Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Us in pink

Gambar2 di wedding Nina sabtu malam lepas. Gambar dgn pengantin tak sempat nk tgkap sebab kami balik awal nak ke Senawang jumpe my besfren.

Piyah dah makin besar makin pandai posing dpn camera. Hannah macam biasa susah nk tgkap gambar dia elok2.

p/s: ensem laki teman pakai baju melayu siap bersampin huhuhu =P

Tuesday, January 10, 2012

Makan2 kat Shabu Shabu




Cuti New Year lepas, Pah Nah clan's telah berjimba-jimba mengisi perut di Restoran Shabu Shabu, Manjung. Dah boleh jadi cam tradisi ni. Dulu lepas penat2 wedding Along, Mak belanja kami di Shabu Shabu. Kali ni lepas setel wedding adik lelaki saya (Pak Su) mak belanja di Shabu Shabu juga.


Pah Nah belanja anak2, menantu2 & cucu2 makan.


Even jauh nak gi makan. Yelah dari Ipoh cari makan sampai ke Manjung. Sanggup tu...Mak kata berbaloi pergi sebab konpem sendat perut balik. hahaha...Haritu tak pasti Shabu Shabu buka ke idak so kitaorg gamble je pergi. Misalannya tutup kita switch to Plan B. Plan B = makan ikan bakar kat Teluk Batik. ^___^




Sampai kat Shabu Shabu mmg full house le. Nasib baik ada juga meja kosong. Kami ramai so kena le guna 2 meja. Amik steambot pon 2 bekas. 1 tom yam 1 chicken soup. The 1st thing saya tuju konpem ketam...hahaha...Tapi sotong takde le plak. Sotong kembang/basah tu ada le. Idak le teman gemor sgt.




Kami pergi 2 kereta je. Pengantin tak ikut dorang gi honeymoon kat Cameron. Gerak ke sana sebelum maghrib. Sampai rumah dah midnight kalau tak silap.



Balik rumah sessi tidurkan anak2. Setel semua tidur, saya, en.hubby, Angah & her hubby main Tumblin' Monkeys. Lawak gile sebab pemain2 je cam biul skit. Ada je lawaknya. Masa tgh main tu Hannah je blum tidur sibuk je nak capai stick, monkey & dadu tu. Main punye main. Sampai turn sape ntah nak roll dadu dok tanya..dadu mana. Sorang2 kata tak amik. Rupe2 dah ada dalam mulut si Hannah. Ya Allah nasib baik dia tak tertelan.


Friday, December 30, 2011

Memories

Bergambar bersama hantaran pertunangan sepupu kami @ uncle Oyid. BTW Oyid yang pakai kemeja belang itu.


Semua gambar credit to Oyid, anak sepupu saya. Dia yg rajin scan semua gambar2 lama ni. Sekali sekala layan gambar2 lama ni best juga. Brings back old memories.



Bergambar di PD

Gambar kenangan bersama arwah nenek kami, arwah abg Mak (Pak E) & arwah Papa Oyid. Al-fatihah untuk mereka.


Bergambar di Taman Maluri Kepong rumah lama my Auntie.

Cer korang teka gambar saya yg mana satu dalam setiap gambar di atas. Berubah tak muka saya??



Kalau dalam gambar ni pon korang tercari2 mana satu Pn. Apash tak tau nak kata le kan. Sudah terang lagi disuluh :-P

Friday, December 23, 2011

Anak Saya dengan Gown Kembang

My girls


Sebelum ni saya pernah mengomel pasal gown kembang dalam entry 1990. Alhamdulillah dapat juga tgk my girls pakai gown kembang masa wedding Pak Su last weekend. Selalunya baju mcm tu utk flower girl kan. Tapi hentam saje le. Actually tema baju utk malam tu was grey + Black. Tapi nak jumpe color grey gown susah skit ye. So option ke putih saje.


Percubaan membuli adik.


Dalam entry 1990 tu juga ada mention Qaseh buat perangai tak nak cuba gown tu. Sampai tahap melalak berguling2 ye. Katanya sakit tang ketiak. Nasib baik on the day dia nak pakai. So, takde le Mama bertukar menjadi monster ye puan2. Tapi untuk dia elak complaint sakit tang ketiak, kami bagi dia pakai t-shirt putih kat dalam...Lagipon dia tengok semua orang berbaju cantik je haritu so dia pon ok je.





Disebabkan wedding buat malam dan dalam tempat aircond that's why saya pilih gown yang ada tutup bahu gitu. Banyak gown skang yang sleeveless. Then bagi dorang pakai pantyhose. So, takde le dorang sejuk sangatkan. Tapi pencarian kasut putih baru adalah gagal. So pakai kasut lama je. Mama berkenan dgn kasut Trudy&Teddy tu tapi RM139. Sungguh tak mampu. huhuhuhu..

Cucu2 Pah Nah kecuali Esyan. Esyan kecik lagi tak bleh duduk tgkap gambar sama.


Sepanjang malam Qaseh behaved sangat2. Such a good girl. Cuma kejap2 tanya Pak Su mana?? Yela kata pergi Pak Su Kahwin tapi Pak Su nye duduk jauh dari dia. Meja kami jauh di belakang. Sebabnya saje nak tempat yg agak tersorok skit senang nak bf si Hannah then Along pon nak bf si Esyan. So, si Qaseh tengok Pak Su kat screen besar je la. Nasib baik ada screen kalau tak lagi le penat Mama nak menjawab mana Pak Su.


Percubaan E'an utk kiss Hannah.


Ape ler Qaseh ni, orang suruh senyum dia buat muka camtu. Cer tgk si E'an comey je senyum.

Thursday, December 22, 2011

Sisters

Berdiri dari kiri: Auntie Tah & Mak
Duduk dari kiri: Wan Teh, Auntie Tan & Wan Chor

Saje share dalam blog untuk kenangan. Bukan senang diorang dapat berkumpul semua.


Mak saya bersama 4 orang kakaknya. Semuanye slim2 belaka kecuali Mak saya. huhuhu..Mak saya yg paling bongsu. Dan Wan Chor yg paling tua. 2 orang abang & sorang kakak Mak dah kembali ke rahmatullah. Tinggal sorang lagi kakak yg tak dapat bersama malam tu sebab dia ada kat Scotland menetap di sana.

Wednesday, December 21, 2011

Nikah sudah bersanding pula

Majlis berlangsung esok malamnya pada 18 Dec 2001 di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC. Akhirnya saya berjaya jejak kaki di PWTC. Bravo..bravo..

Merasa le kami attend majlis persandingan orang2 besar yg grand ni. Takde pengalaman sebelum2 ni. Pergi wedding pon yg biasa2 je.

Tapi wedding yg ada protocol ni buat kita terlepas moment berkonvoi ramai2 menghantar pengantin lelaki untuk bersanding. Sebab adik bersiap sekali dgn pengantin perempuan di sana. Kami adik beradik je yg berkonvoi dari Putrajaya ke PWTC. huhuhu..

Jom layan gambar je la...

Ketibaan pasangan pengantin. Adik iparku sungguh stunning. Tinggi & slim cantik le pakai baju gitu.

Giliran VIP pula masuk ke dewan. My Mak & Abah. Sedondon hitam. Ada cerita disebalik jubah hitam Mak saya



Raja sehari di singgahsana yg cantik.



Ibubapa pengantin lelaki bergambar dengan pengantin.



Ibubapa pengantin perempuan bersama pengantin.



Meja santapan pengantin bersama VIP.

Tuesday, December 20, 2011

Majlis Akad Nikah Asyraf & Liana


Tanggal 17 Dec 2011, adik lelaki saya selamat sah menjadi suami kepada Liana. Majlis akad nikah berlangsung selepas Isya' di kediaman pengantin perempuan di TTDI. Acara pernikahan disempurnakan oleh Bapa pengantin perempuan sendiri. Eceh..ada macam berita hiburan tentang artis berkahwin tak?? ekekeke...

Dengan sekali lafaz je. Alhamdulillah. Nasib baik adik kami cakap dengan jelas dan terang. Sebab dia ni mmg kadang2 cakap tak bape nak terang. hahaha...Risau juga kan tak pasal2 kena ulang banyak kali.



Hantaran sebanyak 7dulang dari pihak lelaki dan dibalas dengan 9 dulang dari pihak perempuan.


Hantaran dari pihak lelaki. Ehem..ehem..nk bgtau kek yg bunga merah tu saya yg buat. Tapi bunga gumpaste tu beli siap je. hahaha..Takpe janji pengantin perempuan kata sedap. Siap ada yg bertanya beli kat mana???


Penyerahan mas kahwain kepada pengantin perempuan bernilai RM101. Ikut nilai mas kahwin di Perak. Sebab keluarga pengantin perempuan asal dari Ipoh juga.



Diikuti dengan acara batal air sembahyang dengan menyarung cincin.

Gambar family?? Yilek pocik..atas banyak sebab yg tak dapat dielakkan. Malas nak cerita panjang dalam blog. T___T

Friday, November 25, 2011

Lahir Bulan Terang


Adik lelaki saya yg paling bongsu. 3 kakak dah selamat jadi bini orang. Kini tiba giliran adik kami jadi laki orang pula.

Selalunya kalau lelaki kahwin simple2 je. Tidak grand macam perempuan kahwin. Tapi kali ni cam terbalik pula. Wedding dia pula yang grand. Takpe lah...bajet besar boleh le grand. Kami kakak2 bajet ciput. T__T

Itulah cinta tak kenal rupa & harta. Kalau dah jodoh tak ke mana kan. Tak kisah le grand ke idak. Yang penting akad & nikah itu. Dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Kahwin grand2 tapi lepas 72hari bercerai..APE KES??

Oppss....^__^

Tapi Mak saya selalu cakap yg adik kami tu "Lahir bulan terang"........Kamu senang..kami pon tumpang happy.

Hikmah di sebaliknya..saya InsyaAllah akan menjejak kaki buat pertama kalinya di PWTC. Selama ni lalu je..Paling dekat pon gi The Mall tak pon Hentian Putra.

Thursday, November 24, 2011

Langkah Kanan ke Tesco St18

Lunch hour tadi bergegas ke Tesco St18 atas misi mencari sesuatu.
Even sibuk dengan audit, bila manager bawak auditor keluar lunch cepat2 saya pon keluar. huhuhu..
Time management sgt penting ketika itu.

Sampai Tesco jalan laju2 beli barang yg dicari.
Then tiba2 ternampak somebody yg saya kenal.
Tapi siapa ye??


EH...BAPAK AKU RUPANYA!!


Bukan Abah sorang je, Ghaz, Along & Eshan juga ada. Pas gi tegur dorang Along ajak gi makan KFC. Yeaahhh...Along belanja. Acik belum gaji lagi. huhuhuhu....(selamat poket saya hari ini)


Abah & Ghaz


My plate....

TERIMA KASIH ALONG..

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Kembali Hajah Sharifah

Gambar time baru nak pergi ke Tanah Suci dulu.


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, MIL sudah selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang.

Flight MIL tiba di KLIA around 9.30pm Hari Isnin. Suami, SIL & suami SIL je pergi jemput MIL. Karang kami 3 beranak ikut tang, mana pula MIL nak duduk. Dengan luggage besar lagi. So, kami di eksport ke rumah Mak saya. Gara2 tak berani nak duduk 3 beranak saje. Lagi2 saya tgh demam. huhuhuhu..

Ikut cerita SIL, sessi berjujuran air mata antara anak2 dan mak dah berlangsung di KLIA sejurus dapat berjumpa. Cuma sessi air mata antara Opah dan cucunya terlewat skit.

Semalam lunch hour, Mama gigih balik rumah mak saya angkut 2 budak kenit tu balik batu gajah. Tak sabor nak tunggu abih kerja kol 5pm. Tiba di rumah je..Hannah masuk dulu sebab si kakak tgh sedap tidur.

Opah terus 'menyambar' Hannah dari Papa. Hannah pon ok je..kenal lagi Opah. Even lama tak jumpe. Then dukung Qaseh masuk rumah. Bagi kat Opah. Dua2 cucu dah atas tiba Opah. Then Opah terus menangis sambil cium2 cucu kesayangan.

Mama pon apa lagi..join sekaki le mengangis. Sungguh syahdu tau...Itulah tangisan mengubati kerinduan. Qaseh yg blur2 baru bangun tidur..bila di tanya.."Sape tu"..dia jawab "OPAH"..

Yela Hannah yg kecik pon kenal Opah lagi lah si Qaseh yg dah besar.

Begitulah kisah "Jejak Kasihan" antara Opah dan cucu2nya.

Tuesday, November 22, 2011

Jalan-jalan hari Sabtu

Sabtu lepas banyak agendanya. Tapi nak tunggu Angah sampai dari Putrajaya dulu. Then, hari ribut pula. Hujan lebat, guruh siap kilat sabung menyabung. Last2 kol 4pm baru keluar rumah. Itupon still hujan lagi cuma xde guruh kilat jer.

Agenda pertama Angah & Mak nak carik kain untuk buat baju. Wedding my bro bulan depan. So tema baju color Grey utk perempuan. Lelaki baju hitam. Destinasi pertama ke TESCO St.18. Dekat saje dari rumah Along. Angah saje yg beli kain. Mak takde yg berkenan.




Kat sana sempat si Qaseh & E'an main Merry Go Round kecik tu 1 round. Share dengan sorang budak lagi. Dulu pernah kasi Qaseh naik mende alah tu. Awal2 beria2 nk naik start je bergerak melalak pula dia. Hangus RM 2 dulu. Tapi kali ni dah berani. Syok sebab dapat main ngan E'an. hehehe...



Setel bab beli kain. My bro & tunang dia sampai dari KL. So, saya follow dorang ke Butik Pengantin. Haritu dah bawa dah dia pergi. Sepatutnya boleh je la pergi sendiri kan. Tapi katanya tak ingat jalan. Butik tu kat area Manjoi. Sape tak familiar mmg boleh sesat dalam tu. Hahaha...



Tunggu punya le lama nak fitting baju. Sebabnya ada sorang bakal pengantin yg dok fitting baju tak sudah2. Sejam lebih tunggu tau. Konpem pengantin tu banyak songeh. Tak pon kakak/makcik dia yg banyak songeh. Sabar je la...


Photo credit tu Chik (bakal adik ipar)
Qaseh paling suka baju pink yg kat belakang dia tu. Dia kata cantik. Then tanya dia sape nak pakai baju tu..dia jawab "Pak Su pakai" hahahaha...



Bila dah lama menunggu mula le bosan kan. Nasib baik ada paksu & tunang rajin melayan si Qaseh & Hannah.

Setel balik rumah Along dah dekat kol 8pm. Masa ni saya dah start sakit kepala. Ingatkan sebab lewat mandi dan bertudung dari pagi tadi. Rupe2 tanda2 nak demam. Ahad petang tu baru suhu naik. Demam rupenyer. Last2 semalam (Isnin) saya MC sebab tak larat nak kerja dengan sakit kepala + selsema + sakit tekak skit.

Thursday, November 10, 2011

Bye Bye Celcom



I've been using Celcom Postpaid since March 2007. Lepas saya beli HP N70 masa tu. Motif subscribe postpaid sebab masa tu duduk berjauhan dengan tunang tersayang (now en.hubby). So nak le senang bergayut & kalau nak buat video call senang. Masa tu ada juga hotlink prepaid untuk sms. Kitaorg dulu mmg cinta SMS. Sehari 50 - 100 sms tau. Dulu kan sms 1 sen. So lagi jimat SMS dari call.

Setelah 4tahun guna postpaid ni hotlink prepaid kami pon dua2 dah mati. Saya jarang guna no prepaid tu dulu gara2 dapat SMS celaka tu. Nak tau cerita click SINI. Bila dah jarang guna tak topup2 terus no tu dah tak aktif. Prepaid en.hubby pula baru2 ni je tak aktif sbb lupe nak topup. hahaha..

Bila dah takde prepaid. SMS guna postpaid ni mahal. 1 sms 20sen. Asalnya bil dalam RM50++ untuk 250min call dan 20 jer SMS free. Bila dah guna banyak SMS kdg2 Bil mencecah RM70. Tapi minit call tu baru guna 100++min je. Itu apply to en.hubby ye no le. So, agak membazir di situ. Saya pula mmg betul2 guna 250min tu sebab kerja. Just SMS pon banyak..



Dalam hal ni baik bayar apa yg kita guna. Skit kita guna skit le kita bayar kan. So kami beralih ke Maxis. Jadi sub-line abg ipar en.hubby. So kami 1 family dah jadi sub-line. SIL, saya, En.hubby dan MIL.

Jadi lepas ini nak call orang tu berpada2 le ye. Belajar berjimat cermat skit. Hahaha..saya pon pasni kena rajin gi kat telefon ofis yang boleh call out line HP. Telefon ofis kat meja saya tak boleh. Sebelum ni malas nak bangun tu sebab hentam je guna HP sendiri kan. Maklum la company takde bagi HP+line free. So, tak salah kita guna ofis phone untuk tujuan kerja kan. Bukan buat personal call or bergayut ke.

Even dah bertukar ke MAXIS no kami tetap sama. Sebab sayang no tu. No kami lebih kurang sama. Saya 019-xx3xxxx. En.hubby 019-xx8xxxx. Sume no sama kecuali 3 & 8 tu je. Nasib baik skang dah ada kemudahan untuk kekalkan no yg sama kalau tak sayang juga nak tukar no kan.

So, harap servis MAXIS ni ok. Kalau tak...tgk le camne nanti.

Wednesday, November 9, 2011

Hari Raya Aidiladha Kami


Hari Raya Korban kami mmg selalunya adalah biasa2 saje. Tak semeriah Raya Puasa. Lagi2 lah tahun ini, tinggal kami empat beranak je. MIL masih di Tanah Suci. SIL balik kampung suami. Actually dah empat tahun beraya di rumah MIL ni, tak kira raya puasa ke raya haji, yang memasak rendang dan kuah kacang adalah MIL. Saya tolong gitu2 saje dan jaga anak2 jer.



So, bile MIL takde WAJIB le saya yang memikul tugas untuk masak2 ni. Lagi2 le SIL pon takde. Takkan nak makan roti & telur je pagi raya kan.



En.hubby mmg dari awal dah request rendang ikan tongkol. Maklum le ayam daging tak makan so option ke ikan le. Saya pula teringin nak makan nasi impit kuah kacang mak saya. Mak tak larat nak masak. So, tekad cuba masak sendiri. Kalau tak sampai bile tak pandai kan. Minta resepi dari Mak, alhamdulillah menjadi juga. Cuma minor comment dari Mak. Mak kata raya tahun depan saya yg masak, Mak jadi mandor je. hahaha..



Masak pon skit2 je..sebab tukang makannya bukan ramai. Lagi le kami akan ke Penang sebelum tengahari tu untuk ke majlis hari jadi anak buah saya, Khalif Firhan. So konpem takde sape nak datang bertandang kat rumah. huhuhu..



Nasi impit rebus ketupat mini segera dari NONA je pon. Tak kuasa nak anyam ketupat. Anyam time Raya puasa je dulu. Kalau nak anyam pon tak menang tangan le nak buat semua sendiri.



Last but no least choc moist cupcake. Kata tokei cake..mesti le kena ada. hahaha...takde le itu lebih dari cupcake yg saya buat untuk majlis E'an. Pagi2 bangun tidur dengan tak mandi lagi Qaseh dah nampak cupcake tu. Terus dia minta nak makan.


Actually Sabtu & Ahad tu mmg hari yg amat memenatkan. Pagi sabtu tu kerja cam biasa. sepatutnya kol 12tgh dah boleh balik. Tapi ada kerja nak kena setelkan. 1.30pm baru balik. Singgah pekan beli barang2 untuk masak.

Sampai rumah dah kol 2pm, terus start masak karang suami balik kerja petang tu takde mende nak masak. Masak Sotong kari, tumis sawi & ikan merah stim. Siap masak, start baking RV & choc moist cupcakes. Siap bakar mandi2 pe sume keluar gi maxis center kejap.

Pas maghrib, start deko cupcakes. Kol 9.30pm camtu tidurkan si Hannah & Qaseh. Kol 10pm lebih baru start masak kuah kacang. Dah le masaknya kena lama kan. Setel kemas sume dah kol 1pagi. Huaarrghhh penat gile.

Lepas subuh pagi raya tu masak rendang ikan tongkol pula. Siap masak, siapkan makanan kat meja. Tunggu suami balik sembahyang raya. Mandikan anak2 siap bag baju anak2. Setel makan semua kami ke kubur. Ziarah pusara FIL. Then pergi amik my mum terus menuju ke Penang.

Dalam kereta penat melayan anak2. Lepas maghrib kami gerak balik Perak. Hannah & Qaseh tidur. Mama dah penat gile..mata mengantuk ya amat. Dengan jalan jammed lagi. Tanpa sedar Mama dah gi lalalalaland.....hahaha..

Tapi takde le tidur tak sedar2 langsung. Kejap2 terjaga tengok2kan keadaan en.hubby. Yela dia pon mengantuk gak..bila mengantuk mulalah nak tekan je pedal minyak tu.. Alhamdulillah selamat tiba di rumah kol 11.30pm. Mmg penat giler......






Thursday, October 27, 2011

Pah Nah ke Ar-Ridzuan


Semalam belum lagi kol 12tgh Mak called
Tanya free tak nak minta tolong bawa mak ke Ar-Ridzuan
Mak kata kaki sakit sangat.
Then Mak tanya mahal tak kalau pergi Ar-Ridzuan

Dah mak sakit mestilah boleh bawakan..
Tak free pon boleh usaha juga kan..
Then mahal ke tak rasanya masih mampu le kan.
Lepas setel masak & makan
baru gerak gi ambil Mak
Around 3ptg juga le.
Dengan 2org anak kecik ni tak pernahnya dapat siap cepat2..



Sampai2 takde orang langsung
Lagi2 le Public Holiday kan.
Sampai2 terus boleh masuk.
Sementara tunggu mak, kami cam whoring kejap..
Gambar anak2 je la..
Maknya camera shy skit..hahaha



Setel sume mak ada mention kena injection
Ubat tahan sakit rasanya
Then dapat juga ubat tablet.
Saya pon pergi kaunter untuk jelaskan bil
Total bil RM23.90 jer..
Dalam hati aish..murah pula.



Bila bgtau en.hubby & mak
Dua2 tak percaya
En.hubby siap suruh pergi kaunter check balik
kot2 dorang silap
Pergi check balik kaunter tu cakap mmg betul
Tanya juga kot2 ada rate special utk warga emas ke
katanya takde. Rate biasa je.



Mak cakap kalau pergi klinik biasa
Kalau cucuk saje dalam RM45
Ubat + cucuk mahu dalam RM70
Saya pon masa nak bayar dah stanby RM100
Ingat total bil around tu juga kan.



Tapi kan apa le sangat duit dan masa kan
Yang penting bagi mak kurang sakit.
Sebab nak kata hilang sakit tu..susah skit la
Mak dari dulu mmg sakit je kaki tu
Antara sakit cam biasa or sakit sampai nk jalan pon susah

Actually mak sakit tu antara sebabnya terlebih bergerak & active
sebab jaga Qaseh & Hannah for the past 2 weeks
Mmg dari awal risau juga larat ke mak jaga
Tapi mak kata dah cucu sendiri..kena kuat laa
Then mak tak harap nak bagi orang bela
Yela Qaseh & Hannah dah biasa dijaga oleh Opah je.
Ahli keluarga sendiri je kan.

Ada lagi sebulan baru Opah balik dari Mekah.
Doakan mak saya sehat macam selalu.
Susah hati mak sakit2..
Susah hati juga anak2 sape nak jaga.
Kadang2 terfikir juga option lain untuk jaga anak2.
hhhmmm...