Tuesday, March 22, 2011

The Arrival of Baby Hannah


09 March 2011

Kami beramai2 tiba di Ar-Ridzuan dalam jam 9pm. Terus kami dibawa ke tingkat 4. Staff situ bagi saya bilik 405 sebab luas senang untuk stretcher masuk utk bawa saya ke OT and transfer balik ke bilik. Lepas tukar baju sume terus pergi buat CTG. Setel CTG nurse terus shave area nak kena potong tu. Lepas tu terus bagi ubat kasi buang air besar tu. Setel sume terus perut rasa tak sedap weh. Nasib baik bilik saya sebelah je ngn bilik buat CTG tu. Sempat le ke toilet. Kalau tak.....

Family lepak2 dalam bilik sementara saya gi wat CTG


Lepas sume dah balik, turn saya & en.hubby posing2 plak. huhuhu

10 March 2011

Hari kami bermula seawal 5pagi. Bangun mandi siap2 sebab nurse cakap dalam kol 6pg akan buat IV and start masuk air. Nurse datang lambat skit so sempat Subuh dulu before buat IV. Tak suke betul IV ni awal2 tu sakit lama2 baru ok. Setel sume saya try relax2 and ingat nak lelap kejap sebelum kol 8.30am. Tapi sebabkan dah hati penuh dengan macam2 perasaan mana le bleh lelap mata ni.



Dalam kol 8pg lebih my mum, MIL, SIL & Qaseh pon sampai. Tak lama pastu nurse pon dtg bagi ubat mcm air ape ntah tapi masam katanya untuk elak gastrik. Kata dah puasa dari kol 12tgh mlm. Setel je minum ubat tu dorang dtg nak usung saya ke OT dah. En.hubby teman sampai depan pintu OT je. Sempat le salam cium tangan en.hubby dulu.


Gambar terakhir perut sebelum czer


Process nya rasa pantas sangat. Dari atas stretcher transfer ke katil OT. Usung ke OT. Jumpe doktor bius. Dorang buat sume preparation. Then saya diminta duduk peluk bantal tu untuk cucuk kat tulang belakang utk bius. Sakitnya lebih dari buat IV tapi still boleh tolerate le kan. Lgpon b4 this dah pernah rasa dh. Dalam few seconds dah tak terasa kaki dah.

Tak lama pastu dengar Dr. Raoofah masuk OT and process belah perut pon bermula. Masa tgh toreh perut tu dengar Dr. Raoofah tu bgtau doktor bius tu something dan perkataan "Teribble" yg saya dapat tangkap. Dr. Raoofah minta doktor bius tu dtg tengok. Tengok perut saya rasanya. Tertanya2 gak ape yang 'teribble' nye??

Bila time dorang nak tarik baby keluar macam susah skit. Baby mmg saya rasa dia mengeras je sebelah kiri since subuh tu. Sorang nurse datang kat kepala saya dan cuba tolak perut saya dari atas. Masa sessi tolak2 tu saya dah mual ya amat. Nak muntah sesangat tapi ku tahan Jebat!!

Tak lama lepas tu doktor bius tu take over kerja tolak perut saya tu dari nurse tu. Alhamdulillah tak lama pastu dengar baby nangis. Sepanjang process tu saya yg tgh tahan muntah mmg pejam mata kuat2 sambil berdoa moga2 anak saya sehat dan dia nangis bila keluar. Kalau keluar senyap je mau tak risau!!

Setel baby keluar Uri pon dah kuar mula process jahit plak. Rasa nak muntah tu mcm tak terbendung lagi. Tiba2 ade sorang nurse datang tanya "kenapa Puan?" Inform le nak muntah. Maybe dia perasan muka saya yg tak tau rupe ape ntah time tu. hahaha..last2 dia amik bekas then kata kalau nak muntah, muntah je. Tak perlu tahan. Maybe time tu doktor dah jahit lapisan dalam kot. Sbb time Qaseh dulu saya pon nak muntah gak. Tapi doktor bius GH tu kata "Kalau awak nak isi perut awak keluar, muntah le" tu yg terus tak jadi nk muntah time Qaseh lu.

Pendek cerita keluar le segala isi perut yg kosong. Ape yg ada kan kata dah puasa. Even dalam perut kosong banyak gak yg keluar. Sebotol air garam tu juga muntah saya. Setel muntah nurse tunjuk baby tanya baby ape. Baby girl le kan. Tapi kali ni sempat gak nampak muka baby. Time Qaseh lu nampak toottt je. huhuhu..



During recovery time tu cuba lelap mata tapi still tak boleh. So sembang juga le dengan nurse yg jaga saya time tu. So dia buka cerita pasal keadaan perut saya. Di mana Dr. Raoofah kata "Teribble" tadi. Nurse tu explain Dr. Raoofah tadi susah nak potong ikut parut lama sebab perut saya cantum tak cantik. Tak cantum ikut lapisan yg biasa. Tu pasal dorang amik masa time belah perut saya. Nurse tu kata kalau style Dr. Raoofah dia akan jahit selapis selapis. Style doktor GH lain kot kata nurse tu lagi. Bila dah bersembang tak rasa lama recovery time tu.

Sedar2 dah kena tolak ke bilik balik. Sampai bilik rupanya baby dah ada kt bilik dah. Papa baru pas setel azan & Iqamat time saya tiba di bilik. Nak dukung baby tak boleh lagi sbb ubat bius tak abih lagi mana nak duduknye. So suruh en.hubby letak kat tepi bawah ketiak. huhuhu...


Tak sabarnya nak boleh duduk then nk dukung baby. Bila sume dah tgk baby. Nurse amik baby and dorang tolong jaga suruh saya berehat. En.hubby balik umah utk uruskan uri. My mum yg temankan saya di Ar-Ridzuan.
Finally Qaseh meet her baby sister

Overall process czer kali ni rasa cam senang sangat sebab takde sakit2 contraction before tu. So badan rasa kuat je. Takde le lembek je cam dulu. Lagipon czer belah pagi so lepas czer tu langsung tak bleh nak tidur. Try lelap mata pon tak boleh. Sekadar berehat pejam mata je la. Kali ni pon xde rasa lalok2 pon.

Sepanjang hari langsung tak tidur. Padahal bangun kol 5pg..Malam tu dalam kol 12tgh malam baru le rasa nak tidur. Tidur kat spital ni mana boleh lena kan. Sebab kejap2 nurse dtg check BP amin temperature lagi. Ganti air garam. glukose la..Lagipon hati ni excited nak tunggu setel masukkan air sume. Baru bleh bangun. Dah bangun maknanya boleh le dukung baby!!!...

Qaseh Nur Hannah binti Azmar Fazly

2 comments:

Rizziela said...

Seram ajer bila dengar bilik bedah ni...saya pun dulu kena czer gak..

Sha@Mama Tina said...

panjang juga perjalanannya kan..tertanya2 saya apa rasanya czer sebab waktu bersalin Tina saya normal.. :)