Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Kali Pertama...



Haritu kisah "Saya Generasi.." Hari ni pula di twitter dan Era.fm topic hot "Kali Pertama..." Seperti biasa saya yg tak active twitter, ambil inisatif share dalam blog. huhuhu..layankan je la eh..

Kali Pertama.....

Mengikuti latihan HUET (Helicopter Underwater Escape Training). Pada yang berkerja di offshore tu pasti akan mengikuti training ni. Dah attend training ni baru dapat passport ke offshore. Kalau tak silap dulu kena renew setiap 2 tahun Sekarang tak tau le kan.

Pengalaman saya mengikuti HUET pada tahun 2004. Masa tu tengah praktikal di Petronas Carigali PMO kt Kerteh. Even hanya trainee masa tu Petronas tetap bagi peluang pendedahan di Platform Minyak/Gas di offshore. Sebelum dapat pergi mesti kena attend training.

Training tersebut di TSTC (Terengganu Safety Training Centre) di Kemaman. Dipendekkan cerita hati mmg berdebor2 tau. Mana tak nye, teman ni bukan pandai berenang dan sememangnya fobia bab2 air ni. Takut lemas beb. Mmg dorang bagi pakai life jacket. Tapi jenis yg tarik baru gelembung tu. Tapi tak boleh le tarik kan. Sebab training je pon. Sebab kalau awal2 dah tarik camne kita nak tenggelam dalam air.







Pada yang tak tau camne HUET tu boleh layan video kat atas.

Kisah saya, bila tenggelam je dalam air. Kena tunggu sampai air clear dari buih2 baru nampak arah tuju kita. Sepatutnya kita pergi ke nearest exit. Tak kisah le pintu atau tingkap. Saya buka mata nampak arah yg terang dengan cahaya. Dalam hati hah tu kot tingkap. Saya pon dengan gaya berenang menuju ke arah tu. Tiba2 "gedebuk" kepala terhantuk kat siling helikopter tu. Laa... ingatkan exit tadi. Rupenyer ada skit ruang udara bahagian siling tu. Saya pon amik nafas dan dive balik carik pintu. Nasib baik jumpe juga akhirnya. Masa dalam air tu saya nampak 2 divers dah menuju ke arah saya.


Sumber gambar dari http://eye10.blogspot.com/



Akhirnya berjaya juga saya timbul dan berpaut pada tepi helikopter. Rupe2nye saya yang paling akhir berjaya keluarkan diri. Dan 2org divers tu actually nak datang selamatkan saya. Sebab lama sangat baru saya timbul kot...Maybe dorang risau saya akan lemas kot. Hahahaha..bikin malu je si Apash ni. hahahaha...


Wednesday, July 20, 2011

Pengalaman Pertama di London Weight Management




Isnin lepas saya pergi ke London Weight Management di De Garden, Ipoh. Sampai sana lewat 15minit. huhuhu...Estimate 30min dari batu gajah sempat le sampai on time. Blamed the traffic.



Sessi dimulakan dengan consultation. Firstly pergi timbang berat dan tinggi. Saya gemuk gila sama berat macam tgh mengandung haritu. Tinggi plak 156.6cm je. So berat ideal adalah 55kg. Then, tanya pasal health background. Then sambung dengan body scan. Masa ini consultant will highlight problem yang customer hadapi. In my case :

  1. Gemuk air yang teruk
  2. Cellulite
  3. Toxin
  4. Fat

Bila dah tahu masalah dia akan choose suitable treatment untuk saya. Treatment yang diatur untuk saya adalah:

Steam bath
Untuk membuka liang-liang roma. Mandi sauna ni selama 10minit. Saya boleh tolerate bab panas tu tapi agak sukar nak bernafas ler. Jangan risau, customer dibekalkan dengan tuala basah untuk memudahkan pernafasan

Lavender sea salt scrub
Untuk membuang sel2 kulit mati. Salt tu akan dissolved and penetrate into skin then osmosis process happened where water/sweat will come out.

Infra-red warm blanket
Lepas scrub saya dibungkus dengan plastik dan infra red warm blanket. Mmg panas dan saya berpeluh gile2. Treatment ni selama 20minit. My consultant , Celes cakap nak tidur..tidur la. Sape yg boleh tidur time tu mmg wa tabik spring sama lu. Panas tu no hal sangat. Tapi rasa gatal2. KIta dah le tak boleh nak gerak2. Mana pula nak menggaru kan. hahaha..itu sume side effect dari toxin. Toxin keluar bersama dgn peluh. Peluh mmg banyak gila. Kalau kumpul peluh tu mahu 1 cawan. Celes kata saya gemuk air yang teruk. Setel tu saya diminta pergi shower. Sebab mmg badan berbau skit. Lepas mandi pergi timbang balik.

Body Trim Ampoule Treatment.
Kalau tak silap la nama nya. Mula2 Celes akan ambil my body measurement dulu. Kemudian saya di sapu dengan 1 jenis essential oil. Fungsi dia untuk membakar lemak. Kata Celes essential oil tu yg paling mahal. huhuhu.. Kemudian dia akan menggunakan machine. Target area tummy, thigh ngan lengan. Terasa vibrate kecil2..Treatment selama 20minit. This machine will break the fat tissue. Lemak akan keluar melalui peluh, urine & stool. So dinasihatkan minum air banyak.

Setel treatment, Celes ukur balik my body measurement. So akan dapat before & after measurement.




Untuk 1 sessi je saya berjaya kurang sebanyak 1.9kg dan 7.2cm. Bayangkan kalau saya amik 20 sessi treatment. Waahh...mesti mantap!! Tapi duit pon mantap...tak mampu buat masa skang ni.

Buat yang mampu, London ada kemudahan membuat 0% easy payment. Kalau saya takde komitment lain mmg konpem saya ambil. Special price for 1st time customer dia bagi 20sessi RM5900. Buat easy payment 24months baru RM245. Tak mampu 20sessi buat 10 sessi RM3900. Saya dua2 tak mampu..hahahahaha...



Selain tu saya dibekalkan dengan home care treatment dan sehelai towel. Terima kasih London Weight Management untuk satu pengalaman yang baru untuk saya. Doakan saya dikurniakan rezeki yang lebih duit datang mencurah2 konpem saya amik full treatment ngan korang. huhuhu..

Friday, March 4, 2011

Cerita Tergantung

Baru2 ni Nikki comment sebelum dia cser anak dia haritu dia baca pengalaman saya bersalinkan Qaseh. Tapi frust sebab saya cerita tak abih. Hahaha...

Ya ampun!!...
Cerita tu saya buat setakat Part 4 je. Then saya tak sambung. SEBAB??? Maybe malas kot. Hahaha boleh plak mcm tu. Biar cerita tergantung kan. Saya pon baru lepas baca balik kisah tu. Cam tak best plak biar cerita tergantung. Nanti esok2 Qaseh nk baca ke..kan??

Rasa macam nak sambung je kisah tu. Tapi rajin ke??? Dah nak bersalin anak no.2 dah ni. hehehe...Saya tak janji ye kawan2. Sebab kat rumah saya tak on9 sebab takde lappy. Kalau blogging pon kat office je pon. Takut takde masa nk karang cerita.

Anyway saya sertakan link kisah Part 1 sampai Part 4 dulu ye. Kot2 ade sesape yg berminat nak baca. Kot lepas ni ramai yg request suruh sambung cerita..terus bagi mood saya bercerita. Ewah..ewah..ko ingat ko sape ApasH..penulis cerpen/novel?? =P



Saturday, January 22, 2011

Donut



Ade sesiapa yang tak pernah makan donut ke sebelum ni?? Jika ada sila bagitau ye.

Alkisah donut dalam hidup sama bermula dgn donut yg my mom buat sendiri. Tu long time ago masa my mum surirumah tangga sepenuh masa. Tapi selepas tu kisah donut dalam hidup saya hanya dengan donut yg 'Mamak teng-teng" jual petang2 tu.

Mamak teng-teng tu mamak yg jual roti2, jajan naik motor tu le. Kat area rumah kami dulu dia dtg jual petang2 selalunya. Mamak teng-teng tu juga le yg angkat my bro lepas kena langgar lari oleh sorang "mat rempit". Even waktu tu belum kuar lagi title 'Mat Rempit'. Sungguh my bro terhutang budi pada mamak teng-teng tu.

Ok back to the story. Taste donut saya mesti yg super gebu. Donut mamak tu mmg menepati citarasa saya. Actually saya agak memilih dalam bab donut ni. Saya jarang ske donut yg selalu makcik2 jual tu. Sebab dia tak 'super gebu'. Sebabkan ada dasar memilih tu buat saya kurang nk beli donut kecuali sah dia mmg super gebu. hehehe..



Bila kita semakin maju..ada plak dunkin donut. Pantang ke KL mesti nak beli dunkin donut. Paling2 kurang beli kat PUDURAYA bawak balik Ipoh. Bila advance lagi kat R&R Tapah pon dah ada Dunkin Donut.




Cerita donut dalam hidup saya semakin meriah bila Kinta City Ipoh ada Big Apple plak. Terus tak berapa pandang dunkin donut yg paling dekat ada kat Tapah tu. hehehe..My fav of course Alien & Duren Duren kalau ada musim.





Semalam bertambah lagi chapter donut dalam hidup saya. Atas sebab semalam saya 1st time buat donut sendiri uoollss.."Vangga"..Tapi tak mencapai piawaian 'supe gebu' saya tu. Tapi xde le keras sangat. Buat skit je. Dapat le 13biji saiz sedang2. Yang penting habis licin.

Yang lawaknye semalam refer buku resepi MIL yg lama. Sukatan pon sukatan dulu2. Kati la, auns la. Siap ada resepi yg guna tahil. Tak ke jenuh fikir conversion. Nasib baik le setakat kati tu mmg tau.

Apepon dah tau cara nak wat donut. Pasni bleh try resepi2 lain moga2 saya jumpe respi yg menghasilkan donut 'super gebu' kegemaran saya.

Note: Gambar sume digoogle ye.

Tuesday, January 11, 2011

Saya seorang yg penakut!!

Sekarang banyak betul cerita-cerita hantu disajikan kepada kita kan. Tak kira filem mahupun drama di TV. Seisi rumah saya mesti layan kebanyakan cerita2 hantu yang ada tayang kat TV tu kecuali SAYA.

Sebab saya ni PENAKUT ke???



Tapi kalau sekadar cerita hantu lawak2 macam Jgn Pandang Belakang Congkak tu tengok le. Cuma tang muka2 hantu tu takde le tumpu sangat. En.hubby pun tak bagi saya tengok. Lagi2 tengah preggy ni lagi le dia tak bagi tengok. Takut lemah semangat kata nya.

Macam malam Ahad lepas kan ada cerita hantu KUM KUM kat Astro Ria kalau tak silap. Saya plak mmg ada kat ruang tamu tgk tv 1 lagi..tgh tgk AJL 25 le. So secara tak sengaja sure le ada yang tertengok citer hantu KUM KUM tu..huhuhuh..Tapi bila tang hantu je cepat2 paling muka tempat lain. hahaha..

Dasar PENAKUT!!

Seingat saya le since saya duduk bujang kat Kuantan dulu pon saya elakkan diri dari tengok cerita hantu ni. Bukan apa..duduk di Bukit Sekilau rumah 2 tingkat yang besar. Tapi duduk 2 @ 3 orang dalam satu masa. Kadang2 kalau teman serumah balik kampung..kan dh tinggal sorang. Kang dah tengok citer hantu tak pasal2 terus pack baju pegi tumpang tidur umah kawan lain plak. huhuhuhu..Lagipon saya ada kerja shift malam. Perlu jalan sorang2 kat dalam plant tengah2 malam. Dah le ada cerita hantu NORA kat dalam plant tu. Kang tak pasal2 ternampak NORA kat atas tank besar2 tak pon atas distillation column. Kan naya...

Sampaikan cerita omputih SUPERNATURAL tu pon saya tak tgk. Dah le time tu tengah popular lagu Fabulous Cat Mana Hantu. Kalau berkumandang kat radio cepat tukar channel tak pon off je radio cepat2. hahaha..


Tapi skang ni dah tak dok sorang pon penakut gak. Sebab kenapa saya elak tgk cerita hantu adalah untuk elakkan diri dari takut untuk bangun tengah2 malam gi kencing..gi buat susu Qaseh. Kalau dulu keluar je bilik tak tengok tempat2 gelap terus masuk bilik air utk kencing. Setel cepat2 masuk bilik sambung tidur. hahahaha..

Lagi satu dulu saya fikir akan menghabiskan masa kat Hospital kerajaan sorang2. Suami bukan boleh teman. Nasib baik dh prepare awal2..time nak bersalin haritu dekat seminggu duduk spital tau. 3hari b4 deliver..4hari lepas deliver. Lepas deliver tu even takut tapi kena kuatkan semangat sebabkan anak kan. Malam je ada masa terluang sure baca Yassin..takut punye pasal..huhuhuhu..

Ada satu malam tu lagi la orang lain semua dah discharged..tinggal la saya & Qaseh je dalam bilik tu. 3 katil lain sume kosong. Seram siot!!! Dah pukul 10 lebih camtu baru masuk sorang India tu baru lepas operate. Nasib baik 1 malam dia dok ngomel2 sakit..panggil mak dia. Hilang takut kejap..huhuhu

So atas sebab tersebut la saya tak layan cerita hantu ni. Last saya layan dulu cerita Jangan Pandang Belakang, Congkak, Drama Ku Seru & Niyang Rapik. Tengok Preview cerita KARAK Laluan Puaka lakonan Shahir pon mcm best & seram. Tapi mesti tak tengok gak. huhuhu..

Hantu Kak Limah Balik Rumah pon tak tengok gak. Lawak ke macam Zombie Kampung Pisang tu. Hantu Kak Limah tu menakutkan kan tak?? Kalau setakat lawak je bleh le layan nanti bila keluar kt TV..huhuhuhu..

Wednesday, December 22, 2010

Bantuan Kecemasan...


Bantuan kecemasan or org lebih familiar dengan First Aid. Kawan-kawan pernah ikuti any First Aid Training tak?? Jika pernah kita tergolong dalam golongan yang bertuah.


Risiko kemalangan ada di mana2. Di tempat kerja mahupun di rumah kita sendiri. Selalunya bagi yang berkerja dalam bidang industri lebih berpeluang mengikuti First Aid training yang dianjurkan pihak kilang/company tersebut. Tu sume sebab risiko berlakunya kemalangan di tempat kerja adalah tinggi.

Sepanjang pengalaman saya berkerja, sudah beberapa kali mendapat peluang untuk mengikuti First Aid Training ni. Bagi saya amatlah berguna. Even belum pernah berhadapan dengan situasi yang sebenar, at least adalah skit ilmu di dada ni.

Last week saya attended First Aid training refresher course. Sepanjang 3thn++ berkerja di company ni dah 2x saya attend this training. Training yang amat best. Maybe sebab trainer/lecturer dia mmg best. Tak mengantuk langsung.

Melalui training tu saya dapat try buat CPR dengan cara yang betul, bantuan utk orang tercekik (Heimlich Maneuver) dan cara2 balutan luka & patah. Bukan setakat untuk orang dewasa, malah untuk bayi pon diterangkan. Dan dapat juga buat praktikal dengan patung baby yang disediakan.

Heimlich Maneuver for Infant





Before this masa saya berkerja di Kuantan, sempat juga attend First Aid training sekali. Lebih kurang sama je cuma equipment dia lagi canggih sbb buat di Hospital Kuantan. Selain itu saya pernah juga mengikuti "attachement" selama dua hari di wad kecemasan Hospital Kuantan. Pengalaman yg takkan dilupakan. Dapat lihat macam2 jenis kecederaan, kesakitan dan juga kematian.




Saya juga diberi peluang oleh doctor ketika utk untuk melakukan CPR pada salah seorang "pesakit" jantung yang jantung nya sudah berhenti. CPR tu buat w/o hembus udara kat mulut le. Sbb pesakit mmg dah pakai topeng oxygen. Sepanjang saya di wad kecemasan pesakit tu mmg tak sedarkan diri. Doktor pon macam kata takde harapan. Tak lama kemudian, jantung dia berhenti doktor2, nurse sume cepat2 bagi CPR. Saya rasa bila doktor mcm suruh stop buat CPR before declare pesakit dh meninggal doktor panggil saya untuk try buat CPR. Cuak beb...takut pon ada. Apepon itu satu pengalaman untuk saya.

So, korang pernah ke gi training first Aid ni??


** All pic credit to google