Wednesday, December 29, 2010

Kek Marble

2 hari lepas sempat bake 1 cake. Resepi dapat dari Mat Gebu. Tapi macam tak berapa puas hati la. Di mana silapnye ye.

Bila tengah bakar naik cantik gile. Bila biar sejuk dia turun balik macam mengecut pon ada. Last2 tinggal separuh tinggi loyang ye.

Saya guna loyang yg sama dgn Condensed Milk Pound Cake aritu. Surface mmg smooth la. Cuma kek cam 'bantat'..actually xde le bantat sangat pon. Cuma tak berapa nak gebu beb. I prefer kek gebu2 nie..eceh..

Orang lain buat ok je..nape saya buat tak jadi. Confius2...Yang confirm terkurang serbuk koko tu sebab cam coklat dia light je. Terlebih ovallete ke? Guna timbang biasa ni kalau berat ringan sangat cam tak berapa nak accurate. Kalau yg digital tu dia sensitif skit.


Surface yang smooth..





Source resepi adalah dari SINI

Bahan-bahan:


240 g unsalted butter
10 g ovallate
4 biji telur gred A
220 g gula halus
240 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
60 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
20 g serbuk koko
20 ml air suam
Secubit garam (tak perlu garam jika guna "salted butter)

Cara-cara:

  1. Putar mentega dan ovallate hingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis, masukkan esen vanilla, putar rata.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.
  4. Sudu kan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko, buat hingga siap. Gunakan pisau atau chopstick, buat beberapa pusingan. Bakar 50 - 60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2....
Overall takde le tak sedap. Cuma saya percaya saya boleh buat yang lagi bagus. =)

1 comment:

Huda said...

sedap je tgk kek marble tu kak..huda preggy2 ni kan duk nak makan manis2 je..adeh..