Showing posts with label Berpantang 44hari. Show all posts
Showing posts with label Berpantang 44hari. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

44 hari berakhir

Hari ni hari terakhir berpantang. Hipp..hipp..horray!! Berakhirnya perintah berkurung. Esok boleh kuar gi shopping. Misi balas dendam. hahaha..Saya masih ikut cara lama berpantang. Tak boleh keluar rumah selain dari gi clinic for checkup dan health related je la kan. Skang zaman moden masa dalam pantang ada yang dah keluar jalan2 kat shopping complex. huhuhu..

Hari ini juga Mama tinggal berdua dgn Hannah je. Skang ni Hannah dok sedap tidur lagi. Kol 9am baru time dia mandi. Qaseh pula sudah diculik MIL bawa gi KL. Ada urusan skit kat sana. Pergi balik hari je. Malam kang dorang balik la.

Pintu pagar dah mangga (checked), Pintu dah kunci (checked)..Langkah keselamatan harus diambil. huhuhu..

Minggu ni akan busy skit. Insyaallah 1 May nanti nk buat kenduri kecil2 skit. Kawan-kawan2 blogger sume dijemput hadir ye mana yg ada masa terluang.


Dua acara berlansung sekali. Jimat duit Mama Pada yang nk datang inform ye boleh saya bagi direction ke rumah kami.

Thursday, April 21, 2011

Kek untuk orang dalam pantang



Tangan ni dok gatal nak bake something. Maklumlah kan dah sebulan lebih tak bake anything sebab dalam pantang. Lepas jumpe resepi Super Moist EGGLESS Chocolate Cake, terus hatiku teruja beb. Tak guna telur, boleh le orang dalam pantang makan. Hahaha..



Cara buat pon senang je..kejap je dah setel. Cuppies sejuk je terus bleh ngap...Mmg moist tak tipu. Tapi kalau ada choc ganache for topping lagi marvelous. Tapi takde bahan le plak nk buat. Maklum lah dalam pantang mana pula nk keluar gi beli barang2 kek kan.

Pas pantang ni boleh kaw2 baking punye. Sebab ingat nk buat cuppies utk goodies bag Majlis Doa Selamat & Akikah Hannah. Then cadang nk buat ala2 dessert table utk Qaseh's birthday celebration. Plan baik punye..tapi tak tau le cukup masa ke idak nak buat semua. huhuhu..

Thursday, March 31, 2011

Buat Stok

Menu tetap sepanjang berpantang ni adalah ikan haruan & Ikan bilis. Bukan murah tau 2 mende ni. Ikan haruanapi kalau di pasar Batu Gajah sekilo RM13. Tapi susah nak dapat. Mende nye skit tapi permintaannya banyak juga. Kebanyakan orang yg lepas bersalin or lepas operate yg selalu carik Ikan Haruan ni.

Bila Ikan haruan takde stok, jadinya menu saya akan beralih ke Ikan Bilis la. Ikan bilis goreng saje. Sebelum bersalin haritu dah beli. Tapi beli 1/2kilo je. Actually saya ni cerewet skit. huhuhu..bukan sume ikan bilis ni sedap digoreng saje. Kalau yg jenis besar tu keras..kadang2 liat. Kita dah le makan nasi + Ikan bilis goreng saje kan. So biar le ikan bilis tu kena dgn selera saya.

Alhamdulillah ikan bilis yg kena dengan citarasa saya boleh dibeli di Pasar Malam Batu Gajah setiap hari Selasa tu. Selasa baru ni saya minta en.hubby belikan terus sekilo. Buat stok sampai habis pantang. hahaha..Yela kan takde susah2 nak kena gi pasar malam tu setiap minggu.


Ikan Bilis ni sekilo RM35. Tak mahal sangat dan takde le murah. Okle tak perlu le nak ke Lumut semata2 nak beli ikan bilis kan. hahaha..

Friday, March 4, 2011

Pilis



Salah satu perkara yang diamalkan ketika dalam pantang adalah pemakaian PILIS. Tapi rata2 set bersalin yang terdapat di pasaran tidak include PILIS. Contohnya set bersalin saya Set Bersalin Afiat. Dia ada bedak hangat untuk sapu kat badan tapi PILIS takde.

So time berpantang bersalinkan Qaseh saya pakai PILIS yg dibeli dari sorang nenek ni. Tapi kali ni nenek tu dah tak buat. So kena carik alternatif len. Saya pon google. Rata2 yg ada orang suggest PILIS Jamu Mak Dara.


*ehsan Google*

Jadinya masa sessi shopping barang2 ngn en.hubby last week saya pon beli PILIS Jamu Mak Dara ni. Harga RM22. Kalau tanya kat kedai yg jual barang seangkatannya mesti dorang kata tak banyak pilihan. Ada satu lagi tu Leesa's Formula kot. Ginger cream kalau tak silap. Boleh sapu kat dahi cam PILIS gak. Tapi 1 bekas tu RM60++ kalau tak silap.

Compare PILIS JMD ngn Leesa's Formula tu mcm nampak ORI lagi PILIS JMD lgpon murah. huhuhu...Keberkesanan memakai PILIS JMD ni tak dpt nk komen lagi sbb belum pakai. Nanti dah pakai saya comment ye.

So pada sape2 yg tercari2 PILIS..Pilis JMD ni boleh jadi antara pilihan anda.

Wednesday, January 19, 2011

Cara Saya Berpantang

Kali ni saja nak share cara-cara saya berpantang atau lebih kepada "refresher" utk saya. Untuk ingat balik apa yang saya buat time berpantang sebelum ini. Saya dulu ceaser so ada mende2 yang tak dapat nak buat seperti orang yang bersalin normal. Kali ni pon ceaser juga so lebih kurang sama le caranya.

Set Bersalin
Saya beli Set Bersalin Afiat saje. Opss pembetulan my mom yang hadiahkan. Saya beli set orang kampung je. Ada sorang nenek di Kampung Abah saya. So saya guna kedua2 sekali kecuali rempah yg nenek tu punye. Saya BF takut baby cirit sbb panas. Selamat...hahaha..jahat!!



Kali ini maybe terus guna Afiat juga. Tapi dalam set tu takde Pilis. Bedak hangat ada la. So kena carik Pilis juga la. Nenek kt kg Abah tu dah tak buat dah. hhmmm.. Cakap saje ni tapi belum beli pon lagi. Dalam Warisan afiat ni ada akar kayu. Kalau tak silap ikut arahan situ minum air akar kayu selepas bersalin 20 hari.

Berurut
Sebabkan ceaser seminggu lepas bersalin baru saya berurut utk 3hari berturut2. Tapi perut tak usik le kan.

Kali ni saya nak try Makcik tukang urut yg lain. Sbb nenek yang urut saya tu dah tua macam tak terasa sangat urutnya. Belum call lagi makcik ni. Tak tau style dia camne. Haritu lepas Qaseh 4 bulan ada pergi urut dengan dia. Sedap juga. Tapi tang perut tu yg tak tahan. Sakit woo..Almaklumlah dah 4 bulan baru diurut angin pon dah banyak.

Bertungku
Tungku mmg dah ada yang dulu. MIL akan panaskan tungku, kemudian balut dgn daun mengkudu. Eh, mesti la balut dengan kain. Kalau tak mau melecur kulit. Tungku semua kecuali tang perut la.

Kali ni kan dah ada bantal panas tu. MIL ada pinjam MIL punye je la. Jimat..hahaha..Sebab MIL yang jaga saya time pantang ikut selesa MIL le nk guna yg mana. Saya ikut saje.

Minum Air Gamat
Fungsi air gamat untuk cepat sembuhkan luka. So hari2 minum air gamat + madu. Bape sudu ye air gamat tu tak ingat. Kena tgk balik kat botol dia. Fungsi madu untuk buat tekak bleh telan air gamat tu. Tanpa madu tak terdaya nak menelan rasanya. Bau dah le macam air limbah.



Bila saya minum air gamat ni sure di sinki dapur. Persediaan jika mahu termuntah..Senang kn. hehehe...Madu belum beli lagi Dulu SIL belikan di Cameron. Sini susah nak dapat madu asli. Bie, jom gi cameron!!

Menu Ikan Haruan
Menu tetap saya adalah ikan haruan. Dalam seminggu tu mesti 5hari makan ikan haruan. MIL masakkan sup, tumis halia, tumis cabai masak. Bagi saya sedap so takde masalah nak makan. Nak dibandingkan dengan minum pati haruan saya rela makan berekor2 ikan haruan. Hahahaha



Ayam/daging MIL tak bagi saya makan time berpantang. Kalau my mom bagi makan ayam. Lain orang lain cara. Dah MIL yg jaga saya so saya ikut cara dia le.

Breakfast Nasi Panas
Breakfast mesti makan nasi. Selalunya dengan ikan bilis je la. Tak kisah saya ske!! Yang penting tak boleh tambah nasi. So masa ceduk nasi tu kena pandai2 budget byk mana sampai kenyang. Tak lupa juga minum susu ANMUM Lacta panas2.

Mandi
Of course air suam. Mandi 2x pagi dan petang. Petang paling lewat jam 6.00 - 6.30ptg.

Minum air alfafa
Masa dalam pantang b4 this saya susah nak buang air besar. Seminggu lepas discharged dr hospital baru boleh tapi SEKSA ya amat. Sampai luka darah le juga. Gerun kalau nak diingatkan balik. Lepas tu saya try minum Air Alfafa. Alhamdulillah dengan izin Allah senang buang air besar.

Alfafa ni pon belum beli lagi. Saya guna brand BAE. Pernah blog pasal Alfafa BAE ni. Hujung bulang ni cadang nak beli.

Bengkung
Bengkung Ammy Corset tu mmg dah ada. Sebabkan ceaser tak pakai juga. Pakai pon lepas sebulan tapi tak lama sebab susah nak duduk bila nak BF Qaseh. Last2 saya pakai Bengkung PB je. Tapi tak bape disiplin tu pasal perut tak bape nak flat. hehehe..

Dilarang keluar rumah
Yes. Itu saya betul2 ikut. Selama 44hari saya hanya keluar rumah untuk ke klinik sahaja. Kalau orang datang ziarah saya hantar takat pintu depan je.

Ok itu yang teringat waktu skang. Tak pasti kot2 ada yang terlupa.

So, puan2 semua ada apa2 tips yang sesuai untuk saya amalkan time berpantang nanti. Ada yang kontra sgt dengan cara puan2 ke??

Jom share cara berpantang anda..