Wednesday, June 8, 2011

Hannah: Check up 3bln + demam



Isnin hari bawak Hannah ke Klinik Desa Bemban untuk check up 3bulan. Even kalau ikutkan 10hb nanti baru Hannah cukup 3 bulan. Dah Klinik kasi tarikh 6/6 so kita ikut je la kan.

Macam biasa untuk ke klinik tu terpaksa angkut Opah & Qaseh sekali kan. Sebab Mama drive so Opah kena pegang Hannah. Dah Opah ikut mesti le Qaseh kena ikut.

Berat Hannah dah naik 1kg dalam masa 4minggu jadi 6.4kg. Tgk Hannah ni takde le sedebab kakaknye dulu. Tapi badan keras je. Sedap dukung dia. Panjang dia lebih kurang Qaseh dulu. Mmg anak-anak Mama ni 'kurang inci' skit. Dah Mak Pak pon bukan tinggi mana kan..

Setel hal klinik hantar dorang balik rumah, Mama masuk ofis balik.


Budak demam nak ngempeng je

Pagi esoknya (semalam), Mama dah siap pakai baju kerja semua tinggal nak pakai tudung je. Hannah yg sememangnya demam tu muntah2. Bukan sekali tapi 3x. Berat hati plak nak pergi kerja. Kesian tgk anak camtu. Tapi kerja berlambak kat ofis. Bila en.hubby tanya "Kerja gak ke?" terus masuk bilik tukar baju balik. huhuhuhu..Itulah kebanyakan Ibu2 .. bagi mereka anak lagi utama dari kerjaya.

Tapi demam Hannah xde le teruk mana. Suhu sekitar 38C je. Pagi tadi rasa badan dia dah tak panas. Alhamdulillah...



Dah ngempeng terus Zzzzzzz

4 comments:

m@y said...

Aku x bawak lagi Khayla gi cucuk 4 bulan pneumococcal dia huhuhu.. paed ckp +- nk cukup bln tu bley je bwk.Xyah nak tunggu genap hari br nk bwk cucuk pun xpe.

Puan ApasH said...

May:

tu arr..selalu nurse kt KD Bemban tu pon just kira 4 weeks dari tarikh last cucuk. Tak kira dah cukup ke idak.

pneumococcal utk hannah aku belum buat lagi. Ingat after 6bln kot. Sebab kesian kalau kena cucuk 2x sebulan. After 6 bulan kan takde cucuk sampai le umur setahun. So bleh le cucuk pneumococcal tu..

nieda said...

get well soon..kalau baby demam as a mom tak lena tidur dibuatnya.

Huda said...

sian hannah..mmg kan kak, anak demam, ibu mana yg x sedih :) alhamdulillah dh sihat hannah.