Monday, March 15, 2010

Panduan Am Kesan Sampingan Bersalin Pembedahan Caesarean

Pn. ApasH terbaca kisah ini dalam Harian Metro (on9)..So just nk share as a info for those mommies yg beranak secara ceasarian..

Soalan:

ISTERI saya baru-baru ini bersalin anak sulung secara pembedahan.
Apakah kesan sampingan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan? Ada yang mengatakan jika isteri bersalin secara pembedahan, bilangan anak yang boleh dilahirkan setakat tiga orang sahaja. Adakah itu benar?


Jawapan:

BERIKUT adalah antara beberapa panduan am berkaitan kesan sampingan bersalin pembedahan Caesarean.

  • Bersalin secara pembedahan mungkin membabitkan lebih pendarahan berbanding bersalin biasa. Kadangkala ia boleh menyebabkan rahim terpaksa dibuang untuk menghentikan pendarahan. Isteri anda mungkin mengalami lemah badan atau kelesuan selepas bersalin. Keadaan itu lebih ketara berbanding jika dia bersalin biasa. Lazimnya, doktor akan mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan pendarahan berlebihan sewaktu dan selepas bayi dilahirkan.

    Pada hari kedua selepas pembedahan, sedikit sampel darah isteri anda mungkin diambil untuk mengetahui paras hemoglobin darahnya. Isteri anda juga mungkin sudah dibekalkan ubat pil zat besi untuk memulihkan paras hemoglobinnya.

  • Jangkitan kuman boleh berlaku sama ada di dalam rahim (dinamakan endometritis) atau pada bahagian kulit (lebih kerap disebut wound breakdown) atau ke dalam aliran darah (septisemia).

    Lazimnya, doktor memberikan antibiotik terus ke dalam aliran darah (intravena) sejurus sebelum pembedahan bermula dan diteruskan beberapa dos kemudian untuk mengelakkan risiko ini.

  • Penyebab isteri terpaksa menjalani pembedahan.

    Kebanyakan penyebab (contohnya bayi lemas) tidak berkait dengan risiko untuk berulang pada kehamilan akan datang.

    Penyebab seperti uri di bawah, rahim berkembar (bikornuat), tulang pelvis atau punggung sempit pula mungkin lebih berisiko untuk bersalin secara pembedahan pada kehamilan akan datang.

    Secara prinsipnya, setiap pasangan berhak membuat keputusan mengenai bilangan anak yang diingini, namun biarlah setelah mendapat penerangan doktor mengenai risiko meneruskan bilangan kehamilan itu.

    Berulang kali menjalani pembedahan Caesarean meningkatkan risiko rahim koyak atau lebih dikenali sebagai uterine rupture.

    Ia bukan saja berlaku pada hari sakit bersalin tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa terutama setelah kandungan mencapai tujuh bulan.

    Walaupun risiko ini bukanlah 100 peratus (risikonya dilaporkan antara satu hingga dua peratus), namun jika dibandingkan dengan wanita yang baru sekali saja menjalani pembedahan Caesarean, risikonya meningkat sebanyak sehingga empat kali ganda. Apabila ia berlaku, keadaannya sangat mencemaskan dan membahayakan nyawa wanita, apatah lagi bayi dikandungnya.

  • 6 comments:

    ieyza said...

    info yg sangat menarik coz saya salah seorg yg menjalani caesarean...
    terima kasih kerana sudi berkongsi....

    nsazwa said...

    salam...
    juz nk share..kawan satu ofis dulu bersalin normal tapi baby nya susah nk kuar..terpaksa guna vakum...kemudian pendarahan tak berenti tak tau nape..doc terpaksa operate pulak untuk tgk apa punca pendarahan berlaku...kesian pun ada...rasa "padan muka" pun ada..bukan apa..mulut dia jahat sangat...tak tau la nk kata..balasan@dugaan...:(
    baby dia sekarang dah 8 bulan tapi baru pandai meniarap..

    ApasH said...

    ieyza : sharing is caring rite..

    nsazwa : w'salam. itule..hanya Allah je yg tau kan. Maybe anak dia lewat skit kot. Asalkan normal n sehat..alhamdulillah le..

    ajue said...

    tq...atas maklumat ni....sbb i pn c-zer gak....

    Myss Ammi said...

    Hurm..i kena czer jgak..anak sulung. Sbbnya beby lemas. Ikutkan doctor, memang normal. Bukaan pn da 6cm. Tp jantung anak da lemah. Trpaksa la.. Maybe ni sbb Allah nk hapuskan dosa2 sy yg dulu.. InsyaAllah anak kdua sy nk bersalin normal..aminnn

    Ummi Jual Vitamin said...

    Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.