Monday, February 1, 2010

Wanita Berkahwin dengan Lelaki yg lebih Muda



Wanita berkahwin dgn lelaki yg lebih muda sudah tidak asing lagi bagi kita semua. Rasullullah SAW juga berkahwin dengan Khadijah yg lebih tua. Malah kita sering terbaca dalam akhbar di mana seorang nenek berkahwin dgn lelaki yg sebaya dengan cucunya. Even Rita Rudaini yg lebih tua 11thn dari suaminya yg pemain bola sepak itu..
(x ingat nama plak)

Saya terpanggil untuk buat entry ini sebab saya tergolong dalam golongan itu. Saya lebih tua 3 tahun dari en.hubby.

Dalam keluarga saya perkara ini mmg sgt2 tidak asing lagi kerana mana emak saya juga tua 5 tahun dari abah saya. Walaupon perkahwinan mereka tidak 'kekal berjaya'...tidak bermakna perkahwinan saya akan berakhir sedemikian rupa.

Sebelum emak saya merestui hajat saya untuk berkahwin dengan en.hubby, emak beberapa kali mengingatkan saya supaya berfikir sedalam-dalamnya. Sebagai ibu sudah tentu beliau tidak mahu perkahwinan saya berakhir seperti beliau. Tetapi, oleh sebab dah jodoh..akhirnya saya skang isteri kepada en.hubby. Malah Angah saya juga berkahwin dengan lelaki yg lebih muda dr dia..hehehe..

Tetapi, pada zaman sekarang ni..sebagai wanita kita kena lebih berhati-hati. Ada sesetengah lelaki yg cuba mengambil kesempatan ke atas wanita2 yg berusia ni. Bukan nak kata lah, apabila seorang wanita yg agak berusia lagi bekerjaya. Sudah tentu financially dia stabil. Dah ada secure job, rumah dan kereta. Tentu sekali lelaki2 ini akan senang hidup mereka. Yelah cuci kaki je la..sume dah ada. Tapi saya bercakap tentang sesetengah lelaki sahaja. Bukan semua ye.

Kalo lelaki yang bertanggungjawab, perkara itu bukan satu isu..di mana dia sedar dia sebagai suami perlu menyediakan segala keperluan keluarga. Mungkin si isteri tersebut boleh membantu sedikit sebanyak kan.

Dari personal opinion saya dalam isu Wanita berkahwin lelaki muda plak..kalo perbezaan umur >5thn tu kire Biasa la. Kalo >10thn kire acceptable lagik la. TAPI kalo dah sampai nenek kawin sebaya cucu tu..x patut laa..

Dalam situasi saya pula..saya berkenalan dgn en.hubby semasa saya 22thn dan en.hubby 19thn. Pada masa tu x rasa byk perbezaannya..itu yg rasa ok jer. hehehe...

Tapi before saya serius dengan en.hubby ade few things yg saya perlu clarified. Supaya xde le frust menonggeng sbb isu saya lebih tua dari dia.

  1. En.hubby mesti inform family dia lu yg dia "teman tapi mesra" dgn gadis lebih tua dari dia. Kalo family dia OK....baru kami OK...Yela..certain2 ibu/bapa takkan setuju dalam bab2 ni. Lebih2 lagi sebuah perkahwinan memerlukan restu kedua ibubapa.
  2. Saya awal2 dah inform dia yang saya nak berkahwin b4 30. Agak2 dia kata ok..saya pon ok. Tapi dalam hati dah set...sampai saya 26thn dia xde utarakan hasrat nk kawin..saya akan "hai, hai, bye, bye" le. X perlu waste my age tunggu lagik.
  3. Jangan rasa menyesal kahwin awal. hehehe. Ini perlu sgt2 kerana ada sesetengah lelaki even wanita sampai certain age..dia akan menyesal kerana kahwin awal dalam erti kata lain x puas enjoy b4 kahwin. Tapi kalo betul caranya, lepas kahwin pon boleh enjoy apa. Cuma include kan pasangan & family dalam agenda enjoy2 ni..hahaha..

Alhamdulillah semua nye OK. Itula..kalo dah jodoh tak ke mana kan. Akhirnya tercapai hajat berkahwin semasa berumur 26thn manakala en.hubby 23thn. Agak muda bagi leorang lelaki. untuk berkahwin. Pada umur 24thn en.hubby dah bergelar "Papa"..sementara kawan2 sepermainan dia masih "hua..hua..hua" enjoy lepaking...

7 comments:

Aliff Imran said...

saya dgn cik somi pun kes mcm ni gak,he's younger than me 2 years..memula dulu paya gak la nk yakinkan arwah mama tuk accept hubby(sbb arwah mama berkenan dgn mamat lagi 1 ...heheheh)

tp lelamer arwah mama tgk my hubby bersungguh²,ms adik bertunang arwah mama suh hubby turun tdo uma lagi(ms tu br nk start kapel..)pelik gak..alasan mama xcukup kaki tgn(lelaki) nk uruskan kenduri tu...hmmm...alasan la tu..hik..hik...sebenarnyer ujian b4 jadi menantu..hahaha

Puan ApasH said...

mamanoa,

mcm tu eh kisah korg. Kisah kami lak..saya yg "di test" lu b4 en.hubby. Kebetulan lepas baru kapel dulu, kakak hubby kawin. Masa dtg kenduri kawin tu mcm tetamu biasa jer. Tapi 1 wek after that, dorg wat kenduri doa selamat, so saya terpaksa turun padang tolong ler.

Terus arwah abah en.hubby berkenan..hahaha..kire2 dpt green light le tu..

Byzura Mj (By) said...

apash...same la..tp i belum kawin..couple dgn 1 tahun muda..kdg2 tu rasa takut gak..tp dianya family dah tahu..mak i pun dah tahu...

Nikki Jamaludin said...

mak aku tua dr abah..alhamdulillah kekal smpi skrg..usia x penting..yg penting ketua keluarga tue kene matang handle famili dier...

Puan ApasH said...

Bai: kalo both parents sume dah Ok..insyallah xde masalah..

nikki : betul2 aku setuju. bukan sume org mcm tu. Cuma my mum was so unlucky. =)

Unknown said...

mak in law huda tua setahun dr abah in law..alhamdulillah maintain smpi skang :)

kak long, kakak husband pun kawin dgn suaminya muda 3 tahun..yg penting doa dan berkat kan :)

Salwani said...

salam u all ... saya wartawan yg sedang kupas tentang wanita yg berkahwin dengan lelaki muda... ade sesiapa yng nk share kisah mcm ne u all bertemu suami/ pasangan x? ... kalau ade mintak email pd salwani@sinarharian.com.my .. isu ini akan disiarkan pada ahad, 17/11/2013.. tq