Saturday, April 28, 2012

Long silence....

I've been ignoring this blog since my cake biz took all my free time. Semua masa yg ada guna untuk update blog Apash Sweet Treats and busy promoting my product. And also busy entertained customer. Mmg takde masa nk ngadap lama ngn pot pet kat blog ni. Kasihan..terabai sudah.

Hari ni ada masa skit to kill my time before boleh balik rumah. So better updates something.

Hannah sekarang demam. This is the 3rd time dia demam dalam setahun sebulan umur dia. Base on history Hannah serasi dengan ubat di Ar-Ridzuan, so kali ni tak buang masa & duit, terus kami bawa dia ke Ar-Ridzuan. Check smlm tinggi benar suhunya. 39.2C. Terus doktor masukkan ubat kt montot. Alhamdulillah few hours pastu badan dia dah ok. Selsema je masih teruk Dok meleleh je.

Kisah si kakak pula. Akhirnya berjaya juga memujuk si kakak yg degil ni utk start potty train. Dah seminggu ni berjalan dengan lancar. Kalau kt rumah mmg tak pakai diapers dah. Pakai time nk tidur & kuar berjalan je. Poo poo & Wee wee semua nak kat jamban. hehehe...Good girl. 

Kami guna pendekatan pujuk dia kata kalau tak poo poo & Wee wee kat bilik air..tahun depan tak leh gi sekolah. Alhamdulillah berjaya. Tanda2 mmg nk sgt gi sekolah le next year.

Ok..tu saje buat masa ni. Kepala dok pusing2 ni..daa~~

Monday, April 9, 2012

Promo di Apash Sweet Treats

MINGGU CHOC INDULGENCE CAKE DI APASH SWEET TREATS.
Sesiapa yang order indulgence cake minggu ini akan mendapat diskaun RM5 bagi setiap sebiji kek yg di tempah. Mari2 jangan lepaskan peluang ni. Gerenti sedap punye!! Untuk tempahan boleh hubungi 0195736516.
 
Nak tgk cake2 len boleh jenguk blog APASH SWEET TREATS.

Friday, April 6, 2012

7 years and counting

6 April 2012, genap 7 tahun dia di hati saya, dan saya di hati dia. Tarikh di mana kami declare couple dulu. huhuhuhu..masa tu saya di UTP dia di Jitra. Declare dengan SMS je. Betul2 cinta SMS masa tu. Sehari mesti 50 - 100sms. Top up usah ckp le bape sebulan.

Hari ni nyaris2 terlupa. Pergi TESCO ternampak tarikh hari ni then terfikir, tarikh mcm special..Amik few seconds juga baru ingat. Hahaha...Ape daa..

Terus sms en.hubby tanya "Bie ingat ke hari ni ape?"

Dia jawab "Hari Jumaat...huhu, hari kita kapel"

Nasib baik ingat. Kalau tak sentap aaii tau. 

Actually dah 7 tahun bersama dari zaman bercinta sampai kawin then beranak pinak ni, en.hubby seorang lelaki yg jenis tarikh2 ni masih segar di ingatan. 10thn lagi tak tau le kan. Silap2 saya sendiri plak yg tak ingat. hehehe

Then saya received sms ni " Thanks sayang, bsusah senang, nangis, gembira dgn Bie. Bagi Bie zuriat. Love you so much"

Ok...senyum sampai ke telinga ^___________^

I love you so much Bie.

Tuesday, April 3, 2012

Piyah is 3 Today!!







03 April 2009 lahirnya seorang puteri, permata hati pertama Mama & Papa. Pengalaman yg takkan dapat Mama lupa. Sakit untuk melahirkan seorang anak. Lepas 24jam menanggung sakit, Mama redha bukan rezeki Mama untuk lahirkan Piyah secara normal. Pasrah untuk perut ini dibelah. Janji anak Mama selamat. Walaupon selepas kamu selamat Mama dikhabarkan dengan berita kurang baik dimana rahim Mama terkoyak dan tidak boleh melahirkan anak secara normal lagi. Perkara sudah terjadi biarkanlah janji Piyah & Mama sehat dan selamat.


03 April 2010 genaplah Piyah setahun. Alhamdulillah kesihatan kamu sentiasa dipelihara oleh Allah. Hanya demam, selsema & batuk biasa2 saje. Syukur kepadaNya. Birthday Piyah Mama & Papa bawa Piyah jalan2 ke Genting. Potong kek di Awana Genting bersama2 Opah2, makcik2 & Pakcik2.



03 April 2011 Piyah dah 2 tahun. Bukan lagi anak Mama sorang. Piyah dah jadi kakak. Kali ni Mama buat birthday party Piyah sekali dengan majlis doa selamat & akikah adik Hannah. InsyaAllah selagi mampu tiap2 tahun Piyah akan celebrate Birthday dengan adik. ^___^



03 April 2012 - 3 tahun sudah. Piyah is a big girl now. Dah independent. Tak selalu tidur dengan Mama lagi. Piyah selalu tidur dengan Mak Long tak pon Opah. Ikut suka dia. Piyah suka main dengan adik..gaduh pon suka. Piyah paling minat menari & menyanyi, Masih macam dulu, rancangan cartoon bukannya kegemaran dia. Tetapi channel Astro Warna dan program Raja Lawak dan seangkatannya le menjadi pilihan hati. Lagu favorite ketika ini adalah Ombak Rindu dan Lagu2 Najwa Latif.

Birthday Party/Vacation Piyah kali ni dah sambut dengan birthday adik bulan lepas. InsyaAllah hari ni kita potong kek lagi ye. Kek Mama dah bakar. Tak deco je lagi. Kalau tak sempat kita ajak Papa gi Secret Recipe saje. hahaha..Alasan ajak Papa gi Aeon Station 18. hahaha....


Mama & Papa doakan semua yang terbaik untuk Piyah. Mama & Papa akan cuba yang terbaik memberikan kehidupan yang lebih baik untuk Piyah & adik. Semoga membesar menjadi insan yg berjaya dunia & akhirat. We love you so much darling. 

Jika dulu April 2009 Piyah lahir membawa rezeki kepada kita di mana Mama naik pangkat, kini April 2012 datang bersama rezeki lagi untuk kita sekeluarga. ALHAMDULILLAH SYUKUR. 


p/s: Jangan buat sebarang spekulasi yg Mama pregnant ye. Belum lagi.