Thursday, March 29, 2012

Homestay ada private pool


Sambung kisah cuti2 kami di Melaka. Suri Homestay tu mmg best tambah2 lagi sebab ada above ground private pool. Seronok beb dapat berendam. Petang lepas check in tu merasa le Mama berendam kejap. Bila semua dah dalam pool sape pula nk tgkap gambar kan.



The next day before check out, ramai yg berendam puas2 dulu. Mama malas nak tukar baju pe sume so volunteer jadi photographer. Jadilah sebagai kenangan kan. 


  

Duck float tu purposely beli kat area crystal bay utk Piyah. Sebab float yg bwk dari rumah rupe2nye bocor. Bocor dalam simpanan. Padahal dah lama tak guna. Hannah plak takut duduk dalam float, dia nak didukung je. 

 Papa & Piyah



Mak Long & Hannah

Swimsuit yg Hannah pakai tu kakak punye. Tu pasal besar skit. Dulu mmg beli 2 untuk Piyah. Pakai pon jarang sekali. So, masih dalam keadaan baik. So, adik pon bleh pakai.

Mandi pool ni pengalaman pertama Hannah. Dia takut rasanya. Tu pasal muka ketat je. Takep2 pasni ada masa kita di Lost World pula ye.

Tuesday, March 27, 2012

Kisah Hannah bila dah setahun



Rata2 bila masuk anak ke-2 mula le kurang update progress mcm anak 1st dulu. Sorry ye Hannah..kali ni Mama update summary kisah Hannah yg dah setahun.

Hannah agak lewat merangkak berbanding dengan kakak Piyah. Tapi Hannah start berjalan pada 11bulan sama mcm kakak Piyah dulu.

Gigi Hannah dah 4 atas 2 bawah. Tapi giginya jarang2 skit. hehehe..mintak2 bila gigi susu habis tumbuh gigi betul xde le jarang kan. Kalau jarang gak..nanti pakai braces je. ^___^

Timbang masa check up 1 thn haritu Hannah baru 8.8kg. Panjang kalau tak silap 72cm. Nanti Mama check balik buku tu.

Alhamdulillah Mama berjaya breastfeed Hannah sepenuhnya sampai Hannah setahun. Tanpa sekali pon sulam dgn susu lain.

Tapi, yg sedihnya..semenjak minggu lepas dah start sulam dengan FM. huhuhu...Mama tak bercadang pon nak stop BF. Cuma susu yg Mama pump tak cukup utk Hannah. Selagi terdaya mama akan still breastfeed Hannah..kat Ofis mama akan tetap pump. InsyaAllah setahun lg perjalanan kita.

Hannah berbadan kecik je. Takde debab2 mcm kakak dulu. Tapi pipi tetap maintain tembam. Itu sudah keturunan tak leh buat ape2. huhuhu..

Even badan kecik, Hannah lagi kuat makan berbanding kakak. Hannah makan nasi kanji 2x sehari. Selalunya habis je semangkuk tu. Then pantang nampak orang makan konpem dia akan paw lagi. Tak kire le nasi dgn kari ke..sume dia bedal. Ikan, ayam telur..sume makan. Pendek kata tak memilih mcm kakak le.Cuma Hannah kureng skit dgn benda2 manis. Macam kek, kuih, ice cream pon tk heran. Mmg contra sgt ngn kakak. Bagus juga kan..tak mkn manis2..elok utk kesihatan.

Okle..rasanya setakat ni dulu..Mama kerja masa ni. Update pon laju2. Semoga sayang Mama membesar dengan sehat dan menjadi anak yg solehah. Amin...

Saturday, March 24, 2012

Kelas 2 in 1 bersama Apash Sweet Treats

Kelas 2 in 1 A : KEK KARAMEL + PAVLOVA


Tarikh: 01/04/12 (Ahad)
Masa: 10.30am - 1.30pm
Yuran: RM150 (N.P RM170)
Sijil akan diberikan. Limited to 2 person ONLY.
Kelas 100% hands on. Akan membawa pulang sebiji Pavlova dan sebiji kek karamel.



KELAS 2 IN 1 Pakej B: PAVLOVA + RED VELVET CUPCAKES


Tarikh: 01/04/12 (Ahad)
Masa: 2.30pm - 5.30pm
Yuran: RM150 (N.P RM180)
Sijil akan diberikan. Limited to 2 person ONLY.
Kelas 100% hands on. Akan membawa pulang sebiji Pavlova dan 16nos Red Velvet cupcakes.



Bagi yang berminat boleh hubungi Apash Sweet Treats di talian 019-5736516.

Hannah is 1, Piyah is 3

Bunting dari Idea Grafik

Seperti yg pernah diwar-warkan. Kami ke MELAKA untuk celebrate 1st birthday Hannah. Merangkap sekali bitrthday Piyah yg sepatutnya 03/04/12 nanti. Sekali harung celebrate senang. Jimat belanja. Lagipon baru best semua family dapat gathered kan. Nak dapat berkumpul ramai2 ni bukan senang.

Kami celebrate di SuRi Homestay di Crystal Bay, Melaka. Best gile homestay dia. Besar, bersih, 5 bilik, free Wifi, Flatscreen TV + Astro, bilik aircond, peralatan dapur yg lengkap, interior yg moden & paling best ada above ground pool. Cuma jauh dari Bandar skit la. Tapi tak kisah pon. Sebab kami check in kol 3pm tu tak gi mana2 sampai le check out kol 12pm esoknya. Mmg berbaloi. hahaha..


Kek birthday adalah kek Russian Black & White. Mama tempah saje, terima kasih Citarasa Ummi Cake yg terima last minit order & dpt deliver ke Putrajaya. Kek actually dah accident dalam perjalanan. Tu yang comot skit. huhuhu..Susah tol le bwk kek jalan jauh ni. Lesson learn. Len kali beli je kat SR..senang citer. huhuhu..

Majlis potong kek mula malam. Sekali dengan BBQ. Hannah plak dah letih travel jauh. Masa nak potong kek tu terpaksa gerak dia bangun tidur. Tu yang mood tak bape nk ok. Tapi kakak Piyah yg over excited. hehehe..Maklum le dia dah besar dah paham "Happy Birthday Piyah"...hehehe



Lepas sessi potong kek si Hannah mengamuk2 nak main pisau kek tu, melalak punye kuat sbb tak dpt pisau tu. Nak tgkp gambar byk2 pon tak dpt. Last2 E'an interframe. Sessi balas dendam ni. Dulu masa birthday E'an, Piyah sibuk interframe. hahaha...


Untuk activity BBQ kami beli siap je ayam yg dah perap kt Mydin Ayer Keroh. Lain2 beli juga sosej, Prawn ball, udang & sotong. Ikan keli bawak all the way from Batu Gajah. Homestay ni ada kemudahan BBQ set tu. Yang guna gas tu..takde susah2 nk hidupkan api utk BBQ. Tapi kena bayar RM50 untuk sewa BBQ set tu. ^___^
Menu sampingan Nasi Goreng sedap by Chef Najib (BIL) hehehe....Kuali kecik je..chef terpaksa masak 2x. huhuhu...


Mandor & Chef sedang BBQ ayam.



Dan of course acara yg dinanti2 kan oleh Piyah, acara bukak hadiah le. huhuhu..Masa buka hadiah ni Mama dah kebulur sgt..Hannah plak meragam, so Mama gi makan sambil suap si Hannah. Bab makan Hannah konpem diam.

Setel makan smpai perut buntat..Hannah dah ngantuk giler. Bagus le Mama gi tidur terus padahal baru lepas makan. Tidurkan Hannah dgn Mama2 sekali tidur. Terjaga kol 3pg ms Piyah nak susu. Alang2 dh bangun tgk kuali2/periuk & pinggan ade yg tak cuci kg..so sambung cuci. Yela, tadi teman syok tidur orang lain mengemas kan. So, dah terjaga tu buat le apa yg patut.

SIL bangun nk gi toilet. Dalam mamai dia nampak sy di dapur kebetulan MIL pon ada sbb baru gi toilet. Tapi dia tak tegur pon. Masuk bilik dia ckp kat suami dia, "Apa yg apash & mak buat kat dapur tu?" (mcm pelik + seram skit)

Tau tak apa suami SIL cakap "Mak teman Apash buat cake tu"

Ya Allah..tau le sy buat biz cake..takkan kat homestay melaka ni pon saya nak buat cake. Melampau. =P

Ok2..dah panjang cerita ni. Daa~

Thursday, March 15, 2012

Hati Mama yg terguris

Balik kerja petang semalam, MIL cerita. MIL bancuh kopi dan menjadi kebiasaan kakak piyah akan tumpang sekaki cicah biskut kering. Kebetulan malam sebelum tu biskut habis. Yang makan last adalah mama.

Bila Piyah dok minta2 biskut kat Opah, pon cakap la yg biskut dah abih. Semalam kan Piyah makan dengan Mama. Dengan perasaan marah sebab tak dapat biskut,

Piyah sebut " MAMA ODOH" (read: BODOH)

Bila dengar MIL cerita, sedih gile. Terguris hati mama tau. Walaupon, Piyah masih kecil tak tahu yg mana betul & salah. Tapi dia tau dalam situasi yg mana menggunakan perkataan itu.

Lagi sekali, malam tadi saya ajak en.hubby ke Ipoh untuk jumpe kawan sebentar. Ada hal yg perlu diuruskan. Jumpe di gerai makan saje. Sebabkan sekejap saje, saya hanya turun kereta seorang. Piyah mahu ikut tapi Papa kata tak payah.

Setel urusan masuk kereta, Papa bgtau Piyah sebut lagi "MAMA ODOH". Marahkan Mama sebab tak bawa dia sekali.

Bergenang air mata mama masa tu. Baru hal mcm ini hati dah terguris. Bayangkan situasi Ibubapa yang anak2 suka melawan, tidak hormat org tua dan jenis abaikan ibubapa yg sudah tua. Haii..tak dapat bayangkan.

Moga2 itu sekadar 1 phase yg mana Piyah belajar secara tak langsung dari apa yg dia dengar. Pengaruh tv ada juga. Ataupon dia terdengar apa yg kita2 (org dewasa) selalu sebut. Jadi saya berharap kita2 yg dewasa ni selalu berjaga2 dalam penggunaan bahasa2 yg kurang baik di hadapan kanak-kanak. Kalau tidak, begini le jadinya.

Friday, March 9, 2012

1 year oledi


Esok Hannah genap setahun. HAPPY 1ST BIRTHDAY HANNAH. Nanti dah besar2 jangan tanya naper Mama tak buat birthday party untuk Hannah. Mama jadikan tradisi 1st birthday anak2 Mama kita akan gi Bithday Holiday. Sebabnya kalau buat party pon Hannah kecik lagi. Tak paham erti birthday party lagi. huhuhu..

Kalau dulu mama kakak Piyah kami gi Genting je. Padahal plan asal nk ke PD. Tapi tak jadi. Kali ni kita jalan jauh skit. Kita akan ke Melaka esok. Semoga selamat perjalanan kita pergi dan pulang. InsyaAllah kali ni lagi meriah sebab semua ahli keluarga dapat join.

Bersyukur atas rezeki biz kek Mama, dapat Mama arrange birthday trip kali ni. Alhamdulillah.. lagipon dah lama sgt pon tak gi holiday kan. Kire sekali harung la.

Tahun ni Mama sambut sekali birthday kakak Piyah sekali dgn birthday Hannah. Jimat duit mama. huhuhu..Jangan risau, insyaAllah next year kalau ada rezeki Mama arrange birthday party untuk anak2 Mama.



Setahun yg lalu

Saturday, March 3, 2012

Viral Infection



Khamis petang yg lepas kami bawa Hannah ke Ar-Ridzuan. Setelah risau seminggu demam tak kebah2 lagi.

Hannah yg jenis mmg tak mahu kat orang sangat, belum ape2 dah start melalak. Doktor baru nak check dada dia dah menangis macam kena cucuk. Belum cucuk lagi tu. Masa tengah amik darah usah cakap le betapa kuatnya dia melalak. Meronta2 nak lepaskan diri.



Bila doktor explain bila demam mcm ni ada 2 possibilities. Samada viral infection tak pon denggi. So dia bg option kat saya samada nak test darah or just makan antibiotik dulu. Kalau tak baik juga btg balik utk test darah. Tapi dah alang2 sampai situ better test terus. Biar tahu dari awal senang nak rawat.

Test result alhamdulillah bukan denggi. Tapi sel darah putih tinggi dari paras normal dan sel darah merah rendah dari paras normal. Menunjukkan mmg viral infection. So kena habiskan antibiotik dalam 5 hari. Kalau tak kebah juga demam konpem kena warded untuk monitor sakit lain pula.

Ya, Allah minta2 le kebah demam si Hannah ni. Tak sanggup tgk dia sakit kena pasang IV. Kesian. Mama yg dah tua ni pon bila buat IV rasa sakit ya amat. Lagi le baby cam Hannah. T___T

Cepat sehat ye sayang. Makan le ubat elok2. Tak mau sembur2 keluar. Camner nak sehat kalau gitu...

Kenapa kami ke Ar-Ridzuan??

Sebab Hannah lahir di sana, record dia ada di sana. Senang. Paed pon OK. Servis yg kami dpt pon OK. Tak tau le pengalaman orang lain kan. Yg penting fees dia tak mahal sgt compare tu private hospital yg lain. Yela kami ni bukan ada panel. Semua keluar dr poket sendiri lu. Then baru leh claim. Kalau pergi ISH/Pantai tanpa referral letter dr panel clinic, sampai mati le tak dpt claim balik. Nasib baik Ar-Ridzuan punyer resit takde mention "PAKAR" so senang2 boleh claim. Alhamdulillah...

Thursday, March 1, 2012

Seminggu demam lagi



Masuk hari ni Hannah dah seminggu demam. Tak reda2 lagi panas nya. Lepas makan ubat suhu turun. Tak lama pastu panas balik. Tapi Hannah still active. Takde le melepet mcm org demam kan.

Bila dah seminggu demam tak kebah2, ptg ni Mama nak bawa Hannah gi Ar-Ridzuan. Jumpe Doctor Pakar Kanak-kanak. Dulu masa demam bulan Sep11 tu pon bawak ke Ar-Ridzuan dengan izin Allah alhamdulillah baik demamnya.

Kali ni Papa tak leh temankan. So Mama ajak Opah teman je. Jadi tukang pegang Hannah dalam kereta. Hannah bukan mahu duduk dalam carseat lama2.

Berharap sangat pas ni Hannah sehat balik. Next week nak gi jalan2 ke Melaka. Tak best le demam2 gi holiday kan.