Tuesday, June 28, 2011

Process tukar susu Qaseh...

Dalam process utk menukar susu si Qaseh/Piyah dari Enfagrow A+ kepada Anmum Esssential (Tanpa Gula). Takpe ke campur2 susu? Contoh 1 scoop Enfa + 1 scoop Anmum?? Kalau tukar terus confirm dia reject tak moh minum.
Start minum hari Sabtu lepas. Alhamdulillah setakat ni belum ada tanda alergi lagi. Takde cirit-birit mahupon sembelit.

Thursday, June 23, 2011

My Buttercream Roses


Lepas belajar di Kelas Cupcake haritu, saya pon try le praktis buat roses tu. Version buttercream. Fondant nye version belum praktis lagi sebab barang2 dan bahan2 takde lagi maa. Baru berhabis duit beli barang2 untuk buttercream deco dulu. Nanti2 beli barang fondant plak.

Amacam Kak Zai, OK tak?? Tangan dok keras lagi ni. huhuhu..



Tengah2 praktis tu boleh plak en.hubby datang menyibuk. Dia kata dia pon nak try buat. Buat sekali je tau..ntah berapa kali tak tau. Overr plak laki I ni. huhuhu..


His first buttercream rose.

Fully cake decoration belum try lagi. Ntah bile nye nak buat. huhuhu..

Wednesday, June 22, 2011

Wajah-wajah Qaseh



Wajah cute bertudung
Actually ni "telekung" Qaseh. Padahal tudung Mama tu. Setiap kali Mama pakai telekung nak solat dia pon nak.

Wajah ceria Qaseh.
Susah betul nak dapat gambar yang elok2. Ade saje hal nye si kenit ni.


Wajah cute bertocang dua
Qaseh memang tak ske orang usik2 rambut dia. Apatah lagi nak ikat rambut. Tapi ada hari tu dia yang bagi getah rambut kat saya untuk ikat rambut dia. Tapi hanya bertahan few minutes je pon.


Wajah Qaseh "bersnow cap"
Snow cap le sangat. Padah pakai 'cekup kepala' aka anak tudung Mama. Qaseh mmg ske sgt main mende alah tu. Sebab dia kata "shame Mama" (sama Mama)

Wajah Pasrah Hannah
Dah kakak pakai adik pon kena buli pakai juga. huhuhu

Cerita pasal Hannah, last Sunday (19/06/11) dengan jayanya dia meniarap. Tapi belum berkesempatan nak rakam video.

ChocoPots by Nigella Lawson


Malam tadi saya try buat ChocoPots resepi dari Nigella Lawson. Dapat resepi tu dari youtube. Lama dah jumpa resepi tu tapi semalam berkesempatan nak buat. Sebab baru2 ni saya ada beli remekin. My first 4 remekins. huhuhu

Saya buat 1/2 adunan dari resepi asal. Sebab remekin saya lebih kecil dari remekin yg Nigella guna.

ChocoPots
Source: Nigella Lawson

Bahan-bahan:

3/4 cup dark chocolate
100g butter
3 tbsp tepung gandum
3/4 cup gula
2biji telur

Cara-cara:

  1. Cairkan dark choc & butter secara double boil. Ketepikan untuk disejukkan.
  2. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung kacau sebati.
  4. Masukkan choc cair ke dalam adunan. Kacau rata.
  5. Tuangkan ke dalam remekin dan bakar selama 20min. Suhu berbeza ikut oven masing2.
  6. Sedap makan masa sedang suam2.


Letak dalam loyang semasa membakar. Senang nak keluarkan dari oven.



Kalau ikutkan Tips dari Nigella, permukaannya akan merekah tanda dah masak. Tapi yg saya buat tu ada yg merekah ada yg tak. Lepas tu dia 'sink'...


My version of ChocoPots yg tak berapa menjadi. huhuhu


Bagi saya resepi Nigella ni agak manis. Geli geleman makan. Next time buat kena kurangkan gula. Lagi satu kalau nak lagi sedap sila guna dark choc yg high quality. Yg saya guna ni ntah brand ape beli kat Wah Seng. So-so je la.





Malam tadi juga ingat nak buat Creamy Cheesy Potatoes. Tengok2 cheddar and parmesan cheese saya sudah expired. Terus Cancel. Padahal kentang dah potong dan gaul dgn garam + lada hitam. Last2 goreng saje. Jadinya kita makan egg & chips macam my mum selalu buat utk kami breakfast dulu2. Saya up skit buat roti bakar. huhuhu..


Friday, June 17, 2011

Perkembangan Hannah @ 3bulan


Kami masih menanti saat2 Hannah meniarap. Percubaan nak meniarap tu ada la. Asyik mengiring je. Even Hannah ni jenis baby tak banyak 'bunyik'..tapi kuat suara nya time cuba nak meniarap tu. Macam tgh marah + nangis je sebab tak dapat juga meniarap. Kalau kita letak dia dalam position meniarap leher dia dah kuat dah. Tegak je kepala nya.


Qaseh dulu seawal genap 3bulan dia dah start meniarap. Itulah lain anak lain perkembangan nya. Tapi Hannah ni jarang dapat peluang bergolek2 atas tilam. So opportunity untuk 'practice' nak meniarap tu kurang. Hannah banyak spend time atas bouncer je. Semua nya atas sebab risaukan keselamatan Hannah. Melindungi Hannah dari kak long yg hype & ganas tu. Silap haribulan dia main langgar je Hannah ngn tricyle x pon keta merah dia tu. Almaklumlah rumah kecik. Tang situ le kita melepak/merehatkan badab..di situ le juga tempat Qaseh main.


Hannah pon macam Qaseh dulu suke kembung perut. Padahal saya takde pula makan mende2 yg berangin. Dari lepas bersalin sampai skang tak minum pon teh tau. Selalu makan nasi ngn lauk2 biasa je. Rebung, kangkung, pucuk paku sume tak sentuh.


Pasal kembung perut ni kadang2 buat Hannah susah nak tidur malam. Tapi tetap maintain cool je takde melalak macam Qaseh dulu. Tapi dengan syarat pegang dia. Dukung ke..letak atas riba ke. Senyap le dia. Kalau hari yang perut dia tak kembung, tidur lena sampai ke pagi. Terjaga nak nenen je pon.

Satu hal lagi si Hannah ni ske muak dan muntah. Ibaratkan dia overload sangat menyusu sampai muntah. Tak pon sebab perut kembung, angin tolak susu keluar. Padahal Hannah ni bukan kuat sangat menyusu. Tu pasal Mama setakat pump susu 2x sehari still boleh buat stok. huhuhu.. 10oz sehari pon susah nak habis.

Hannah juga takde hal bila mandi macam Qaseh juga dulu. Siap boleh senyum2 time mandi. Lepas mandi pon rileks je Mama/Opah mengadun dia. Tuam perut, sapu lotion sume boleh buat. Janji jgn time dia lapo sgt2 le. Confirm nk nenen dulu. Kalau Qaseh dulu...hhmmm macam berperang je nak siapkan dia. ..ish..ish..

Panjang lagi kalau ikutkan bila citer pasal anak2 ni. Len kali le plak...

Any tips untuk tangani anak kembung perut dan selalu muntah ni??? Share le..

Thursday, June 16, 2011

Seth Tan

Siapa yang layan Nora Elena @ TV3 sure tau siapa Seth Tan kan. Saya pon layan gak Nora Elena ni. Sempena last episod (kalau tak silap) petang karang saya mengomel skit.

Jikalau saya tgk Nora Elena ni time2 tgh study dulu CONFIRM saya tgh mabuk cinta & angau kepada si Seth Tan tu macam perempuan lain. Sambil2 tengok citer tu sure berangan jadi Nora Elena. Tak pon berangan nanti dapat suami macam Seth Tan. Bila berangan mmg boleh senyum sorang2. CONFIRM tak tipu.

Macam zaman remaja time sekolah menengah dulu dok gila baca novel pinjam. Tengah2 baca boleh tersenyum sorang2 tak pon geram kalau ada babak yg menyakitkan hati. Lawak sungguh.
TAPI ITU DULU LAH...

Sekarang ni tengok sekadar tengok le. Sebab cerita best kan. Tapi takde le sampai tahap mabuk cinta & angau kat Seth Tan tu. Sebabnya..

Dulu SINGLE sekarang MARRIED.

Yela kan dulu masa single boleh le hoping dapat husband macam Seth Tan tu. Nak carik pakwe pon nak ala2 Seth Tan. Tapi skang HUSBAND dok depan mata nak berangan dapat suami lagi ke??? Cer citer..cer citer..huhuhu

Saya terima seadanya SUAMIKU yang tercinta. Tak baik berangan2 'lelaki' lain. hahahaha....

Teringat "angan-angan" saya time dolu-dolu. Hoping a PRINCE CHARMING dengan kereta mewah datang jemput saya keluar gi Dinner. Siap bagi sejambak bunga rose.

CISS..perasan diri tu Princess yg cun gile le sebab nak prince charming kan. hahahaha..

Tapi tetap syukur bertemu jodoh dengan my very own version of Prince Charming. Even tak naik kereta mewah..kereta ISWARA pon syukur lah dari kena jalan kaki. huhuhuh..Bab bunga tu mmg selalu dapat le DOLU2..skang..tak kisah sangat. Bab dinner tu..hhhmmm....Bie jom gi Dinner yg romantik.!!!

Qaseh + Mat Kalip = Sepupu


Last weekend my mum balik Ipoh lepas dekat 2weeks stay kat rumah Angah di Putrajaya. Teman Angah sebab her hubby kena berkampung kat SUKMA. Dah alang2 my bro hantar mak balik Angah pon ikut balik sekali. Kitaorg plak xde hal ape2 so baik tidur umah Along sekali. Walaupon tak cukup korum, dapat berkumpul sekali sekala kan.


Bukan kami je seronok, Qaseh pon seronok dapat jumpa Mat Kalip @ E'an. Seronok ada geng main. Ade geng berebut toys. Ada geng panjat kerusi. Ada geng berjoget depan TV. huhuhu.. Mmg tak duduk diam le dorang ni. Nak tangkap gambar pon susah. Bila sorang dh siap pandang camera, yg sorang lain bergerak. Sampai last tak dpt gambar cun.



Dorang ni lahir pada tahun yg sama. Qaseh tua 7bulan dari E'an. Tapi sama besar je. huhuhu.. InsyaAllah nanti Along akan bersalin October ni. Jadinya baby Along beza ngan Hannah pon 7bulan. Sama je ngn Qaseh & E'an. Takpe la sepupu2 ada geng sebaya.



Saya ada mention kat Angah, hujung tahun my bro kahwin. InsyaAllah kalau ade rezeki my bro plak dapat anak, so Angah kena pregnant le tahun depan bagi sama dgn my bro. Hahaha.. Tak gitu Angah???



Pesanan khidmat masyarakat untuk Angah:

"InsyaAllah ada rezeki untuk setiap anak-anak even mahal nak kena hantar ke nursery"

Kelas Cupcake Advanced bersama Zaisweetcake



Sabtu lepas berkesempatan ke kelas Cupcake dengan Kak Zai. Kelas best sebab 2org je students. So mendapat full attention dari cikgu. Class start jam 11am sampai 5pm.

Class start dgn membancuh moist choc cupcake. Pastu baru 'main2' dgn fondant, gumpaste and buttercream. Seronok bebenor sampai tak sedar masa berlalu. Kami dapat bawak balik 14biji cupcakes. 7 fondant+gumpaste & 7 buttercream.

Rose yang sedang mekar.




Auuww..skirt dah ala2 Marilyn Monroe je



Sesuai untuk baby shower tak pon cukur jambul.


Bersama Kak Faizah (kiri), Kak Zai (tgh) and yours truly..


InsyaAllah ada rezeki lagi saya akan menuntut ilmu lagi dgn Kak Zai...Terima kasih Kak Zai atas tunjuk ajar. Hajat hati nak amik intensive class tu. Tapi tak tau le bila kan...

Wednesday, June 15, 2011

Qaseh Demam Selsema


Petang semalam balik dari kerja MIL bgtau Qaseh badan panas dan selsema. Hingus meleleh je. Pastu meragam je kerja nye. Nasib baik Mak Long ada. Time saya balik Qaseh dok sedap tidur dgn Mak Long.

Malam tu mcm biasa konpem le Qaseh susah nak tidur sebab hidung sumbat kan. Dan badan rasa tak sedap le tgh demam. Sebelum tidur MIL tolong bagi makan ubat demam Hannah je pon. Tapi badan still panas. Sepanjang malam tidur dia tak lena. Secara langsung Mama pon tak dapat tidur lena.



Tapi skang dah pandai bila dia rasa panas (demam) dia pegang2 dahi dia. Suruh Mama letak tuala basah kat dahi dia. huhuhu..Pastu kalau nampak Mama pegang vicks (utk kanak2 tu) siap2 dia angkat baju dia. Setel sapu tang dada..cepat2 dia meniarap untuk sapu kt belakang plak. huhuhu..

Sebabkan dah tak dpt tidur. Kepala Mama dah 'weng' pagi tadi. So, decide amik EL 1/2day je. Boleh bawa Qaseh gi clinic lu. Hajat hati nak le tidur bgn lewat skit. Tapi tinggal angan2 je. Pukul 8 lebih dia dah bangun. Buntang je mata dia.

Alang2 dah bangun awal terus mandi dan siap2 ke klinik. Sampai rumah dekat kol 10pagi. Terus decide nak masak Nasi Tomato. Sebab ada 2 ekor ikan bawal yg saiz sedang2 tu. Masak sweet sour je la. Lagipon kesian kt MIL nanti nak susah masak sambil kena jaga Hannah & Qaseh. Alang2 saya ada kan. Setel masak sume 11.30am. Siap2 kol 12pm terus gerak gi Office.

Sempat call en.hubby inform nak pergi kerja dan sy masak nasi tomato. Dan2 dia cakap "Bie nak amik 1/2 day (cuti) le. Nak balik makan. Tunggu petang lambat sangat"...

Amboi Bie...macam tu sekali. Tak lari nasi tu..hahahaha..

Wordless Wednesday #1

Yeah...got my PC back!!

ok..sambung wat kerja dulu

Tuesday, June 14, 2011

Diserang Virus..

PC kat office sudah terkena virus minggu lepas. Masa tgh bukak blog redmummy time tu. huhuhuhu...CPU dah gi hantar format Jumaat lepas. Bila siap tak tau le.


Tak dpt on9 macam biasa. Sungguh bosan.....Nak update blog & berFB pon tak dapat. Ini pon curi2 on9 kt bilik computer.


Ok le..tak leh lama2..kang kantoi plak. huhuhuhu..

Thursday, June 9, 2011

Happy 6th Anniversary



Nikah lu 14 March 2008, macam mana bleh sambut 6th anniversary plak. huhuhu..Bukan anniversary kami la. Wedding anniversary SIL & her hubby. Dorang nikah 06/06/05 lu. Ingat lagi time tu baru je couple ngn en.hubby. Baru 2 bulan. Punye le segan nak pergi kenduri kahwin kakak dia. Terpaksa angkut member temankan. Kalau tak silap Gee & Farid yg teman. Member2 lain sume dah balik kampung sebab dah start cuti semester.


SIL posed dgn RV Cake


Sempena anniversary dorang saya buatkan Red Velvet Cake. My 2nd RV Cake. Much much better from the 1st one. Hahaha.. Biasa buat cupcake je.

Saya agak fail dalam cake decoration. Tak pandai nk buat surface bagi smooth je. huhuhu..dengan itu saya telah mendaftarkan diri pergi belajar Cupcake advanced dengan Kak Zai Sabtu ini. Nak belajar asas buat bunga2 dengan buttercream. Len kali kita join kelas lain plak kalau ada rezeki.


Qaseh jilat jari. Sedap ke sayang?? Dia dah pandai skang. Kalau kek je..Mesti dia cakap "Mama wat". Dia mmg ske busy body time saya buat cake.








Hannah mulut comot. Ni kerja Pak Long pergi calit skit cream cheese tu kt Hannah.


Suku cake dah setel. huhuhuhu..



Pasangan pengantin lama. Semoga berbahagia ke akhir hayat. amin...

Wednesday, June 8, 2011

Oppss..bukan buang bayi ye..


Ini kerja Papa ye. Mama tak terlibat. huhuhu

Actually itu raga tempat letak baju2 Hannah. Diletak di atas almari baju Qaseh. Papa yg mmg ske membuli anak2 boleh gi letak Hannah kat situ. Si Hannah yg mmg kaki tidur, bila diletak kat situ dia sedap je sambung tidur macam xde ape2.. Hannah..hannah..

Nampak gaya nya nk kena beli almari besar skit ni untuk letak baju Hannah & Qaseh. Almari baju Qaseh pon pintu2 nya dah banyak tercabut...hhhmmm....

Hannah: Check up 3bln + demam



Isnin hari bawak Hannah ke Klinik Desa Bemban untuk check up 3bulan. Even kalau ikutkan 10hb nanti baru Hannah cukup 3 bulan. Dah Klinik kasi tarikh 6/6 so kita ikut je la kan.

Macam biasa untuk ke klinik tu terpaksa angkut Opah & Qaseh sekali kan. Sebab Mama drive so Opah kena pegang Hannah. Dah Opah ikut mesti le Qaseh kena ikut.

Berat Hannah dah naik 1kg dalam masa 4minggu jadi 6.4kg. Tgk Hannah ni takde le sedebab kakaknye dulu. Tapi badan keras je. Sedap dukung dia. Panjang dia lebih kurang Qaseh dulu. Mmg anak-anak Mama ni 'kurang inci' skit. Dah Mak Pak pon bukan tinggi mana kan..

Setel hal klinik hantar dorang balik rumah, Mama masuk ofis balik.


Budak demam nak ngempeng je

Pagi esoknya (semalam), Mama dah siap pakai baju kerja semua tinggal nak pakai tudung je. Hannah yg sememangnya demam tu muntah2. Bukan sekali tapi 3x. Berat hati plak nak pergi kerja. Kesian tgk anak camtu. Tapi kerja berlambak kat ofis. Bila en.hubby tanya "Kerja gak ke?" terus masuk bilik tukar baju balik. huhuhuhu..Itulah kebanyakan Ibu2 .. bagi mereka anak lagi utama dari kerjaya.

Tapi demam Hannah xde le teruk mana. Suhu sekitar 38C je. Pagi tadi rasa badan dia dah tak panas. Alhamdulillah...



Dah ngempeng terus Zzzzzzz

Friday, June 3, 2011

Minah Rempit Paling Muda


3bulan pon belum tapi Papa dah ajar Hannah naik basikal. Ish..ish..ish. Qaseh pon dah berapa kali minta letak Hannah kat belakang dia time naik basikal. Nak bawak adik sekali le tu. Adik kecik lagi le Qaseh. Tunggu besar nanti Mama beli basikal len yg ada tempat duduk belakang. Boleh le Qaseh bawak adik nanti.

Kakak si Penyamun Tarbus



Sedang asyik Mama merakam aksi adik Hannah yg ralit 'bersembang' dengan Papa. Datang si kakak ibarat penyamun tarbus merampas HP dari tangan Mama. Qaseh...Qaseh..

Samada busy body tak pon jeles Mama & Papa dok layan adik Hannah. huhuhuhu..