Friday, July 15, 2011

Hujung Minggu Ini



Dua event penting untuk hujung minggu ini. Penting untuk saya ler. huhuhu.. Pertama, saya akan pergi kelas buat kek lagi dengan Kak Zai. Saya ambil kelas intensive Sabtu dan Ahad. Kirenye belajar 2 jenis kek plus fancy cookies dan extra kak zai akan ajar apam polkadot kalau ada masa ler.



Maybe pada orang lain kata macam takde yg best pon. Tapi bila kita dapat buat sesuatu yang kita minat pastilah seronok. Contoh orang suka memancing. Saya yang tak suka memancing sure kata bosan ler kalau orang ajak saya gi memancing. Macam tu le kekdahnya...huhuhu




Satu lagi event penting weekend ini adalah birthday tuan tanah uolls. Kali yang terakhir menyambut birthday dalam kelab 2 series. Next year dah kena register masuk club 3 series ye puan-puan. Alahai cepat betul masa berlalu. Rasa dok terlompat2 kat tengah padang dok main netball kat sekolah dulu. Tup..tup..dah beranak dua pon.

Birthday tahun ni kira jimat skit. Tak perlu lah kalau en.hubby nak belikan kek birthday untuk saya. Sebabnya saya kan pergi kelas buat kek ngn kak zai. Bukan 1biji malahan akan bawak balik 2 biji uolls. Siang nya pergi buat cake. Malam kita cucuk lilin dan buat acara potong kek. huhuhu... Makan sampai muak..

Mesti korang sumer dah bosan kan si Puan Apash ni asyik2 cerita pasal kek je. Maaf ye para pembaca semua. Dah itu yang tengah hot dalam hidup saya. Tak pasal kek saya cerita pasal anak-anak2. Nak cerita pasal gi jalan2, kami tak pergi jalan2 pon. huhuhu

Nak kongsi info skit. Pada yang berminat nak belajar buat kek ni, Kak zai sebenarnya tinggal di Damansara. Bila dia balik kampung kat Ipoh baru dia buat kelas di Ipoh. So orang2 KL berminat nak belajar boleh le pergi menuntut ilmu ngn kak zai. Ni blog kak zai http://zaisweetcake.blogspot.com/

1 comment:

Huda said...

happy becoming bzday kak apash! :)
slmt belajar buat kek :)