Saturday, January 22, 2011

Ek eleh...



Sepatutnya 28/01 ni saya akan jumpe doctor untuk direfer ke Hospital Ipoh . Tapi sebabkan saya ada audit dan takut busy tak sempat nak pergi saya call Klinik Desa Bemban tu minta tarikh lain. Nurse tu suruh datang semalam 21/01.

Saya sampai di klinik dalam 9.40pagi. Dekat jam 11 baru sampai giliran saya. Masuk bilik jumpe doktor. Duduk di kerusi yang disediakan.

Doktor tu selak balik buku pink saya dan repeat the same thing pasal condition saya " Awak akan dirujuk ke Hospital Ipoh kerana awak tidak boleh bersalin normal. Kena operate ye..bla..bla..bla..". Itu dari 1st time jumpe doktor tu masa buat buku pink saya dah tau.

Tak sampai 2 minit duduk di kerusi tu, nurse pon cakap "Awak tunggu di luar sekejap ye".
Saya pon keluar. Dalam 10min camtu nurse tu datang bagi buku pink saya balik. Maksudnya dah setel la. Then saya tanya "Kak, surat rujukan atau tarikh untuk saya ke Hospital Ipoh (HBI) tu bila boleh dapat?"
Nurse tu cakap "Sekarang (pagi) kami tak boleh nak call klinik pakar HBI sebab mereka sibuk dan tak layan call. Petang nanti kami call. Bila dah dapat tarikh tu kami kan call adik tak pon amik masa next check up"


EK ELEH...mendidih dibuatnya..

Yang suruh orang datang tu buat apa. Buang masa orang je. Apa motif saya datang ntah...Takde ape hasil pon dapat. Nasib baik le sejam lebih je tunggu. Kalau dibuatnya lama lagi konpem lagi saya bengang!! Tak boleh ke korang siap2kan dapatkan date dari hospital dulu before panggil patient? Kalau panggil patient utk discuss date tu sesuai ke tak mungkin le tak kisah. Tak paham betul la...


Cuba fikir kalau setengah orang tu yg susah nk keluar time waktu kerja. Tak pon apply cuti semata2 nak ke klinik. Apa perasaan dorang. Lagi teruk apply cuti kena potong gaji ke.

En.hubby kata saya baik sebab diam je. Kalau dia lama dah dia sound balik. Malas nak perbesarkan isu..nanti saya kena juga hadap muka dorang utk next check up kan. Bawak bersabor je la..

No comments: