Thursday, March 23, 2017

Terobek 3rd birthday abam uwais


 Inilah untung bila mama seorang baker. Sampai 3 kali si abam uwais tiup lilin. Birthday abam actually 24hb jan yang lepas. Mula2 dengan kek karamel slice on his birthday.


Weekend tu baru celebrate birthday dia betul2. Baru le dapat kek birthday sebiji. Mama buat chezze choc dengan flat screen boboyboi galaxy. 😅😅



Tak cukup dengan tu lepas couple of days kebetulan mama ada lebih brownies dia request nak "happy bday to you" lagi. Mama layankan je la.

Setahun mak dah pergi

Gambar 2 minggu lepas di pusara arwah mak saya.

Arwah meninggal 4 Feb 2016 di hospital rompin. Masa tu mak tinggal dengan adik yang berkerja kat sana. Nak bawa balik ipoh macam jauh sangat jadinya
 mak disemadikan di tanah perkuburan bukit kiara je. Atas bantuan ayah mertua adik.

Kehilangan mak adalah 1 perasaan yang tak terungkap dengan kata2. Hanya yang mengalaminya yang akan faham. Kesedihan yang amat sangat sehingga dada pon terasa sakit.

Saya tak sempat mengadap arwah. Bukan rezeki saya. Mak disahkan meninggal dunia semasa saya dalam perjalanan ke rompin. Baru sampai takat tg malim je. Last saya jumpa mak nov 2015. 😭😭😭

Sekejap je masa berlalu. Saya dah makin tabah. Alhamdulillah..

Al Fatihah.
22 Dec 1949 - 4 Feb 2016
Norsinah Ramli

Terobek 6th birthday hannah pulak


Hannah my second princess. She turned 6 last 10th March. Simple je mama buat kek celebrate je di tadika.


Hannah dah besar so dah pandai request untuk kek dia.
1. Kek no 6
2. Rainbow cake
3. Krim warna pink+purple
4. Mesti potong di tadika tak nak kat rumah.

Banyak cekadak plak kan. Nasib le mama ni baker. Bleh le request.

Next month birthday kakak piyah pula. Sama juga nak sambut di sekolah katanya. Mama ikut je..