Saturday, January 9, 2010

Kejadian Bakar Gereja

Malam tadi lepas maghrib saya nk tidurkan Qaseh. Tiba2 dapat call dr my mum. Dia bgtau pasal org Islam bakar Gereja. Terkejut saya..lambat plak saya tau. Sbb xde pon tgk berita malam tu. Occupied ngn Qaseh jer.

So tadi baru sempat google pasal berita ni.

Petikan dar www.hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Polis percaya lebih daripada dua orang suspek terbabit dalam kejadian kebakaran sebuah gereja di Desa Melawati, Wangsa Maju, di sini awal hari ini.

berdasarkan maklumat saksi yang ternampak dua motosikal diletakkan
berhampiran gereja itu, kira-kira 12 tengah malam.

Saksi juga nampak kelibat satu lembaga melemparkan sesuatu ke arah gereja
tersebut sebelum berlaku letupan yang memusnahkan hampir 80 peratus ruang
tingkat bawah gereja tiga tingkat itu, katanya kepada pemberita di sini hari
ini.

Beliau berkata, polis kini giat mengesan suspek berdasarkan petunjuk yang

diperoleh.

Katanya, setakat ini polis belum dapat mengenal pasti motif perbuatan khianat
itu tetapi tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan isu penggunaan
kalimah "Allah" oleh penerbit majalah mingguan Katolik, Herald.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu
khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan
sebagainya.


Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun selain boleh
dikenakan denda.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Muhammad Sabtu berkata, siasatan awal
menunjukkan kesemua cermin tingkap di tingkat bawah gereja itu dipecahkan suspek
sebelum mereka mencurahkan cecair dipercayai petrol ke dalam bangunan.

"Kita percaya tingkap itu dipecahkan menggunakan sepana berikutan polis
menemui satu sepana dan bekas mengisi petrol di tempat kejadian dan juga
terdapat dua helmet yang terbakar di hadapan gereja berkenaan," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat komen atau mengeluarkan
sebarang reaksi yang mungkin akan mengeruhkan keadaan kerana ia membabitkan sensiviti kaum.

Gereja Katolik Metro Tabernacle sudah beroperasi sejak 12 tahun lalu dan
mempunyai 1,500 jemaah. -Bernama


Reason my mum call malam tadi to warn me to be more carefull lagi2 di tempat keje. Yelaa tempat keje saya ni mcm2 kaum ada..even bangsa asing pon ramai.

Itula ibu..walau pon anak dh besargemuk panjangpendek masih risau keselamatan anak2...luv u mum..

1 comment:

M@y said...

sama la,abah aku awal2 pagi dh call warning kt aku jgn gi merayap bwk anak2 kuar gi mana2..suh stay kt umah sampai la kes ni reda.huhuhu..makbapak rasa risaunya x pernah habis..biarpun anak dia dh beranak pinak & tua bangka pun..