Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Cuti???

Jumpe mende kat atas tu kat wall FB sebentar tadi. Source Informasi Dot My.

Kan best kalau betul2.
  1. Kalau betul2 cuti konpem le best kan.
  2. Ketua2 parti politik mmg betul2 baik macam tu. Aman Malaysia. Tak perlu buat Pilihanraya..hahaha..

Tapi kalau dalam 'gurau senda' di atas join sekali ketua Parti bukan dimonopoli orang Melayu kita kan lagi best. Kata 1 MALAYSIA.

Gurau2 saje je..gurauan petang-petang.

Demam layan Bola - Tahniah Harimau Muda



Eh, bukan demam bola yang tidur bola makan bola tu ye...hahahaha

SAYA yang demam sebab kena hujan. Dalam demam2 tu saya layan gak game bola FINAL Sukan SEA antara Malaysia & Indonesia tu. Saya ni bukan le suka sangat tengok bola. Takde sampai tahap mesti nak tengok. Cuma bila orang lain layan...saya pon tumpang tengok je la.

Semalam tengok dengan penuh debaran. Mak saya cakap sape jantung lemah mmg boleh kena heart attack ni. Tengok dengan penuh semangat..siap terjerit-jerit. Si Hannah yg baru tidur pon terjaga sebab terkejut. Pastu terus tak tidur2 sampai le game habis.

Oh ye..semalam saya tidur di rumah Mak saya. Sebab en.hubby,SIL & her hubby pergi jemput MIL kat KLIA. Alhamdulillah MIL selamat tiba dari tanah suci.

Berbalik kepada game tu, bangga sangat tengok pemain2 muda kita. Khairul Fahmi pon bermain dengan cukup cemerlang even banyak gossip2 tak baik tentang dia. Bila dia di dalam padang, orang dah tak amik pot sangat pasal gossip2 tak baik tu. Itu personal life dia kan. Cuma kalau tak bersangkut paut hal larangan agama Alhamdulillah. Lagi hidup dan kejayaan diberkati.

Dengan tengok game semalam baru le saya mula kenal pemain2 Harimau Muda ni. Kalau tak mmg tak kenal sorang pon. Kenal si Khairul Fahmi je pon. hahahaha...

Ulasan dari saya, kedua2 pasukan bermain dengan baik sekali. Dua2 pasukan layak untuk meraih pingat emas. Tapi dah tertulis REZEKI Malaysia untuk memenangi Pingat Emas sekali lagi. Tahniah sekali lagi. Moga REZEKI Malaysia semakin murah untuk melangkah dengan lebih jauh dalam arena sukan bola sepak ini. Amin...

Wednesday, November 16, 2011

Tarikh Lesen Mati ikut Birthday


Mulai 21 Nov ni bila perbaharui lesen memandu akan ikut tarikh lahir. Bagi saya bagus juga. Saya tergolong dalam golongan yang selalu lupe nak renew lesen. Mesti terlewat punye..Tapi takde le sampai berbulan2 tak ingat.

2-3 hari je kalau terlupe pon. Lesen saya mati bulan July. Birthday saya pon bulan July. Bulan mati mmg tak lupe. Hari je yang selalu lupe. So lepas ni InsyaAllah tak lupe dah kot. Selagi saya ingat birthday sendiri selagi tu ingat le tarikh lesen mati.

Tapi bila sampai masa birthday sendiri pon tak ingat konpem le tarikh lesen mati pon takkan ingat kan...hahahaha...

Monday, September 26, 2011

Saya Generasi...

Pagi ni di Riuh Pagi Era topik nya "Saya Generasi.....". Topic ni dimulakan oleh @aidasue di twitter. Saya tak aktif twitter so tak tau sgt. Just tau dari apa yang saya dengar di radio je tadi. Topik menarik, so boleh jadikan entry di blog. hahaha..

Saya generasi ape?? So jom check it out.

1. Generasi layan POP KUIZ yg Pak Nil pengacaranya. Pernah pergi rakaman Pop Kuiz di Hotel Syuen, Ipoh. Masa tu bintang undangan kumpulan NIKO..dah le tgh minat gile si Affa time tu. huhuhu. Setel rakaman je terus gi serbu dorang kat set. Tak pasal2 kena halau. hahaha..seb baik time tu baru sekolah rendah. Takde le malu sgt..kata budak2 kan.



2. Generasi main Brick Game aka TETRIS. Masa tu popular game super mario dan len2. Tapi saya takde game tu. Game set yg guna ala2 cassette tu. Apa ntah namanya. Cuma ada Brick Game tu je. Itupon pulun main sampai High Score.



3. Generasi layan citer jepun Maero Attack. Mmg tak miss la citer tu. Pastu verangan buat somersault berputar. hahaha..Padahal men bola tampar bukan terer pon.



4. Generasi main lompat getah tu. Zero point, one point...saya paling tak terer buat pusing 5x tu. mesti slow giler. Setakat buat untuk diri sendiri boleh la. Bila nak kena cover ahli geng lain mesti hampeh. Selain lompat getah tu main juga galah panjang, tutup botol dan batu seremban. Especially lepas abih UPSR. Dah tak belajar sangat. Main je kejenye. huhuhu..



5. Generasi meminati boy band bermula. Masa tu yg plg popular Backstreet Boy, N'sync, Hanson, The Moffats dan banyak lagi la. Kalau local artis KRU, 4U2C, NIKO...tapi Feminin, RES2 tu sume tak bape layan. Biasa le kite pompuan ske artis lelaki je. hahahaha..

6. Generasi pakai baju ala2 rappers ke ape ntah. Baju besar, seluar besar then kasut yg dh macam safety boots tu. Baling kat anjing pon boleh biol. T-shirt Quicksilver time ni popular sungguh. Bayangkan kami 4 beradik ada kasut boots tu sorang sepasang untuk raya. Kasut sorang dalam RM200+/-. 4 orang dah berapa. Kasut saje. Time tu kasut macam tu dah mahal gile dah. Lagipon kami bukan orang kaya pon. Alhamdulillah rezeki Abah murah...

So, korang generasi ape pula?? Yg lebih kurang sebaya ngn saya maybe ada yg sama dgn cerita saya kan. Jom le kongsi kisah anda pula...


P/s: Gambar sume google saje. Thanks to the owners..

Thursday, January 13, 2011

Bergambar dengan Khairul Fahmi Che Mat


Bila dapat bergambar dengan orang yang popular mesti kembang je hidung kan. Lagi2 kalau kita minat kat dia. Pn. ApasH pon minat kat Khairul Fahmi ke???





Ok2..sure korang x sabar2 nak tgk gambar tu kan..jeng..jeng

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.





My bro bersama Khairul Fahmi Che Mat
Bukan saya ye =P


HAHAHAHA


Korang tertipu tak?? Bila masa le plak saya jumpe si Khairul Fahmi tu. Kalau terjumpa Khalid Jamlus tak pon Indraputra munasabah gak sbb dorang asal Ipoh. Dulu jumpe pon x kuasa nak tangkap gambar. hahahaha..

My bro kerja ngn PM. Mesti dorang ada majlis penghargaan dan penyampaian hadiah dengan PM kot. Tu yang my bro bleh jumpe dengan pasukan Harimau Malaya. Dengar berita kt radio tadi setiap pemain menerima RM65,000. 15K tunai lain merupakan Amanah Saham Wawasan 2020. Wow...Pokcik Kayo!!!



Kenangan bersama AFF Suzuki Cup


My bro mmg poyo skit. Sure hidung kembang je dapat bergambar dgn Khairul Fahmi + Piala Suzuki AFF tu. hahahaha..kan Acap kan...=P


Note: Gambar dicilok dari FB my bro.

Monday, January 10, 2011

AJL 25


Acara tahunan yang akan ditonton sebilangan besar rakyat malaysia. Saya juga tak ketinggalan. Nasib baik Qaseh tidur lewat semalam. Even in between tu dia ada gak meragam. At least Mama dapat tgk keputusan AJL 25.

My personal opinion tak sangka Ana Rafalli boleh menang tapi takde le tak puas hati plak. Mesti juri ada sebab2 kenapa memilih Ana Rafali menang kan. Cuma tak sangka sbb lagunya macam biasa2 saje dan bukan favorite song orang ramai. Tapi tak dinafikan ramai juga yang suka lagu Tolong Ingatkan Aku.

Anyway TAHNIAH Ana Rafalli!!
Membawa pulang RM 35,000 beb. Mokcik kayo!!

Terbaca 1 status kat FB, lepas ni keluar lah "Baju Kebaya Ana Rafalli"...hahahaha lawak....
tapi dah mmg trend kat Malaysia ni kan..ske benor bagi nama artis kat tudung2, baju2..Tapikan artis2 tersebut dapat royalti ke hah??

Saturday, December 4, 2010

Anjing..oh..anjing..

Satu isu yang membuat saya susah hati. Aiyoooo....

Kisahnya begini...

Kilang saya boleh dikatakan penuh juga dgn anjing. Kemungkinan lebih dari 10 ekor. Beranak pinak..Hidup dan mati di kilang ini dari dulu lagi. Tidak tahu sudah berapa generasi. Suatu masa ketika ramai pekerja asing dari Vietnam yang bekerja di sini isu anjing ini agak berkurangan kerana warga Vietnam memang diketahui suka dengan anjing ni.

Tapi itu kisah semasa saya belum berkerja di kilang ini. Selama 3 tahun lebih saya bekerja di sini dan terus dilantik menjadi Secretary Safety Committee, isu anjing ini tidak pernah selesai. Sudah banyak kali pekerja Islam membuat aduan tentang masalah anjing yang berak di kawasan tempat mereka kerja. Apabila saya menyuarakan aduan kepada management Kilang tiada respon yang baik untuk menangani isu ini. Patut lah isu ini tidak pernah selesai dari sebelum saya bekerja di sini lagi. Dua orang Manager di Kilang saya ini bukan beragama Islam.

Sehinggalah baru2 ini berlaku rombakan dalam Management Kilang di mana terdapat seorang lagi Manager yang lagi tinggi pangkatnya yang beragama Islam telah memberi arahan untuk menghapuskan anjing2 tersebut. Saya paham dengan pandangan Manager tersebut bagaimana anjing2 ini merosakkan imej Kilang. Sebab anjing2 ini dengan selamber nya melepak2 betul2 depan foyer pintu masuk ofis. Bukan seekor tapi kadang2 sampai 2-3 ekor sekali. Bukan takut dengan orang dia boleh buat 'dek' je.

Manager baru tersebut menekan isu itu kepada saya dan pastikan selesai sebelum Board of director datang untuk visit & audit. Saya sebagai secretary merujuk kepada Chairman tetapi sekali lagi dia teragak2 untuk membuat keputusan. Risau tentang bayaran yang akan dikenakan dan bimbang jika Majlis Daerah menemui sesuatu di Kilang yang melanggari peraturan lalu akan disaman.

Tidak tahan kerana asyik ditanya bagaimana status isu anjing saya terus membuat surat permohonan kepada Majlis Daerah untuk datang ke kilang kami dan menangkap anjing tersebut setelah memastikan tiada bayaran yang akan dikenakan dan cukai taksiran kami tiada masalah. Saya kemukakan surat permohonan rabu lepas. Dan hari ini (sabtu) penguatkuasa majlis daerah datang terus menembak anjing.

Suasana agak kecoh kerana kami agak terkejut kerana tidak dimaklumkan lebih awal dengan kedatangan mereka. Selain itu kami ingat mereka akan tangkap saja anjing dan bukan TEMBAK. Lagipon mereka menggunakan senapang dan peluru untuk menembak anjing. Dari segi keselamatan ia agak membimbangkan kerana pekerja kilang sedang bekerja di sekitar kilang dan kami tidak berpeluang untuk memaklumkan kepada mereka.

Selain itu, terbit rasa kasihan melihat anjing2 tersebut ditembak. Terasa kejamlah pula. Sebagai orang yang menghantar surat permohonan tersebut saya rasa bertanggungjawab. Pihak majlis daerah menerangkan policy mereka hanya menembak bukan menangkap anjing. Di situ kita boleh tahu berlaku communication breakdown antara saya dan pihak majlis. Kerasna sangkaan kami anjing2 tersebut akan ditangkap bukan ditembak.

Selepas berbincang dengan manager kilang untuk mendapatkan pandangan dia samada mahu meneruskan kebenaran menembak atau batalkan saya pula yang dimarah. Kerana saya tidak check betul2 tentang method yang mereka akan gunakan. Mungkin salah saya di situ. Tapi bagi saya pihak majlis sepatutnya memberitahu yang mereka akan menembak bukan menangkap. Perkara dah terjadi nak buat camne lagi kan.

Terus saya membuat keputusan sendiri berlandaskan isu keselamatan dan memohon maaf kepada pihak majlis daerah di atas kekeliruan yang berlaku. Saya juga tidak mahu bertanggungjawab jika berlaku aduan berlaku kejam terhadap anjing2 tersebut. Betul2 rasa bersalah. Bagi saya jika saya mendapat sokongan dari pihak management bagi menyelesaikan isu anjing ini dan terdapat method lain yang boleh digunakan selain menembak anjing2 ini, mungkin saya lebih 'firm' dengan keputusan menghapuskan anjing di kilang ini.

Akhirnya hanya 2 ekor anjing dewasa & 1 anak anjing telah ditembak sebelum sempat saya meminta diberhentikan. Sekarang terdengar salakan anjing yang terselamat mungkin menangisi 'pemergian' kawan atau ahli keluarganya.

Bagaimanapon, isu anjing ini masih tidak selesai. Seperti putus asa dan malas mahu masuk campur. Pihak atasan masih mahukan "action plan" dilaksanakan sebelum Board of directors datang. Kalau ikutkan hati demi menyelesaikan masalah, saya keringkan hati bagi tembak saje. Tapi perasaan belas kasihan masih wujud kerana ia berlaku di depan mata. Kalau berlaku tanpa pengetahuan saya mungkin tidak terasa sangat.

Aiyooo...apalah nasib. Dari dulu aku tak nak jadi Secretary ko paksa juga. Nak resign jadi secretary pon ko tak terima. Benti keje jela senang citer. Keje tempat lain. Abih cerita.

Lain majlis daerah lain method yang digunakan. Majlis perbandaran Seremban akan menangkap anjing dahulu sebelum dihapuskan. Local authorities kat tempat korang camne plak ye?? Ape method yang dorang guna???

Beberapa link yang saya jumpa mengenai isu tangkap anjing ini.

1. Cara baru untuk tangkap anjing
http://www.ehoza.com/v4/forum/isu-semasa-2008/32127-cara-baru-tangkap-anjing-liar.html

2. Majlis Perbandaran Selayang tawar RM15 setiap ekor yang ditangkap hidup2.
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Ogos03%201d.htm


3. Pandangan mazidul tentang isu anjing liar
http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/03/di-antara-hak-anjing-dan-keselamatan.html?

Tuesday, November 30, 2010

Pengalaman Batu Gajah - Seremban via Public Transportation


Seperti yang dah baca blog ni mesti tahu saya ke Seremban last week. Since gambar Along kawin pon tak transfer2 lagi baik saya share my story pasal pengalaman naik Public Transportation (PB) dari Batu Gajah ke Seremban.

Plan asal nak ambil Electric Train Service (ETS) direct ke Seremban. So no hassle la rasanya. Dalam 3jam++ boleh sampai ke destinasi. Tapi apakan daya tiada train direct ke Seremban di awal pagi. Nak tak nak saya ambil train jam 4.10am dari Bt. Gajah ke KL Sentral.



Perjalanan mengambil masa selama 1jam 56minit seperti yang ETS claims. Dalam 2jam le senang cakap. First time menjejak kaki di KL Sentral. Berpandukan signage yg ada saya menuju ke Kaunter Komuter. Orang dah mula beratur. Kaunter buka jam 6.30am. Komuter ke Seremban tiba hampir jam 7am. Saya memilih koc tengah yang hanya untuk wanita tu. Dapat tempat duduk, alhamdulillah.



Tiba di seremban jam 8.10am. Perjalanan mengambil masa sejam 10min. Selepas breakfast saya berebut cari teksi untuk ke Kilang tempat inspection. Punyalah mengantuk. Bangun seawal jam 2pagi untuk bersiap2. Dalam ETS & komuter tak dapat tidur.

Begitu juga perjalanan pulang ke Batu Gajah keesokan harinya. Saya mengambil komuter jam 1pm ke KL Sentral. Dan dari KL Sentral ke Bt Gajah jam 5.35pm. Terpaksa melepak di KL Sentral selama 3jam.

Tiba di Bt gajah jam 7.30malam. Penat usah cakap lah. Lagi2 le perut yg semakin membesar ni..dengan bawak bag berat lagi. Penat..penat..

Dari pemerhatian saya menggunakan ETS ni. Servis bagus. Yang paling best sebab laju dan cepat je sampai KL. Sungguh menjimatkan masa. Tempat duduk pon selesa. Cuma saya tak dapat tidur sebab terang sangat lampunya. Tapi saya tengok orang lain pakat tidur je macam takde masalah.

Untuk komuter plak agak mengecewakan. Bukan perkhidmatannya tapi kecewa dengan warga Malaysia kita sendiri. Seperti yang saya nyatakan saya memilih koc wanita dengan harapan semua wanita sahaja kan. Lagi2 saya bersama teman juga wanita. Tiada husband masing2 yang temankan. TETAPI masih ada lagi LELAKI-LELAKI yang bermuka tebal menggunakan KOC WANITA. Padahal dah banyak sticker2..signage yang inform "HANYA WANITA"...

Tidak tahu membaca ke?? Tidak baca paper ke?? Tidak tengok berita ke?? Sungguh tiada kesedaran. Jika mereka mendakwa tersilap masuk koc. Sila lah tukar ke koc lain bila sudah tersedar bila melihat kiri dan kanan semuanya WANITA.

Semasa perjalanan pulang Seremban-KL Sentral. Saya lihat terdapat 2 anggota polis yang bertugas di stesen untuk memastikan tiada LELAKI di dalam "Pink coach" tu. Nama je pink coach tapi tak pula berwarna pink. hehehe... Jika terdapat lelaki di dalam koc tu, maka abang polis akan meminta LELAKI2 BERMUKA TEBAL untuk keluar dan masuk koc lain.

Tak pasal-pasal pihak polis kena bekerja jaga koc wanita di stesen2 terpilih. Semua gara2 orang yang tiada kesedaran sivik. Betul ke?? hehehe Selain stesen seremban, terdapat juga abang2 polis di stesen midvalley dan KL Sentral. Setiba kami di Stesen Midvalley, abang polis terus meminta lelaki2 yang berada di dalam koc wanita untuk berpindah ke koc lain. Suara abang polis agak tegas. Yelah..sepatutnya mereka2 tu tahu la. Ni macam buat2 tak paham plak. Kalu saya jadi abang polis tu pon bengang juga.

Malu dengan kaum sendiri tidak tahu membaca signage yang disediakan. Yang memalukan lagi majoriti mereka adalah MELAYU. Malu dengan kaum lain tau.

Kalau saya lah yang tersilap masuk koc untuk HANYA LELAKI mesti cepat2 saya tukar koc lain. Yelah tengok kiri..tengok kanan semua LELAKI. Bahaya pon..Itulah kadang2 perlu ada rasa segan dan malu. Bak lagu tu "Kerna Malu itu Perisai Orang Beriman"

P/s: Photo credit to google.

Tuesday, October 19, 2010

The Astronaut Wedding

Watched this presentation kat FB tadi. So cute and sweet..Awesome presentation..two thumbs up to Mr Saiful Nang.

Wednesday, April 28, 2010

On d way balik umah waktu Lunch tadi..

Tak pernah dibuatnya jalan ni jem..Buat yg x tau..Jalan Ipoh - Lumut..Di traffic light Lahat - Pusing.


Ramai plak Polis traffic area situ...



Uishh di seberang sana pon jem jugak...



Mesti ada yg teka..kot2 ada accident besar kot kt jalan depan...

Maybe ada yg teka "orang besar" nak lalu kot...

Tapi sebenarnya.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Lumba basikal rupenyer...untuk Jejalah Malaysia 2010..Ikut sumber BERNAMA...dorang dari Lumut menuju ke Taiping sejauh 200++km..mak aaiii...jauhnye nk kena kayuh...


Good Luck untuk semua pelumba. Semoga semuanya selamat..

Wednesday, April 14, 2010

HARAPAN TANPA SUARA


Baru tgk gambar2 bayi2 tidak berdosa ini di FB..lepas tgk beberapa photos..sudah bergenang air mata..lalu button "x" di click..dah x mampu rasanye nk tgk lagik..

Kempen yg baru2 ni dilancarkan..harap2 sedikit sebanyak menginsafkan umat manusia..dari terus menzalimi bayi2 ini.

Bila di amati lirik lagu di bawah ini..terasa sayu sangat. Bayangkan jika kita di tempat mereka. Begitu teruk hingga tak terucap dgn kata2 diperlakukan oleh ibu & ayah sendiri..Menitis air mata bila dihayati betul2.

HARAPAN TANPA SUARA

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus:

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan

Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah : Din Beramboi Meninggal Dunia

Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan

Tuesday, March 2, 2010

Kes Adik Syafia Humaira

Rasa ingin tau dgn lebih mendalam membuat saya meng"google" cerita, berita dan kisah kes Arwah Adik Syafia Humairah. Lagi byk baca lagi byk percanggahan..siapa yg betul siapa yg menipu. For those yg interested nk baca jugak. Bleh click link2 berikut:


Link ni Kak emma share kt FB..(thanks kak emma)

Monday, March 1, 2010

Pakwe Goblok & Ibu Bangang

Weekend ni totally buat saya hangin + geram tau. Sungguh sadis nasib arwah adik syafiah humairah. Rasa nk sepak terajang balik pakwe mak dia tu. Langsung xde perikemanusiaan.

Yg si pakwe 'goblok' tu dah mmg satu hal. Yang si IBU BANGANG ni plak ape kes. Takkan le tak tau anak tu kena dera. Udah le bersekedudukan dgn pakwe sampai nk anak dua dah.

Tgk berita malam tadi. JKM akan beri perlindungan buat si ibu. Dari kaca mata kami mcm si ibu ni ibarat bersekongkol je ngn pakwe dia tu. Kalau tak..x kan bleh biar je anak tu kena dera. Bukan baru sekali je kejadian dera tu berlaku.

Dah gatal sgt nk berlaki sanggup biar anak jadi mcm tu ker?? Geram btol!!

Semoga roh Adik Syafiah Humairah tenang di sana.. Al-Fatihah.

Monday, February 8, 2010

Hari Bz & KPLI

Dari pagi tadi asyik busy ajer. Pagi2 sibuk nk siapkan report. Bfore lunch hour dh submit report. Terus pump susu. Setel terus balik umah..

Sampai umah dukung Qaseh..peluk cium..terus sambar paper smlm. Smlm outing ngn my sis..sampai x sempat baca paper. Selak paper carik iklan KPLI. Thanks to my besfren May sbb inform. Kalo tak inform..melepas lagi nk try mohon.

BF Qaseh kejap..then terus gi BSN beli no. pin. Ramai le plak org..kaunter bukak 2 je plak tu..sabo je la..nasib baik less than 1hr kena tunggu. Setel terus zasss balik ofis.

Sampai ofis kena attend consultant dtg plak..penat..penat..

Setel keje je..terus isi borang KPLI. Takut streamyx kt umah malam kang wat hal plak kan. Baik isi kt ofis. Alhamdulillah dh setel..Dah print pon maklumat2. Balik kang nk mintak en.hubby double check. Kot2 ada salah bleh wat correction b4 21 Feb ni..

I really need a new job. KPLI ni dh bape kali nk apply tapi asyik terlepas je. Alhamdulillah kali ni dapat mohon. So, harap2 kawan2 sume dapat doakan moga2 ada rezeki Puan Apash nanti ye..

Pada yg berminat pasal KPLI ni..bleh refer paper smlm. Dalam Mingguan M'sia ada. Tak pon korang bleh bukak website www.moe.gov.my
No. Pin boleh dibeli di BSN berharga RM6.00 sahaja.

p/s: Contest dh mula..tapi sumer unfamiliar blogger yg join. (nway nice to meet you guys even dlm online jer)..Yg familiar faces x sudi join ker?? sedey Pn. ApasH ni..aahhaakkss.. =P

Monday, January 25, 2010

AJL 24 Apa Kaitan dgn Freemason & Iluminati

Ade korang baca pasal ni kat Pancaindera Ahad lepas? Maybe saya agak ketinggalan kerana baru mengetahui hal ini selepas membaca Pancaindera. Padahal kisah ni dh heboh dalam blog.

Jadi hari ni terus saya google untuk carik blog asal membangkitkan kisah ni. Dah issu hangat kan..mesti le senang nk jumper. Tujuan mencari adalah untuk membaca dari tuan punya blog sendiri la.

So, kalo yg belum tau dan ingin lebih tahu bleh pi lawat blog beliau. x perlu le saya copy paste entry dia. Kang x pasal2 saya kena saman plak..hehehe

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/

Ulasan balas dari penerbit AJL24 pon saya baru baca tadi. Tak tau le tahap kebenaran nya. Mungkin sekadar kebetulan..tapi kebetulan yg agak banyak le jugak. Sbb bukan 1 mende je yg ada kesamaan nya.

Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari

Gerhana matahari 15 Januari 2010 adalah fenomena gerhana anulus matahari dengan magnitud 0.9190. Ia akan dapat dilihat sebagai separa ditenggelamkan di kebanyakan daripada Afrika, Eropah Timur, Timur Tengah dan Asia. Ia akan dilihat sebagai anulus dalam tempoh sempit rentang 300 km kelebaran merentasi Tengah Afrika, Maldives, Selatan Kerala, Selatan Tamil Nadu, Utara Sri Lanka, Burma dan China.
(Quote from wikipedia)

Actually x tau pon..sungguh ketinggalan le saya ni. Tapi td dpt sms dr abg ipar hubby ingatkan pasal Gerhana matahari ni.

Wednesday, January 13, 2010

Periwinkle Logo


Periwinkle Logo

Who knows about it???

It is the logo for the Majlis Kanser Negara (MAKNA). Few months back..one MAKNA rep aprroached me and asked me this question:

Which type of cancer is the no 1 killer in Malaysia (for woman)?

I simply answered "Breast Cancer".

Nope..I was wrong. According to the newest study..cervix cancer is the no 1 killer for Malysian's woman nowadays.

Actually, dah lama nk put up this entry..tapi ntaH cane...asyik terlupa jer. MAKNA telah dan sedang jalan beberapa campaign untuk dapatkan bantuan dan derma daripada sesiapa saja yang mahu membantu. Kadang2 kalo kita jalan2 kt shopping complex pon bleh nmpk booth MAKNA..

For my case, last october I was on my way back to my car lepas setel urusan di MAYBANK Bt Gajah. Org2 MAKNA dtg approached pasal kempen mendapatkan sumbangan dari orang ramai.

Salah satu nya seperti di bawah ni: (Malas nk type balik..just copy dr MAKNA website jer)


Direct Debit Donor Programme (DDDP)

DDDP is a MAKNA fundraising solution that provides the organisation with a regular and predictable flow of funds.

This sustainable source of income allows MAKNA to plan for the future, and is invaluable in the fulfilment of its mission to help as many cancer patients as possible.

DDDP specifically aims to:

Raise sustainable funds and awareness towards MAKNA’s work, the incidence of cancer, and what is needed to help cancer patients;
Daily Monthly Your money could go to ...
Approximately RM1.26
RM38
A year’s donation could go towards the cost of providing a prosthetic limb to a bone cancer survivor.
Approximately RM1.93
RM58
A year's donation could go towards one MRI for one patient.
Develop a long-term, loyal donor base for MAKNA’s numerous projects;


Build a meaningful relationship between donors and MAKNA, and


Provide a convenient and sustainable fundraising avenue for charity-minded donors in Malaysia.

Your donation will be transmitted directly to MAKNA.

Thank you for your time and consideration of the Direct Debit Donor Programme.

MAKNA kindly accepts contributions through auto debit, cheque, postal order and money order, making the act of donating easier than ever!


I chosed the RM38/month. For a start kire ok le kan. Even skit..janji ikhlas. hahahaha...Saya pilih untuk terus charge kat my credit card. Nk potong terus dr akaun bank pon bleh. Tapi charged RM1 akan dikenakan oleh pihak bank. Dari kena charge baik RM1 tu donate kt MAKNA kan. That's why saya pilih utk terus charge kt credir card. For those yg takde credit card..boleh je potong terus dari akaun..xde masalah.

By donating to the MAKNA, we will be presented with a tax-exempt receipt at the beginning of every year for the total amount donated up to December. So, ok ape bleh tolak income tax. Tapi til now saya blom dpt lagi laa..hehehe...

So, if anyone interested to donate, they can directly go to www.makna.org.my and click "DONATE". X pon whenever you see the MAKNA booth just simply ask their rep to explain you about this.

Hari ini kita mampu kita derma la. Mana tau sampai masa kita pulak yg memerlukan bantuan. Untuk treatment cancer ni bukan murah..very costly. So, dgn RM38 sebulan..harap ia dapat membantu mereka.


Saturday, January 9, 2010

Kejadian Bakar Gereja

Malam tadi lepas maghrib saya nk tidurkan Qaseh. Tiba2 dapat call dr my mum. Dia bgtau pasal org Islam bakar Gereja. Terkejut saya..lambat plak saya tau. Sbb xde pon tgk berita malam tu. Occupied ngn Qaseh jer.

So tadi baru sempat google pasal berita ni.

Petikan dar www.hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Polis percaya lebih daripada dua orang suspek terbabit dalam kejadian kebakaran sebuah gereja di Desa Melawati, Wangsa Maju, di sini awal hari ini.

berdasarkan maklumat saksi yang ternampak dua motosikal diletakkan
berhampiran gereja itu, kira-kira 12 tengah malam.

Saksi juga nampak kelibat satu lembaga melemparkan sesuatu ke arah gereja
tersebut sebelum berlaku letupan yang memusnahkan hampir 80 peratus ruang
tingkat bawah gereja tiga tingkat itu, katanya kepada pemberita di sini hari
ini.

Beliau berkata, polis kini giat mengesan suspek berdasarkan petunjuk yang

diperoleh.

Katanya, setakat ini polis belum dapat mengenal pasti motif perbuatan khianat
itu tetapi tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan isu penggunaan
kalimah "Allah" oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu
khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan
sebagainya.


Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun selain boleh
dikenakan denda.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Muhammad Sabtu berkata, siasatan awal
menunjukkan kesemua cermin tingkap di tingkat bawah gereja itu dipecahkan suspek
sebelum mereka mencurahkan cecair dipercayai petrol ke dalam bangunan.

"Kita percaya tingkap itu dipecahkan menggunakan sepana berikutan polis
menemui satu sepana dan bekas mengisi petrol di tempat kejadian dan juga
terdapat dua helmet yang terbakar di hadapan gereja berkenaan," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat komen atau mengeluarkan
sebarang reaksi yang mungkin akan mengeruhkan keadaan kerana ia membabitkan sensiviti kaum.

Gereja Katolik Metro Tabernacle sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu dan
mempunyai 1,500 jemaah. -Bernama


Reason my mum call malam tadi to warn me to be more carefull lagi2 di tempat keje. Yelaa tempat keje saya ni mcm2 kaum ada..even bangsa asing pon ramai.

Itula ibu..walau pon anak dh besargemuk panjangpendek masih risau keselamatan anak2...luv u mum..

Thursday, January 7, 2010

Bas itu....


Sape cam bas di atas??

Yup...itu le bas yg mengorbankan 10 nyawa semasa kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Jelapang dulu.

Actually gambar tu saya amik last week masa gi IPD ipoh utk setel saman. Pic tu je sempat snap. Malas nk cross jalan yg bz tu semata2 nk snap more clearer photo. Mmg sape2 yg lalu kt situ sure akan usya bas tu.

Semalam baca paper METRO..5 langkah keselamatan dr SANI EXPRESS. Ni mesti utk action plan dorang bagi meningkatkan keselamatan dan sekaligus nk claim balik kepercayaan pengguna-pengguna bas SANI EXPRESS.

p/s: teringat zaman ulang alik kuantan-ipoh-kuantan lu. Lalu highway karak tu. Dapat plak bas yg bwk laju..bas malam plak tu..seriau jugak..alhamdulillah xde ape2 jadi..