Monday, September 26, 2011

Takut punya pasal...


Semalam saya mimpi yg bukan2. Mimpi tu saya, Qaseh & Hannah dikurung di bilik bawah tanah. Dan kawasan itu bakal ditimbus. Saya berkali2 cuba melarikan diri bersama Qaseh & Hannah tapi mesti gagal. Kami dihalang oleh seorang lelaki yg amat besar. Macam lembaga hitam yg besar pon ada jugak.

Setelah berkali2 cuba melarikan diri, lelaki besar itu menangkap kami dan mahu membawa kami ke tempat lain. Semasa saya diheret keluar dari bilik itu, saya menjerit memanggil "MUTIARA..MUTIARA"..mimpi terhenti di situ.

Selaian mimpi saya rasa bagai "ditindih"..diri nak terjaga dari tidur tetapi amat sukar sekali membuka mata. Dan rasa bagai susah mahu bernafas. Dah lama tak kena tindih ni. Dulu kat sekolah asrama selalu lah. Selepas membaca berbagai2 surah, melaung Allahuakbar..baru dpt buka mata. Terus sms en.hubby yg diwaktu itu ada urusan di luar. Tinggal kami bertiga je kat rumah.

En.hubby minta ambil wuduk dan solat isyak sambil berzikir. Lupa nak bgtau masa tu awal lg. baru jam 8.30pm. Tidur sebab nak tidurkan si kenit berdua...

Sebabkan kejadian itu saya takut nak tidur dn takut nak bangun. Gagahkan diri ke bilik air dan terus tunaikan solat. Selesai semua saya tertidur atas sejadah..huhuhu..Bila terjaga saya naik ke katil sambung tidur dgn si kenits.

Tidur sampai ke subuh. Hajat hati mmg nak bangun buat cheese tart tapi takut sgt untuk berjaga sorang2. Terbayang2 lagi lembaga hitam tu. huhuhuh....

YE MEMANG SAYA PENAKUT. NAK WAT CAMNE KAN??

Tapikan persoalannya..SIAPAKAH Mutiara itu?? ataupon bukan orang tetapi Mutiara betul. Ke nama adik Hannah nanti Mutiara??? Biar betik nama orang Mutiara?? Pernah jumpe orang nama Mutiara tak???

Adik Hannah??? Uisshh...Hannah baru 6 bulan. Doktor suruh rehat 3thn bagi elok skit perut saya tu...

MIMPI mainan tidur je kot..

No comments: