Tuesday, September 20, 2011

Dua2 Demam, Mama Flat...

Dah petang baru dua2 tidur. Pas bagi makan ubat baru nak tidurnya. Dapat le Mama rehat kejap..



Last week dari 6 hari bekerja 2 hari je Mama kerja.
4 hari cuti. 1 MC, 2 EL & 1 Hari Malaysia.
Sume gara2 dua2 anak Mama tak sehat.
Full package, demam, selsema, batuk.
To make it worst, muntah2 & cirit-birit.

Penat asyik mencuci muntah.
Penat dok tukar baju anak2.
Penat dok salin cadar.
Even dah lapik dengan kain batik.
Tapi kadang2 telap juga.

Yang si kakak bila tak sehat meragam tak hengat.
Buat perangai degil..melawan...adoiyaii...
perangai makin menjadi2..
Bila dah start meragam nak Mama sorang je.
Orang lain sume tak nak.
Si adik pon dah pandai..
Kenal Mama dia..
Kalau nampak Mama tapi Mama tak amik dia..
Mula le melalak...

Tapi si adik baik sangat. Walau demam..
Still behaved je. Takde le nak merengek ke ape..
Tak macam Kakak...ish..ish...terbalik plak..
perangai cam dia yg kecik..
Si adik malam2 takde le tak nak tidur..
Tapi kerap batuk2..then muntah..
Tak pon cirit...
Mama & Papa tak dapat nak tidur..
Hati tak tenang and nak monitor si adik..
Takut muntah..tak sedar kang dia lemas plak..

Demam kali ni 3x bawak ke klinik.
Mula nak gi panel clinic..ramai gile org, bawak pergi klinik biasa..
Then lepas 3 hari tak baik lagi..bawak ke panel clinic
dengan harapan dapat refer letter pergi pakar..
tapi hampeh...katanya demam biasa..
Hati tak sedap sebab baru baca berita kematian anak Safura..
Yg meninggal sebab demam berpanjangan..
Last2 sendiri bawak pergi Pakar kat Ar-Ridzuan.
Motif?? Sebab boleh claim..
Kalau pergi Ipoh Specialist or Pantai Putri..
Tanpa refer letter dari panel clinic..
Jgn haram dapat claim..

Jumpe doc pakar...dia explain panjang lebar..
saya pon banyak bertanya..
hati puas dan lebih tenang...
Bayar mahal skit pon tak kisah..
janji anak2 sehat.

2 comments:

m@y said...

Huhuhu..paham sgt.Itu la yg aku dok hadap kalo anak2 aku x sihat. Dah tentu2 kalo sorang xsihat, esoknya konfem lagi 2 org berjangkit.Dengan muntahnya, dgn panas badan yg x agak2, dgn merengek carik pasal bertekak x ingat dunia..been there, done that ;p

m@y said...
This comment has been removed by the author.