Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Penantian hampir berakhir...

Alhamdulillah lepas appointment dengan Dr. Raoofah semalam tak perlu tunggu sampai 17/03. So amik je 10/03 @ 38weeks. Scan doktor jangka baby 3kg x pon besar lagi. Tapi kalau kes Qaseh lu scan jangka 3.6kg keluar2 2.8kg je. hahaha...Tak kisah le janji sehat kan. Lahir kecik minum susu Mama banyak2 nanti besar la kan. huhuhu...

Doktor suruh admit malam ni jam 9pm. Rasanya takde ape2 saje senang kot bila patient dah ada kat hospital senang nk czer pagi esoknya. Bagi kami plak tak kisah sgt. Lgpon kami ni bukan stay kat Ipoh. Batu Gajah ke Ipoh plg kurang 40minit..Kalau pagi2 nak kena admit kol bape kena bangun then siap2. Karang rush je. So dah stay kt spital bleh le rileks skit.

Malam ni juga pisah tidur ngn Qaseh. Huhuhu...tak biasa tidur Qaseh takde kat sebelah. Kena biasa2kan juga Qaseh dah nak dpt adik ni. Qaseh tidur ngn Mak Long & Pak Long ye. Mama kena tidur kat spital.

Bag pon belum kemas lagi ni. Update blog dulu..huhuhu.. So saya amik kesempatan ni nak memohon maaf atas segala salah & silap saya kepada sume teman2 blogger. Doakan semuanya berjalan lancar dan Mama & Baby sehat2 saje.

Bila akan berjumpe lagi di dalam blog?? Tak pasti laa..kalau kes Qaseh lu mmg jarang sangat on9 masa dalam cuti bersalin. Lagi2 skang lappy takde. Menumpang kasih lappy SIL je. huhuhu..

So, nanti2 kita berjumpe lagi yer..

Assalamualaikum...

Monday, March 7, 2011

Check up 37weeks

Pagi tadi gi check up 37weeks kat Klinik Desa Bemban. Esok ade appointment kat Ar-Ridzuan plak.

Alhamdulillah check sume xde masalah. Berat turun skit. 77.5kg. Nurse kata dah nk bersalin takde naik sangat dh berat tu. Kepala baby pon dah engaged.

Kali ni dapat nurse yg lain. Bukan nurse yg bersyarah kat saya pasal saya cancel bersalin di GH Ipoh tu. Nurse yg hari ni tanya nanti bersalin kat mana. Saya ckp le kat private. Dia kata "Bagus lah. Pergi le. Selesa skit"

Kan sedap dengar macam tu. Takde le kena dengar syarahan plak kan. Nurse tu siap bgtau baru2 ni ade kes baby meninggal dalam perut kt GH Ipoh. Saya plak takde le tanya banyak2.

Bag baby dah lama siap dh. Cuma nk recheck je balik. Bag mama langsung tak prepare lg. Tunggu esok le. Bila dah tau date cesarean baru semangat kemas bag. Hahaha...

InsyaAllah esok last check up saya di Ar-Ridzuan before bersalin. En.hubby tanya nak dia teman ke? Sepanjang 2kali gi Ar-Ridzuan ni saya pergi sensorang je. Saya mcm biasa masih mampu gi sorang2 sebab xde sakit2 kan. Lagipon cam rugi plak semata2 tu dia nak amik cuti. Baik simpan cuti time nak bersalin nanti kan. En.hubby kesian kot tgk bini selama ni gi check up sensorang. No hal punye la. Takde terasa hati pon.

Kalau dapat date dalam minggu ni gak BEST la. Cadang nak minta MC 2-3hari b4 czer tu. Saje nak relax2 kat umah. Sebab utama MALAS dh nak kerja. BLEH???

Friday, March 4, 2011

Cerita Tergantung

Baru2 ni Nikki comment sebelum dia cser anak dia haritu dia baca pengalaman saya bersalinkan Qaseh. Tapi frust sebab saya cerita tak abih. Hahaha...

Ya ampun!!...
Cerita tu saya buat setakat Part 4 je. Then saya tak sambung. SEBAB??? Maybe malas kot. Hahaha boleh plak mcm tu. Biar cerita tergantung kan. Saya pon baru lepas baca balik kisah tu. Cam tak best plak biar cerita tergantung. Nanti esok2 Qaseh nk baca ke..kan??

Rasa macam nak sambung je kisah tu. Tapi rajin ke??? Dah nak bersalin anak no.2 dah ni. hehehe...Saya tak janji ye kawan2. Sebab kat rumah saya tak on9 sebab takde lappy. Kalau blogging pon kat office je pon. Takut takde masa nk karang cerita.

Anyway saya sertakan link kisah Part 1 sampai Part 4 dulu ye. Kot2 ade sesape yg berminat nak baca. Kot lepas ni ramai yg request suruh sambung cerita..terus bagi mood saya bercerita. Ewah..ewah..ko ingat ko sape ApasH..penulis cerpen/novel?? =P



Monday, February 28, 2011

36 weeks

Tadi pagi pergi check up di Klinik Desa Bemban. Check up for 36weeks. Bila dah masuk 36 weeks ni tiap2 minggu ada check up kan. Everything ok je. Berat pon static di 79kg. Gila kau dah dekat 80kg tu. Banyak le nak kena turunkan nanti. huhuhu...

Anyway dah hujung2 pregnancy ni my urine macam semakin gelap la. Nak kata kurang minum rasanya tak kurang. Lagi2 skang ni sentiasa rasa panas je. Skit2 berpeluh2. Lagi le kuat minum air kosong. Kenapa ye..

Harini juga bila jalan or berdiri dah mula rasa tak selesa, macam ada pressure di ari2 belah kanan. Kiri takde le plak. Maybe baby lebih sebelah kanan kot. Skang tak terdaya tau kalau berdiri sebelah kaki je. Tapi belah kanan le. Kiri takde rasa sakit langsung.

Disebabkan sudah cukup Tabung Bersalin di Ar-Ridzuan tu saya pon inform le kat nurse yg bertugas tu tak jadi czer di HBI nak gi private. Tujuan bagitau sbb saya nak tanya whether saya kena call tak HBI inform dorang.

Tiba2 terus mood nurse tu tukar. Mcm marah le juga. Dia kata orang mcm saya ni menyusahkan jer. Siap tanya saya kalau saya di tempat dorang. Mcm2 le dia bersyarah kat saya. Kata buat ape membazir duit. Baik simpan duit utk anak. Saya terima je apa yang dia cakap. Jawab yg mana saya rasa nak jawab je la.

Saya inform le sebab sebelum ni duit tak cukup so tak berani le awal2 kata nk beranak di private kan. So bila dah cukup..cepat2 saya inform so takde le cancel last minit lagi la menyusahkan.

hhmmm..sebelum ni saya pon dah pernah tanya pendapat pasal ni. Refer entry Minta Pandangan. So saya decide untuk dapatkan date czer dari GH just in case. huhuhu.. Salah ke cara saya ni?? hhmmm...

Rezeki Anak



Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi di atas rezeki ini. Tanpa disangka Mama dapat BONUS plus INCREMENT lagi!! Yeahh!!

Itu le namanya rezeki anak. Dulu time dalam pantang Qaseh ada adjustment gaji. Naik RM200. Alhamdulillah sangat2.

Untuk baby no.2 ni lagi le. Murah rezeki kamu wahai anak. Masa bulan Jul 2010 aritu dah sekali dapat bonus & increment tapi xde le banyak mana kan. Janji ada dah alhamdulillah. Tapi kali ni macam banyak skit. Almaklum lah pay slip belum dapat. Cuma just tgk amount RM dalam account je. So buat masa skang ni main congak2 je la lu. Nampak gaya increment pon lebih. Alhamdulillah syukur sangat2.

Ini bukan entry nak menunjuk ye. Jangan salah paham. Ini entry kesyukuran tau. Untuk berkongsi dengan sumer yang Allah dah tetapkan rezeki setiap anak. Even kadang2 ada yang terlintas terfikir mcm mana dengan perbelanjaan jika bertambah anak lagi.

Macam saya mula2 conceived aritu terfikir juga. Tapi takde le sampai merasakan ia suatu beban. Cuma plan pandai2 berjimat le kan dan percaya ada rezeki dari Allah.

Dalam kes saya ni mmg saya agak terkejut bulan ni ada bonus + increment. Selalunya berminggu2 dengar rumors dulu baru ada. Ni saya dengar hari Khamis lepas then Sabtu terus masuk account. Hahaha..lawak pon ada. Or maybe saya ni tak berapa nk bergossip dgn org lain jadinya saya dapat berita lewat dari orang lain. huhuhu

Anyway thanks to MTD group sebab sudi bagi kami bonus + increment tepat pada masanya. Tak pasal2 terus cukup Tabung Bersalin di Ar-Ridzuan saya. Tak payah pening2 lagi. Sungguh murah rezeki baby no.2 ni. InsyaAllah merasa mama bersalinkan kamu di Ar-Ridzuan. Dapat keselesaan dan aurat terpelihara. Yang penting Mama & anak Mama selamat dan sehat2 belaka. Dan Mama doakan moga2 Allah memurahkan lagi rezeki kita sekeluarga. Amin...


Tak sabar rasanya Mama nak jumpe kamu. Nak peluk cium kamu. Moga2 anak Mama sehat2 saje di rahim Mama sekarang ni.


Ada yg pelik ke selalu sangat saya dapat bonus ni. Aritu Jul 2010 skang baru Feb 2011. No No No jangan salah paham plak ye. MTD group tidak le sampai tahap pemurah macam tu sekali bagi bonus. huhuhu..

Actually bonus yg dapat bulan Jul 2010 adalah utk tahun kewangan 2009 (Apr08 - Mac09) dan bonus yg dpt bulan ni adalah untuk tahun kewangan 2010 (Apr09 - Mac10). Kirenya kami dapat lambat la. Bukan mcm company lain hujung tahun je dapat kan.

Tak kisah le lambat pon janji company nak bagi kan. Walaupon hanya sebulan bonus. Alhamdulillah sangat2. Dari takde langsung. Bayangkan lah sebelum2 ni langsung xde bonus. Saya start kerja Aug 2007 dan hanya pada Jul 2010 baru merasa BONUS youu...3thn bekerja baru merasa. Kalau tak dapat juga sah2 moral down. Bila dapat bonus rasa kita ni dihargai le juga kan. Penat lelah kerja tu membuahkan hasil.

So mari kita ambik ikhtibar (cewahhh) setiap orang ada rezeki masing2 dari Allah. Janji kita berusaha dan berdoa.

Friday, February 25, 2011

10/3?? 17/3??

Lupa plak nak share ape opinion Dr. Raoofah (Ar-Ridzuan) pasal waktu sesuai untuk czer. Opinion dia berdasarkan track record masa bersalinkan Qaseh dulu. Saya bersalinkan Qaseh post date 12 days. Maksudnya pada 40weeks + 12 days. Dah 41weeks++ le kan. Pada haritu saya sakit sendiri la bukan kena induce ke ape. Contraction datang every 10minit. Takde kasi can mild contraction dulu. Terus sakit kaw-kaw punye. Tapi dah tertulis Qaseh kuar kat tingkap juga akhirnya.

So berdasarkan itu, bertambah plak baby no.2 ni scan pon baby girl so potensinya akan agak sama dengan Qaseh. Dr. Raoofah kata baby kuar lambat ni mungkin paru2 dia tak cukup matang. So that's why dia suggest baby no.2 ni tunggu sampai 39weeks baru czer. Untuk elak sebarang masalah pernafasan. Tapi kalau b4 39weeks saya dah mula rasa contraction maknanya emergency czer le.

Saya ada juga bertanya pasal takpe ke saya dah sakit dulu baru nak czer. Dr. Raoofah kata takpe. Tapi x boleh tunggu2 le cepat ke hospital dan terus czer. Tapi mcm bercanggah dengan doktor yang explain kat saya pasal saya ada extended tear time lepas bersalinkan Qaseh dulu. Katanya bahaya contraction sbb boleh buat luka saya terbuka balik dan bleeding.

Hajat nak rujuk doktor pakar GH hari Rabu tu tak kesampaian. So tak dapat tanya opinion doktor pakar GH tu. So saya tanya je la opinion doktor pelatih yg saya jumpe tu. Kata dia by 38weeks paru-paru2 baby sudah matang. Dan takde masalah czer 38weeks.

Still tak berapa nak confident saya rujuk ke Mamanoa. Minta dia tanyakan suami dia. Menurut suami Mamanoa mmg 38weeks paru2 baby dah matang. Tapi nak tunggu 39weeks pon takpe. Ikut preference doktor yang nak buat.

Kalau ikut selfish diri sendiri mmg lagi cepat lagi bagus. Tambah2 plak mcm tak sabar nk jumpe baby no.2 ni Tapi bila fikir bab "masalah pernafasan" baby tu jadi cam takut juga. Tak nak le sebab saya tak mau tunggu anak jadi mangsa. Lagi satu hal bab luka kat rahim saya tu. Takde conclusion yg menenangkan jiwa raga. Betul ke takkan ada masalah. En.hubby concern juga takut bleeding plak kalau contraction awal b4 date czer tu.

Itule sape suruh tak jadi doktor dulu. Kalau tak kan senang nk rujuk teman2 doktor lain. huhuhuhu..=P

GH czer date 10/3 dan Ar-Ridzuan czer date 17/3. Dok fikir2 ni..terus terfikir apa kata kita pilih date 14/3. Tengah2 kan dan lagipon itu anniversary perkahwinan kitaorang. huhuhuhu...

Apa pandangan korang? Kalau korang di situasi saya apa keputusan korang???Berkongsi le dengan saya ye.

Lagi satu Dr. Raoofah personally inform saya yg Ar-Ridzuan akan berpindah ke bangunan baru next week. Even dia dah kasi her personal HP no kat saya untuk call dulu b4 datang next appointment utk confirm dorang dah pindah ke belum. So insyaallah ada rezeki bersalin di bangunan baru & facilities pon baru. Moga2 le kan. Amin...

Thursday, February 24, 2011

4jam lebih di GH Ipoh


Semalam hari dating saya & en.hubby. 4 jam kami berdating di GH Ipoh. Selalunya bab2 pergi check up pregnancy ni saya pergi sendiri je. Takde nyusahkan en.hubby. Yela jenis kerja dia bukan senang nk keluar kejap2 ni. Kalau keluar kena potong OT. Baik tak payah kan.

Tapi kali ni utk appointment di GH Ipoh saya insists dia amik cuti untuk teman saya jugak. Sebabnye:

  1. Dekat GH sah2 le susah nak dapat parking. So kalau parking jauh sekalipon en.hubby just bleh drop saya dulu. So xde le nak kena 'menapak' jauh2.
  2. Dah boleh expect mesti lama gile kena tunggu jumpe doktor kan. So kalau ada teman xde le boring sangat. Boleh sembang2. Then ada bahu untuk tumpang lentok bila rasa ngantuk or penat menunggu. hahahaha..

Mula2 surat rujukan tu stated appointment kol 9pg. Saya tiba di Klinik Pakar O&G tu dalam jam 8.15pg. Punya le dah ramai orang. Kalau saya tiba kol 9pg..lagi la lambat balik.

Ingatkan just jumpe doktor Pakar untuk dptkan date cesarean jer. Rupe2nye cam check up biasa. Kena kencing, check HB, timbang berat & check BP. Setel sume tu duduk le tunggu turn jumpe doktor. Turn saya jam 11pg lebih. Tapi jumpe doktor pelatih je dulu. Then kena tunggu lagi sbb doktor pakar ada kes kena pergi OT kejap. So menunggu le lagi. Last2 tak jumpe pon doktor pakar. Doktor pelatih tu dah siap2 discuss ngn doktor pakar sendiri dan dapatkan date cesarean tu. Tak dapat nk tanya pasal opinion Dr. Raoofah pasal better tunggu 39weeks baru potong perut.

GH punyer date mcm yg saya expect. Masuk wad 09/03/11 then operate esoknye. Itu dorang kata le. Jangan jadi cam kes Qaseh lu..asyik kena hold je dulu. Duduk berhari2 dalam wad.



Tapi masa tengah tunggu turn tu ada 1 session pasal Penyusuan Ibu. Ada staff nurse bagi short briefing pasal breastfeeding. Kire orait juga sebab dapat mengisi masa bosan menunggu. Even apa yang dia brief tu saya dah tahu. Sebab sume basic je pon. Sebab dah ada experience BF Qaseh dulu. Treat it as a refresher utk saya. huhuhu..


Pamphlet untuk semua ibu2 mengandung


Lepas setel hal di GH terus gi lunch date ngn en.hubby. Perut mmg dah dok berkeroncong je. Lepas lunch kami teruskan operasi 'shopping'!! Ala beli barang2 baby skit yg mana belum beli, beli set bersalin saya dan lebih nye borong baju bajan si Qaseh. Sebab mostly baju dia dah sendat2 especially part perut buncit dia tu. hahaha..

Masa pilih2 baju Qaseh tu baru sedar Qaseh dah besar rupanye. Carik baju pon dah kat section len. huhuhu..carik baju saiz 2-3 tahun punyer. huhuhu..cepat betul masa berlalu kan.

Jam 5ptg cepat2 kami gerak balik batu gajah. Rasa rindu benor kat Qaseh. Nampak budak je teringatkan Qaseh. Almaklum le kami jarang keluar berdua tanpa Qaseh. En.hubby pon kata cam kosong je bila berjalan. Kalau tak sure dia kena tolak stroller ke trolley ke tak pon dukung Qaseh kan.

Anyway puas hati dapat shopping time weekdays ni. Takde le semak kepala dengan orang ramai. Even weekdays parking yg berbumbung pon penuh gak. huhuhu..

Tuesday, February 22, 2011

Bila perut ku akan dibelah?? Jeng..jeng..

Nearly 1 week tak update blog. Tapi BW masih active ye kawan2. Cuma tak meninggalkan jejak jer.

Mood nk blogging dah ke laut. Gara2 super busy dengan kerja di ofis. Kalau kerja cam biasa ok le juga. Ni kerja sume ada prob nk kena settle. Then nak kena menjawab kenapa dan kenapa. Apa action plan?? Corrective action & preventive action??? Arrghhh sakit otak!!

Kepala dah set by 2nd week March @ 38weeks dah bleh start maternity leaves. So just kena bertahan for couples of week je lagi. Tapi tadi lepas appointment dgn Dr. Raoofah di Ar-Ridzuan dia kata better wait until 39weeks dalam 17/3. Arrghh!! terus bertambah tension. Bertambah lagi seminggu kena kerja!!

Bukan dah tak larat dalam kes pregnancy. Maksudnya masih mampu untuk terus bawak perut ni. Cuma cam dah tak mampu time2 sarat pregnant kena face tekanan kerja di ofis. Lagipon dah set pale otak by 2nd week bleh start rest from this 'misery'!! So bila kena tunggu lagi macam tak bleh nk terima. huhuhu

Tapi ada reason kenapa Dr. Raoofah suruh tunggu by 39weeks. Nanti2 saya citer ye. Esok ada appointment dgn GH plak utk tetapkan date ceaser gak. Tgk apa kata doc pakar GH. Sama or lain tak dari Dr. Raoofah. Then saya citer sekali gus.

Dapatkan 2nd opinion lagi bagus kan. Yang penting baby & mama sehat2 belaka. Amin....

Monday, February 14, 2011

To do List - No.1

Next week appoinment utk dapatkan date cesarean:

1. Ar-Ridzuan - 22/02/11
2. Hosp. Besar Ipoh - 23/02/11

Probably 2nd week of March. Ade dalam 3x weekend je before delivery. Kat dalam peti sejuk ada 5 ketul cream cheese belum terusik. Wajib dihabiskan before delivery. Sebab dalam pantang sah2 le tidak akan bake anything.

Plan sentiasa ada..tapi mesti tak jadi sebab dah macam tak larat je. Masa bday en.hubby last saturday pon tak bake ape2 pon.

So, esok cuti ingat nak buat cheese cake. Belum pernah 'berjaya' bake cheese cake. Bakal menggunakan 3ketul cream cheese utk resepi tersebut. Minta2 jadi so xde le membazir bahan2 yg mahal2 tu.

Monday, February 7, 2011

Kepanasan


Lately saya selalu kepanasan. Berpeluh lebih dari biasa. Tidur malam berkipas pon boleh berpeluh basah baju kelawar yg saya pakai. Pakai air-cond temp 22-24C pon bleh berpeluh juga.

Skang ni jam 2pm dalam ofis yg mmg air-cond lama & tak sejuk saya berpeluh2. Kena kipas sendiri utk melegakan kepanasan.

Orang lain xde le sampai tahap mcm saya. Maybe sebab saya preggy kot. Betul kan?? Dulu masa preggy Qaseh pon mmg le kepanasan dan berpeluh juga. Tapi dulu bilik xde air-cond so munasabah le berpeluh. Ni bilik dah beraircond pon still panas nk tidur malam pon tak selesa.

Pagi tadi masa bersiap utk gi kerja saya bleh ON aircond sbb tak mahu berpeluh2 time pakai baju+tudung.

Normal ke abnormal??

Bie minta tolong jasa baik Bie cuci filter air-cond kot2 sbb banyak habuk air-cond tak sejuk...Terima Kasih. I luv U!!

Wednesday, February 2, 2011

Checkup 32weeks

Semalam pergi check up 32weeks kat Klinik Desa Bemban. Bawa sekali Qaseh utk timbang dia. Berat Qaseh 12kg. Dia nampak montel sebab dia rendah. 78cm je tinggi dia.

Nurse tu siap cakap " Akak tengok anak kamu MACAM GEMUK je so tak perlu kot makan ubat cacing. Tunggu cukup 2tahun la"

hahaha..macam gemuk tu..Qaseh debab je kan tapi tak gemuk..huhuhu..

Kisah mama plak mmg sah2 gemuk ye puan2. Bukan MACAM GEMUK dah. Berat terkini 77kg dan ada 6weeks lagi b4 kena belah perut. Potensi utk naik mmg ada. Dulu time Qaseh berat akhir sebelum deliver 75kg je..itupon dah 40weeks + 12days.

Lain semua normal. HB pon 12..okle tu. Cuma hasil dari nurse tu check perut baby dalam keadaan tranverse lagi. Songsang..bontot di kiri perut. Actually dah agak dah. Sebab mmg rasa cam keras semacam je kat situ.

Nurse cakap faktor perut dah mengembang skit. Maklum le baby no 2. Bukan perut je mengembang nurse..sume dah mengembang ni. hahahaha..

Bulan ni byk tol check up & appoinment nk kena gi. Mesti boss bising selalu takde kat ofis..huhuhu..nasib le boss..

Saturday, January 22, 2011

Ek eleh...



Sepatutnya 28/01 ni saya akan jumpe doctor untuk direfer ke Hospital Ipoh . Tapi sebabkan saya ada audit dan takut busy tak sempat nak pergi saya call Klinik Desa Bemban tu minta tarikh lain. Nurse tu suruh datang semalam 21/01.

Saya sampai di klinik dalam 9.40pagi. Dekat jam 11 baru sampai giliran saya. Masuk bilik jumpe doktor. Duduk di kerusi yang disediakan.

Doktor tu selak balik buku pink saya dan repeat the same thing pasal condition saya " Awak akan dirujuk ke Hospital Ipoh kerana awak tidak boleh bersalin normal. Kena operate ye..bla..bla..bla..". Itu dari 1st time jumpe doktor tu masa buat buku pink saya dah tau.

Tak sampai 2 minit duduk di kerusi tu, nurse pon cakap "Awak tunggu di luar sekejap ye".
Saya pon keluar. Dalam 10min camtu nurse tu datang bagi buku pink saya balik. Maksudnya dah setel la. Then saya tanya "Kak, surat rujukan atau tarikh untuk saya ke Hospital Ipoh (HBI) tu bila boleh dapat?"
Nurse tu cakap "Sekarang (pagi) kami tak boleh nak call klinik pakar HBI sebab mereka sibuk dan tak layan call. Petang nanti kami call. Bila dah dapat tarikh tu kami kan call adik tak pon amik masa next check up"


EK ELEH...mendidih dibuatnya..

Yang suruh orang datang tu buat apa. Buang masa orang je. Apa motif saya datang ntah...Takde ape hasil pon dapat. Nasib baik le sejam lebih je tunggu. Kalau dibuatnya lama lagi konpem lagi saya bengang!! Tak boleh ke korang siap2kan dapatkan date dari hospital dulu before panggil patient? Kalau panggil patient utk discuss date tu sesuai ke tak mungkin le tak kisah. Tak paham betul la...


Cuba fikir kalau setengah orang tu yg susah nk keluar time waktu kerja. Tak pon apply cuti semata2 nak ke klinik. Apa perasaan dorang. Lagi teruk apply cuti kena potong gaji ke.

En.hubby kata saya baik sebab diam je. Kalau dia lama dah dia sound balik. Malas nak perbesarkan isu..nanti saya kena juga hadap muka dorang utk next check up kan. Bawak bersabor je la..

Saturday, January 15, 2011

Tidur oh Tidur


Dalam minggu ni sudah mula susah nak dapat tidur yang lena. Untuk melelapkan mata tu senang. Cuma suka terjaga tengah malam dan susah nak tidur balik. Kejap2 terjaga. Bangun 2x untuk buat susu Qaseh mmg rutin le kan. Belum campur terjaga bila nk terkucil lagi. Qaseh terjaga nak mintak polok2 lagi. Satu malam tu mesti lebih 5x le terjaga. Adeh...

Malam tadi lagi la susah nak selesakan diri. Ngiring kanan tak kena..kiri tak kena..terlentang pon tak kena. Aiyak..lebih kurang 52hari lagi before nk cesarean ni. Lama lagi tu...

Tapi itulah dah adat orang mengandung kan. Lagipon practice berjaga malam jaga Baby nanti. Cuma saya berdoa sangat2 semoga baby no.2 ni tak susah nak tidur macam Qaseh. Qaseh tu lahir2 dah susah nak tidur. Kalau tak tidur saje takpe ni melalak sekali. Penat dan stress nya tiap2 malam susah nak tidur. Kalau sekali sekala tu paham le kan baby.

Dulu time Qaseh baby saya harap sangat masa berlalu cepat bagi dia besar cepat so kurang penderitaan kitaorg tiap2 malam nak tidurkan dia. Tapi bila dah besar rindu plak moment2 dia masa baby lu. huhuhuhu..

Bukan apa, Qaseh sekarang ni pon susah nak tidur tambah plak nak kena jaga baby no.2 tu lagi. Tak ke double penat & stress. So kalau baby no.2 takde banyak prob..syukur sangat2 le. Moga2 le ye..amin.

Wednesday, January 12, 2011

Minta Pandangan



Saya ada soalan untuk kawan semua. Harap2 boleh bagi opinion korang ye.

Bagi yang mengikuti blog saya mesti dah tau untuk baby no.2 ni pon kena cesarean juga.
Reason: Bersalinkan Qaseh dulu saya ada extended tear 3cm. Jadi Doctor kerajaan yang saya gi check up di Klinik Desa Bemban tu bagitau by week 32 saya akan dirujuk ke Hospital Ipoh untuk setkan date bila nak operate.






Masalahnya kami ni belum konpem nak bersalin di GH ataupon Pusat Rawatan Ar-Ridzuan tu. Reason: "Tabung Bersalin di Ar-Ridzuan" belum cukup lagi.

Plan asal pergi je GH lu utk dapatkan tarikh utk cesarean tu. Then bila tiba masanya kalau baru decide. Cukup duit pergi private tak cukup duit pergi GH.

Tapi doktor tu kata kalau saya plan nak pergi private dia tak rujuk saya ke GH. Bila saya kata tak konpem lagi dia bagi saya 2 weeks utk fikir sebelum jumpa dia balik.

Persoalannya: Takpe ke saya just kata confirm nak bersalin kat GH dapatkan tarikh semua. Tapi last minit tak pergi. Tak bad record ke?? Kot2 esok2 anak no.3 xde rezeki ke private kena gi GH gak kan naya nanti.

Ke camna?? Tengah buntu ni. Help me plss...

Kot sape2 ada pengalaman yg lebih kurang..tak pon sesape yang berkerja dengan hospital ke..Pandangan anda amat saya hargai.

Friday, January 7, 2011

Introducing Our Baby No.2

First gambar yang diambil. Time ni adik Qaseh tengah tidur. Sorok muka.




Adik Qaseh tengah syok hisap jari kaki. Dari dalam perut dah hisap jari kaki. Tak sabar nak ber "adik" ke??
*Pengsan*




Adik Qaseh nak tayang kaki dia sekali.




Nak tayang ketiak plak..huhuhu...syok "sidai ketiak"



Finally gambar muka penuh dari pandangan depan.




Di atas adalah gambar 3D scan adik Qaseh last monday. Qaseh pon dapat tengok live kat screen masa tgh scan tu. Tapi confirm dia tak paham apa2. Muka blurr maybe fikir "Nape Mama baring kat katil tu?" " Sape plak auntie yang usik2 perut Mama tu"..and etc...

Alhamdulillah kedudukan adik Qaseh dah normal balik. Takde melintang dah. Dr. Mimin cakap air ketuban saya banyak. (Bacaan = 13) . Tu sebab adik Qaseh freely nak pusing2 ikut suka dia. Dr. Mimin suggest cepat2 minum air gula tu utk check saya ada kencing manis ke idak. Even air ketuban still level normal tapi kire banyak. Kalau bacaan lebih 20 itu selalunya orang yg ada kencing manis.

Berat baby plak dah 1.2kg. Dr.Mimin kata kire besar juga. Normally dalam 1kg utk 28weeks. So satu lagi tanda2 kencing manis. Selain tu once again tgk gender. Another doktor kata konpem girl..=)

Progress adik Qaseh on track. Uri pon di kedudukan yg normal. Rasanya adik Qaseh ni tinggi skit dari Qaseh. Sbb femur length dia on track ikut week of pregnancy. Tak macam Qaseh yg dulu femur length dia sentiasa pendek setiap kali scan. Tu sebab Qaseh ni cam kurang inci skit. huhuhu..

Untuk 3D scan di Klinik Pakar Dr. Mimin ni RM80 je. Kire murah le juga. Maybe sbb tak detail sangat kot. Detail lagi masa kami scan kat Dr. Divakaran di Ipoh Specialist time preggy Qaseh dulu. Tapi Dr. Mimin ni banyak capture gambar muka baby la..

Updated:

This morning pergi minum air gula.

Bacaan gula dalam darah masa puasa = 4.7
Bacaan gula selepas 2jam minum air gula = 6.1

NORMAL!

Alhamdulillah...takde kencing manis. Moga2 sekali ni je la kena minum air gula. Tak lalu dah. Punyalah tahan nak muntah tadi. Siap balik umah gosok gigi lagi bagi hilang rasa manis dalam mulut. =P

So berat yang naik melampau2 itu adalah kerana???

Ntah..Dah mmg gemuk..huhuhu..

Tuesday, January 4, 2011

Sarat??



Antara urusan yang kami setelkan semalam adalah 3D/4D scan baby no.2 di Pantai Putri. Full story nanti saya blog separately.

Qaseh being so cute sepanjang menunggu giliran telah menarik perhatian sorang IBU ni. Qaseh boleh plak being friendly ngn auntie tu. Cam takde segan2 plak Qaseh. Selalu takut kat orang.


So utk breaked the ice, IBU tu pon start a conversation ngn saya

Dia : Dah sarat eh..berapa bulan
Saya : Eh takde la baru 7bulan
Dia : Laa..sarat le tu
Saya : Ye ke..hahaha


7 bulan dah consider sarat ke kawan2??





Justify FullBagi saya bila dh dekat nak bersalin nanti dalam 36weeks ke atas baru SARAT...hahaha..ke saya yang salah???

Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH HARIMAU MALAYA


Rata-rata orang akan bercerita tentang kemenangan Malaysia ke atas Indonesia semalam dalam Piala Suzuki AFF. Sebagai rakyat Malaysia mesti lah bangga atas kejayaan tu kan. Syabas pasukan Malaysia.

Malam tadi kami tengok match tu kat rumah Along. Sambil celebrate birthday my mum (belated). Saya actually xde le minat bola pon. Tapi dah tv terpasang so tertengok2 le juga. Nasib baik Qaseh well behaved bagi semua orang tgk bola dengan aman nya.

Bila dah menang malam tadi mula lah orang tertanya-tanya esok (hari ini) cuti ke???

Pagi ni dengar berita PM isytihar esok CUTI UMUM....saya tak bleh nak "YAHUUU!!" lagi. Biasa le company swasta ni ikut dia je nak cuti ke idak. So sekarang masih menunggu jawapan dari HQ..

So, sbb esok cuti umum sah2 le klinik desa Bemban tu tutup..sure postponed minum air gula tu....

Anyway, Happy Holidays everybody..Selamat Tahun Baru 2011. Tengok bunga api kat mana?? Kami mungkin tgk kat TV je..hahahaha

Wednesday, December 29, 2010

Pusat Perubatan Ar Ridzuan, Perak

Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh Perak (PPAR) ini popular sebagai Pusat Perubatan Islam di mana tenaga kerjanya semuanya beragama Islam. Ia juga manjadi pilihan bakal2 ibu sebagai tempat melahirkan anak. Pusat ini mempunyai beberapa doktor pakar dalam obstetrician dan gynecologist (O & G). Pakar kanak-kanak pon ada. Even untuk rawatan pesakit luar pon ada.

Sebagai seorang Ibu saya menimbangkan PPAR ini atas beberapa sebab:

  1. Kos bersalin di sini tidaklah semahal Ipoh Specialist dan Pantai Putri.
  2. Boleh memilih doktor dan nurse perempuan dan beragama Islam.



Pusat Perubatan Ar-Ridzuan
No. 9 Jalan Seruan,
Taman Chateau,
30250 Ipoh, Perak.
05 - 243 8311

Berdekatan dengan Impiana Hotel, Ipoh (formerly known as Hotel Casuarina) di Jalan Raja Dr Nazrin Shah (Jalan Gopeng)



Bagaimanapon, PPAR bakal berpindah ke bangunan baru kemungkinan besar tahun depan. Even tahun depan jusy few days away. Tarikh sebenar tak dapat diberitahu lagi. Bangunan baru tersebut adalah di Greentown Business Centre, betul2 terletak dia belakang Greentown Mall. Kalau ke Carpark belakang Greentown Mall tu mesti anda akan nampak bangunan tersebut.

Consultation hours yang saya tau untuk O & G:

Selasa, Khamis & Sabtu
9.00am to 1.00pm

Bagi yang bukan panel hospital dengan PPAR, saya walk in untuk pregnancy check up tanpa ubat-ubatan adalah RM85. Cuma check urine, berat, Blood Pressure dan scan. Mahal ke?? Biasa le private.

Untuk bersalin di PPAR deposit yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Normal - RM 1000
  2. Caesarean - RM 3000

Anggaran total kos pula:

  1. Normal - RM1500 to RM 2000
  2. Caesarean - RM 3500 to RM 4000

Bagi ibu2 yang mencari perkhidmatan ultrascan 3D/4D saya rasa PPAR takde. Sebab masa saya check up dia guna mesin yg normal je. Yang ada Ipoh Specialist & Pantai Putri.

Stop cerita pasal PPAR..skang masuk citer result check up sana di sana.

Melalui hasil scan mmg kedudukan baby saya adalah melintang. Kepala di sebelah kiri perut. Uri di atas, takde masalah. Dan confirm kali ni baby girl. Bila doktor berani kata confirm tu..betul le kot. Kecuali kuasa Allah kan. Berat baby pon on track dalam 1kg.

Saya ada juga bertanya tentang tarikh untuk caesarean. Doktor kata selalunya 2weeks before due date. Dalam 38weeks. Target date yang diberi oleh doktor adalah 08/03/11.

Next appointment is on 22/2/10 masa tu nak masuk 36weeks dah.

Tadi bawa resit bayaran check up ke admin tanya boleh claim ke idak dia kata boleh..YAHUUUU!!... Maybe sbb xde mention "PAKAR" kat resit tu. hahaha..kalau ISH & Pantai Putri awal2 kena reject bukan boleh claim unless ada referral letter dari panel doktor.

Tuesday, December 28, 2010

Check up 28weeks..



Hari ni pergi check up for 28 weeks. Terawal 2 hari sebenarnya. Tapi dah nurse set date 28/12/10 saya pon gi klinik le pagi tadi.

Result check up berat badan dengan jayanya naik lagi 2kg. Nurse dah bising2 sbb kata banyak sangat naik dari 12 weeks ke 28weeks saya dah naik 7kg. huhuhuhu...Dia soh kurangkan carbohydrate dan mende manis2 le kan. Jumaat ni kena datang balik untuk minum air gula tu. HB plak turun mendadak. Dari 13.4 tadi 11.8 je. Nurse suggest amik Iberet untuk ganti Obimin yang saya sedang amik. Katanya Iberet lebih sesuai untuk tambah darah.

Kedudukan bayi plak melintang. Patut le bangun pagi tadi rasa perut cam tak selesa. Keras semacam je. Kepala baby di sebelah kiri. Tapi tak perlu risau katanya. Sebab awal lagi, baby akan pusing balik. Lagipon saya kan mmg confirm operate nanti. Bukan leh normal pon.


Setel sume dalam 8.40pagi. Saya dapat time chit smpai kol 10pagi.


So decide nak pergi usya Pusat Perubatan Ar-Ridzuan. Cadang mahu bersalin di sana kali ni. Tapi kalau google mmg tak banyak info pasal Ar-Ridzuan ni. Tak jumpa plak dia punya website. So tadi dah berkesempatan ke sana. Saya akan blog separately. So, next time kalau ada sesape google carik info pasal Ar-Ridzuan ni terjumpa blog saya..senang skit kan. Even tak banyak info at least bleh tau overview skit kan.

till then...

Wednesday, December 15, 2010

100 days to go..



Yahoo!!!
Pejam celik pejam celik tinggal 100 hari je before due date.
Maybe awal skit kot
Tapi tak kisah lah janji we both sihat walafiat.


Persiapan belum buat apa2 lagi.
1 barang pon belum beli.
Maybe separuh barang boleh recyle barang2 Qaseh.
Tu pasal boleh relax2 tak fikir lagi nak beli barang2..

To be safe..
by 7months nanti nak prepare skit2 barang2 for hospital bag.
Itu yang penting lu kot2 terbersalin awal plak.
Yang lain2 nanti2 pon boleh beli.

Sy masih selsema, sakit tekak dan kepala ada skit weng..
Better gi klinik jap lagi..