Friday, September 30, 2011

Welcoming Eshan Farhan!!





Entrance wad bersalin Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Finally, Baby Eshan selamat dilahirkan di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh pagi tadi jam 7.20am. Setelah 3hari ibunya, my sis in labor pain. The best part was Along bersalin normal. Alhamdulillah tak ended up cesarean macam saya ngan Angah. Maybe baby Esyan saja nak tunggu hari Jumaat yg penuh rahmat untuk lihat dunia. Sama macam Qaseh & E'an pon lahir hari Jumaat.



So, berakhir sessi Mak Kecik (me) ulang alik hospital. hehehe...Kalau tak ada problem esok insyaAllah dah boleh discharge dah. Takde bertapa di hospital selama ibu2 yg cesarean kan. Esok Mak & Pak Kecik busy sebab Opah Nor (MIL) akan buat kenduri doa selamat & bacaan Yassin sempena nak menunaikan haji. Tak dapat kot nak jenguk Eshan. Ahad le ye...






Eshan is my second nephew. 4th cucu my mum. Skang my mum ada 2 pasang cucu. Qaseh, Hannah, E'an & Eshan. Mak kata nak kena letak dorang beratur then nak tgkap gambar so mak boleh buat jadikan wallpaper HP. hahahaha...


Sepanjang sejam waktu melawat dari jam 1 -2pm, Eshan tidur je. Dah inform Along untuk kejutkan Eshan every 2hours utk susukan. Kan tanda2 baby ada kuning kuat tidur. So, BF dengan kerap sebagai langkah awal.



Muhammad Esyan Farhan
29/09/11 @ 7.20am
2.5kg
Hospital Permaisuri Bainun Ipoh


Handle 2 Org Anak Kecil

As at to date, saya dah beberapa kali keluar bertiga (Me, Qaseh & Hannah) tanpa ditemani en.hubby mahupon orang lain. Tapi keluar dekat2 je la. Paling jauh pergi umah Along kat Ipoh. Hahahaha...Pergi shopping complex belum lagi la. Setakat gi klinik tu ada ler.


Mama, nak Milo Ais!!

Dua hari lepas balik kerja rasa nak makan sup ayam. Semenjak2 diet tak boleh makan nasi utk dinner. So mula lah pandai reka2 nak makan apa. So, angkut anak2 gi Alani Tom Yam kat pekan Bt. Gajah ni. Pergi untuk tapau je la. Nak makan situ susah skit la kan. Sebab Hannah bukan boleh duduk betul2 lagi. Susah le nak pegang dia then nak makan sup. Silap2 sup tumpah atas dia. Huisshh...teringat kisah baby kena siram dengan Tom Yam panas tu. Minta2 dijauhkan le..


Mana Milo Ais Qaseh ni???

Sementara tunggu order siap kami ber cam whoring le kejap. Nasib baik kakak behave je. So, takde le susah nk handle dorang ni. Hannah selagi berpegang selagi tu baik je.


Dahi baru lepas kena gigit nyamuk. Kesian anak Mama asyik kena gigit nyamuk je.



Budak pipi labuh

Bila dah anak dua ni, dah berpengalaman handle budak kecik so takde le rasa huru-hara sangat kan. Teringat 1st time jaga Qaseh kat GH Ipoh masa baru lahir dulu. Nak tukar pampers pon boleh berpeluh2. Terkial-kial buat kerja. hahaha...Lagi le perut tgh sakit kena belah kan. Hahaha..alasan. Itu tanda tak pernah buat jadi tak biasa lah. Bila dah biasa kerja jadi tak susah.


Panggilan Haji

*Gambar google saje*

Pada musim haji kali ini, MIL adalah salah seorang yang berpeluang mengerjakan ibadah haji. Terpancar keterujaan di wajah MIL. Sekarang ni menghitung hari sajalah. MIL akan membuat pendaftaran di Kelana Jaya pada 06 Oktober dan penerbangan dijadualkan pada 1.30pagi 07 Oktober.

MIL pergi bersama dengan ibu, adik & adik iparnya. Kalau arwah FIL ada dan dapat pergi bersama MIL mesti lagi best kot. Tetapi sudah tertulis hidup mati di tangan Allah. Walaupon FIL dah meninggalkan buah hati kesayangan nya, tapi dengan tinggalan pencen & SOCSO FIL, dapatlah MIL mengerjakan Haji tahun ini dan insyaAllah buat upah haji untuk FIL.

MIL gigih mengumpul duit selama 2-3 tahun. Alhamdulillah berjaya mendapat tempat utk menunaikan haji tahun ini. MIL ambil pakej haji melalui Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd.

Bila lihat keterujaan MIL, saya & en.hubby pon memasang niat dan berharap suatu hari nanti kami pon mampu untuk mengerjakan haji bersama-sama. Kalau ada rezeki harap dapat pergi semasa masih sehat dan bertenaga. Dan mungkin masa anak2 dah boleh berdikari kan. Takde le pergi dengan hati yang dok risaukan keadaan anak2.

Atas tujuan menghantar MIL ke Kelana Jaya nanti saya kena ambil cuti of course 6hb & 7hb. Khamis dan Jumaat. Sabtu sepatutnya kerja 1/2 hari. Tapi org lain (en.hubby, SIL & hubby) sume cuti sabtu. So fikir2, pasal saya seorang yg kerja, kami kena rush balik. So, saya pon ambik le cuti 3 hari. Boss mesti bising cuti lama2 tu.

Sepanjang pemergian MIL, anak2 saya akan dijaga oleh my mum. Actually my mum tu takde le kuat sangat nak jaga dorang. Tapi kata my mum dah cucu sendiri kuatkan diri juga jaga. Yela anak2 saya tak biasa dijaga oleh orang lain. Lagilah nak hantar sebulan lebih je. Ada ke yg nak jaga kejap2 gitu kalau bukan sedara-mara dan ada pertalian darah kan.

Kisah my mum nak jaga anak2 saya nanti saya story lagi...

Thursday, September 29, 2011

EBM yg perlu dibuang






EBM tu kena buang sebab dah expired ye kawan2. Bukan sebab kejadian EBM mencair. Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah menghadapi putus bekalan elektrik dan sewaktunya yg menyebabkan EBM mencair.

Itu adalah stock EBM dari April sampai June yang tak habis guna. Actually kalau simpan dalam deep freezer can last up to 6months kan. Tapi saya rasa bersalah pula bagi Hannah minum EBM yg lama sangat. So I stick to 3months je. Lepas 3 months jangan bagi minum je.



Sebelum ni bila lebih 3 bulan saya simpan expired EBM dalam drawer DF yg paling bawah sekali. Asing le jangan tersilap kan. Tapi dah makin penuh plak drawer tu. So it's time to dispose it. huhuhu..Sebelum dispose kita ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Almaklumlah dulu time Qaseh mana nak merasa stock EBM banyak2. EBM pon tak sempat simpan sampai expired. huhuhu..

For the record semalam saya kira ada 43 bungkus/botol. Dalam 1 bekas ada say simpan 5oz, 4oz & skit 3oz. So total about 175oz yg dibuang. huhuhuhu..Kalau sekarang ni sehari hanya dpt simpan 3oz je saya perlukan dekat 2bulan baru dapat kumpul banyak tu balik. huhuhuh..



Sekarang DF saya kosong je. Yg guna 3 drawer je utk stock July, August & Sept. Tapi drawer Aug & Sept tu kosong je lebihnya. Bukan dpt buat banyak stock. Agak kemalasan nak pump skang. Sehari 2x je pump. Apepon tetap bersyukur masih cukup untuk Hannah tanpa perlu susah hati fikir nak kena topup dgn susu lain.

Kali Pertama...



Haritu kisah "Saya Generasi.." Hari ni pula di twitter dan Era.fm topic hot "Kali Pertama..." Seperti biasa saya yg tak active twitter, ambil inisatif share dalam blog. huhuhu..layankan je la eh..

Kali Pertama.....

Mengikuti latihan HUET (Helicopter Underwater Escape Training). Pada yang berkerja di offshore tu pasti akan mengikuti training ni. Dah attend training ni baru dapat passport ke offshore. Kalau tak silap dulu kena renew setiap 2 tahun Sekarang tak tau le kan.

Pengalaman saya mengikuti HUET pada tahun 2004. Masa tu tengah praktikal di Petronas Carigali PMO kt Kerteh. Even hanya trainee masa tu Petronas tetap bagi peluang pendedahan di Platform Minyak/Gas di offshore. Sebelum dapat pergi mesti kena attend training.

Training tersebut di TSTC (Terengganu Safety Training Centre) di Kemaman. Dipendekkan cerita hati mmg berdebor2 tau. Mana tak nye, teman ni bukan pandai berenang dan sememangnya fobia bab2 air ni. Takut lemas beb. Mmg dorang bagi pakai life jacket. Tapi jenis yg tarik baru gelembung tu. Tapi tak boleh le tarik kan. Sebab training je pon. Sebab kalau awal2 dah tarik camne kita nak tenggelam dalam air.







Pada yang tak tau camne HUET tu boleh layan video kat atas.

Kisah saya, bila tenggelam je dalam air. Kena tunggu sampai air clear dari buih2 baru nampak arah tuju kita. Sepatutnya kita pergi ke nearest exit. Tak kisah le pintu atau tingkap. Saya buka mata nampak arah yg terang dengan cahaya. Dalam hati hah tu kot tingkap. Saya pon dengan gaya berenang menuju ke arah tu. Tiba2 "gedebuk" kepala terhantuk kat siling helikopter tu. Laa... ingatkan exit tadi. Rupenyer ada skit ruang udara bahagian siling tu. Saya pon amik nafas dan dive balik carik pintu. Nasib baik jumpe juga akhirnya. Masa dalam air tu saya nampak 2 divers dah menuju ke arah saya.


Sumber gambar dari http://eye10.blogspot.com/



Akhirnya berjaya juga saya timbul dan berpaut pada tepi helikopter. Rupe2nye saya yang paling akhir berjaya keluarkan diri. Dan 2org divers tu actually nak datang selamatkan saya. Sebab lama sangat baru saya timbul kot...Maybe dorang risau saya akan lemas kot. Hahahaha..bikin malu je si Apash ni. hahahaha...


Saya bukan pencinta coffee





Bukan setakat coffee, tea, nescafe mahupon milo panas. Milo ais mmg layanzzz...

Bau coffee pon saya cam pening2 lalat. Lagilah nk minum coffee. Tapi, skang diwajibkan minum 2x sehari. Pagi2 b4 breakfast dan jam 3ptg. Minum buat macam ubat. Minum cepat2 bagi abih. Takpe..kita tgk hujung minggu ni..berat banyak turun tak...


Sebabkan tak biasa amik tea/coffee break kol 3pm, kena sampai set alarm kat HP buat reminder. Kalau tak sure terlupa minum punyer..


Start Ahad lepas sekali je makan nasi sehari. huhuhu..mmg memerlukan "determination" yg kuat untuk diet. Kalau tak mmg tak jadi lah. Tu pasal selama ni tak pernah berjaya kalau nak diet. Ingat nak makan aje. huhuhu...


Semoga berjaya sampai target dan bukan sekadar hangat2 taik ayam...


Saya pon mahu kurangkan 18kg macam dia tu
huhuhuhu


Wednesday, September 28, 2011

Menanti Kehadiran Orang Baru



My sis, Along is expecting her baby arrival anytime soon. Sekarang Along ditahan wad di Hospital Besar Ipoh. Malam tadi dia mengalami contraction dan ada blood stain. Skang Along dah 39weeks pregnant. Couple of days before due date.

Malam tadi en.hubby je pergi jenguk kat hospital. Saya nak ikut tapi en.hubby kata takkan nak bawak Hannah tgh2 malam. So, en.hubby pergi sorang je. So update sehingga kini bukaan hanya 1cm dari malam tadi. Tapi contraction every 10-15minits.

Along kan cikgu so senang2 dapat bilik 1st class. So, ok ape just bersalin kat GH. Orang dok 1st class layanan bagus dari kami yg kt 3rd class. Teringat balik pengalaman bersalinkan Qaseh dulu. huhuhu...

Anyway, Acik doakan semua yg terbaik untuk Along. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan. Amin..

Kang waktu melawat acik datang nyibuk..uhukkss...

Hannah 6 bulan


Bulan ni lewat Mama update kisah Hannah 6 bulan. Sebabnya check up 6 bulan Hannah yg sepatutnya pada 8hb lepas ditunda pada 22hb. Masa 8hb tu Hannah dok selsema meleleh je. So, nurse kata tak payah datang cucuk. Tunda sampai 22hb.

Kebetulan Mama MC pada 22hb sebab demam+batuk+selsema. Lagipon Klinik Desa Bemban bukan jauh mana dan tak ramai orang. Larat le nak bawak. Tapi bila dah bawak adik, kakak konpem nk ikut. So Mama angkut le dua2. Opah tak yah ikut le. Dapat juga buat kerja2 tanpa gangguan kan.

Berat Hannah 7.5kg je. Naik 500gram je. Maybe sebab demam, muntah plus cirit2 haritu kot. Tak pon mmg faktor si Hannah ni tak kuat menyusu dan tak berapa nak makan. Bila kasi makan tutup rapat mulut dia. Time biasa suka plak nganga2. Ibaratkan mcm lalat nak masuk pon senang.

As at to date Hannah belum merangkak lagi. Menjulur ke depan pon belum. Asyik reverse mode je. Tak pon golek2. Dulu time kakak dia dah merangkak dah. Tapi gaya awal2 nak merangkak dah ada dh. Punggung dah angkat tinggi. Tergoyang2..( Qaseh bergoyang)

Alhamdulillah, dah dapat Diploma Breastfeeding. Target nak dapat Ijazah, pastu Master pastu PhD. Waahhh....Mama pon ada degree je. hehehe



Last Saturday masa Papa babysit dorang, Papa dah bagi Hannah pakai walker. Walker turun menurun dari Qaseh la. Barang dok elok lagi tak perlu membazir beli baru. Bila dah pakai walker ni senang skit nk suap makan. Dia bukan mahu bersandar lama kat bouncer tu time makan. Papa cerita letak je dalam walker terus pandai jalan sana jalan sini. Pusing2 pon pandai. Dulu Qaseh amik 2 hari juga baru totally discover function walker tu.



Dah 6 bulan ni bila letak dalam infant car seat tu nampak cam sendat je. So Mama pon bagi try car seat kakak plak. Relax je dia. Sampai tertidur sendiri la. Senang bawak jalan camni. Abih tu kakak duduk mana?? Kakak duduk belakang le. Mmg jenis yg bukan nak sangat duduk dalam car seat. Dari dulu lagi camtu..



Eh...pejam mata le pulak kakak ni.


Ok le..nanti Mama Hannah update lagi kisah Hannah ye. Bye..bye

Wordless Wednesday #4


"ANAK PAPA"
Majoriti orang kata Hannah sejibik muka Papa

Tuesday, September 27, 2011

Sama...memang Sama..



Semasa sambutan 1st Bday Qaseh. Cerita click SINI

Ni gambar Qaseh di HENKEL DAY baru2 ni.

Siapa yg ada mata yg tajam, cuba carik persamaan antara dua gambar di atas.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Qaseh pakai seluar yg sama.
Mula2 pakai dulu masa umur 1thn skang dah 2 1/2thn still boleh pakai lagi.
huhuhu..

Actually seluar tu seluar 'steng' (seluar takat lutut je) untuk umur 2thn. Dulu saya beli time Qaseh 1thn sebab seluar tu je yg tak labuh dan sesuai utk dia. Tak amik yg 1thn dulu sebab Qaseh time tu mok-mok skit. Takut boleh pakai kejap pula nanti.

Setelah 1 1/2 tahun berlalu baru cantik Qaseh pakai seluar steng tu. Tapi tang pinggang cam longgar ckit. Nampak benor anak Mama dah kurus. Pipi je maintain kan..

Family Day Company En. Hubby


Selepas pandaftaran, melepak bawah khemah untuk breakfast. Sebabkan ada brekfast so kat rumah tadi tak masak ape2 pon. huhuhu..

Si Hannah on d way dia mmg dah tidur. Letak dalam stroller dia sambung tidur. Senang kami breakfast tanpa gangguan.


Papa and her daughters.

Sebabkan Papa baru je join company ni tak sampai 2bulan. So ramai yg dia tak kenal dan orang pon tak kenal dia. Kalau kenal pon tak berapa tau kisah peribadi. Semua terkejut tgk en.hubby datang bawak 2 orang anak. Ada yg ingat dia dok bujang trang tang tang lagi...

Setel breakfast, Hannah bangun. Tu pasal boleh cam whoring ngan Hannah sekali.


Setel breakfast bari start activity. Ada telematch utk kanak2. Tapi Qaseh kecik lagi nak bagi join. So, Papa je la yg join pertandingan Archery. Tapi tak menang pon. Group dia dpt no.3 je. Tapi hubby dpt score 8 out of 27 total score utk group dia. Kire ok pe..

Model cilik Papa. Penuh dengan gambar dia je. Papa bawak Qaseh jalan2 sambil photoshoot. Mama jaga Hannah yg tidur bawah khemah.

Antara gambar Mama yg ada bape keping tu je.


Hannah yg sangat behaved langsung tak meragam. Dan most of the time no hal duduk dalam stroller. Good gurl!!

Suruh Papa tangkap gambar foods dia tak nak. Segan le tu. Tau sangat. Tapi foods kire ok le. Cuma Mama on diet la..Mana boleh nk hentam sume. huhuhu..Papa pula yg tak makan ayam konpem le limited choice. Papa just makan nasi putih ikan goreng then kuah mee curry. Boleh?? Yela yg ada kari ayam..bukan bleh makan. Menu lain nasi ayam, roti canai, Nasi Kandar, ais kacang, rojak buah.

Menu kanak2 pula ada french fries, nugget & burger. Qaseh makan french fries je la. Then 2-3 sudu nasi ayam yg Mama makan.

Setel penyampaian hadiah kami pon balik...


P/s: Gambar lain ada share dalam FB.

Monday, September 26, 2011

Takut punya pasal...


Semalam saya mimpi yg bukan2. Mimpi tu saya, Qaseh & Hannah dikurung di bilik bawah tanah. Dan kawasan itu bakal ditimbus. Saya berkali2 cuba melarikan diri bersama Qaseh & Hannah tapi mesti gagal. Kami dihalang oleh seorang lelaki yg amat besar. Macam lembaga hitam yg besar pon ada jugak.

Setelah berkali2 cuba melarikan diri, lelaki besar itu menangkap kami dan mahu membawa kami ke tempat lain. Semasa saya diheret keluar dari bilik itu, saya menjerit memanggil "MUTIARA..MUTIARA"..mimpi terhenti di situ.

Selaian mimpi saya rasa bagai "ditindih"..diri nak terjaga dari tidur tetapi amat sukar sekali membuka mata. Dan rasa bagai susah mahu bernafas. Dah lama tak kena tindih ni. Dulu kat sekolah asrama selalu lah. Selepas membaca berbagai2 surah, melaung Allahuakbar..baru dpt buka mata. Terus sms en.hubby yg diwaktu itu ada urusan di luar. Tinggal kami bertiga je kat rumah.

En.hubby minta ambil wuduk dan solat isyak sambil berzikir. Lupa nak bgtau masa tu awal lg. baru jam 8.30pm. Tidur sebab nak tidurkan si kenit berdua...

Sebabkan kejadian itu saya takut nak tidur dn takut nak bangun. Gagahkan diri ke bilik air dan terus tunaikan solat. Selesai semua saya tertidur atas sejadah..huhuhu..Bila terjaga saya naik ke katil sambung tidur dgn si kenits.

Tidur sampai ke subuh. Hajat hati mmg nak bangun buat cheese tart tapi takut sgt untuk berjaga sorang2. Terbayang2 lagi lembaga hitam tu. huhuhuh....

YE MEMANG SAYA PENAKUT. NAK WAT CAMNE KAN??

Tapikan persoalannya..SIAPAKAH Mutiara itu?? ataupon bukan orang tetapi Mutiara betul. Ke nama adik Hannah nanti Mutiara??? Biar betik nama orang Mutiara?? Pernah jumpe orang nama Mutiara tak???

Adik Hannah??? Uisshh...Hannah baru 6 bulan. Doktor suruh rehat 3thn bagi elok skit perut saya tu...

MIMPI mainan tidur je kot..

Saya Generasi...

Pagi ni di Riuh Pagi Era topik nya "Saya Generasi.....". Topic ni dimulakan oleh @aidasue di twitter. Saya tak aktif twitter so tak tau sgt. Just tau dari apa yang saya dengar di radio je tadi. Topik menarik, so boleh jadikan entry di blog. hahaha..

Saya generasi ape?? So jom check it out.

1. Generasi layan POP KUIZ yg Pak Nil pengacaranya. Pernah pergi rakaman Pop Kuiz di Hotel Syuen, Ipoh. Masa tu bintang undangan kumpulan NIKO..dah le tgh minat gile si Affa time tu. huhuhu. Setel rakaman je terus gi serbu dorang kat set. Tak pasal2 kena halau. hahaha..seb baik time tu baru sekolah rendah. Takde le malu sgt..kata budak2 kan.



2. Generasi main Brick Game aka TETRIS. Masa tu popular game super mario dan len2. Tapi saya takde game tu. Game set yg guna ala2 cassette tu. Apa ntah namanya. Cuma ada Brick Game tu je. Itupon pulun main sampai High Score.



3. Generasi layan citer jepun Maero Attack. Mmg tak miss la citer tu. Pastu verangan buat somersault berputar. hahaha..Padahal men bola tampar bukan terer pon.



4. Generasi main lompat getah tu. Zero point, one point...saya paling tak terer buat pusing 5x tu. mesti slow giler. Setakat buat untuk diri sendiri boleh la. Bila nak kena cover ahli geng lain mesti hampeh. Selain lompat getah tu main juga galah panjang, tutup botol dan batu seremban. Especially lepas abih UPSR. Dah tak belajar sangat. Main je kejenye. huhuhu..



5. Generasi meminati boy band bermula. Masa tu yg plg popular Backstreet Boy, N'sync, Hanson, The Moffats dan banyak lagi la. Kalau local artis KRU, 4U2C, NIKO...tapi Feminin, RES2 tu sume tak bape layan. Biasa le kite pompuan ske artis lelaki je. hahahaha..

6. Generasi pakai baju ala2 rappers ke ape ntah. Baju besar, seluar besar then kasut yg dh macam safety boots tu. Baling kat anjing pon boleh biol. T-shirt Quicksilver time ni popular sungguh. Bayangkan kami 4 beradik ada kasut boots tu sorang sepasang untuk raya. Kasut sorang dalam RM200+/-. 4 orang dah berapa. Kasut saje. Time tu kasut macam tu dah mahal gile dah. Lagipon kami bukan orang kaya pon. Alhamdulillah rezeki Abah murah...

So, korang generasi ape pula?? Yg lebih kurang sebaya ngn saya maybe ada yg sama dgn cerita saya kan. Jom le kongsi kisah anda pula...


P/s: Gambar sume google saje. Thanks to the owners..

Saturday, September 24, 2011

Qaseh Fav preschool song








Thanks to my Mr. Mama


Sabtu datang lagi. Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 en.hubby bercuti. Manakala, sang isteri bekerja seperti biasa. Sgt hampeh tau.

Kebetulan MIL ada Kursus Perdana Haji di KL. SIL & suami tolong hantar MIL ke sana. Tinggal ler kami berempat. Bila saya kerja en.hubby lah yg jaga si kenit berdua tu.

Kalau dulu saya pernah story pasal Mr. Mama kan. Tapi masa tu ada SIL tolong jaga juga. Kali ni mmg betul2 Papa je yg jaga Hannah & Qaseh. Risau juga. Sabar ke, en.hubby melayan karenah dorang. Especially karenah si kakak yg kadang2 buat mama hilang sabar. Tapi tadi sms sume still ok. huhuhu..

Tapi kali ni saya ada urusan lain lepas balik kerja. Selalu Sabtu boleh balik kol 12pm. Tapi saya ada appointment. Dah le last week cancel appointment sebab pergi berurut. Nak cancel lg minggu ni cam tak best pula kan. So, en.hubby kata takpe pergi je. Dia boleh jaga anak. huhuhu..
Tunggu ye, Mama balik dalam kol 4-5pm nanti.


Esok ada Family Day company en.hubby di Clearwater Santuary Golf Resort Batu Gajah. Dekat je la ngan kami kan. Tapi tgk program dia cam tak baper best. Takde le menarik. Tapi sebabkan en.hubby baru gak join company tu so better pergi. Kang kata tak support plak. En.hubby kata pergi kita makan je la. Kalau tak best balik la. hahaha..



Tapi saya bagi idea ngan en.hubby better buat photoshoot kan. Bagi asah skit skill en.hubby yg dok berkarat tu. Ada je DSLR tapi tak fully utilized. Tempat dah cantik dah..Hijau dengan tasek2 lagi. So nape nak lepaskan peluang kan. Tapi itu idea je la. Jadi ke tak..kita lihat nanti.

Anyway, Happy Weekend semua. Last weekend nak attend Open house!!

Friday, September 23, 2011

Kanak-kanak mudah terpengaruh



Minggu kedua raya yang lepas adik MIL sekeluarga datang stay dgn kami sekeluarga. Adik MIL askar bertugas di Sarawak. So kire balik semenanjung untuk cuti raya la. Anak adik MIL aka sepupu en.hubby baru nak masuk 3thn. Tapi jenis badan besar.

Biasa le kan budak2 ni kadang2 buas. Buas pon ada macam2 jenis. Sepupu hubby tu boy. So buas dia lain macam dari buas si Qaseh. Seminggu dok bermain dengan bersama konpem le Qaseh menjadi mangsa. Kejap2 dia melalak. Samada barang mainan kena rampas tak pon kena tumbuk. Kesian juga tgk anak sendiri kena buli macam tu.

Walaupon dia agak samseng tapi ada juga soft spot. Kuat nangis juga. huhuhu..Dan kuat jerit. Bila marah suka pukul Mama dia.

Dipendekkan cerita dorang 1 family pon balik. Tapi amat meninggalkan kesan pada si Qaseh. Qaseh ni mmg almaklum jenis yg suka melalak, degil juga. Tapi sekarang bertambah2 perangai nya. Sebelum ni kalau tgh mengamuk ske tunjuk gaya ala2 nak babab tapi skang dah pandai tunjuk penumbuk. Dah berani tumbuk Mama. Suka jerit2 tak tentu pasal. Adeh~~

Tengok baru seminggu dah berubah perangai. Terbukti kanak-kanak mudah terpengaruh. Dorang ni macam span, serap sumer. Tanpa nak tapis2 kan. Yela dorang tak pandai lagi beza baik buruk. Kita sebagai Mak bapak le kena pandai.



Dengan Qaseh ni mmg buat kami pening skit. Degil tahap gaban, melawan pula. Bukan tidak dihalang atau dimarah. Malah berkali2 Mama buat silent treatment pon tak jalan. Menangis sambil meneran bagai nak keluar anak tekak. Adakala sampai termuntah. Sakit pale den..

Besar sungguh tanggungjawab membesarkan amanah Allah ni kan. Boleh share some tips dalam hal ini? Ayat2 Al-Quran yg boleh diamalkan?? Orang tua2 kata bagi mandi air mandian ibu bapa. Maksudnya mandi bersama anak la..Wallahualam..

Thursday, September 22, 2011

Panggilan Shabu-Shabu...


Sebenarnya dah lama teringin nk makan steambot kat Shabu-Shabu tu. Tapi belum berkesempatan la. Bila utarakan niat di hati pada ahli keluarga, sume kata tunggu Hannah besar skit. huhuhu..so bersabar le wahai Mama.

Fikir logik juga. Kalau dah besar maksudnya macam dah boleh duduk sendiri. Senang skit letak dalam baby chair. So senang le mak, pak, opah, makcik & pakcik nak makan dengan aman. huhuhu..

Saya actually dah 3x makan kat Shabu-shabu. Yg paling latest tu je dapat makan dengan aman nye. Makan sepuas hati...Sebab Qaseh good mood tak kacau Mama. 2x sebelum tu makan ala kadar je.

Gambar kami setahun yg lalu. Hannah masa ni dalam perut Mama lagi.

Bocor sudah...


Alhamdulillah bukan atap rumah yg bocor. Kalau tak musim hujan gini sudah pasti basah dalam rumah. So, apa yg bocor sebenarnya??




MLO Ice pack saya sudah bocor. Tapi 1 peket je la. Yand dua masih survived. Time keluarkan dari cooler bag dan nak simpan dalam freezer, baru perasan kenapa 1 pack cam leper skit berbanding lagi dua tu. Suspect dah bocor le ni. Check2 confirm le sudah bocor. Biasa le dah lama pakai mesti "wear & tear". Beli masa bersalinkan Qaseh. Dah 2thn 5bulan dah pon...



Tapi alhamdulillah masa bersalinkan Hannah saya ada beli 1 set Gel Ice Stylo Mama. So, dah ada back up. So, takde le risau kan. Tapi saya prefer ada 2 set sebab saya ni pelupa orang nya. Balik dr kerja kalau busy buat mende lain sampai terlupa nak simpan balik dalam freezer. The next morning siap2 bag nk gi kerja baru sedar. Tapi takde masalah sebab dah ada 1 set lagi standby dalam freezer kan.

So, better saya beli ice pack lagi utk ganti yg bocor tu kan. Beli chiller coleman pon ok kan. Berlambak tgk ada kat TESCO tu.


***Gambar sumer google sahaja.

Wednesday, September 21, 2011

Adik Ni Mangsa Dera ker?? Kasihan...



Terdapat banyak kesan parut di tangan kiri



Di kaki kiri



Di kaki kanan



Tangan kiri



Dan juga di bahagian abdomen



Kasihan adik ini. Parut di seluruh badan. Angkara siapa kah ini??? Tiada belas kasihan kah?? Dan persoalannya sekarang siapakah yang sungguh durjana sanggup melakukan kerja terkutuk ini??

Mungkin perlu dilaporkan melalui Talian NUR.

Siapakah adik kecil yg menjadi Mangsa ini??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


AIKK???

Anak Mama??


eh...eh...chop..chop....
Jangan cepat menuduh ini angkara Ibubapa yang bertanggujawab ye. Siasat dulu. Kami sayang anak2 kami. Tak sanggup memperlakukan sedemikian terhadap mereka.

Mahu tau angkara siapa???
Inilah si durjana itu..


Kisah sebenarnya...Bila digigit nyamuk. Qaseh akan garu sesuka hati. Garu2 maka bintat nye malarat. Makin digaru..sehingga meninggalkan parut. Kulit kering tu lalu dikutil2 sehingga berdarah. Bila dah kering, Qaseh akan kutil lagi. Sampai le meninggalkan parut seperti dalam gambar di atas tadi.

Ish..ish..jenuh sudah ditegur. Tidak dihiraukan nya. Heran tak sakit pula dia. Tak cantik le kulit nanti anak ooii...dah le awak tu pompuan...