Tuesday, June 29, 2010

Resepi Blueberry Cheese Tart


Atas permintaan Ain yg minta resepi cheese tart aritu.

Bahan2 utk Pastry:


250g butter

80g icing sugar

2 eggs
440g flour

1 teaspoon vanilla essence
a pinch of salt

Cara-cara:
  1. Pukul butter & icing sugar sampai kembang. Then, masukkan vanilla essence, eggs & salt.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut.
  3. Letakkan dalam plastik kemudian sejukkan di dalam peti sejuk lebih kurang 30minit.
  4. Ambil sedikit doh dan tekankan pada acuan. Tak payah tebal2 sangat.
  5. Cucuk2 pastry dgn menggunakan garfu dan bakar dalam 150 c selama 8 - 10minit sehingga separuh masak. Temperature oven tu terpulang pada oven masing2. kadang2 x sama.
Bahan2 utk Filling:

250g Philadelphia Cream Cheese

60g castor sugar

20g butter

1 egg (gred B)

Cara-Cara:
  1. Pukul cream cheese, butter & gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur pukul rata.
  2. Masukkan filling dalam piping bag supaya senang nak handle dan xde comot2.
  3. Style saya..saya letak sedikit blueberry jam dalam pastry kemudian baru letakkan filling.
  4. Lepas tu, saya masukkan blueberry filling yg boleh beli dr kedai dlm piping bag. Then buat corak atas cheese filling tu.
  5. Bila siap, bakar balik guna api bawah saje 5-10minit. Angkat.
Letak sedikit blueberry jam dalam pastry


Blueberry jam yg saya guna





Corak ikut citara sendiri


Kalau saya open for order ade ke orang nak order ni??
hhmmm...

3 comments:

Lin said...

waa takley jadik,aku kena request oven gak la ni kt hsband.haha

jua said...

entry ko buat aku ketagih nak bake tart. dah le aku konon2 tengah diet low-carb.

ApasH said...

Lin:

Timing dah elok tu..request cepat..bleh buat kuih raya sendiri raya nanti..hehehe

Jua:

Hahahaha..bake je la..tapi jgn makan banyak..bagi org len makan..hehehe