Tuesday, December 21, 2010

Enchiladas version Pn. ApasH



Couple of weeks ago saya jumpe resepi ini di blog Resepi Citarasawan. Enchiladas tu nampak sungguh tempting. Rasa nak try sesangat. Tapi en.hubby tak makan daging so...tak boleh le buat sejibik resepi itu.


Minta izin ye tuan punya blog untuk saya tepek gambar yang sungguh tempting itu.


So, dengan berpandukan otak dan pengalaman saya yg skit sgt ni kita improvised skit. Bagi memenuhi selera kami sekeluarga.

Dalam blog asal dia guna roti tortilla. Saya tak jumpe roti tortilla yang jumpe roti prata je..hentam saje janji seakan2..Basic idea resepi ni..inti yang sedap digulung dalam Roti tortilla kemudian bakar.

So dengan basic idea tu saya hentam buat inti sendiri. Ni style campak2 je..takde sukatan2 ye..main ikut sesuka hati je...then rasa le ye puan2 kang tak sedap membazir saje.

Bahan-bahan:

Udang dibuang kulit dan dipotong kecik
Cendawan Butang dalam tin dihiris
Bawang besar dipotong dadu. Banyak bawang pon sedap.
Bawang putih dihiris.
Cabai kering yang diblend. Ikut tahap pedas korang.
Sos Traditional Preggo.
Tomato dipotong dadu
Capsicum dipotong dadu.
Garam secukup rasa.

Cara-cara:

Inti Udang:

  1. Tumis bawang besar & putih.
  2. Masukkan cabai blend dan biar sampai cabai masak sepenuhnya. Kalo tak nanti sakit perut.
  3. Tambahkan sos Preggo.
  4. Agak2 dah sedikit kering masukkan udang.
  5. Bila udang nak dekat masak masukkan cendawan, tomato & capsicum.
  6. Kacau sebati sehingga kering. Tak nak basah2 sangat tak sesuai sebagai inti.
  7. Garam jangan lupa plak ye kawan2..

Roti Prata :

Keluarkan roti prata dari fridge tak perlu defrost dulu. Terus masak atas kuali leper. Boleh letak sedikit butter dekat kuali kalau mahu. Agak2 garing skit bleh angkat.

Enchiladas version saya:

  1. Letak inti atas Roti Prata kemudian gulung. Letak dalam loyang pembakar. Repeat step ikut bape banyak korang nak makan la.
  2. Ikut version asal Enchiladas sapu sos cili/tomato kat Roti Prata yang dh siap digulung then baru tabur cheese.
  3. Saya tak sapu sos pon cuma letak cheese je la.
  4. Then bakar sekejap dalam oven sampai cheese dah brownish.

Ni hasil Enchiladas saya yang gambarnya tak berapa tempting tapi sedap.




Yang ni closed up skit..

Makan time panas2..mmg sedap!! Masa roti tengah rangup lagi.


Bagi yang tak tau apa itu Enchiladas?? Korang google le sendiri..hehehe...

1 comment:

eB@mamaAerish'n'Aed said...

pergh dasat tuh... nak cuber gaks... tq apash... :)