Wednesday, January 26, 2011

Kereta Kecil Warna Merah



Papa ku pulang dari KERJA
Papa ku BAWAKAN kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa JALAN-JALAN..

hahaha

Semalam dapat call dari City-Link kata ada parcel. Dia dah dtg rumah previous day tapi takde org di rumah. MIL kuar gi shopping kt Ipoh. Tu pasal xde sape kat rumah. Disebabkan ofis City-Link dekat ngn kilang Papa, Papa je la yg ambilkan.



Sampai rumah masa sibuk2 buka kotak. Then tengah dalam process nak pasang..Qaseh dah excited betul. Cam tau2 je dia yg punya. Biasalah kan dah ada suami ni bab2 pasang2 ni serah bula2 kat en.hubby. Malas nak amik tau. Lain lah zaman bujang dulu sume kena buat sendiri.

Biasalahkan benda baru mesti lah excited lebih. Minum susu pon nak dok atas kereta tu. Minum susu sambil tgk Indahnya Iman di Astro Oasis.



Tengok Qaseh ralit minum susu sambil tengok TV. Mama pon gi solat maghrib. Papa plak tgh mandi. Tengah2 solat tu tiba2 Qaseh masuk bilik dengan kereta merah dia. Sedap landing atas sejadah Mama. Alahai anak ooiii...Nak sujud pon kena tolak kereta merah tu dulu baru boleh sujud. Terus tak kusyuk Mama solat.




Qaseh punya perangai mmg ske join sekali kita solat. Pandai juga ikut pergerakan solat tu. Mulut pon dikumat kamit mcm tengah solat. Tapi masalahnya dia tak mau "solat" kt sejadah dia. Tapi mesti nak join sejadah mama & papa.

Alahai anak ooii...

Barang (kereta merah tu) yang di redeemed dari Bonuslink dah sampai. Actually semalam sepatutnya dapat juga barang yang di redeemed dr HSBC tapi smlm MIL kuar shopping lagi rupenyer. So poslaju tinggal surat utk collect kat post office. Nanti free baru nak gi collect.

Satu lagi smlm Lina dah bgtau yg Pelikan Mini Series sudah dipos. Insyaallah hari ni sampai. Dan rasanya MIL ada di rumah hari ni. hehehe..

Wahh..sume mende sampai dalam masa yg dekat2. Seronok Qaseh. Tapi macam Mama & Papa pon tumpang seronok juga. Kerana dapat menggembirakan hati si anak. =)

1 comment:

Huda said...

comel kete merah qaseh :)