Saturday, December 4, 2010

Anjing..oh..anjing..

Satu isu yang membuat saya susah hati. Aiyoooo....

Kisahnya begini...

Kilang saya boleh dikatakan penuh juga dgn anjing. Kemungkinan lebih dari 10 ekor. Beranak pinak..Hidup dan mati di kilang ini dari dulu lagi. Tidak tahu sudah berapa generasi. Suatu masa ketika ramai pekerja asing dari Vietnam yang bekerja di sini isu anjing ini agak berkurangan kerana warga Vietnam memang diketahui suka dengan anjing ni.

Tapi itu kisah semasa saya belum berkerja di kilang ini. Selama 3 tahun lebih saya bekerja di sini dan terus dilantik menjadi Secretary Safety Committee, isu anjing ini tidak pernah selesai. Sudah banyak kali pekerja Islam membuat aduan tentang masalah anjing yang berak di kawasan tempat mereka kerja. Apabila saya menyuarakan aduan kepada management Kilang tiada respon yang baik untuk menangani isu ini. Patut lah isu ini tidak pernah selesai dari sebelum saya bekerja di sini lagi. Dua orang Manager di Kilang saya ini bukan beragama Islam.

Sehinggalah baru2 ini berlaku rombakan dalam Management Kilang di mana terdapat seorang lagi Manager yang lagi tinggi pangkatnya yang beragama Islam telah memberi arahan untuk menghapuskan anjing2 tersebut. Saya paham dengan pandangan Manager tersebut bagaimana anjing2 ini merosakkan imej Kilang. Sebab anjing2 ini dengan selamber nya melepak2 betul2 depan foyer pintu masuk ofis. Bukan seekor tapi kadang2 sampai 2-3 ekor sekali. Bukan takut dengan orang dia boleh buat 'dek' je.

Manager baru tersebut menekan isu itu kepada saya dan pastikan selesai sebelum Board of director datang untuk visit & audit. Saya sebagai secretary merujuk kepada Chairman tetapi sekali lagi dia teragak2 untuk membuat keputusan. Risau tentang bayaran yang akan dikenakan dan bimbang jika Majlis Daerah menemui sesuatu di Kilang yang melanggari peraturan lalu akan disaman.

Tidak tahan kerana asyik ditanya bagaimana status isu anjing saya terus membuat surat permohonan kepada Majlis Daerah untuk datang ke kilang kami dan menangkap anjing tersebut setelah memastikan tiada bayaran yang akan dikenakan dan cukai taksiran kami tiada masalah. Saya kemukakan surat permohonan rabu lepas. Dan hari ini (sabtu) penguatkuasa majlis daerah datang terus menembak anjing.

Suasana agak kecoh kerana kami agak terkejut kerana tidak dimaklumkan lebih awal dengan kedatangan mereka. Selain itu kami ingat mereka akan tangkap saja anjing dan bukan TEMBAK. Lagipon mereka menggunakan senapang dan peluru untuk menembak anjing. Dari segi keselamatan ia agak membimbangkan kerana pekerja kilang sedang bekerja di sekitar kilang dan kami tidak berpeluang untuk memaklumkan kepada mereka.

Selain itu, terbit rasa kasihan melihat anjing2 tersebut ditembak. Terasa kejamlah pula. Sebagai orang yang menghantar surat permohonan tersebut saya rasa bertanggungjawab. Pihak majlis daerah menerangkan policy mereka hanya menembak bukan menangkap anjing. Di situ kita boleh tahu berlaku communication breakdown antara saya dan pihak majlis. Kerasna sangkaan kami anjing2 tersebut akan ditangkap bukan ditembak.

Selepas berbincang dengan manager kilang untuk mendapatkan pandangan dia samada mahu meneruskan kebenaran menembak atau batalkan saya pula yang dimarah. Kerana saya tidak check betul2 tentang method yang mereka akan gunakan. Mungkin salah saya di situ. Tapi bagi saya pihak majlis sepatutnya memberitahu yang mereka akan menembak bukan menangkap. Perkara dah terjadi nak buat camne lagi kan.

Terus saya membuat keputusan sendiri berlandaskan isu keselamatan dan memohon maaf kepada pihak majlis daerah di atas kekeliruan yang berlaku. Saya juga tidak mahu bertanggungjawab jika berlaku aduan berlaku kejam terhadap anjing2 tersebut. Betul2 rasa bersalah. Bagi saya jika saya mendapat sokongan dari pihak management bagi menyelesaikan isu anjing ini dan terdapat method lain yang boleh digunakan selain menembak anjing2 ini, mungkin saya lebih 'firm' dengan keputusan menghapuskan anjing di kilang ini.

Akhirnya hanya 2 ekor anjing dewasa & 1 anak anjing telah ditembak sebelum sempat saya meminta diberhentikan. Sekarang terdengar salakan anjing yang terselamat mungkin menangisi 'pemergian' kawan atau ahli keluarganya.

Bagaimanapon, isu anjing ini masih tidak selesai. Seperti putus asa dan malas mahu masuk campur. Pihak atasan masih mahukan "action plan" dilaksanakan sebelum Board of directors datang. Kalau ikutkan hati demi menyelesaikan masalah, saya keringkan hati bagi tembak saje. Tapi perasaan belas kasihan masih wujud kerana ia berlaku di depan mata. Kalau berlaku tanpa pengetahuan saya mungkin tidak terasa sangat.

Aiyooo...apalah nasib. Dari dulu aku tak nak jadi Secretary ko paksa juga. Nak resign jadi secretary pon ko tak terima. Benti keje jela senang citer. Keje tempat lain. Abih cerita.

Lain majlis daerah lain method yang digunakan. Majlis perbandaran Seremban akan menangkap anjing dahulu sebelum dihapuskan. Local authorities kat tempat korang camne plak ye?? Ape method yang dorang guna???

Beberapa link yang saya jumpa mengenai isu tangkap anjing ini.

1. Cara baru untuk tangkap anjing
http://www.ehoza.com/v4/forum/isu-semasa-2008/32127-cara-baru-tangkap-anjing-liar.html

2. Majlis Perbandaran Selayang tawar RM15 setiap ekor yang ditangkap hidup2.
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Ogos03%201d.htm


3. Pandangan mazidul tentang isu anjing liar
http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/03/di-antara-hak-anjing-dan-keselamatan.html?

2 comments:

Ibu Ilyanie(s) said...

susah gak masalah cenggini kan.. berbelah bahagi between rasa belas dan tanggungjawab utk ikut arahan pihak majikan.. tp rasa tak puas ati gak yg mgr baru tuh nape tak bantu cari jalan bersama2 sbb itu tanggungjawab dia gak... premis kilang under jurisdiction dia kan.. takleh la nak harap sec yg buat keje bg abis...

Puan ApasH said...

puterihannan:

Manager baru tu dah bg guidelines untuk contact local authorities untuk tangkap anjing. Itu yang saya buat. Cuma tak sangka datang menembak.

Cuma yang terkilan sume perkara serah bulat2 suruh saya buat. Bila ada isu kena buat decision pon refuse nak bagi decision.