Timur, Timur Tengah dan Asia. Ia akan dilihat sebagai anulus dalam tempoh sempit rentang 300 km kelebaran merentasi Tengah Afrika, Maldives, Selatan Kerala, Selatan Tamil Nadu, Utara Sri Lanka, Burma dan China.
(Quote from wikipedia)

Actually x tau pon..sungguh ketinggalan le saya ni. Tapi td dpt sms dr abg ipar hubby ingatkan pasal Gerhana matahari ni.

Even Kurus tapi....

Even kurus tapi......




pipi tetap maintain beb!!



x caya???



































Cuba tgk..kaki & tangan sume slim2....tapi muka tetap kembang and pipi pon tembam ape...hahahaha

So Bie..even Yang kurus nanti jgn expect muka yang jadi runcing okei!!..hahahaha

Actually pic tu dpt dr FB anak cousin saya. Masa tu saya 3-4thn kot. (kata my cousin laa)..

Mesra gitu kan. Jejaka yg memeluk saya tu...my cousin Jeff. Dia ada mix blood omputeh + singh (betul ke eja??). Tapi skang dh anak 2 dah..huhuhu..Skang xde le semesra camtu..segan maa dh tua2 ni. hahahaha..




Ade kisah best masa study kt UTP lu. My bff, one day told me she saw a handsome 'mamat' keje kt Watson Ipoh Parade. So, saya pon nak sgt tgk ensem mana 'mamat' tu. So dgn excitednye my bff bwk saya ke Watson and tunjuk 'mamat' tu. Turn out mamat tu adalah si Jeff!!!..

Wakakaka....mmg lawak giler. My bff dok usya my cousin rupenyer..hehehe..

May..ko ingat x si Jeff ni???

Sabo Je la..


Baru nk share mende yg excited jadi smlm.. Dh HP wat hal plak. Laptop x leh nk detect HP..cane nk transfer gambar ni...


Adoyaaiii..kacau mood betul laa...

ggrrrrrrr!!!!

Excited

I'm excited!!

Tapi dh mengantuk sgt2 ni..

Esok le citer..

Nite everybody!!

p/s: Qaseh..mama datang ni.nk tido polok-polok bucuk mama ni...

Thursday, January 14, 2010

Cukup Tidur

Since dari awal pregnancy dulu mmg subscribes newsletter dari www.babycenter.com. Semua information sangat2 berguna for the 1st time parents like us. Saya yakin most of all mmg ada subscribe x pon mmg selalu refer bebycenter for information kan.

Kali ni nk share pasal tidur si kecik. Cukup tidur ke dia?? Or terlebih sudah tidur??

Jom check Qaseh...

Daytime Sleep

From 8am to 5pm normally dia akan tidur 2x jer. Sekali nap antara sejam ke 2 jam.

So total dalam +/- 4 hours.


Nightime Sleep

Qaseh akan tidur normally dlm kol 8pm & get up at 6.30am the next morning.

So, total = +/-10hours.

Now we check using the info from www.babycenter.com


AgeNighttime SleepDaytime Sleep *Total Sleep
1 month8 1/27 (3)15 1/2
3 months105 (3)15
6 months113 1/4 (2)14 1/4
9 months113 (2)14
12 months11 1/42 1/2 (2)13 3/4
18 months11 1/42 1/4 (1)13 1/2
2 years112 (1)13
3 years10 1/21 1/2 (1)12
* number of naps in parentheses

So Qaseh skang 9months..Required hours total sleep is 14hours..Kire OK la..xde terlebih tidur or kurang tidur.

To find out more about you baby sleep paterns..U can try take this QUIZ.


Wednesday, January 13, 2010

Sleep with or without pillow??

Saya jenis yg tido mesti pakai bantal. Kalo bantal x comfortable sure x lena saya tido. Tapi ni bukan citer pasal saya OK...Ni citer pasal Qaseh.

Perihal tidur Qaseh dari lahir MIL bagi tidur dengan bantal. So saya yg kurang pengalaman ni mengikut je la. Even mana nap time dalam buaian pon bagi bantal. Sbb nk elak kepala terkena lantai if something bad happens. (For safety purposes we put the tilam kekabu bwh buaian).



Tapi since Qaseh dh pandai mengiring dan menerap dulu. Saya x bagi dia tidur dgn pillow. Because at last the pillow will end up under her body not her head. Karang x pasal sakit badan plak..Dah le gaya tidurnya agak lasak.


MIL ade pernah tanya kat saya "Qaseh tidur x pakai bantal ke?" So I gave the same answer as above. Then I start wondering. Whether there will be any effect if Qaseh sleep without pillow? Is it bad or good??.



So today I googled it. Found this from babycenter.com

When can my child sleep with a pillow?

Should my toddler use a pillow, and if so, when?

Expert Answers

Judith Owens, pediatric sleep expert

Though they're often sold with crib bedding sets, pillows are not recommended for children under 2. Kids that small can easily suffocate while using one.

Actually, older kids don't need pillows either. Parents often think a pillow will provide their child with extra comfort, not realizing that their child was doing fine without it.

If you want to introduce a pillow, it's best to wait until your toddler moves from a crib to a bed. But if you want to give him one while he's still sleeping in a crib, go with one that's small (the size of an airline pillow) and firm. Stay away from feather pillows, which are too soft, can set off allergies, and can smother a child if his head sinks into it while he's sleeping.

And this one from www.babblesoft.com

When should you give your baby a pillow to sleep?

There is no rule about needing to give your baby a pillow to sleep on. Yes, it’s more comfortable for us, adults, to sleep on a pillow. After all, it is one of our sleep associations. And, because we are bigger, a proper pillow supports our neck in such a way that our bodies can fully relax at night. Buy the wrong pillow and you can wake up with a cramped neck.

But, children are smaller and the wrong pillow when they are too young can be a bad idea. Not only can it increase the SIDS risk as I mentioned above, but baby can roll off if it doesn’t have side support. If baby is old enough to move around and the pillow is too large, the pillow might move on top of baby, making it dangerous for him. In addition, if your baby is pulling up, he can use the pillow as a launchpad out of the crib. No one wants that! He might be climbing out soon enough on his own. No need to give him props.

Therefore, I recommend avoiding a pillow for your baby until she is well into being a toddler over 2 years old. And, if she is content not to use a pillow at all, don’t even worry about it. My eldest son didn’t care to sleep on a pillow until he was close to 2 1/2 and then we gave him a very flat pillow.



So, from the two sources it is best not to sleep with a pillow until she's 2 years old. Lega le xde bad effect sbb x bagi Qaseh sleep with pillow.


What about your experience?? Care to share? Kot2 ada yg saya tak tau. Caring is sharing!!



Budak x tau malu..

Amboi besaq nye botol...


Awat botol kosong pon nk isap ni???



Itu le aksi budak x tau malu. Actually pic ni dh lama. Tapi td baru terjumper kt FB my sis. Mesti Along snap gambar ni masa saya & hubby gi mkn. Dorang tolong jaga Qaseh.

Nape mama kata Qaseh x malu???

Sbb botol susu tu bukan Qaseh punya..itu adik I'an punya (my nephew). Ni mesti kes perasan botol tu dia yg punyer. ish..ish..anak mama ni..

Botol susu Qaseh MLO je..nasib baik Qaseh ni x byk ragam. Puting botol Spectra je dia hentam. Extra ade le 2-3 tit Anakku. Jimat duit mama x yah beli yg branded2...huhuhuh..

Periwinkle Logo


Periwinkle Logo

Who knows about it???

It is the logo for the Majlis Kanser Negara (MAKNA). Few months back..one MAKNA rep aprroached me and asked me this question:

Which type of cancer is the no 1 killer in Malaysia (for woman)?

I simply answered "Breast Cancer".

Nope..I was wrong. According to the newest study..cervix cancer is the no 1 killer for Malysian's woman nowadays.

Actually, dah lama nk put up this entry..tapi ntaH cane...asyik terlupa jer. MAKNA telah dan sedang jalan beberapa campaign untuk dapatkan bantuan dan derma daripada sesiapa saja yang mahu membantu. Kadang2 kalo kita jalan2 kt shopping complex pon bleh nmpk booth MAKNA..

For my case, last october I was on my way back to my car lepas setel urusan di MAYBANK Bt Gajah. Org2 MAKNA dtg approached pasal kempen mendapatkan sumbangan dari orang ramai.

Salah satu nya seperti di bawah ni: (Malas nk type balik..just copy dr MAKNA website jer)


Direct Debit Donor Programme (DDDP)

DDDP is a MAKNA fundraising solution that provides the organisation with a regular and predictable flow of funds.

This sustainable source of income allows MAKNA to plan for the future, and is invaluable in the fulfilment of its mission to help as many cancer patients as possible.

DDDP specifically aims to:

Raise sustainable funds and awareness towards MAKNA’s work, the incidence of cancer, and what is needed to help cancer patients;
Daily Monthly Your money could go to ...
Approximately RM1.26
RM38
A year’s donation could go towards the cost of providing a prosthetic limb to a bone cancer survivor.
Approximately RM1.93
RM58
A year's donation could go towards one MRI for one patient.
Develop a long-term, loyal donor base for MAKNA’s numerous projects;


Build a meaningful relationship between donors and MAKNA, and


Provide a convenient and sustainable fundraising avenue for charity-minded donors in Malaysia.

Your donation will be transmitted directly to MAKNA.

Thank you for your time and consideration of the Direct Debit Donor Programme.

MAKNA kindly accepts contributions through auto debit, cheque, postal order and money order, making the act of donating easier than ever!


I chosed the RM38/month. For a start kire ok le kan. Even skit..janji ikhlas. hahahaha...Saya pilih untuk terus charge kat my credit card. Nk potong terus dr akaun bank pon bleh. Tapi charged RM1 akan dikenakan oleh pihak bank. Dari kena charge baik RM1 tu donate kt MAKNA kan. That's why saya pilih utk terus charge kt credir card. For those yg takde credit card..boleh je potong terus dari akaun..xde masalah.

By donating to the MAKNA, we will be presented with a tax-exempt receipt at the beginning of every year for the total amount donated up to December. So, ok ape bleh tolak income tax. Tapi til now saya blom dpt lagi laa..hehehe...

So, if anyone interested to donate, they can directly go to www.makna.org.my and click "DONATE". X pon whenever you see the MAKNA booth just simply ask their rep to explain you about this.

Hari ini kita mampu kita derma la. Mana tau sampai masa kita pulak yg memerlukan bantuan. Untuk treatment cancer ni bukan murah..very costly. So, dgn RM38 sebulan..harap ia dapat membantu mereka.


Tuesday, January 12, 2010

Drawer Lock for babies

Dah mmg adat umah kita mesti ade almari and cabinet kan. Same goes to my MIL's house. Kitchen cabinet's drawer pon dh ade bape..

since si Qaseh ni dah bijak. Semua drawer and pintu cabinet dia nk bukak. Dah bukak sure le dia memunggah barang2 dlm tu. Silap2 jari / tangan tersepit..

So ingat nk beli le drawer lock nie. Xde le penat opah nak asyik jaga Qaseh dr main laci je kan...tadi dh browse the net..jumpe le jugak. Tapi x tau elok ke tak. Tapi kalo bleh beli kt supermarket lg senang...

Kat mana eh ade jual?? Then design yg mcm mana yg ok eh?? Kawan2 sila bg opinion n info skit..

SOHO Mama's 100th Entry Contest


I read SOHO Mama's blog because...

because I want to joint the contest. hehehe..betul ni. Jujur dan ringkas. Terjumpe pasal contest ni dr kak emma's blog. Sbb dh follow her blog..so pasni sure jadi salah satu destinasi bila saya blog walking nanti..

Nway lepas usya blog, FB and web dia www.azgiftbasket.com.my dlm byk2 category gift basket tu saya paling ske CHOCOLATES & BAKERIES. Dah le cantik..sedap dimakan plak..huhuhu

So kalo korang nk joint contest yg agak simple dan hadiah yg best..baik join contest ni.

Nak tau cane??? click sini :

http://soho-mama.blogspot.com/2009/12/soho-mamas-100th-entry-contest.html

Bismillahirrahmannirrahim.. moga2 ade rezeki menang. Amin...

Anai-anai

Last wiken kami tak ke mana2..x gi jalan2..x gi makan2..dok umah je. Sume angkara si anai-anai durjana..huhuhu..

Mula2 plan nk kuar ngn my Along. Tapi en.hubby x bagi..dia kata "Baik sayang kemas bilik"...mula2 muncung gak..hahaha..tapi nasib baik Qaseh well behaved..bg mama can kemas bilik yg 'jobon' tu..

So tengah pilih2 bil statement yg mana nk..buang yg mana x nak..terasa nk alih skit rak buku2 tu..sbb nk susun skit..Tiba2 melompat si bini ni sbb geli tgk anai2 belakang cabinet tu...Saya bab2 ulat2 ni mmg geli..I hate creepy crawlers...huhuhuu..

terus panggil hubby...sbb nk wat sendiri geli. Serius geli beb. Soh tgkap katak lagi I rela tau..So hubby deal dgn anai2...saya alih barang2 kuar bilik lu. Bila hubby selak tikar getah..mak aii..byk nyer..Pas kuar sume barang..hubby spray racun keliling bilik. So haram utk Qaseh masuk bilik..BAHAYA..en.hubby dh mcm pestcontrol plak last wiken..hahahaha..

Dah petang tu sume dh ok..start le punggah masuk barang2 dlm bilik balik..Nak x nak terpaksa beli cabinet baru utk ganti yg dh kena mkn dek anai2 tu..

So, even penat tapi malam tu tido dgn amannya..tanpa perlu ade anai2 kt tepi2 dinding bilik kami..huhuhuhu..

Pasni kena check selalu takut2 anai2 tu dtg balik..kang x pasal cabinet baru tu dia makan gak..

Kerugian yg terpaksa kami tanggung...

1) Rak buku yg harga RM19.90...tapi dh diganti dgn cabinet buku RM100..x pasal2 kuar duit lebih..huhuhu

2) 1 album gambar me&hubby zaman bercinta lu...abih memori...

3) My loan agreement ngn BSN...& resit bayaran

4) Agreement ngn PTPTN, Statement, surat2 dr PTPTN..


So, kesimpulannya ade hikmah nape en.hubby x bagi kuar ngn Along..kalo x sampai arini still x tau ade anai2 dok kongsi bilik ngn kami...
eeeeeeeeeeeeeeeeeeee gelinyer!!!

Itule..jgn lawan cakap suami..hahahaha....Ampun bie!!

p/s: Ingat nk le letak pic anai-anai2 sekali..tapi baru google terus geli geleman...x sanggup nk letak plak..so jadinyer entry x bergambar...the end.

Monday, January 11, 2010

Ingat...

Ingat nk wat review pasal AJL 24 yg berlangsung smlm..tapi cam x bape rajin nk reka ayat..

Ingat nk citer pasal seharian penat berperang ngn anai2 smlm...tp cam malas..

Ingat nk wat entry tanya pasal kebaikan dan keburukan (if ada le) bagi Qaseh tido x berbantal..tapi once again malas...

Kesimpulan...SAYA MMG TGH MALAS!!

til then..

p/s: "Hai, saya anai." "Hai, anai."...sape tau iklan tu??? hahahaha

Saturday, January 9, 2010

Kejadian Bakar Gereja

Malam tadi lepas maghrib saya nk tidurkan Qaseh. Tiba2 dapat call dr my mum. Dia bgtau pasal org Islam bakar Gereja. Terkejut saya..lambat plak saya tau. Sbb xde pon tgk berita malam tu. Occupied ngn Qaseh jer.

So tadi baru sempat google pasal berita ni.

Petikan dar www.hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Polis percaya lebih daripada dua orang suspek terbabit dalam kejadian kebakaran sebuah gereja di Desa Melawati, Wangsa Maju, di sini awal hari ini.

berdasarkan maklumat saksi yang ternampak dua motosikal diletakkan
berhampiran gereja itu, kira-kira 12 tengah malam.

Saksi juga nampak kelibat satu lembaga melemparkan sesuatu ke arah gereja
tersebut sebelum berlaku letupan yang memusnahkan hampir 80 peratus ruang
tingkat bawah gereja tiga tingkat itu, katanya kepada pemberita di sini hari
ini.

Beliau berkata, polis kini giat mengesan suspek berdasarkan petunjuk yang

diperoleh.

Katanya, setakat ini polis belum dapat mengenal pasti motif perbuatan khianat
itu tetapi tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan isu penggunaan
kalimah "Allah" oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu
khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan
sebagainya.


Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun selain boleh
dikenakan denda.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Muhammad Sabtu berkata, siasatan awal
menunjukkan kesemua cermin tingkap di tingkat bawah gereja itu dipecahkan suspek
sebelum mereka mencurahkan cecair dipercayai petrol ke dalam bangunan.

"Kita percaya tingkap itu dipecahkan menggunakan sepana berikutan polis
menemui satu sepana dan bekas mengisi petrol di tempat kejadian dan juga
terdapat dua helmet yang terbakar di hadapan gereja berkenaan," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat komen atau mengeluarkan
sebarang reaksi yang mungkin akan mengeruhkan keadaan kerana ia membabitkan sensiviti kaum.

Gereja Katolik Metro Tabernacle sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu dan
mempunyai 1,500 jemaah. -Bernama


Reason my mum call malam tadi to warn me to be more carefull lagi2 di tempat keje. Yelaa tempat keje saya ni mcm2 kaum ada..even bangsa asing pon ramai.

Itula ibu..walau pon anak dh besargemuk panjangpendek masih risau keselamatan anak2...luv u mum..

Friday, January 8, 2010

The Proposal



Malam tadi untuk mengisi kebosanan..saya tgk movie The Proposal. Starring Sandra Bullock and Ryan Reynolds. I love it. Yelah..mmg dasar seorang yg ske romantic comedy movie. Dari dulu mmg ske sgt layan movie2 cam ni. Ske sbb citer dia light jer..xde heavy sampai memberatkan kepala nk memikirkan jalan citer. Even jln citer dia agak cliche utk kebanyakan romantic comedy movie..tp mak tetap sukerr nyah!!..Lgpon sume mesti happy ending kan..I mmg ske happy ending. hehehe...

Most of the movie jenis2 ni mmg saya layan. Mesti carik dvd..tp dolu2 layan cd je la..U name it..mostly saya dh tgk..kalo yg ada tayang kt HBO/Starmovies/Max..mesti layan gak.

Antara2 movie romantic comedy yg saya ske:

  1. A walk to Remember (all time favorite)
  2. How to loose a guy in 10days
  3. 27 dresses
  4. wedding planner
  5. Maid in Mahanttan
  6. Failure to Launch
  7. Two weeks notice

and list goes on.

Kalo iku list NI...90% saya pernah tgk. Cuma kalo citer yg dh lama tu..kdg2 dh x berapa ingat kalo suruh citer balik..ahaakkss..

Berbalik kepada THE PROPOSAL tu...masa tgk preview dia kt Channel E! couple of months ago..mmg nk tgk sangat2. Terus mintak my sis carikkan. Sbb dia mmg ske beli2 dvd ni kan. Reason nape nk sgt2 tgk..sbb saya ske Sandra Bullock and Ryan Reynolds.

I start ske Ryan Reynolds since dr dia berlakon dlm sitcom TWO GUYS, A GIRL & PIZZA PLACE. Dia pegang watak BERG..med student keje part time kt kedai pizza.



Then bila dorang dh start keje rasanyer..tukar title TWO GUYS and A GIRL...Masa ni x bape nk tgk sangat sbb x berpeluang tgk kot..lgpon BERG dh ada awek..hahaha gile jeles..


Dari mata saya Ryan ni ensem..hahaha..x tau le korang nye pandangan cane plak. I like him..mostly dr citer tu le..because He's tall, has great body, ensem and funny. Full package!!..

Tapi itu hanya sekadar minat saya pd artis Hollywood. X lebih dr itu. hehehehe..

Mcm mana ensem pon seseorang tu. En.hubby tetap menjadi pooojjaaaannnnn hatiku!!

p/s: kalo bg peluang kuar date ngn brad pitt / tom cruise / Ben Afflect / Ryan Reynolds...sure sy pilih Ryan Reynolds..huhuhuh..

57th month Anniversary

Rabu lepas 6hb..anniversary 57th months utk me n hubby..Anniversary utk date kami start bercintan cintun..hehehe..Mmg dh jadi kebiasaan kami utk wish happy anniversary setiap bulan pada 6hb..Actually its not big deal sgt pon lain la anniversary betul2..06/04...

Tapi sebenarnya saya pon x teringat masa hari rabu tu..sampai le dpt sms dr hubby.."Happy Anniversary, sayang"...hahaha..selalunye pomp yg xkan lupe kan. Ni dh terbalik..thanks hubby sbb ingatkan yang...

Yang herannyer..nape 14hb xde wish plak eh..14/03 tarikh nikah kami..hehehe..x kisah le. Janji 14/3 every year sama x lupe. Kalo lupe sah2 si bini tarik muka 14 nanti..(nape 14 eh?? x 16 ke 18 ke??)


Motif gambar??

Saje nk tayang gambar nikah kami..hahahaha

::UPDATED::

Baru teringat yg hubby kata nanti wedding anniversary yg ke 25 nk wat doa selamat silap2 naik pelamin blk..hahaha..sure segan gile time tu. Lepas 25thn..anniversary yg ke 50 plak katanya. Kalo yg ke 50 saya dh 76thn..kerepot dh time tu..itupon kalo ade nyawa lagik kan...

"Bie, moga2 jodoh kita kuat hingga ke ujung nyawa..amin"

Thursday, January 7, 2010

Kamus Dewan Online

Pic credit to google


Sekarang kita x perlu lagi mengusung dan membelek KAMUS DEWAN yg bagak (besar) tu bila nk carik maksud perkataan melayu.

Sekarang ni dah ade KAMUS DEWAN ONLINE. Senang keje teman. hahahaha...
Actually dh berkurun xde bukak kamus dewan ni. Maklum le dh lama tinggal zaman sekolah. Kalo ade bukak pon kamus BM-English.

Yg boleh terjumpe KAMUS DEWAN ONLINE ni pon sbb..sometimes last year..ofismate india tanya maksud 1 perkataan melayu dan nak perkataan lain yg sama erti. Anak dia yg nk tau..kerja sekolah katanya. Tapi dia tak tau. So dia rujuk pada saya yg konon2 pandai sbb ade degree ni

Lepas dia tanya..saya x bleh nk jawab. cam blank jer. Maksud tau le..bila nk bg yg sama erti..tiba2 otak beku. So..masa tu mmg tgh ngadap lappy..terus google..dan terjumpe link ni:

http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=DEWAN&sid=7374d1015782b1c1ee66709feb2c2c00

So, terselamat saya dr malu pada kawan kaum india. Yela...org melayu x tau bahasa melayu. Jatuh maruah beb!!...

So, by the time Qaseh dh masuk sekolah..agak2 malas nk belek KAMUS DEWAN..kita check online jer..senang keje mama nanti...hehehehe

Bas itu....


Sape cam bas di atas??

Yup...itu le bas yg mengorbankan 10 nyawa semasa kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Jelapang dulu.

Actually gambar tu saya amik last week masa gi IPD ipoh utk setel saman. Pic tu je sempat snap. Malas nk cross jalan yg bz tu semata2 nk snap more clearer photo. Mmg sape2 yg lalu kt situ sure akan usya bas tu.

Semalam baca paper METRO..5 langkah keselamatan dr SANI EXPRESS. Ni mesti utk action plan dorang bagi meningkatkan keselamatan dan sekaligus nk claim balik kepercayaan pengguna-pengguna bas SANI EXPRESS.

p/s: teringat zaman ulang alik kuantan-ipoh-kuantan lu. Lalu highway karak tu. Dapat plak bas yg bwk laju..bas malam plak tu..seriau jugak..alhamdulillah xde ape2 jadi..

Restoran Simpang Tiga

Restoran Simpang Tiga ni terletak di Greentown Business Centre, Ipoh. Kalo tak silap dibuka sekitar bulan Jun tahun lepas. Restoran ni menawarkan citara nasi padang / moden. Cuti Krismas lepas kami berkesempatan makan di sana. Actually balik dari kenduri kawin. Mcm biasa kenduri hidang lauk ayam/daging. En.hubby mana bleh mkn. So lepas kenduri tu terus carik pot makan. So gatal2 nk try Restoran Simpang Tiga ni.


Entrance Restoran Simpang Tiga

Actually hubby je mkn sorg. Bini dia dok tgh kenyang lagik. So saya layan air tembikai jer..Sbbkan saya x nak mkn..so hubby pilih mkn mcm nasi campur je..xde hidang2..Gambar food xde le plak sempat nk snap. Hehehe...

Restoran Simpang Tiga ni adalah cawangan yg pertama di Malaysia. Asal restoran ni dari Medan dan Jakarta, Indonesia. Heran jugak nape pilih Ipoh utk bukak 1st cawangan di Malaysia. Nape x kat KL or Penang. Maybe kt sana byk saingan kot.. Mandai2 je Apash nie.

Cuba teka sape yg rasmi restoran ni????




Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yg rasmi tau..(sorry gambar blurr)

Dari segi interior dia..Saya n hubby ske..Sbb concept nya brownish..Restoran ni plak bleh menampung lebih kurang 300 customers dlm 1 masa. Tempat makan ade 2 bahagian. Bahagian luar and bahagian dalam ade aircond. Bhgn dalam tu untuk special function. Kalo kita dtg makan2 saje..dok kt luar je la.

Enuff said..jom layan gambar...


Harga dia plak..mahal le skit kalo banding makan restoran or warung2 biasa ni. Lgpon dia kan kire francise..so ade 5% Goverment tax. They accept all major VISA & MASTERCARD credit card.

Personally I recommend korang try makan kat sini. Sbb suasana best jugak. Food pon kire Ok (kata hubby).. Nanti ade duit lebih nk bawak family kami gi makan sini le..hehehe...


Nak tau lebih lanjut pasal Restoran Simpang Tiga ni..click here, here and here.