Monday, July 18, 2011

Steam Buttercream Class


Semalam 17/07/11 (my birthday) saya belajar steam buttercream dengan ganache rose. Tapi saya story pasal Steam Buttercream dulu ye.

Cake yg digunakan adalah sponge cake. Kak Zai kata supaya dapat buat cake yang besar dan sesuai untuk belajar decoration. Tapi kalau sendiri nak buat buttercake or cake lain takde salahnya.

Steam buttercream ni smooth je. I like tau. Boleh dapat licin macam fondant. Tapi yang best dia adalah cream. Takde le keras je cam fondant kan. Bagi saya yang tak pro lagi dalam kerja2 nak smoothkan cream dekat cake. Steam buttercream is an option to get smooth surface.


7" sponge cake

Percubaan pertama ada air bubbles trapped so terjadi la lubang seperti parut pelentung itu. Tapi tak kisah nanti boleh cover dengan decoration. Percubaan kedua dengan jayanya mendapat smooth surface. huhuhu..Tapi dengan tunjuk ajar Kak Zai le kan. Kata tengah belajar kan.


10" strawberry sponge cake (kalau tak silap)

Lepas kering buttercream tu baru kita stack kan kedua2 kek. Dan mula lah process decoration. Kak zai ajar 2 jenis lagi bunga selain roses. Morning glory dengan peony. Agak keras skit tangan saya. Tapi roses tak banyak problem sebab dah semakin mahir. huhuhu..


Ready to decorate dan tutup segala cacat cela.

Pemilihan warna saya saja request nak purple. To brighten it up mix dengan pink. Kak Zai juga ajar 3 cara buat border cake. Guna star nozzle, petal nozzle & leaf nozzle. There were some mistakes here and there. Takpe..practice make perfect kan.


Tarraaa!! Hasilnya...sesuai untuk wedding cake

Nasib baik en.hubby baik hati nak hantar saya gi kelas ni. Sebab akan bawak balik 2 kek kan. 2tier steam butter cream tu tak boleh nak tutup kotaknya sebab tinggi kan. Saya kena lah pegang. Kalau drive sendiri tak tau le camne.


Side view

Tapi tak selamat juga kek itu. 2kuntum rose saya yang kat tebing kek tu luruh because of the bumpy road. Lesson learned kena letak extra cream sebelum placed the roses cone. So the cream will hold the cone roses.


Kek ku yang comot!!

Disebabkan banyak sgt kek, tak termakan dibuatnya. Saya pon potong le bagi kat jiran dan kawan en.hubby.

2 comments:

Anonymous said...

Cantik blh berkongsi resipi dn cara but x sis.

Siti Hazimah said...

Assalamualaikum..akak..saya nk tanya..antara kek tu ada board ke??