Friday, December 3, 2010

Pengantin vs Pengantin kecik


Agak basi update kisah Wedding Along. Tapi tak syok kalu tak update sebagai memori. Disebabkan idea yang datang hanya time majlis sambut menantu di sebelah lelaki..saya update tu dulu le ye.

Majlis berlansung pada Ahad 21/11/10. Sehari selepas majlis di sebelah perempuan. Parit ngn Ipoh bukan jauh sangat so bleh buat sekali harung tak yah tunggu minggu depan or bulan depan. =)

Cuaca pada hari tu punya lah panas. Berpeluh usah cakap la. Berkilat2 muka den yg mmg dah jenis berminyak ni..

Belah lelaki buat simple2 je tapi yang penting DJ & karaoke ade. hehehe..Meriah le kan..Menu mmg masakan kampung. Kerabu taugeh, Kari Daging, Ikan masin bulu ayam dan kalau tak silap pisang masak lemak.

Saya ni mmg jenis yg tak makan kerabu dan masak pelik2 cam pisang tu. So pilihan saya kari daging dan ikan masin. Ikan masin yang best tu. Selain tu ada gak bubur gandum sebagai pencuci mulut.

Inilah gambar complete family belah saya. Jarang dapat bergambar cam ni. Masa kat majlis umah Along pon tak dapat gambar sumer sekali sebab masing2 dok busy.



Pengantin yang kusyuk makan cam tgh lapor gile..hahaha..



Inipon mamat yang mmg tengah kelaparan. Padahal menu bukan ada ayam. Tiba2 boleh plak ada ayam dalam pinggan dia. Sah2 pow lauk pengantin ni..Dia juga seorang yang nak makan kalau boleh nak ayam saje. Sampai kalau boleh nak kek yang dibuat dari ayam. Siapakah mamat ni?? Inilah Paksu Qaseh aka my bro.



Mama & Qaseh posed for Papa..tapi macam biasa susah betul minah kenit ni nak tgk camera.



Inilah pengantin kecik...hehehe..Qaseh & E'an. Cute gile bagi dorang sanding..hahaha..


2 comments:

azzey said...

betul punya lapor pengantin tu!

Puan ApasH said...

azzey:

gamaknye le..time saya jadi pengantin lu tak berapa nak makan. Setel kenduri baru rasa kebulur ya amat..hahahaha