Thursday, March 31, 2011

Buat Stok

Menu tetap sepanjang berpantang ni adalah ikan haruan & Ikan bilis. Bukan murah tau 2 mende ni. Ikan haruanapi kalau di pasar Batu Gajah sekilo RM13. Tapi susah nak dapat. Mende nye skit tapi permintaannya banyak juga. Kebanyakan orang yg lepas bersalin or lepas operate yg selalu carik Ikan Haruan ni.

Bila Ikan haruan takde stok, jadinya menu saya akan beralih ke Ikan Bilis la. Ikan bilis goreng saje. Sebelum bersalin haritu dah beli. Tapi beli 1/2kilo je. Actually saya ni cerewet skit. huhuhu..bukan sume ikan bilis ni sedap digoreng saje. Kalau yg jenis besar tu keras..kadang2 liat. Kita dah le makan nasi + Ikan bilis goreng saje kan. So biar le ikan bilis tu kena dgn selera saya.

Alhamdulillah ikan bilis yg kena dengan citarasa saya boleh dibeli di Pasar Malam Batu Gajah setiap hari Selasa tu. Selasa baru ni saya minta en.hubby belikan terus sekilo. Buat stok sampai habis pantang. hahaha..Yela kan takde susah2 nak kena gi pasar malam tu setiap minggu.


Ikan Bilis ni sekilo RM35. Tak mahal sangat dan takde le murah. Okle tak perlu le nak ke Lumut semata2 nak beli ikan bilis kan. hahaha..

1 comment:

Huda said...

huda pun x igt apa makanan time pantang dulu? mak huda prepare sume..tp yg pasti black pepper mesti ada dalam ramuan dia :) sedap je makan :)