Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Takut punya pasal...


Semalam saya mimpi yg bukan2. Mimpi tu saya, Qaseh & Hannah dikurung di bilik bawah tanah. Dan kawasan itu bakal ditimbus. Saya berkali2 cuba melarikan diri bersama Qaseh & Hannah tapi mesti gagal. Kami dihalang oleh seorang lelaki yg amat besar. Macam lembaga hitam yg besar pon ada jugak.

Setelah berkali2 cuba melarikan diri, lelaki besar itu menangkap kami dan mahu membawa kami ke tempat lain. Semasa saya diheret keluar dari bilik itu, saya menjerit memanggil "MUTIARA..MUTIARA"..mimpi terhenti di situ.

Selaian mimpi saya rasa bagai "ditindih"..diri nak terjaga dari tidur tetapi amat sukar sekali membuka mata. Dan rasa bagai susah mahu bernafas. Dah lama tak kena tindih ni. Dulu kat sekolah asrama selalu lah. Selepas membaca berbagai2 surah, melaung Allahuakbar..baru dpt buka mata. Terus sms en.hubby yg diwaktu itu ada urusan di luar. Tinggal kami bertiga je kat rumah.

En.hubby minta ambil wuduk dan solat isyak sambil berzikir. Lupa nak bgtau masa tu awal lg. baru jam 8.30pm. Tidur sebab nak tidurkan si kenit berdua...

Sebabkan kejadian itu saya takut nak tidur dn takut nak bangun. Gagahkan diri ke bilik air dan terus tunaikan solat. Selesai semua saya tertidur atas sejadah..huhuhu..Bila terjaga saya naik ke katil sambung tidur dgn si kenits.

Tidur sampai ke subuh. Hajat hati mmg nak bangun buat cheese tart tapi takut sgt untuk berjaga sorang2. Terbayang2 lagi lembaga hitam tu. huhuhuh....

YE MEMANG SAYA PENAKUT. NAK WAT CAMNE KAN??

Tapikan persoalannya..SIAPAKAH Mutiara itu?? ataupon bukan orang tetapi Mutiara betul. Ke nama adik Hannah nanti Mutiara??? Biar betik nama orang Mutiara?? Pernah jumpe orang nama Mutiara tak???

Adik Hannah??? Uisshh...Hannah baru 6 bulan. Doktor suruh rehat 3thn bagi elok skit perut saya tu...

MIMPI mainan tidur je kot..

Monday, October 25, 2010

In Tears...



Perkara yang kita mimpi yang selalu menjadi kenyataan adalah kencing..itu masa kecik2 dulu budak2 selalu kencing malam. Yela mimpi kencing kat dalam toilet rupenyer atas katil!!..hehehehe

Kalau bahasa jawa kencing malam "NGOMPOL".. Terus terang saya juga pernah kencing malam dulu. Tapi bukan tahap kronik tiap2 malam. Ade le sekali dua. hahahaha..kantoi di situ.

Ok..tutup kisah kencing malam tu..

Saya terjaga dari mimpi sedih jam 4pg tadi. Dalam mimpi saya menangis..bila terjaga rupanye2 mata saya basah seperti sedang menangis...Waahh..pelik juga sebab 1st time terjadi ni



Nak kata mmg sedang dalam mode sedih takde plak. Mende cam ni pernah jadi kat korang tak??

Monday, November 16, 2009

Mimpi...

Lately saya selalu mimpi..mimpi ada makna le..mimpi mengarut la..Seperti yg diberitahu oleh en.hubby..Mimpi itu adalah suatu 'alamat'...bukan address tau. X paham gak..ok..ini hasil carian dengan kamus dewan online...

alamat:
  1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda , pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu alamat.
  2. bermakna bahawa, menandakan, menunjukkan : burung berkicau alamat hari nak siang.

" Apabila diantara kamu ada yang mimpi menyenangkan ( memberi khabar gembira ), maka ia bermakna dari Allah. maka bacalah hamdalah dan ceritakan ( mimpi yang baik tersebut kepada orang lain), tetapi sekiranya mimpi yang tidak menyenangkan , maka ia bermakna daripada syaitan.Oleh itu mohonlah perlindungan Allah dari kejahatan ( mimpi dari syaitan ), dan janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, maka mimpi tersebut tidak akan membawa mudarat."

( Hadis Riwayat Bukhari )

Contoh pada malam (dh pagi actually)..my Angah nk bersalin..Saya bermimpi melihat sekeping kertas tertera nama bayi lelaki "Muhammad Khalif F*****" dan berat 3.**kg...tp gambaran itu ada sedikit kabur..Lepas tu saya terjaga..Lalu terdengar HP en.hubby ringing..Saya pon keluar dr bilik & lihat en.hubby tgh talk to the phone dgn my BIL..and mentinoning my Angah dh selamat deliver baby boy. After jumpe Angah kt spital..baru tau anak dia 3.0kg..sama ngn mimpi saya..

Actually b4 this mmg my Angah pernah mentioned bakal nama anak dia. Tapi mlm sebelum tidur tu mmg saya langsung x terfikir tentang nama tu. Yg dok terfikir..cane le Angah waktu tu..dh bersalin ke blom. Dh dr pagi dlm labor room sampai le saya masuk tido mlm tu x bersalin2 lg..

Samada ia sekadar mainan tidur..ataupon saya mendapat "berita baik" dr Allah...Wallahualam...

Tapi malam tadi mmg mimpi mengarut ya amat..bgn tidur tersengih pon ada. Kan Saya ada dok mentioned nk gi holiday break..Dlm mimpi tu en.hubby nak bawak kami ke satu resort ni utk bercuti..dalam mimpi tu kami mmg pernah ke sana sebelum itu kerana kami sgt mengecam jalan ke sana..bila tiba di sana..kami x jumpe resort tu. Yg ada cuma pekan kecil..bila ditanya pd penduduk di situ..mereka terus menjawab "NI KAMPUNG GAJAH LA BUKAN KUALA KANGSAR"

CET!!..Review ttg mimpi tu:

  • Boleh plak salah tempat padahal kg gajah ngn kuala kangsar tu jauh..satu ke arah utara satu ke barat..(yeke...x pon selatan..hahaha)..
  • Holiday kt Kuala Kangsar??? weh..tempat len xde ke?? aiyoo...nak tgk pe situ..sg perak?? ish..ish..kalo ye pon..jalan atas skit ke utara sampai Bukit Merah ke..Ok le gakkan..paling2 tidak gi Taiping ke..bleh naik Bkt larut..Zoo pon ada..dating kt Taman Tasik taiping ke.."From Taiping with love"

Sambungan mimpi:
Kami pon patah balik ke K.kangsar dan sampai le ke resort tersebut..tapi dlm mimpi tu bleh focus yg saya ni berkaki ayam..x pulak pakai sandal, kasut mahupun selipar jamban tat seng..ish..ish..Di dalam resort..saya bleh plak terjumpe ERRA FAZIRA..hahahaha..ni sume gara2 sebelum tidur tertgk gazet citer "Kasih Tercipta" kt ASTRO PRIMA..hahahaha..Jgn plak wat statement saya ni peminat Erra Fazira..Adik laki saya je yg minat Erra ni..sanggup beratur panjang sorang2 kt pawagam Cathay kt ipoh lu..(waktu ni TGV ngn GSC blm ada kt Ipoh lg) sume sbb nk tgk Erra dlm citer PASRAH. Itupon setelah dia gagal pujuk 3org kakak dia utk teman dia tgk PASRAH..hahahaha..(Hilang Macho Acap oii)

Ok2..berbalik pada mimpi tu..Kalo mimpi mcm tu nmpk sgt le cam mimpi mengarut kan..

Masa saya form 2 lu pernah mimpi 3mlm berturut2 tentang kejadian ni..bagaikan drama 3 episodes..kerana mimpi malam ke-2 adalah sambungan mimpi malam 1st..then mimpi mlm ke-3 adalah finale..hahaha..Mimpi tu starring 1 guy..the same guy every night..and masa tu berjaya buat saya terdetik di dlm hati..adakah itu soulmate saya..dan persoalan skang..adakah en.hubby yg saya mimpikan masa tu..HAHAHAHA...MamaQaseh dh melalut ni..

Biar apepon..en.hubby lah my soulmate..Yang cayang Bie sgt2 tau..mmuuaahhh..(opss..sorry last2 jadi entry jiwang MamaQaseh plak)

The end.