Thursday, May 31, 2012

Rumahku Syurgaku


InsyaAllah kalau memang dah rezeki kami, rumah di atas ini akan menjadi "Rumahku Syurgaku" untuk family kecil kami. Walaupon banyak benar rintangan yg terpaksa dilalui, tapi kami semakin hampir untuk memiliki rumah sendiri. Syukur alhamdulillah..

Jika mmg dah dikehendaki oleh Allah rumah itu milik kami, alangkah gembiranya saya kerana dapat capai target untuk memiliki rumah plg lewat umur sy 30thn. Tahun ni, bulan Julai nanti saya akan genap 30tahun.

ALHAMDULILLAH,

Cuba Teka apa yg ada kat mulut Piyah tu??


Anak sapa le ni. Tu kes mengantuk tahap gaban le tu. Tgh makan pon bleh tidur terduduk kt sofa.

Alahai anak mama. Tak boleh mcm ni selalu. Kang kena gigit semut mulut & tangan tu. Gigi pon cepat rosak kalau gini punya gaya.

Monday, May 28, 2012

Bila nak siap ni??

4 Mei lepas kereta saya dilanggar dari belakang. Alhamdulillah tiada melibatkan kecederaan. Cuma yg tak best kereta yg langgar tu blah gitu je. Tak sempat nk ingat no plate dia. Saya cuma ingat AGM je..No belakang tak ingat. Kereta Proton Saga BLM Putih.


Sampai skang kereta tak siap repair lagi. Biasale bila melibatkan claim insurance kan. Konpem lambat. Nasib baik MIL bg pinjam keta. Kalau tak...rasa patah kaki le..susah nk ke sana ke mari.



Jualan Cuti Sekolah


Mahu menikmati keenakkan 2 kek ini?? Marilah order.
 
 
 
Terma dan syarat:

  1. Bistro kek (Pecan Heaven & Choc Walnut Torte) saiz 9inci akan dipotong 12. 
  2. 1 slice dijual dengan harga RM7.50.
  3. Jualan hanya akan diteruskan jika mencapai minimum order sebanyak 8 slices.
  4. Bayaran adalah secara tunai. COD
  5. Tiada servis penghantaran. Sila ambil sendiri di rumah saya.
  6. Tarikh jualan tertakluk kepada pindaan.
PADA YANG BERMINAT UNTUK ORDER SILA BAGI NAMA DAN NO TEL.
Tarikh Jualan:
PECAN HEAVEN 29 MAY 2012 (SELASA)
CHOC WALNUT TORTE 30 MAY 2012 (RABU)
Untuk tempahan boleh sms/call saya 0195736516

Wednesday, May 23, 2012

Si Manja Hannah

Lama betul le tak membebel kt blog ni. Sebulan 2-3kali je update. Kalau dulu sehari boleh ada 2-3 entry. ish..ish..ish..

Kali ni nak share kisah Hannah. Hannah skang 14bulan. Sepatutnya makin besar makin berdikari. Tapi terbalik pula. Pantang Mama ada kt rumah mula le merap gila. Kdg2 asyik melekap je kat Mama. Kalau kt ruang tamu tu dia tgh busy main, Mama pon bangun le nk buat ape2 yg patut..dan2 tu dia melalak. Berpaut pada kaki. Adoiyaaiiii Qaseh Nur Hannah.

Dulu time baby semua org puji dia baby yg baik tak susah dijaga..tak byk perangai..tak melalak tak tentu pasal. Tapi skang...berubah benor.

Since jadi homebaker ni dah biasa stay up siapkan order. Ada certain2 masa tu tengah kusyuk buat kek, terdengar pintu bilik dibuka. bila tengok, "Eh, Papa bangun ke?" Rupe2nye si kecik Hannah. Sangat cute. Terjaga tgk Mama takde kat sebelah. Turun katil, buka pintu (pintu tak tutup rapat) jalan ke dapur carik Mama. hehehe...


Alhamdulillah, Hannah masih menyusu badan walaupon dah campur dgn FM. Susu dah makin skit. Tapi tak bercadang nak stop BF lagi. Sambung selagi daya. Tak cukup tmbah dgn FM. Nasib baik le Hannah ok je minum yg mana. Cuma bila Mama ada konpem tak pandang FM.

Tuesday, May 8, 2012

Dugaan bulan Mei 2012

Hari ini baru 8hb tapi penuh dugaan yang kami satu family telah hadapi. Yang paling mengejutkan dan paling menyedihkan adalah pemergian Ayah angkat en.suami & suami SIL semalam.

Hari Ahad, suami SIL terima panggilan dari anak Ayah angkat bgtau yg 'Ayah Din' sakit. Ptg Ahad tu dorang gi jenguk Ayah Din. Cirit2 & muntah2. Anak nye jumpa dia pengsan dalam bilik air. Tapi Ayah Dina masih boleh bersembang semua la.

Tiba2 pagi semalam dlm kol 10.58am saya terima sms dari kawan yg satu sekolah dgn Ayah Din. Mereka cikgu. Katanya Cikgu Sam (Ayah Din) dah meninggal. Terkejut kelam kabut saya cll en.suami & suami SIL utk konpemkan. Dorang pon tak tahu. 

Ayah Din meninggal di Klinik Ali Batu Gajah. Isterinya bawa dia ke Klinik semasa menunggu giliran, Ayah Din tumbang. Tak sempat jumpa doktor pon. Tghari jenazah dibawa pulang. Dan selamat dikebumikan selepas Asar. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. 

Khamis lepas saya ada buatkan Tiramisu utk anaknya sbb dah lama anaknya bertanya pada suami samada sy boleh buat Tiramisu tak. Alhamdulillah khamis lepas dapat bg dorang makan2. Arwah masa tu sempat cakap dgn en.suami "Hah.. kek Munir(anaknya) dah buat. Kek Ayah Din bila pula? Ayah Din nak cheese cake"

Itule, tak sempat saya nk buatkan arwah dah pergi. T____T

En. suami amat sedih. Dulu dah merasai ayah sendiri meninggal. Dalam beberapa tahun ni menumpang kasih ayah dengan Ayah Din. Sekali lagi en.suami terpaksa melalui sekali lagi detik perpisahan yg abadi.