Friday, September 23, 2011

Kanak-kanak mudah terpengaruh



Minggu kedua raya yang lepas adik MIL sekeluarga datang stay dgn kami sekeluarga. Adik MIL askar bertugas di Sarawak. So kire balik semenanjung untuk cuti raya la. Anak adik MIL aka sepupu en.hubby baru nak masuk 3thn. Tapi jenis badan besar.

Biasa le kan budak2 ni kadang2 buas. Buas pon ada macam2 jenis. Sepupu hubby tu boy. So buas dia lain macam dari buas si Qaseh. Seminggu dok bermain dengan bersama konpem le Qaseh menjadi mangsa. Kejap2 dia melalak. Samada barang mainan kena rampas tak pon kena tumbuk. Kesian juga tgk anak sendiri kena buli macam tu.

Walaupon dia agak samseng tapi ada juga soft spot. Kuat nangis juga. huhuhu..Dan kuat jerit. Bila marah suka pukul Mama dia.

Dipendekkan cerita dorang 1 family pon balik. Tapi amat meninggalkan kesan pada si Qaseh. Qaseh ni mmg almaklum jenis yg suka melalak, degil juga. Tapi sekarang bertambah2 perangai nya. Sebelum ni kalau tgh mengamuk ske tunjuk gaya ala2 nak babab tapi skang dah pandai tunjuk penumbuk. Dah berani tumbuk Mama. Suka jerit2 tak tentu pasal. Adeh~~

Tengok baru seminggu dah berubah perangai. Terbukti kanak-kanak mudah terpengaruh. Dorang ni macam span, serap sumer. Tanpa nak tapis2 kan. Yela dorang tak pandai lagi beza baik buruk. Kita sebagai Mak bapak le kena pandai.



Dengan Qaseh ni mmg buat kami pening skit. Degil tahap gaban, melawan pula. Bukan tidak dihalang atau dimarah. Malah berkali2 Mama buat silent treatment pon tak jalan. Menangis sambil meneran bagai nak keluar anak tekak. Adakala sampai termuntah. Sakit pale den..

Besar sungguh tanggungjawab membesarkan amanah Allah ni kan. Boleh share some tips dalam hal ini? Ayat2 Al-Quran yg boleh diamalkan?? Orang tua2 kata bagi mandi air mandian ibu bapa. Maksudnya mandi bersama anak la..Wallahualam..

2 comments:

Huda said...

akak, huda dh alami bende ni gak. sepupu husna, syifa' tua setahun dari dia pun jenis camtu. suka jerit2,pukul husna. husna lak lepas je jmpe kakak syifa dia terus ngikut peel tu. smpi la ni huda xleh nak perbetulkan sikap dia yg terikut2 suka jerit, pukul balik bile kite marah dia n marah2. huda cuba2 baca doa semasa dia nak tido tu..tiup kat ubun2 dia, akak tryla..doa supaya dia dgr cakap kita, lembut hatinya..budak2 mmg mudah terikut2..tp tak sedap lak nak marah2 anak kak long tu..kang jadi isu lak.

Puan ApasH said...

Huda:

kdg2 ada juga buat mcm yg huda ckp tu. Tapi kdg2 masa nak tidurkan si Hannah dgn Mama2 nye sekali tidur. Si kakak pula tidur sendiri. Mama pon lupe nak bacakan doa dan tiup kt ubun2 tu. huhuhu...

Skang ni si kakak suke tidur dgn Mak Long dia. Bila tiba masa nya nak tidur ngn Mama pula. Ikut dan dia je..