Showing posts with label Ar-Ridzuan. Show all posts
Showing posts with label Ar-Ridzuan. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Viral Infection



Khamis petang yg lepas kami bawa Hannah ke Ar-Ridzuan. Setelah risau seminggu demam tak kebah2 lagi.

Hannah yg jenis mmg tak mahu kat orang sangat, belum ape2 dah start melalak. Doktor baru nak check dada dia dah menangis macam kena cucuk. Belum cucuk lagi tu. Masa tengah amik darah usah cakap le betapa kuatnya dia melalak. Meronta2 nak lepaskan diri.



Bila doktor explain bila demam mcm ni ada 2 possibilities. Samada viral infection tak pon denggi. So dia bg option kat saya samada nak test darah or just makan antibiotik dulu. Kalau tak baik juga btg balik utk test darah. Tapi dah alang2 sampai situ better test terus. Biar tahu dari awal senang nak rawat.

Test result alhamdulillah bukan denggi. Tapi sel darah putih tinggi dari paras normal dan sel darah merah rendah dari paras normal. Menunjukkan mmg viral infection. So kena habiskan antibiotik dalam 5 hari. Kalau tak kebah juga demam konpem kena warded untuk monitor sakit lain pula.

Ya, Allah minta2 le kebah demam si Hannah ni. Tak sanggup tgk dia sakit kena pasang IV. Kesian. Mama yg dah tua ni pon bila buat IV rasa sakit ya amat. Lagi le baby cam Hannah. T___T

Cepat sehat ye sayang. Makan le ubat elok2. Tak mau sembur2 keluar. Camner nak sehat kalau gitu...

Kenapa kami ke Ar-Ridzuan??

Sebab Hannah lahir di sana, record dia ada di sana. Senang. Paed pon OK. Servis yg kami dpt pon OK. Tak tau le pengalaman orang lain kan. Yg penting fees dia tak mahal sgt compare tu private hospital yg lain. Yela kami ni bukan ada panel. Semua keluar dr poket sendiri lu. Then baru leh claim. Kalau pergi ISH/Pantai tanpa referral letter dr panel clinic, sampai mati le tak dpt claim balik. Nasib baik Ar-Ridzuan punyer resit takde mention "PAKAR" so senang2 boleh claim. Alhamdulillah...

Thursday, October 27, 2011

Pah Nah ke Ar-Ridzuan


Semalam belum lagi kol 12tgh Mak called
Tanya free tak nak minta tolong bawa mak ke Ar-Ridzuan
Mak kata kaki sakit sangat.
Then Mak tanya mahal tak kalau pergi Ar-Ridzuan

Dah mak sakit mestilah boleh bawakan..
Tak free pon boleh usaha juga kan..
Then mahal ke tak rasanya masih mampu le kan.
Lepas setel masak & makan
baru gerak gi ambil Mak
Around 3ptg juga le.
Dengan 2org anak kecik ni tak pernahnya dapat siap cepat2..



Sampai2 takde orang langsung
Lagi2 le Public Holiday kan.
Sampai2 terus boleh masuk.
Sementara tunggu mak, kami cam whoring kejap..
Gambar anak2 je la..
Maknya camera shy skit..hahaha



Setel sume mak ada mention kena injection
Ubat tahan sakit rasanya
Then dapat juga ubat tablet.
Saya pon pergi kaunter untuk jelaskan bil
Total bil RM23.90 jer..
Dalam hati aish..murah pula.



Bila bgtau en.hubby & mak
Dua2 tak percaya
En.hubby siap suruh pergi kaunter check balik
kot2 dorang silap
Pergi check balik kaunter tu cakap mmg betul
Tanya juga kot2 ada rate special utk warga emas ke
katanya takde. Rate biasa je.



Mak cakap kalau pergi klinik biasa
Kalau cucuk saje dalam RM45
Ubat + cucuk mahu dalam RM70
Saya pon masa nak bayar dah stanby RM100
Ingat total bil around tu juga kan.



Tapi kan apa le sangat duit dan masa kan
Yang penting bagi mak kurang sakit.
Sebab nak kata hilang sakit tu..susah skit la
Mak dari dulu mmg sakit je kaki tu
Antara sakit cam biasa or sakit sampai nk jalan pon susah

Actually mak sakit tu antara sebabnya terlebih bergerak & active
sebab jaga Qaseh & Hannah for the past 2 weeks
Mmg dari awal risau juga larat ke mak jaga
Tapi mak kata dah cucu sendiri..kena kuat laa
Then mak tak harap nak bagi orang bela
Yela Qaseh & Hannah dah biasa dijaga oleh Opah je.
Ahli keluarga sendiri je kan.

Ada lagi sebulan baru Opah balik dari Mekah.
Doakan mak saya sehat macam selalu.
Susah hati mak sakit2..
Susah hati juga anak2 sape nak jaga.
Kadang2 terfikir juga option lain untuk jaga anak2.
hhhmmm...

Wednesday, December 29, 2010

Pusat Perubatan Ar Ridzuan, Perak

Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh Perak (PPAR) ini popular sebagai Pusat Perubatan Islam di mana tenaga kerjanya semuanya beragama Islam. Ia juga manjadi pilihan bakal2 ibu sebagai tempat melahirkan anak. Pusat ini mempunyai beberapa doktor pakar dalam obstetrician dan gynecologist (O & G). Pakar kanak-kanak pon ada. Even untuk rawatan pesakit luar pon ada.

Sebagai seorang Ibu saya menimbangkan PPAR ini atas beberapa sebab:

  1. Kos bersalin di sini tidaklah semahal Ipoh Specialist dan Pantai Putri.
  2. Boleh memilih doktor dan nurse perempuan dan beragama Islam.



Pusat Perubatan Ar-Ridzuan
No. 9 Jalan Seruan,
Taman Chateau,
30250 Ipoh, Perak.
05 - 243 8311

Berdekatan dengan Impiana Hotel, Ipoh (formerly known as Hotel Casuarina) di Jalan Raja Dr Nazrin Shah (Jalan Gopeng)



Bagaimanapon, PPAR bakal berpindah ke bangunan baru kemungkinan besar tahun depan. Even tahun depan jusy few days away. Tarikh sebenar tak dapat diberitahu lagi. Bangunan baru tersebut adalah di Greentown Business Centre, betul2 terletak dia belakang Greentown Mall. Kalau ke Carpark belakang Greentown Mall tu mesti anda akan nampak bangunan tersebut.

Consultation hours yang saya tau untuk O & G:

Selasa, Khamis & Sabtu
9.00am to 1.00pm

Bagi yang bukan panel hospital dengan PPAR, saya walk in untuk pregnancy check up tanpa ubat-ubatan adalah RM85. Cuma check urine, berat, Blood Pressure dan scan. Mahal ke?? Biasa le private.

Untuk bersalin di PPAR deposit yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Normal - RM 1000
  2. Caesarean - RM 3000

Anggaran total kos pula:

  1. Normal - RM1500 to RM 2000
  2. Caesarean - RM 3500 to RM 4000

Bagi ibu2 yang mencari perkhidmatan ultrascan 3D/4D saya rasa PPAR takde. Sebab masa saya check up dia guna mesin yg normal je. Yang ada Ipoh Specialist & Pantai Putri.

Stop cerita pasal PPAR..skang masuk citer result check up sana di sana.

Melalui hasil scan mmg kedudukan baby saya adalah melintang. Kepala di sebelah kiri perut. Uri di atas, takde masalah. Dan confirm kali ni baby girl. Bila doktor berani kata confirm tu..betul le kot. Kecuali kuasa Allah kan. Berat baby pon on track dalam 1kg.

Saya ada juga bertanya tentang tarikh untuk caesarean. Doktor kata selalunya 2weeks before due date. Dalam 38weeks. Target date yang diberi oleh doktor adalah 08/03/11.

Next appointment is on 22/2/10 masa tu nak masuk 36weeks dah.

Tadi bawa resit bayaran check up ke admin tanya boleh claim ke idak dia kata boleh..YAHUUUU!!... Maybe sbb xde mention "PAKAR" kat resit tu. hahaha..kalau ISH & Pantai Putri awal2 kena reject bukan boleh claim unless ada referral letter dari panel doktor.