Showing posts with label Qaseh 1 year old. Show all posts
Showing posts with label Qaseh 1 year old. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Qaseh @ Cameron


Sebelum bersalin haritu sempat ke Cameron highlands dengan misi mencari madu lebah. huhuhu..jauh kami pergi utk beli madu youu...mencari madu yg sama saya minum dgn air gamat time dalam pantang bersalinkan Qaseh dulu..

Kami pergi bertiga je. MIL, SIL & her hubby sume tak free nak follow. Sampai kat pasar yg banyak jual sayur2 tu..mak aaiii ramai gile orang. Actually tak terkejut sebenarnya sebab pergi on weekends..standard le tu kan. Dapat parking pon jauh juga. Nasib baik bawak stroller. Tapi penat juga Papa menolak stoller di jalan yg berbukit tu. Dan nasib baik Qaseh tak buat perangai, dia dok diam je dalam stroller sampai setel beli sume barang.


Sebab dah alang2 sampai cameron, tak kan nak terus balik kan. Ajak Papa singgah Rose Valley utk snap few photos sebagai kenang kenangan Qaseh di Cameron. Rose Valley ni berbukit dan ada banyak tangga sebenarnya. Masa zaman belajar dulu dah abih explore ngn member2 lu. Tapi kali ni pergi dah le sarat preggy dan Papa malas nak dukung Qaseh yg debab tu naik turun tangga. So kami jalan2 kat level bawah je. huhuhu..Kejap je pon pastu terus balik.

Satu perkara yg kami dapat tau pasal Qaseh masa trip haritu. Rupe2 Qaseh menurun perangai Mama yg akan pening2 bila lalu jalan cam Jalan ke cameron tu. Mula2 elok je dia duduk dalam car seat kat depan ngn Papa. Tak lama pastu merengek nak duduk dengan Mama. Rupe2nye dia pening. Kesian pon ada. Meragam2 lama2 tidur dalam pelukan Mama. Tapi si Mama nye plak bia dah melayan ragam anak yg tak reti dok diam tu sah2 le makin pening. Mmg nak muntah sangt2 dah. Tapi punye le tahan. Last2 bila dah sampai cameron keluar isi perut sume. huhuhu..


Sama juga dengan perjalanan pulang. Nasib baik dah halfway tu Qaseh tidur merengek2 pening. Once again Mama dok tahan muntah. Sampai le kat Petronas Simpang Pulai tu. Tapi malang toilet tak bape nk bersih sbb penuh dgn muntah. Jadi tak lalu lerse nak muntah situ juga. Last2 kami terus ke Secret Recipe Medan Gopeng sbb nak lunch sekali. B4 lunch saya keluarkan dulu segala isi perut dulu. Bila dah lega baru best makan kan. huhuh..Nasib baik Qaseh hanya pening2 tak muntah macam Mama. huhuhuhu...





Sebelum ni Qaseh pernah lalu jalan cameron tu masa kami nak ke terengganu. Masa tu dia belum bleh berjalan pon. Masa tu dia ok je. Maybe sebab kecik lagi. So pasni agak susah le nak gi bercuti tempat2 berbukit ni. Camne Mama nak jaga Qaseh..nak jaga Hannah lagi. Unless ada orang lain sekali bleh tolong jaga. huhuhu..

Thursday, March 31, 2011

Adik & Kakak




Ni gambar malam tadi. Qaseh lepas meragam & mengamuk sampai bertelur dahi dia terhantuk kat besi katil. Tak lama pastu bagi susu terus tertidur di riba Papa. Bila dah lena letak dia atas tilam. Tak lama tu Papa letak plak Hannah sebelah Qaseh. Tu pasal Hannah tidur sipi2 tilam je.

Adegan ni hanya bleh dapat bila dorang dh tidur ye. Kalau tak si Qaseh kerjanya nak lepuk Hannah je. Ganas Qaseh ni. Bila Hannah menangis je dia tampar mulut si Hannah. Adoiyaiii..Kalau dia nangis takpe plak.

Monday, March 28, 2011

Revisit 'Panan'


'Panan' refer Here.

Sabtu lepas Mak Long bawak Qaseh gi main kat Panan. Setakat ni baru masuk 4x Qaseh ke taman permainan. Mama je la yg bawa dia sebelum ni. Sebabkan dah dalam pantang mana nak bawak dia kan. Lepas ni dah ada Hannah susah juga nak jaga dua2 sorang2 kan. Kalau ada Papa or orang lain senang skit.



Mak Long Qaseh bawak gi Panan kat batu gajah je pon. Tak gi jauh2. Ape pon Qaseh sure enjoy kan. Macam biasa lepas main Panan sure dia minta aishto. Std le tu kan.


Comey tak saya??


Note: Pics credit to Mak Long..

Wednesday, March 23, 2011

Kurang Kasih Sayang


Di kala semua orang memberi perhatian kepada baby Hannah, tak kira Opah, Pah Nah, Mak Long & Papa sume dok busy tangkap gambar Hannah....di mana Qaseh????



Qaseh hanya bersandar di katil sambil tengok orang ramai kerumun baby Hannah. Tak tau le apa yang sedang bermain di fikiran Qaseh.

Papa kata muka Qaseh ibarat budak kurang kasih sayang. Alaaaaa cian anak Mama.


Takpe lah Qaseh menagih Qaseh kat cik oyoi le.


Sepanjang 3 hari 3malam Mama & Papa kat Ar-Ridzuan tu maybe Qaseh rasa lain kot. Tak biasa Mama & Papa serentak takde dan tak bagi perhatian kat dia. Dulu Qaseh sorang sume orang bagi tumpuan pada dia je.

Qaseh, walau sekarang dah ada baby Hannah Mama tetap sayangkan Qaseh macam dulu juga. Mama sayangkan sume anak2 mama sama rata. Sama juga dengan Papa.


Saturday, March 5, 2011

Kata Qaseh

Sorry Gambar blurr & gelap. Guna HP cap ayam je.



Konon nak buat "peace" tapi tak tau buat betul2.


Kalau auntie sume bijak bistari cuba teka Qaseh panggil ape mende alah yang Qaseh pakai kat kepala tu. Kalau sapa teka betul dengan cepat Mama Qaseh akan kasik hadiah. Betul tak tipu punyer. Janji jawapan tepat!!

Mak Long, Opah, PakLong, Papa, Mak Ngah sila jangan bocor rahsia!!

Friday, March 4, 2011

Birthday Party Plan


Semalam Qaseh genap 23months. Next month she'll turn TWO!! Plan asal dulu kami akan cuti2 M'sia ke Langkawi. Tiket flight pergi balik sume lama dah beli. Tup2 rezeki lain pula datang. Siapa sangka kan. Di sebabkan saya dalam pantang time 03/04/11 nanti. "Burn" le ticket flight tu. Hangus gitu saje.

Bila plan A dah hancur lebur, Mama terfikir for plan B plak. Ingat nak buat birthday party utk Qaseh. Sekali dengan kenduri doa selamat lepas abih pantang nanti. Wahh..jimat kos?? Yeke jimat kos?? Plan macam2 ni..hahaha..

Yang penting sedara mare & frens senang nak datang le. Maksudnya bleh tengok adik Qaseh n attend birthday Qaseh sekali. Takde le 2kali kena datang kan. Tapi itu plan B Mama le. Kita hanya merancang Tuhan yg menentukan segalanya.

Kirenya birthday party Qaseh ni buat lewat skit le dari actual birthday dia. Maybe hujung bulan 4 kot. Takpe le kan..janji buat.

Haritu dah discuss ngn en.hubby nak buat theme ape. Skang ni Qaseh paling interested 2 mende je. Dibo a.k.a "Boding" dan Upin & Ipin. Papa kata better pilih DIBO. So Mama pon terus start survey. Skang ni tengah carik kat mana bleh order kek tema DIBO. Nak frosting buttercream tapi decorations sume ngn fondant. Tak mau 100% fondant. kalau dapat macam ni pon dah cun dah.
*ehsan dari google*



*ehsan dari google*

Comey bangat!!
Kalau boleh la kan. Setakat ni ade berkenan dengan hasil kerja sorang baker ni. Tapi belum pernah tgk dia buat kek DIBO. Dah email sume tapi no reply lagi. Busy kot.

So, ade sesape lagi boleh suggest kat mana saya boleh tempah kek DIBO ni?? Area Ipoh/Batu gajah dan area berdekatan je la kan. Tak kan nak tempah dari KL. Cam jauh sgt le plak.

Banner pon dh survey. Cuma tinggal nk pilih gambar Qaseh yg sesuai je. Nanti dah pilih boleh terus je email kat dorang. Dulu time 1st birthday Qaseh pon buat kat tempat sama.

Besides that cadang nk buat cupcakes sendiri. Bleh jimat kos buat sendiri ni. Cuma tak pasti lagi camne keadaan nye bila dah ade baby + Qaseh. Ada ke masa nk buat sendiri?? hhmmm...

Wednesday, February 16, 2011

Ball Tent Qaseh


Inilah rupa Ball Tent yg sudah siap dipasang. Ball tent tu saya redeemed dari HSBC rewards. Actually dah lama dh dapat. Cuma hari ni je dapat nk update blog.


Packaging Ball Tent from MYKIZ




Asalnya Mama yang gigih nak try pasang juga sbb nk tangkap gambar camne rupa dia. Last2 Papa juga yang tolong siapkan. Almaklum lah Mama tak pernah ada experience gi camping pasang khemah sendiri. Lain le Papa kan. Kejap je dah siap Papa pasang. Huhuhuhu..


Actually tak expect sebesar tu. Dah le ruang tamu kami ni kecik je. Nasib baik takde sape datang bertandang ke rumah. hahaha..Sure bising MIL nanti. Biar dalam sehari dua terus buka balik. Then terus simpan. Ntah bila nak guna lagi.



Sorry gambar gelap sbb guna hp cap ayam saje. Tapi tent ni mmg colorful cantik le jugak. Lgpon mende free kan..so kire orait. Kalau gi picnic boleh le guna. Tapi bab nak gi picnic tu tak tau le bila kan.


Sebab excited dengan menda baru..makan pon nak dalam tent. Layan kan je la...


Haritu hajat di hati nak buat contest sbb saya redeemed tent ni dua. 1 utk Qaseh..1 utk hadiah contest. Tapi rasa masa macam dh suntuk la plak. Sbb dah nk kena ceaser nanti. Dalam pantang sure takde ngadap blog sangat. So postponed le kot lepas maternity leaves. Sorry ye kawan2..

Monday, February 7, 2011

Sessi Berendam Pula..



Hari Sabtu lepas kerja Mama & Qaseh gi lepak umah Along lagi. Kali ni berdua je sebab Papa kerja full day kan. Semenjak dah besar skit ni senang travel berdua dgn Qaseh. Janji tak travel jauh2 le. Setakat Batu Gajah -Ipoh-Batu Gajah tu boleh la.



Lepas lunch kat umah Along, mula sessi berendam dalam pool untuk Qaseh dan E'an aka Mat Kalip (anak Angah). Bukan main seronok dorang dapat main air. Qaseh pon dan berbulan2 tak mandi pool kat umah. Nak mandi pool kat hotel pon lama dah tak gi bercuti ni.



Aksi comel anak Mama



Qaseh pakai swimming suit lama dia. Still muat lagi cuma part perut tu ketat la. Tapi jenis kain stretchable so takde hal. Opah siap cakap Qaseh dah macam orang hollywood pregnant je pakai baju ketat2 tayang perut. hahahaha..


Pose tengok camera plak


Tepuk2 air..splash..splash


Wajah 'ayu' Qaseh..bak kata Mak Long





Di sebalik wajah kegembiraan Qaseh bermain air terselit sedikit rasa ketakutan..Qaseh takut ape tu???

Qaseh takut kat E'an. Adehh..buat malu kaum le Qaseh ni. Padahal Qaseh lagi tua dari E'an. Tua 7bulan tu. Tapi tinggi sama je maklum le Qaseh ni rendah skit cuma debab jer lebih.



Ish..ape mamat ni dekat2 kat kita plak. Orang tak ske la..


Sepanjang dalam pool tu Qaseh duduk jauh dari E'an. Stay kat ujung2 pool je. Bila E'an datang dekat Qaseh sure berundur utk make a distance dari E'an. Dia tak mau dekat2 ngn E'an. Nasib baik dia nak share pool yg sama.



Tak lama lepas tu bila tengok jari pon dah kecut, Qaseh pusing kat Mama kata "Mama..takut"..bila E'an dah dekat benor ngn dia. Terus dia nak keluar dari pool. Tak moh main air dah. Senang kerja mama. Takde le Qaseh nangis nk suruh stop mandi. huhuhuhu..


Actually dua sepupu ni jarang jumpe. Sekali sebulan pon susah. Qaseh ni plak bukan le anti sosial sangat. Qaseh ske kawan ngn budak2 besar skit. Budak2 sebaya dia mmg dia tak reti nk berkawan. E'an plak biasa duduk taska so biasa le bersosial kan. Bukan macam Qaseh hari2 tgk muka Opah je. Mana ade jumpe budak kecik yg lain.

Nak jadikan hal plak..si E'an ni setiap kali jumpe Qaseh mesti nk tarik rambut tak pon nk 'lepuk' Qaseh. Sebelum ni Qaseh sempat le mengelak dari kena tarik rambut or kena pukul dek E'an. Cuma ada insiden masa kami sume sibuk masak & bakar ikan haritu. Tinggal Qaseh & E'an kat ruang tamu. Tiba2 dengar Qaseh melalak tak hengat punya. Rupe2nya baru lepas kena lepuk ngan E'an. Tu yang terus fobia ngn E'an...

Alahai anak mama...


P/s: Gambar dari FB Along juga!!



Sunday, February 6, 2011

Qaseh jerit "Papa..Papa"



Actually dah jadi kebiasaan malam hari Papa keluar kerana ada urusan. Qaseh biasa tidur dengan Mama sorang je. Tapi since balik dari KL ujung bulan lepas ada certain2 malam tu dia carik Papa.

Malam tadi tinggal Mama ngn Qaseh je. Nasib baik ada Qaseh, so Mama yg penakut ni takde le takut sangat. Tapi jangan gatal2 nk pasang cerita hantu ok. Tu saje carik pasal.

Jam dah pukul 11pm lebih. Qaseh dah tunjuk tanda2 nak tidur. Mama pun pergi dapur buatkan susu Qaseh. Sepanjang masa buat susu tu Qaseh carik Papa dia. Jerit 'Papa..papa'..tak berhenti2. Mama pujuk kata Papa gi kerja pon tak jalan. Ada le dalam 2-3min dia jerit tak benti2. Sayu le juga dia tercarik-carik Papa.

Last2 pujuk2 ajak tukar pampers ngn upah susu baru diam. Mama sms papa inform yg Qaseh carik papa. Tak lama tu Papa call cakap ngn Qaseh. Baru Qaseh nak tidur.

Alahai anak manja Papa...


Wednesday, February 2, 2011

Checkup 32weeks

Semalam pergi check up 32weeks kat Klinik Desa Bemban. Bawa sekali Qaseh utk timbang dia. Berat Qaseh 12kg. Dia nampak montel sebab dia rendah. 78cm je tinggi dia.

Nurse tu siap cakap " Akak tengok anak kamu MACAM GEMUK je so tak perlu kot makan ubat cacing. Tunggu cukup 2tahun la"

hahaha..macam gemuk tu..Qaseh debab je kan tapi tak gemuk..huhuhu..

Kisah mama plak mmg sah2 gemuk ye puan2. Bukan MACAM GEMUK dah. Berat terkini 77kg dan ada 6weeks lagi b4 kena belah perut. Potensi utk naik mmg ada. Dulu time Qaseh berat akhir sebelum deliver 75kg je..itupon dah 40weeks + 12days.

Lain semua normal. HB pon 12..okle tu. Cuma hasil dari nurse tu check perut baby dalam keadaan tranverse lagi. Songsang..bontot di kiri perut. Actually dah agak dah. Sebab mmg rasa cam keras semacam je kat situ.

Nurse cakap faktor perut dah mengembang skit. Maklum le baby no 2. Bukan perut je mengembang nurse..sume dah mengembang ni. hahahaha..

Bulan ni byk tol check up & appoinment nk kena gi. Mesti boss bising selalu takde kat ofis..huhuhu..nasib le boss..

Wednesday, January 26, 2011

Kereta Kecil Warna Merah



Papa ku pulang dari KERJA
Papa ku BAWAKAN kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa JALAN-JALAN..

hahaha

Semalam dapat call dari City-Link kata ada parcel. Dia dah dtg rumah previous day tapi takde org di rumah. MIL kuar gi shopping kt Ipoh. Tu pasal xde sape kat rumah. Disebabkan ofis City-Link dekat ngn kilang Papa, Papa je la yg ambilkan.



Sampai rumah masa sibuk2 buka kotak. Then tengah dalam process nak pasang..Qaseh dah excited betul. Cam tau2 je dia yg punya. Biasalah kan dah ada suami ni bab2 pasang2 ni serah bula2 kat en.hubby. Malas nak amik tau. Lain lah zaman bujang dulu sume kena buat sendiri.

Biasalahkan benda baru mesti lah excited lebih. Minum susu pon nak dok atas kereta tu. Minum susu sambil tgk Indahnya Iman di Astro Oasis.



Tengok Qaseh ralit minum susu sambil tengok TV. Mama pon gi solat maghrib. Papa plak tgh mandi. Tengah2 solat tu tiba2 Qaseh masuk bilik dengan kereta merah dia. Sedap landing atas sejadah Mama. Alahai anak ooiii...Nak sujud pon kena tolak kereta merah tu dulu baru boleh sujud. Terus tak kusyuk Mama solat.




Qaseh punya perangai mmg ske join sekali kita solat. Pandai juga ikut pergerakan solat tu. Mulut pon dikumat kamit mcm tengah solat. Tapi masalahnya dia tak mau "solat" kt sejadah dia. Tapi mesti nak join sejadah mama & papa.

Alahai anak ooii...

Barang (kereta merah tu) yang di redeemed dari Bonuslink dah sampai. Actually semalam sepatutnya dapat juga barang yang di redeemed dr HSBC tapi smlm MIL kuar shopping lagi rupenyer. So poslaju tinggal surat utk collect kat post office. Nanti free baru nak gi collect.

Satu lagi smlm Lina dah bgtau yg Pelikan Mini Series sudah dipos. Insyaallah hari ni sampai. Dan rasanya MIL ada di rumah hari ni. hehehe..

Wahh..sume mende sampai dalam masa yg dekat2. Seronok Qaseh. Tapi macam Mama & Papa pon tumpang seronok juga. Kerana dapat menggembirakan hati si anak. =)

Tuesday, January 18, 2011

Spaghetti Kosong



Lately Qaseh kurang makan nasi. 2 malam lepas saya rebuskan spaghetti untuk dia. Mmg pe'el dia kalau makan spaghetti mesti makan kosong gitu dia. Sbb bila kami masak spaghetti selalu pedas skit. Jadi dia makan spaghetti saje je la.

Rebus le skit. Takut dia tak habis. Air rebusan tu saya letak garam skit supaya takde le tawar sangat kan.



*credit to google*


Siap masak letak spaghetti tu dalam mangkuk terus dia makan sambil tgk tv. Saya pon tgk le tv. Tiba-tiba "Mama, agi".

Alamak tak cukup le pula. Lapar benar le tu. Cepat2 saya gi rebus lagi. Mula2 dia nangis la sebab tak dapat lagi. Lepas saya dukung tunjuk spaghetti tengah masak baru dia benti nangis. Paham kot saya bgtau tgh masak.

Petang smlm balik kerja MIL kata Qaseh tak makan byk tghari tu. Saya pon terus rebus spaghetti. Saje tambah bahan2 skit. Kesian tgk dia makan kosong je. Letak le chicken ham yg di carik2 then letak cheddar cheese skit.

Dia rasa terus tak mahu. Last2 Mama juga kena habiskan. Separuh lagi Opah yg abihkan.

Penat mama buat sayang ooii..Kamu nk yang kosong juga ye. Tapi malam tu nasib baik mahu makan nasi.

Qaseh ni makan macam ada musim. Time tak nak makan tu mmg x moh langsung. Time dia nak makan..mmg makan banyak. ish..ish..

Then Qaseh tak ske makan lauk lagi2 le sayur kan. Sayur yg dia bleh terima kentang & carrot je. Favorite fish cake. Pantang ada fish cake dalam sayur sure dia kebas dulu. huhuhu. Ayam langsung tak ske. Ikan pon kdg2 makan kdg2 tak.


Ngangkung



Korang percaya tak budak 21months suka tengok NGANGKUNG??




Itu le dia Qaseh Nur Shafiyyah, anak teman. Sekarang ni hari2 dia request nak tengok Ngangkung. Part yang paling dia ske, time dorang bertiga dalam keta nyanyi, hantu tu ada kat belakang sambil menari.

Qaseh tgk boleh gelak2 lagi. Sabo je la. hahaha..Tak takut plak dia tgk hantu tu. Mama plak yang lagi takut. Bukan apa bila dah dok tengok kang tgh2 malam boleh terimagine plak. Kang sendiri yang takut.

Qaseh boleh terjebak sebab dia gi nyibuk Mak Long dia tgk DVD ngangkung ni. Pastu terus ske.

Selain Ngangkung sekarang ni Qaseh ske gak layan MAGIKA. Rasanya Qaseh ni ske sebab ada part nyanyi2. Silap2 dia sekali ikut nyanyi. Tp version dia yang tersendiri la kan. huhuhuhu



Lepas 2 movie ni tak tau le Qaseh ske tengok ape plak. Actually tertanya2 gak..xpe ke bebudak tgk citer hantu ni???

Monday, January 17, 2011

Aktiviti hari Sabtu - 2


Selepas menternak lemak dalam badan kita haruslah pergi bersenam ye puan-puan. Kami ke mana untuk bersenam?? Seharusnya Padang Polo Ipoh.

hahaha...bersenam le sangat. Sekadar jalan lenggang Mak Limah je. Peluh pon idak.

Ni kes Cik Along & Ayah Long nak layan Qaseh main di "Panan" (read: taman). Dah ada orang sudi nak bawa..kita follow je la kan Qaseh.



Keadaan permainan yang agak bahaya untuk budak sekecil Qaseh membuatkan ramai parents yg naik sekali teman anak2 main. Alamat cepat le lingkup permainan2 tu. hahaha..




Antara Cik Along, Ayah Long & Mama, Ayah Long yg paling slim. Jadi Ayah Long jadi mangsa untuk teman Qaseh. Mama & Cik Along kategori overweight..bahaya naik sekali. hahaha..


Pergi pon unplanned so Qaseh pakai gown susah nak main slide kan. Melecet plak peha anak mama nanti.



Muka teruja dapat main Panan.



Cubaan tak menjadi utk main slide.

Boding

Qaseh tak reti nak cakap DIBO. Tapi dia pandai cakap "BODING". Sebab dalam lagu DIBO tu dia ada sebut 'DIBO..DIBO DING"...

Bila Qaseh minta tengok cartoon maknanya dia refer Astro 613..and specific minta 'boding'..Alahai anak ooii..mana Mama nak dapat DIBO je setiap masa ni.



Nampak gaya kena carik DVD le. Lepas demam Upin & Ipin..Demam DIBO le plak.

Note: Mama pon ske tengok Dibo the Gift Dragon..huhuhu
Note 2: Schedule entry sebab pagi 17/01 saya gi check up...

Friday, January 14, 2011

Bermain dengan Shemut

Ada satu petang last weekend tu saya & Qaseh masuk bilik On kan air-cond. Hajatnya nak tidurkan Qaseh. Tapi dh mmg pe'el Qaseh yg teramat le susah nak tidur. Dari hajat utk tidurkan dia..last2 jadi playtime plak.

Asalnya Mama dia dh mula nak stress sbb suruh tidur tak nak tidur. Bila Mama baring dia nangis2 suruh Mama bangun. Dari terus stress dan yelling at her. Terus main 'shemut' ngn dia.

Shemut yg saya guna tu actually cadar bujang warna putih je pon. Tak ske comforter or selimut tebal2..panas. Kain cadar tu sejuk je..huhuhuh..Lagi2 time preggy ni panasnya extra..hehehe..









Actually both of us duduk bawah selimut sambil Mama kibar2kan selimut.So berangin je la. Dah le on air-cond..Sejuk nye rasa.

Qaseh gelak sakan la. Seronok benor dia. Tapi tak tahan lama la.. Lenguh tangan Mama dok kibar2kan shemut tu.

Petang tu dia tak jadi tidur pon. Qaseh mmg mengada2 tahap cipan bila Mama ada. Lama tu masa Mama buat bisnes dalam bilik air..huhuhu..Opah amik Qaseh masuk dalam buaian. Opah suruh Mama nyorok jgn bagi Qaseh nampak. Last2 tidur juga si Qaseh ni. Mata dah ngantuk sangat tapi saje ditahan nya.

Fakta Qaseh tentang shemut ni. Actually baru start last week dia nak berselimut. Sebelum ni mmg pantang letak selimut. Stokin pon sama. Kalau dah lena baru bleh pakaikan selimut. Kalau terjaga tengah malam dia punye struggle soh buang selimut tu.

Tapi sekarang nak tidur je minta "Mama..shemut..shemut" dengan syarat selimut Mama ye. Bukan selimut dia. ish..ish..

Thursday, January 13, 2011

"Shemut"


Sape boleh teka apa maksud Qaseh



"SHEMUT"



*******



Hadiah??


Xde le teka teki utk suka-suka saje.
Tapi kalau datang rumah saya belanja makan cake!!
huhuhuhu

Monday, January 10, 2011

U made me proud!!

Pengaruh TV kepada kanak-kanak adalah amat kuat. Samada pengaruh baik mahupon yang kurang baik. Jadi sebagai ibu bapa kita mesti awasi anak2 kita.



Bagi Qaseh pula dia dapat pelajari sesuatu dari TV. Banyak juga perkara yang dia sendiri tahu tanpa kami ajar dengan hanya melihat TV. Dalam banyak2 perkara yang dia belajar sendiri, satu mende ni yang betul2 buat saya bangga.

Qaseh dengan baik dapat mengecam lambang2 di bawah ini.



Above logo ni biasa le logo paling popular since negara bawah pimpinan Najib. Merata2 bleh jumpe. Luar TV pon banyak kan.






Mama 1st discover Qaseh tau logo ni dari bekas wet wipes TESCO. Tak sangka plak dia tau. Kire logo ni len macam skit just color tema je sama kan.





Sampai gambar pilihanra SPR ni pon dia leh kenal. Mula perasan Qaseh tau masa tu tengah mandi dengan dia. Saya pakai le kain basah. Kain basah tu adalah kain rentang pilihanraya tahun bile punya ntah. huhuhu..so ada le logo tu. Tiba2 tengah mandi Qaseh bleh cucuk montot besar Mama dia ni. tunjukkan bendera Malaysia tu..hahaha..

Di sebabkan budak2 selalu pelat dan cakap pendek2 jer.. Qaseh panggil logo2 di atas adalah:

"Isya"

amik hujung bunyi MALAYSIA.



~BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA~