Tuesday, January 18, 2011

Mood Tak Baik..Jom kita Shopping




Hari ni mood adalah ke laut. Pasal apa tak perlu bgtau le ye. Simpan dalam hati saje. =P. Untuk mengubat hati nan lara (eceh) baik kita shopping.

Dah namanye perempuan mmg tak boleh dipisahkan dengan shopping kan. Banyak duit Pn. ApasH bershopping tgh2 bulan ni???


Eh..sape kata kena keluar duit???


Free je tau. Mesti korang nak tau camne kan.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Saya shopping di HSBC Rewards & Bonuslink. Redeem points uolls. Mmg le tak perlu duit kan. hehehe..jangan mare..gurau2 saje.

Points pon bukan banyak pon. Lepas survey2 saya decided redeem toys utk Qaseh je la. Lain2 barang pon bukan perlu sangat kan. Kecuali points berlambak better baik barangan rumah baru berbaloi. Points saya setakat layak amik iron tak pon sandwich maker. Sume dah ada.

Nak tgk ape barang yang saya redeem??




Sweet Cherry Push Car (1-3yo)
Redeemed dari Bonuslink
Qaseh macam dh besar nak main mende ni kan. Tapi still boleh main kan. Tak pon simpan untuk Baby no.2. Takde hal punye.




MYKIZ ball tent.
Redeemed dari HSBC Rewards.
Yang ni version takde tunnel. Kalau ade tunnel lagi best kan.
Saya redeemed 2nos. Ingat satu nak buat hadiah utk contest kat blog. Tapi selagi tak terima barang ni tak berani le nak buat contest kan. Kang dah ada pemenang hadiah plak takde. Kan naya. Pepon kita tunggu dulu le ye. Kalau dah rezeki kawan2 bloggers suma ada le tu.



Pasni nk try redeem treatpoints Maybank plak. Guna dah bertahun. since dari 2005 kalau tak silap. Tapi sekali pon tak pernah redeemed. Sama ngn HSBC. Yang boleh nk redeem HSBC pon sbb kami nak matikan kad. Sebelum matikan baik kita redeem dulu points yang tak seberapa tu kan. Kalau tak rugi je kan.

Tengok, kalau dah seorang ibu tu, mood tak baik pon TAPI still utamakan anak2. Tak pula shopping utk keperluan sendiri. Apepon retail therapy mmg mujarab le juga.

2 comments:

Unknown said...

wow!best tu :) akak nk wat contest ape? huda soon ni pun wat contest gak tp hadiah lom confirm lg..

Puan ApasH said...

Huda:

Baru cadangan tu. Bila hadiah dah sampai baru boleh buat. Contest apa pon tak decide lagi. Mintak2 sempat buat b4 bersalin la.