Showing posts with label hubbywifey. Show all posts
Showing posts with label hubbywifey. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Sms penenang hati

SMS dari suami yg menenangkan hati si isteri setelah bermimpi kurang enak malam tadi tentang rumahtangganya:

"Kita doa sama2, sume benda tu tak jadi dalam rumah tangga kita. Mimpi tu sebagai peringatan utk kita...Jujur, ikhlas, kasih sayang, memahami, tolak ansur dll penting utk kita."

^___^

Semoga kebahagiaan milik kami selamanya.

Friday, October 7, 2011

Jalan petang2 cari mee goreng


Sekarang ni kan tengah dalam mode diet. So, kalau nak lagi cepat turun berat badan haruslah mengeluarkan peluh skit. Lebih bagus exercise. Ingat cara mudah buat kat rumah adalah lompat skipping tu. TAPI, ada kerisauan skit pasal haritu bersalin cesarean kan. Dan baru2 ni baru dapat urut bagi naik peranakan. So, kang lompat terlebih2 jatuh peranakan pula. Tak sanggup tanggung risiko. huhuhu...Biar le kata saya ni fikiran kolot. Biar asal selamat.

So, option yg ada dan boleh angkut anak2 sekali ialah jalan2 di petang hari. Keluar peluh juga tau. Walking for 30minit pon consider exercise. Hajat hati nak gi jogging. Tapi tak terpergi2 lagi..hahaha..kasut dah berzaman tanam hajat nk beli tapi tak beli2 lagi.



So, ada le satu petang tu tengok cuaca bagus je. Tak hujan dan tak panas. Letak Hannah dalam stroller suruh si Qaseh pakai selipar. JOM ITUT MAMA JALAN2. Laju je dia carik selipar dia. huhuhu...



Tak jauh dari rumah ada orang berniaga depan rumah jual laksa dll. Terus rasa nak belikan si Qaseh Mee Goreng. Kan ke dia peminat mee. Alang2 dah order mee goreng tak pedas untuk Qaseh, Mama beli sekali laksa & mee rebus untuk seisi rumah makan.



Makcik & Pakcik ni le berniaga bersama. Sweet je..huhuhu..Dorang ada jual juga air2 dan rojak buah. Buah2 cam jambu & sengkuang potong sapu sambal & tabur kacang tu pon ada.



Setel beli hantar balik dulu food tu..berat lak nak bawak jalan2 kan. Pas hantar kami sambung jalan2 balik. Dapat le Mama kuar peluh skit. Jadi la kan..


Teringat waktu sekolah rendah. Darjah 6 masa tu. Selalu lepak kat kedai2 depan rumah macam tu kat area kampung saya dulu. Dulu ada 2 port kami ske lepak. Kedai Mbah & kedai makcik gemuk. huhuhu..

Lepas kelas tambahan (UPSR) balik rumah salin baju. Terus gi melepak + melantak laksa/mihun sup + ais kepal limau. Lepak lama gak. Agak2 food dah turun perut kayuh basikal balik gi sekolah training netball pula. Sampai le nak dekat kol 7..baru masing2 bergegas balik rumah. Masa tu active sangat..so badan slim le. Masa tu je la. Pastu terus badan makin naik selari umur pon meningkat.



Nak dijadikan cerita port yg saya selalu lepak tu juga le tempat lepak en.hubby. Cuma waktu tu saya darjah 6 dia darjah 3. Sah2 saya tak pandang dia..dia tak pandang saya kalau terserempak pon kan. Masa tu rasa cam jauh je perbezaan umur kan. Kalau pandang dan terminat pon mesti stock buat adik angkat. hahahahaha....

Lawak sungguh kalau difikirkan. Tapi itulah namanya jodoh. Dari satu sekolah dan tempat lepak yg sama. Tapi kami dipertemukan di atas feri di Pulau Pangkor...Sungguh cantik pertemuan kami yang Allah aturkan.

Terima kasih Allah kerana menemukan cinta sejati saya. Moga jodoh kami berpanjangan dan bertambah kuat buat selama-lamanya.


Oppss..jadi entry jiwang plak. Ok ler daaa....

Tuesday, July 5, 2011

Selepas 3 tahun...Akhirnya..



Kaki kami kembali melangkah ke situ.


Secara rasminya kami telah membuka 'puasa' kami selama 3tahun tak tengok movie di cinema semalam. Dan semalam juga menjadi hari dating kami yang pertama selepas bergelar ibu&bapa. huhuhuhu...



Pagi2 masuk office dulu. Sempat kerja selama sejam setel apa yang patut sambil apply cuti. huhuhu..Then en.hubby bawa gi breakfast di Dato' Sagor. Makan half boiled egg + toast. Last makan time dok tengah bujang dulu.

Setel breakfast terus pergi Jusco Kinta City. Sampai2 dalam pukul 9.45pg. Kaunter TGV pon tak buka lagi. Saya sedia menanti depan kaunter. Nasib baik ada bangku. En.hubby plak pergi smoking kat luar. Tepat kol 10am kaunter buka terus serbu beli tiket. Pas beli tiket show kol 10.30am kami pergi toilet..buang apa yg patut so takkan mengganggu sessi tgk movie nanti. Bila naik balik ke TGV..mak aaiii..ramainye orang. Dorang ni tak kerja ke?? hahaha..ngata orang..diri sendiri pon sama je. hahaha..



Kami tengok T3 DOTM ni. Siap amik couple seat lagi. Dapat seat belakang sekali tengah2 plak tu. Mmg best le. Saje je amik couple seat sekali sekala. Senang nak lentok kepala kat bahu en.hubby..huhuhu..

Cerita mmg best. Berbaloi RM24. Cuma kalau ada Megan Fox yg sexy dan nampak tough (utk pompuan) lagi best.


Tapi bila nampak baby/budak kecik dah dok teringat anak2. huhuhuhu..sorry le Qaseh & Hannah..bagi can kat Mama & Papa berlovly dovly sekali sekala. Kat rumah takde can le. Lagi le skang korang dah conquer katil. Tak dapat mama nak tidur polok2 ngn Papa. huhuhu..

Monday, January 24, 2011

Serasi Bersama


Bersama??? Yes

Serasi??? hhmmmm...susah nak jawab tu..

Semenjak Serasi Bersama ditayang di Astro 104 ni, my MIL & SIL salah sorang penonton setia. Bila dah dorang tgk..saya pon tertengok le juga kan. Tiap sabtu & ahad jam 9.00mlm kena buka 104 ye. Jgn gatal2 nk tgk channel lain. huhuhu

Untuk episode semalam en.hubby kebetulan ada tengok sekali. So secara tak sengaja kitaorg pon try jawab soklan2 yg aznil & shahirah tu bagi. Kebanyakan nya sume jawapan tak sama. Hahaha..kita ni tak serasi ke Bie??

Yang paling best part soklan utk Loque (kanda dinda) "Bilakah tarikh pertunangan?"..saya pon tanya le en.hubby..dia boleh tak ingat. Dia cuma ingat tahun je. Sabor je la..padahal baru nk masuk 4thn.

Actually maybe sebab 10 hari selepas kami bertunang arwah abah en.hubby eksiden. So tarikh itu lagi kuat di ingatan dia kot. Takpe Bie...Yang(me) tak kecik hati. =)

Korang layan ke Serasi Bersama ni??

Tuesday, January 18, 2011

Kekanda Adinda


Bila umur semakin meningkat pemikiran semakin matang. Bila umur semakin meningkat pengalaman asam garam kehidupan bertambah.

Kalau dahulu bila hati merajuk mahupun terusik terang-terang kita tunjuk. Mengharapkan diri ini difahami dan dipujuk. Tetapi kalau sekarang, rajuk hati hanya dipendam dalam-dalam dan dibawa tidur. Moga2 keesokan harinya rajuk hati tiada lagi. Jika masih berbaki rajuk itu, buat2 tak tahu dan dibuang jauh2.

Jika dulu rajuk hati tidak dipujuk berlarutan kepada pertengkaran mahupon sessi tarik muka masam tapi kini lebih kepada "Takpe la" pujuk hati sendiri tanpa mengharapkan apa2.

Jika dahulu pon jarang dipujuk lagi2 lah sekarang. Akhirnya masing2 buat silent treatment. Paling lama sehari selepas tu buat seperti sedia kala.

Dahulu bila hati menangis berharap mendapat perhatian dan simpati tetapi kini bila hati menangis bantal yang menjadi teman setia sehingga tertidur.

Bila jiwa semakin matang kita lebih cenderung untuk tidak memperbesarkan isu. Lebih sedar tolak ansur itu adalah penting dalam sesuatu perhubungan.

Komunikasi yang baik juga perlu. Tetapi jika masa yang ada tidak digunakan untuk berkomunikasi kita akan terasa semakin lama semakin jauh. Kadang2 terasa seperti hidup berasingan.




Selit lagu Kekanda Adinda plak. Saya dari mula2 keluar cerita 8bulan tu terus ske lagu ni. Catchy dan sweet je.

Ok selesai sudah sessi luahan hati. =P

Monday, November 15, 2010

Rosak Plan lagi!! Gara-gara kau..



Early this year saya pernah blog pasal mende ni. Refer HERE.

Semalam terjadi lagi. Argghhhh!!!! Dalam setahun 2x kena weh. Penat..penat.. Sungguh durjana wahai kau si anai-anai.






Kalau dulu dia serang cabinet buku-buku sekarang dia serang almari baju plak. Ceritanya..pagi ahad tinggal saya & Qaseh je. Papa & Opah gi pasar. Lepas kami berdua mandi. Saya keluarkan butter & cream cheese untuk buat cheese tart tempahan raya haji. Saya pasangkan tv utk Qaseh lepas tu saya mula nak kemaskan bilik. Nak lap habuk2. Saya panjat katil untuk lap almari baju bahagian atas tu. Skang kan almari baju ada top compartment yang boleh detached tu kan. Dalam tu MIL letak bantal2 yang tak guna. Bila saya lap je bhgn plg atas tu terus terkupil kulit kayu bahagian luar tu dan nampak le si anai-anai. Arrghhh!! gelinya..

Maka cancel le plan nk buat cheese tart. Simpan balik barang dalam peti sejuk. Di sebabkan Qaseh yang agak penyibuk menyukarkan kerja kami di dalam bilik. Maka Qaseh telah dieksport oleh Mak Long & Pak Long balik kampung Pak Long. Dah petang bila kami dah setel semua baru Qaseh balik.

Sekali lagi en.hubby menjadi orang kuat aka pest control. Saya hanya membantu mengeluarkan barang2 dari bilik. Itupon barang2 yg ringan-ringan saja. Kata tgh pregnant kan. Lagi masa en.hubby spray racun tu saya tidak dibenarkan berada berdekatan dengan bilik.



Hikmah di sebalik kejadian ini..bilik kami rasa cam bersih gila..bebas dari segala habuk..hahaha..Malam tadi saya & en.hubby tidur dalam kepenatan. Lagi2 en.hubby. Sampaikan plan nak gi TESCO beli pampers Qaseh pon terbantut.


Kejadian ini mungkin akan berulang kembali. Tak tau le kat mana plak dia nak serang. Satu cara untuk prevent jadi balik adalah membuang tikar getah lama tu ganti dengan tiles. Tapi memerlukan beberapa ribu untuk itu. Setakat 200-300 bleh tahan lagi la.

Wednesday, June 23, 2010

Itu sebab nape Yang Cayaangg Bie...



*** Entry Jiwang..sila muntah hijau...


Semalam saya puasa ganti..Hari Ahad dh inform and mintak permission en.hubby. Kebetulan plak semalam saya sakit kepala ya amatnya..Terus decide MC..tapi tetap teruskan niat nk berpuasa..

Alhamdulillah gastrik xde plak menyerang..Rasa lapar pon tidak..cuma dahaga je..std le org berpuasa kan..

Masuk part jiwang ni..

En.hubby sampai umah dr tempat keje dalam 6.30pm..Kat tangan ada plastik bag yg mengandungi ini...


Dalam hati saya dah tersenyum riang..Rasa mcm en.hubby belikan minuman kegemaran saya...tapi diam je dulu. Kot2 saya je yg perasan..hahahaha..

Tiba masa berbuka saya tanya kat en.hubby: "Bie beli SARSI tu utk Yang ke? Sebab yang puasa eh??"

en.hubby jawab " Yelah..untuk yang le. Yang ske kan."

hehehehe...nasib baik betul tekaan..takde le perasan sorang2 plak...

Thanks bie..Yang sayang bie...Mmuuaahhhhh....



Note:
Saya xde le plak berbuka ngn air gas...nak sakit perut?? Saya minum kemudian nye la..




Monday, May 31, 2010

A dream come true

Over the weekend, kami berjaya mencapai one of OUR WISH LIST. Happy sangat2. Especially en. Hubby. Alhamdulillah...

Sebagai isteri, saya sangat berpuas hati sebab dapat membantu suami mendapat apa yang dia idamkan. Senyuman di bibir dia amat membahagiakan saya. Biasa le kan..bila dia bahagia..saya pon bahagia. Malam masa bed time, hubby siap kiss dahi saya sambil cakap "Thanks sayang, sbb made my dream come true"..



Last weekend pon mmg weekend yg busy for me & en.hubby. Tapi xde gambar2 yang dh di transfer. Nak update w/o pics cam kurang menarik kan. So, hold lu..nanti lepas transfer baru update.



Note: Ada sesiapa dapat teka "one of our wish list" tu tak?? tapi xde hadiah le kan...hehehe

Wednesday, May 12, 2010

Love is in the air..



Even x berapa sehat saya kena gi keje jugak. Sbb dah 2 ari cuti..kang mengamuk plak apek tua (boss) tu kt saya..

Sbb mood sekarang "mood bunga2 cinta"..so x sehat pon cam happy aje kan..

Mr. Azmar Fazly, I love you very strong!!
mmuuaahhhhhh

Thursday, May 6, 2010

Apa pandangan anda..Part 2.

Thanks a lot yg sudi bagi pandangan smlm..

Nikki..at first aku xde le rasa cemburu..just "tersentap" kejap. Sbb dah tau lama pasal plan reunion dorang. Dalam kepala dah set kalo xde pe2 mmg kami pergi.

Tapi bila tiba-tiba "kami" jadi "dia" sorang terkejut gak..So..bila dh bagi hint nk gi sorang..mcm2 le terfikir..so ade le jugak sikit rasa jeles tu..hahahaha..

Sebab mcm dh terbiasa since kawin ni dh xde "personal" punyer activity..mesti family akan involve kan. Even kalau saya sendiri ada reunion for sure le mesti ajak en.hubby & Qaseh sekali..

So..malas nk kata ape2 dah..sebab dah tersentap kan..nk pergi..pergi je la. Dh x kisah..Dah adat kan..kebanyakan lelaki even dh kawin social life tetap jalan. Bagi kita yg wife ni kalo bersocial pon sure angkut anak sekali...

Patut le syurga itu di bawah telapak kaki ibu.. auwww aura nk sambut mother's day sudah tiba. hehehe...

Thursday, April 29, 2010

Simple Egg Sandwich



Sorry ye bie..kempunan bie nk bawak bekal egg sandwich utk breakfast pagi ni..=(


Smlm lepas balik keje singgah kedai..beli roti. Cadang nk buat egg sandwich utk breakfast pagi esoknye..

Alih2..terbangun lambat pagi ni..bangun 6.30am dh..tapi masa tu MIL tgh sibuk masak kt dapur..so occupied le..x dan nk rebus telur..

En. hubby lepas mandi terus terpandang roti + mayonnaise yg tak terusik ada atas para cabinet tu. Tapi dia diam ajer..Terus saya cakap.."Tadi ingat mmg nk wat egg sandwich tapi bangun lewat le"..En.hubby reply " Tau, sebelum tidur smlm dah terbayang dpt mkn egg sandwich kt ofis nanti"...

Arrghh..sorry sgt2 bie. Yang janji esok bie bawak bekal egg sandwich ok!!

p/s: rebus telur malam b4 tidur laa..so xde kelam kabut esok pagi..

Sunday, March 14, 2010

Happy 2nd Anniversary Mr & Mrs Azmar


"Happy 2nd Anniversary Mr & Mrs Azmar"

Thursday, February 4, 2010

Video of me..

Just another nostalgia nk share ari ni..

Masa awal2 me & en.hubby beli nokia N70 dulu..time tu baru tunang..En. hubby ade buat short video of me..actually more to slideshow laa..

Masa tu..kami PJJ (percintaan jarak jauh) sbb saya bekerja di kuantan..en..hubby plak kt Bt. Gajah. Bila received video tu dari dia..Hati berbunga2..senyum kalo bleh sampai ke telinga. Masa tu rasa sgt2 yg dia betul2 sayang kan saya..hehehe..ooppss..mode jiwang kejap..

So..layan slide show ni..jgn muntahijau tgk muka Puan Apash dolu2..



hhmm..bila tgk gambar2 tu..terasa kan best berat badan mcm lu..xde le gemuk sgt..chubby2 jer..huhuhu...bila le nk buang lemak2 yg berlebihan ni..

Wednesday, February 3, 2010

Outing bersama Papa last weekend


For the past few months..papa asyik bz jer. Kadang boring sgt asyik terperuk kt umah jer time weekend ni. Lagi2 le sy ni jenis kaki jalan. So agak2 stress jugak kalo terperuk kt umah je.

Tapi dh mmg rezeki kot nk dpt outing ngn papa last weekend. Itu pon sbb 2-3 hal dia last minit cancel. Dalam kol 4 kami gerak JUSCO ipoh. Xde specific mission pon. Tapi sempena baru je gaji ni..hehehe..so xde le pulang ngn tangan kosong kan.

Tak le shopping sgt. Just beli baju utk Qaseh jer..

Ade 20% diskaun

RM12.90 spsg. Murah rembat sampai 3 psg.

Actually duit beli baju Qaseh tu asalnye untuk belanja family gi mkn steambot kt Lumut. Tapi plan cancel sbb ade sesetengah nye bz dan agak2 malas nk pergi. So, jadi rezeki Qaseh le nampaknyer. So dah xde peruntukan untuk makan steambot utk bulan ini ye. Harap maklum!! Lain bulan bleh plan lagik.

Untuk mama & papa lak..Papa Qaseh belanja Big Apple Donut ngn secret recipe cake. yummyy!! tu sbb mama ni gemuk!! hahahaha

On d way balik papa request nk makan nasi goreng pedas mama masak. So, b4 sampai umah singgah beli udang..carik sotong dh xde. Dah nk malam sure le barang2 basah kt kedai tu dh abih. Udang pon jadi la..

Sampai umah terus ngn projek memasak. Siap goreng papadom lagik..mmg membangkitkan selera. End product mmg pedas gile nasi goreng tu. MIL pon surrender..x bleh mkn byk..hehehe..tapi papa makan dengan seleranya. Sedap katanya. Tapi x tau le sekadar nk jaga hati isteri kan..

So..malam tu tidur dengan hati senang dan perut kenyang...burrppp...alhamdulillah..

Monday, February 1, 2010

Wanita Berkahwin dengan Lelaki yg lebih Muda



Wanita berkahwin dgn lelaki yg lebih muda sudah tidak asing lagi bagi kita semua. Rasullullah SAW juga berkahwin dengan Khadijah yg lebih tua. Malah kita sering terbaca dalam akhbar di mana seorang nenek berkahwin dgn lelaki yg sebaya dengan cucunya. Even Rita Rudaini yg lebih tua 11thn dari suaminya yg pemain bola sepak itu..
(x ingat nama plak)

Saya terpanggil untuk buat entry ini sebab saya tergolong dalam golongan itu. Saya lebih tua 3 tahun dari en.hubby.

Dalam keluarga saya perkara ini mmg sgt2 tidak asing lagi kerana mana emak saya juga tua 5 tahun dari abah saya. Walaupon perkahwinan mereka tidak 'kekal berjaya'...tidak bermakna perkahwinan saya akan berakhir sedemikian rupa.

Sebelum emak saya merestui hajat saya untuk berkahwin dengan en.hubby, emak beberapa kali mengingatkan saya supaya berfikir sedalam-dalamnya. Sebagai ibu sudah tentu beliau tidak mahu perkahwinan saya berakhir seperti beliau. Tetapi, oleh sebab dah jodoh..akhirnya saya skang isteri kepada en.hubby. Malah Angah saya juga berkahwin dengan lelaki yg lebih muda dr dia..hehehe..

Tetapi, pada zaman sekarang ni..sebagai wanita kita kena lebih berhati-hati. Ada sesetengah lelaki yg cuba mengambil kesempatan ke atas wanita2 yg berusia ni. Bukan nak kata lah, apabila seorang wanita yg agak berusia lagi bekerjaya. Sudah tentu financially dia stabil. Dah ada secure job, rumah dan kereta. Tentu sekali lelaki2 ini akan senang hidup mereka. Yelah cuci kaki je la..sume dah ada. Tapi saya bercakap tentang sesetengah lelaki sahaja. Bukan semua ye.

Kalo lelaki yang bertanggungjawab, perkara itu bukan satu isu..di mana dia sedar dia sebagai suami perlu menyediakan segala keperluan keluarga. Mungkin si isteri tersebut boleh membantu sedikit sebanyak kan.

Dari personal opinion saya dalam isu Wanita berkahwin lelaki muda plak..kalo perbezaan umur >5thn tu kire Biasa la. Kalo >10thn kire acceptable lagik la. TAPI kalo dah sampai nenek kawin sebaya cucu tu..x patut laa..

Dalam situasi saya pula..saya berkenalan dgn en.hubby semasa saya 22thn dan en.hubby 19thn. Pada masa tu x rasa byk perbezaannya..itu yg rasa ok jer. hehehe...

Tapi before saya serius dengan en.hubby ade few things yg saya perlu clarified. Supaya xde le frust menonggeng sbb isu saya lebih tua dari dia.

  1. En.hubby mesti inform family dia lu yg dia "teman tapi mesra" dgn gadis lebih tua dari dia. Kalo family dia OK....baru kami OK...Yela..certain2 ibu/bapa takkan setuju dalam bab2 ni. Lebih2 lagi sebuah perkahwinan memerlukan restu kedua ibubapa.
  2. Saya awal2 dah inform dia yang saya nak berkahwin b4 30. Agak2 dia kata ok..saya pon ok. Tapi dalam hati dah set...sampai saya 26thn dia xde utarakan hasrat nk kawin..saya akan "hai, hai, bye, bye" le. X perlu waste my age tunggu lagik.
  3. Jangan rasa menyesal kahwin awal. hehehe. Ini perlu sgt2 kerana ada sesetengah lelaki even wanita sampai certain age..dia akan menyesal kerana kahwin awal dalam erti kata lain x puas enjoy b4 kahwin. Tapi kalo betul caranya, lepas kahwin pon boleh enjoy apa. Cuma include kan pasangan & family dalam agenda enjoy2 ni..hahaha..

Alhamdulillah semua nye OK. Itula..kalo dah jodoh tak ke mana kan. Akhirnya tercapai hajat berkahwin semasa berumur 26thn manakala en.hubby 23thn. Agak muda bagi leorang lelaki. untuk berkahwin. Pada umur 24thn en.hubby dah bergelar "Papa"..sementara kawan2 sepermainan dia masih "hua..hua..hua" enjoy lepaking...

Saturday, January 30, 2010

Tips Memelihara Keharmonian Rumah Tangga

Sebagai Renungan Kita semua : source Here


Memiliki rumahtangga yang bahagia adalah impian bagi semua manusia didunia ini. Walaupun begitu, tidak semua manusia dapat memilikinya kerana terdapat masalah di antara suami, isteri dan anak – anak. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diambil perhatian bagi menjaga keharmonian rumahtangga kita.

  1. Sering melakukan kegiatan bersama – sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua – duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan sentiasa berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama – samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis bersama semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku perceraian (bagi pasangan islam untuk talak satu dan dua sahaja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, politik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur bersendirian.
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing – masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak – anak. Suami disifatkan matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak – anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing – masing sudah berusia.
  20. Anak – anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
  21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga islam,pastikan sekurang – kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama – sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Selamat berbahagia ke anak cucu. Ikutilah sunnah Rasulullah S.A.W. Contohilah baginda, anda pasti selamat dan bahagia, dunia akhirat.

Wednesday, January 20, 2010

Mimpi saya..

Thanks for the feedbacks dearest blogger frens..Saya jawab comment2 anda dalam entry ni je la eh..

Huda : A ah..memang orang kata mimpi ni mainan tidur. Tapi kadang2 ia sebagai petanda untuk kita.

MamaNoa : Mmg gile kalo dalam realiti..mau puan apash frust menonggeng..Saya ni kdg2 mimpi ade gak sebagai petanda..tapi ada gak yg sekadar mainan tidur..

Mama_Aqish : Uisshh..xde le mimpi nk ke toilet..hahaha..mmg betul mimpi pompuan lain ni..

CuppyCakeMommy : erm...nk kata pasal Cinta_balqish x jugak. Sbb saya xde le minat benor citer tu.

Anis : U mimpi hubby ade affair ngn memey??? lagi menarik mimpi U..hahaha..Mmg harap le mimpi ni sekadar mainan tidur... Jgn sampai menjadi realiti.

May : Xde fikir sgt pon. Sekadar amik idea untuk entry baru kt blog..hahaha

Ni sebenarnya jalan "cerita" mimpi tersebut:

Actually dalam mimpi tu..'pompuan' tersebut adalah madu saya....hahaha. Dia seorang yang baik. dan saya redha suami saya berkahwin dgn pompuan tu. Tapi dalam redha pon..semakin hari semakin pedih hati ni. Sampai le dah tak tertahan seksa jiwa dan raga. Itu pasal the end nye..Saya minta dilepaskan. Dalam erti kata lain..moga2 mereka bahagia..dan saya tidak lagi tersiksa..huhuhuhu.. Sebijik cam drama le plak..

Tapi dalam mimpi tu..hanya saya yg berkata-kata..mereka hanya diam seribu bahasa..huhuhuhu..

Tapi pagi tu x sempat story pasal mimpi ni kt en.hubby. Bila dah sampai ofis..baru sms dia.

Me : Mlm tadi mimpi Yang ada madu =(
Him : Yeke. Xde ape2 la. Insyaallah hanya Yang sorang sampai Bie mati.


Terus senyum sampai ke telinga..bunga2 cinta is in the air...hahahaha..


I love you so much~

Siapa Paham??

Malam tadi mimpi..

Saya , en.hubby dan sorg pomp. Di dalam situasi mahu gerak gi lunch. Semasa berjalan menuju ke kereta. Saya berkata " Takpe la..Uolls pergi je la. Saya ada hal skit".

Mereka berlalu pergi dan saya membawa diri sambil berlinangan air mata.

Selepas suatu ketika, saya berkata pada en.hubby, "Lepaskan saya. Saya x sanggup dah. Saya redha".

Dan terus saya membawa diri tanpa beralih ke belakang lagi.

Sape paham????

Tuesday, January 12, 2010

Anai-anai

Last wiken kami tak ke mana2..x gi jalan2..x gi makan2..dok umah je. Sume angkara si anai-anai durjana..huhuhu..

Mula2 plan nk kuar ngn my Along. Tapi en.hubby x bagi..dia kata "Baik sayang kemas bilik"...mula2 muncung gak..hahaha..tapi nasib baik Qaseh well behaved..bg mama can kemas bilik yg 'jobon' tu..

So tengah pilih2 bil statement yg mana nk..buang yg mana x nak..terasa nk alih skit rak buku2 tu..sbb nk susun skit..Tiba2 melompat si bini ni sbb geli tgk anai2 belakang cabinet tu...Saya bab2 ulat2 ni mmg geli..I hate creepy crawlers...huhuhuu..

terus panggil hubby...sbb nk wat sendiri geli. Serius geli beb. Soh tgkap katak lagi I rela tau..So hubby deal dgn anai2...saya alih barang2 kuar bilik lu. Bila hubby selak tikar getah..mak aii..byk nyer..Pas kuar sume barang..hubby spray racun keliling bilik. So haram utk Qaseh masuk bilik..BAHAYA..en.hubby dh mcm pestcontrol plak last wiken..hahahaha..

Dah petang tu sume dh ok..start le punggah masuk barang2 dlm bilik balik..Nak x nak terpaksa beli cabinet baru utk ganti yg dh kena mkn dek anai2 tu..

So, even penat tapi malam tu tido dgn amannya..tanpa perlu ade anai2 kt tepi2 dinding bilik kami..huhuhuhu..

Pasni kena check selalu takut2 anai2 tu dtg balik..kang x pasal cabinet baru tu dia makan gak..

Kerugian yg terpaksa kami tanggung...

1) Rak buku yg harga RM19.90...tapi dh diganti dgn cabinet buku RM100..x pasal2 kuar duit lebih..huhuhu

2) 1 album gambar me&hubby zaman bercinta lu...abih memori...

3) My loan agreement ngn BSN...& resit bayaran

4) Agreement ngn PTPTN, Statement, surat2 dr PTPTN..


So, kesimpulannya ade hikmah nape en.hubby x bagi kuar ngn Along..kalo x sampai arini still x tau ade anai2 dok kongsi bilik ngn kami...
eeeeeeeeeeeeeeeeeeee gelinyer!!!

Itule..jgn lawan cakap suami..hahahaha....Ampun bie!!

p/s: Ingat nk le letak pic anai-anai2 sekali..tapi baru google terus geli geleman...x sanggup nk letak plak..so jadinyer entry x bergambar...the end.

Friday, January 8, 2010

57th month Anniversary

Rabu lepas 6hb..anniversary 57th months utk me n hubby..Anniversary utk date kami start bercintan cintun..hehehe..Mmg dh jadi kebiasaan kami utk wish happy anniversary setiap bulan pada 6hb..Actually its not big deal sgt pon lain la anniversary betul2..06/04...

Tapi sebenarnya saya pon x teringat masa hari rabu tu..sampai le dpt sms dr hubby.."Happy Anniversary, sayang"...hahaha..selalunye pomp yg xkan lupe kan. Ni dh terbalik..thanks hubby sbb ingatkan yang...

Yang herannyer..nape 14hb xde wish plak eh..14/03 tarikh nikah kami..hehehe..x kisah le. Janji 14/3 every year sama x lupe. Kalo lupe sah2 si bini tarik muka 14 nanti..(nape 14 eh?? x 16 ke 18 ke??)


Motif gambar??

Saje nk tayang gambar nikah kami..hahahaha

::UPDATED::

Baru teringat yg hubby kata nanti wedding anniversary yg ke 25 nk wat doa selamat silap2 naik pelamin blk..hahaha..sure segan gile time tu. Lepas 25thn..anniversary yg ke 50 plak katanya. Kalo yg ke 50 saya dh 76thn..kerepot dh time tu..itupon kalo ade nyawa lagik kan...

"Bie, moga2 jodoh kita kuat hingga ke ujung nyawa..amin"