Friday, June 4, 2010

Mata E'an Lebam



Tadi Angah saya bagitau E'an (my nephew) mata nye lebam. Ingatkan jatuh ke apa. Rupa2nya dapat di TASKA. Kesian E'an. X pasal mata nye lebam.


Angah & E'an. 'amik' dr FB Angah


Menurut Angah lebam di bawah mata dan ade kesan luka mungkin terkena kuku di kelopak mata. Dah le mata E'an besar...ish..ish.. Cerita nya gini, BB sitter yg sepatut jaga E'an tu kena pergi tukar pampers baby lain. Tiba2 si tukang masak ni volunteer nk tidurkan E'an. Tapi BB sitter tu cakap x payah. Sebab sudah jam 4ptg ++..dalam jam 5ptg++ Angah saya sudah nak amik E'an. Tapi tukang masak tu berdegil juga katanya hendak menidurkan E'an juga.


Masa BB sitter tu tgh sibuk menukar pampers baby tersebut tiba2 dia terdengar E'an menjerit + menangis. Terus BB sitter pergi lihat dan ternampak seperti tgn tukang masak tu menepuk2 di bahagian berhampiran mata E'an. BB sitter tu jugak noticed yang mata E'an sudah merah. Terus BB sitter seakan marah pada tukang masak tu.."Kan saya dah kata tak perlu tidurkan dia"..


By the time Angah datang amik E'an. Matanya sudah lebam. BB sitter tu ceritakan pada Angah dan memberitahu tukang masak tersebut sudah balik.. Angah pon hendak lah tahu perkara sebenarnya berlaku sampai mata anak dia boleh lebam. Ibu mana yang tidak marah kan.


Pagi tadi masa Angah hantar E'an ke TASKA, tukang masak tu belum datang kerja. Bila Angah mengadu kepada owner TASKA tu, dia pon mahu bersemuka dengan tukang masak itu dan berbincang. Kata Angah, tunggu petang nanti masa dia nak amik E'an.

Kata Angah lagi, tak tahu le tukang masak itu sengaja atau tidak sengaja. Kalau tidak sengaja mengapa macam takut je. Siap boleh paksa baby tidur plak. Kalau dia x nak tidur..x nak le. Mental ke ape tukang masak tu?? X pasal2 E'an jadi mangsa...

Ni status Angah di FB :

semalam waktu amek Firhan dr nursery, mata dia lebam sket... pastu ada tanda kuku... marah tul aku!!! Pe lah dengki sgt kat budak baru 6bln tu...dh dia x nak tido..x yh lah paksa dia tido.. igt baby ni keje dia tido je ker... nk face to face x sempat lg nih... tggu ptg krg...geram tul!!


3 comments:

ezan said...

ish.. xsukanya dengar cerita2 camni.. mental ke apa tukang masak tu.. dah tukang masak.. xyah la nk sibuk jaga baby pulak.. eee.. ezan pulak emo tau.. kalo la ezan.. sah2 ezan tgu dia sampai dia dtg.. serang!!!!! :P

ApasH said...
This comment has been removed by the author.
ApasH said...

Ezan:

bukan ezan je..saya pon geram ni.Kalau betul2 tak sengaja..minta le maaf betul2 ke..

So tunggu petang kang. Malam nanti sy call angah nk tau citer. Kesian anak buah saya tu..