Monday, January 31, 2011

Rehat Minda, Badan Penat

Semalam selamat tiba di rumah kol 10 lebih rasanye. Sepanjang perjalanan kepala plak sakit. Tambah plak dengan mengantuknya. Hari hujan..mmg sedap nk tidur kan. Tapi kesian en.hubby drive sorang2 plak. Si Qaseh plak baru bangun tidur b4 start perjalanan pulang. So dalam keta dia cergas je la. Mama plak yg tersengguk2..terlelap kerana mengantuk ya amat.

Sampai rumah unload barang2..kemas barang2 pe2 yang patut. Basuh botol2 susu Qaseh..terus mandi. Setel mandi ajak Qaseh tidur..tapi dia x nak. So mama yg mata tak larat nk bukak ni terus tidur. Masa tu pon dah dekat kol 12. Thanks Papa, Mak Long & Opah tolong jaga Qaseh. Sedar2 jam 12.30pm kalau tak silap papa bawa Qaseh masuk bilik sbb dia pon dah nk tidur sangat2. Mama tepuk2 montot terus lena sekali dengan mama juga. huhuhuu..

Mmg penat gile beb. Tak pernah rasa penat camtu sebelum ni. Padahal gi KL je pon. Maybe sbb preggy 32weeks then ada Qaseh plak. Tu yang terus flat kot. Tambah2 plak 2 malam tidur atas toto je. Sakit pinggang/belakang wooo...

Tak kisah la korang nk kata saya ni tak lasak ke..badan manja benor le. Tapi itulah kebenarannya. Bila tidur terganggu..penat la. Tak dpt rehat secukupnya. Ada sampai tahap saya bangun tengah2 malam untuk duduk. Sebab baring pinggang saya sakit. Nasib baik sepanjang di KL tu Qaseh nak papa yg tidurkan dia. So mama takde le penat struggle nk tidurkan dia. Thanks Bie..Love u so much..

Overall last weekend mmg rehatkan minda saya dari kerja2 di pejabat. Tapi badan plak penat. hhmm....ada pros & cons..biasalah le kan.

Gambar2 di majlis perkahwinan cousin en.hubby belum transfer lagi. So nanti le update..

Friday, January 28, 2011

Super Busy

Super Busy di ofis this few days. Ada Audit dan product complaint to attend. Can't wait abih kerja kol 5 nanti. Malam kang akan gerak ke KL. Tinggal sekejap urusan kerja..nak relax minda plak...

So see you guys on Monday!!

Insyaallah...

P/s: Saya akan berada di Taman Medan PJ. Ada blogger yg berhampiran???

Wednesday, January 26, 2011

The longest Queue

Lepas solat maghrib kami anak beranak terus menuju ke TESCO Station 18. Itu mmg rutin hujung bulan. Agenda utama untuk beli stok susu Enfagrow Qaseh dan tak lupa juga Drypers. Tapi sebabkan last month dah borong 4 peket time ada diskaun, so bulan ni tak perlu beli Drypers.

Sampai2 punya le ramai orang. Padahal hari selasa. Maybe sebab orang baru dapat gaji. So tu pasal ramai orang shopping. Nak memilih barang pon agak susah sbb crowded. Dengan trolley lagi. Mmg sesak la..

Pilih2 barang pon jadi lama. Dalam jam 9.45mlm baru setel ambil barang2 yang perlu. Pergi la ke cashier nak bayar. Mak aaii panjangnya Q...Kol bape baru dapat nk bayar ntah. Patutla TESCO buat extended business hour sampai kol 1am.

Tunggu lama dah satu hal. Kaki gua yang dah lenguh ni..alahai..kalau setakat beli 1-2 barang mmg cancel beli la. Tak kuasa nak Q punyalah panjang. Nasib baik Qaseh good mood je. Takde meragam ke apa. Cuma nampak le dia cam penat skit. Ye la siang tadi dah gi shopping dengan Opah. Malam ngn Mama pula kan.




Itu perangai Qaseh. Bukan nak duduk kat seat yang ada. Nak berdiri di depan. Selalunya dia akan berdiri di depan bila dah setel bayar time nak balik dah. Kali ni dari awal buat pe'el nk diri depan. Ikutkan je la sebelum dia melalak. Sebab dah lama sangat kat TESCO tu Qaseh pon minta susu. Dahaga gamaknya..

Dekat 40min juga Q baru sampai turn kitaorang. Pastu ada incident buat en.hubby panas hati. Ada family chinese kat depan kami tengah nak bayar. Then dorang sibuk2 tengok kebelakang cam carik orang. Then ada sorang cina kat belakang bgtau en.hubby akan ada orang datang tumpang bayar. Yela mesti le dia paham ckp family chinese yg kat depan tu kan. Dah sama2 Chinese.


Family yang tiada kesedaran sivik
(Budak berbaju hitam dan lelaki berbaju belang)




Tup2 mmg ada 1 couple dalam 40an menyelit dan mcm nk tumpang bayar. Kalau bayar sekali logic le juga kan. Ni bayar lain2 nampak sangat le potong Q.

Lepas couple tu setel bayar en.hubby sound la..Couple tu kata dorang datang sekali la. bla..bla..cuak dah muka. Dah berumur tapi xde kesedaran sivik langsung.

Setel kami bayar pon dah kol 10.45pm. Terus le balik. Kedai2 len pon dh nak tutup. Sampai kat kereta kami nampak family chinese yang tadi. Kata datang sekali konon. Naik keta pon lain2..jalan pon lain2..Cet!!

Satu lagi hal pihak TESCO pon sila lah buka kaunter lebih skit. Ada kaunter 30biji..yg bukak plg banyak 20 kaunter je. kalau tak ramai orang kita paham la..hhmmm...

Kereta Kecil Warna Merah



Papa ku pulang dari KERJA
Papa ku BAWAKAN kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa JALAN-JALAN..

hahaha

Semalam dapat call dari City-Link kata ada parcel. Dia dah dtg rumah previous day tapi takde org di rumah. MIL kuar gi shopping kt Ipoh. Tu pasal xde sape kat rumah. Disebabkan ofis City-Link dekat ngn kilang Papa, Papa je la yg ambilkan.



Sampai rumah masa sibuk2 buka kotak. Then tengah dalam process nak pasang..Qaseh dah excited betul. Cam tau2 je dia yg punya. Biasalah kan dah ada suami ni bab2 pasang2 ni serah bula2 kat en.hubby. Malas nak amik tau. Lain lah zaman bujang dulu sume kena buat sendiri.

Biasalahkan benda baru mesti lah excited lebih. Minum susu pon nak dok atas kereta tu. Minum susu sambil tgk Indahnya Iman di Astro Oasis.



Tengok Qaseh ralit minum susu sambil tengok TV. Mama pon gi solat maghrib. Papa plak tgh mandi. Tengah2 solat tu tiba2 Qaseh masuk bilik dengan kereta merah dia. Sedap landing atas sejadah Mama. Alahai anak ooiii...Nak sujud pon kena tolak kereta merah tu dulu baru boleh sujud. Terus tak kusyuk Mama solat.




Qaseh punya perangai mmg ske join sekali kita solat. Pandai juga ikut pergerakan solat tu. Mulut pon dikumat kamit mcm tengah solat. Tapi masalahnya dia tak mau "solat" kt sejadah dia. Tapi mesti nak join sejadah mama & papa.

Alahai anak ooii...

Barang (kereta merah tu) yang di redeemed dari Bonuslink dah sampai. Actually semalam sepatutnya dapat juga barang yang di redeemed dr HSBC tapi smlm MIL kuar shopping lagi rupenyer. So poslaju tinggal surat utk collect kat post office. Nanti free baru nak gi collect.

Satu lagi smlm Lina dah bgtau yg Pelikan Mini Series sudah dipos. Insyaallah hari ni sampai. Dan rasanya MIL ada di rumah hari ni. hehehe..

Wahh..sume mende sampai dalam masa yg dekat2. Seronok Qaseh. Tapi macam Mama & Papa pon tumpang seronok juga. Kerana dapat menggembirakan hati si anak. =)

Selesai sudah masalah



Sebelum2 ni saya selalu komplen yang gambar tak dapat nk transfer dari HP. Yela kan sape tak tension..bersemangat nk update blog tapi gambar plak tak leh transfer.

Ni gara2 cable port kat HP tu rosak kot. Computer kata tak function la.."Can't recognized" kadang2 langsung tak bleh detect. Biasa le HP dah lama kan. Kalau port tu tak rosak..maybe cable yg rosak.

So, akhirnya saya beli juga card reader. Senang cerita. Selama ni tak terfikir plak nk beli sbb mcm tak berapa nak guna kan.




Mahal ke RM18?? Saya bukan pandai bab2 ni. Gasak je la. Belipon kt kedai computer kat Tesco Station 18 tu. Janji munasabah le harganya kan. Tiba2 dia letak harga RM30 ke RM50 ke..tak le plak saya beli.

Mintak2 card reader ni panjang umur le kan. Jgn cepat rosak sudah..

Tuesday, January 25, 2011

Gembira kerana dapat membantu



Haritu saya ada buat satu entry pasal Pusat Perubatan Ar-Ridzuan kan. Atas dasar "sharing is caring". Untuk berkongsi maklumat kepada yang mencari. Untuk melihat entry tersebut boleh click:
http://cherishlovetogether.blogspot.com/2010/12/pusat-perubatan-ar-ridzuan-perak.html

Untuk Minggu ni punya stats, ramai juga yg carik Ar-Ridzuan ni. Terima kasih kerana sudi jenguk blog saya yg tak seberapa ni. Harap2 dengan maklumat yang saya kongsi tu dapat membantu anda. Kalau tak banyak skit pon jadi la kan.





Untuk makluman anda semua sehingga hari ini Pusat Perubatan Ar-Ridzuan masih beroperasi di bangunan lama. Tidak pasti bila akan mula beroperasi di bangunan baru tersebut. Bulan depan saya ada check up di sana. Boleh saya dapatkan kepastian dari pihak Ar-Ridzuan.

Moga2 mereka sempat berpindah sebelum bulan 3 ni. Insyaallah merasa bersalin di bangunan baru. Tapi, kita hanya merancang..Tuhan yg menentukan. Silap2 saya bersalin kt hospital Ipoh je. Yang penting semuanya selamat kan.

Buku Resepi

*credit to google*


Semenjak suka buat cake dan mencuba resepi2 baru ni saya mula terfikir nak buat "Buku Resepi". Even orang dah semakin canggih dengan ada blog and google. Segala resepi boleh jumpe kan. Tujuan nak buat buku resepi ni untuk abadikan resepi2 yang saya try dan berjaya. Berjaya dalam erti kata lain sedap dan menepati citarasa.

Kalau ikutkan banyak resepi yg dh try..maybe 70% je menjadi. 30% telah dicampak ke tong sampah. huhuhu..

Lgpon tgk Buku resepi MIL cam best plak kalau saya ada buku resepi sendiri then bila dah tua2..anak2 saya plak mewarisi buku resepi tu kan. Eceh..dah siap berangan.

Tapi hasrat di hati nak buat cam buku scrap pon ada. Lagi menarikkan..tapi tu hajat le..tak tau le rajin ke idak. Jangan rajin half way je sudah le kan.

Teringat zaman2 ada diary dulu. Mmg cukup rajin la buat bagi cantik2..Cantik2 bila hati sedang berbunga2 le kan. Kalau masa hati kecewa mesti suram je page tu..tak pon basah kerana air mata. Waahh..sungguh jiwang waktu tu.

Tapi bila dah bertemu cinta hati..'kerajinan" utk tulis dalam diary terus hilang. Kenapa eh..confius kejap..

Ok..ok..azam tahun 2011 nak merealisasikan project "Buku Resepi"...Moga2 dengan kehadiran baby no.2 ni tak menghalang mama utk terus rajin buat kek. huhuhuu

Monday, January 24, 2011

Serasi Bersama


Bersama??? Yes

Serasi??? hhmmmm...susah nak jawab tu..

Semenjak Serasi Bersama ditayang di Astro 104 ni, my MIL & SIL salah sorang penonton setia. Bila dah dorang tgk..saya pon tertengok le juga kan. Tiap sabtu & ahad jam 9.00mlm kena buka 104 ye. Jgn gatal2 nk tgk channel lain. huhuhu

Untuk episode semalam en.hubby kebetulan ada tengok sekali. So secara tak sengaja kitaorg pon try jawab soklan2 yg aznil & shahirah tu bagi. Kebanyakan nya sume jawapan tak sama. Hahaha..kita ni tak serasi ke Bie??

Yang paling best part soklan utk Loque (kanda dinda) "Bilakah tarikh pertunangan?"..saya pon tanya le en.hubby..dia boleh tak ingat. Dia cuma ingat tahun je. Sabor je la..padahal baru nk masuk 4thn.

Actually maybe sebab 10 hari selepas kami bertunang arwah abah en.hubby eksiden. So tarikh itu lagi kuat di ingatan dia kot. Takpe Bie...Yang(me) tak kecik hati. =)

Korang layan ke Serasi Bersama ni??

Cute Baby Style Contest



Cute Baby Style Contest by Huda
24 January - 24 February 2011



Actually saya ni bukan kaki join contest sangat. Tapi untuk memberi support kepada Huda kita join le kan. Sebab Huda sentiasa support blog CLT ni..kan Huda kan.

Ok ni gambar yang dipertaruhkan..Gambar style tayang gigi. Boleh kan..hehehe



Nama anak: Qaseh Nur Shafiyyah binti Azmar Fazly
Umur : 21 months++
Tarikh Lahir: 03 April 2009
Nama ibu: Nor Fadzh Lyiana



Berminat nak join. Sila Click SINI untuk lihat syarat2 pernyertaan OK.

Point Form Updates..

  • Minggu ni declare as "Audit Week". Hari ini ada Audit dari Technical Dept MTD Group (HQ). Dengar cerita directors pon turun juga. Minta2 sumenye selamat especially my part. huhuhu..Then Rabu sampai Jumaat ada audit on Quality plak. Super busy dibuatnya dari last week.
  • Setel audit hari jumaat tu, terus tukar mood berjimba2. Insyaallah malam tu kami akan gerak ke PJ. Utk attend wedding cousin en.hubby pada hari sabtu tu. Stay di sana sampai ahad saje. Isnin keje balik. Bila travel jauh dalam keadaan perut besar ni sah2 le buat pinggang ku sakit. Lagi2 kena duduk tengah2 kat seat belakang. Nasib baik PJ je..kalau gi kuantan minta ampun..
  • Dua hari lepas mimpi saya berada di atas katil serupa katil hospital dan ramai orang datang ziarah. Salah sorang yg dtg ziarah sedang dukung baby. Waahhh mimpi dah bersalin rupenyer. hehehe..padahal 7weeks++ more to go.
  • Disebabkan last weekend adalah busy. Siap datang kilang untuk menyiapkan kerja. Activity baking tak dapat dijalankan. This coming weekend pon sah2 tak dapat buat punye. Takpe balas dendam time cuti CNY nanti kan..
  • Malam tadi sakit belakang. Minta en.hubby tolong picit2 terutama tang tulang belikat tu. Skit2 sendawa...skit2 sendawa. Banyak btol angin nya. Then dua2 masuk tidur. En.hubby mcm biasa dengan split seconds dia dah boleh lena kadang2 bila letih siap berdengkur. Yang si bini ni..pusing kanan tak kena..kiri tak kena..terlentang tak kena. Susah tol nak dapat position yg sedap untuk tidur. Tiba2 perut saya memulas-mulas. Sakitnya..Rasa nak muntah ada..nak membuang pon ada. Terus ke toilet..pendek cerita segala isi perut keluar..kuar ikut atas dan bawah sekali. Full package. Siap rasa nak pitam lagi youu..nasib baik mmg dah duduk. Kalau berdiri sah2 tumbang. Rasa angin dalam badan keluar tu. Anyway lepas tu lega..terus tidur lena.
Ok..sambung kerja dulu..

Sunday, January 23, 2011

Keje Hari Ahad

Sungguh tak best kena datang kilang on sunday. Sepatutnya tgh bermalas-malasan, rehat2 spend time ngn Qaseh. Tapi dah terpaksa. Kalau tak..tak hingin pon datang kilang hari ni.

Kerana kerja juga tak dapat joint family lain gi bfast sama2. Terlepas quality time di situ. Ciss..

Apa perasaan orang lain yang selalu gi kerja hari ahad tu ye. Mungkin sebab tujuan untuk buat OT x pon cari duit lebih mungkin lain perasaannya. Dari saya yang datang kerja untuk menyiapkan kerja tapi gaji hujung bulan tetap sama. Sebab tu kot saya tak ske kena datang keje time cuti ni.

ok2..nak sambung kerja balik. Nak siapkan cepat so bleh balik rumah cepat..

Adios..Happy Sunday uoollss...

Saturday, January 22, 2011

Donut



Ade sesiapa yang tak pernah makan donut ke sebelum ni?? Jika ada sila bagitau ye.

Alkisah donut dalam hidup sama bermula dgn donut yg my mom buat sendiri. Tu long time ago masa my mum surirumah tangga sepenuh masa. Tapi selepas tu kisah donut dalam hidup saya hanya dengan donut yg 'Mamak teng-teng" jual petang2 tu.

Mamak teng-teng tu mamak yg jual roti2, jajan naik motor tu le. Kat area rumah kami dulu dia dtg jual petang2 selalunya. Mamak teng-teng tu juga le yg angkat my bro lepas kena langgar lari oleh sorang "mat rempit". Even waktu tu belum kuar lagi title 'Mat Rempit'. Sungguh my bro terhutang budi pada mamak teng-teng tu.

Ok back to the story. Taste donut saya mesti yg super gebu. Donut mamak tu mmg menepati citarasa saya. Actually saya agak memilih dalam bab donut ni. Saya jarang ske donut yg selalu makcik2 jual tu. Sebab dia tak 'super gebu'. Sebabkan ada dasar memilih tu buat saya kurang nk beli donut kecuali sah dia mmg super gebu. hehehe..



Bila kita semakin maju..ada plak dunkin donut. Pantang ke KL mesti nak beli dunkin donut. Paling2 kurang beli kat PUDURAYA bawak balik Ipoh. Bila advance lagi kat R&R Tapah pon dah ada Dunkin Donut.




Cerita donut dalam hidup saya semakin meriah bila Kinta City Ipoh ada Big Apple plak. Terus tak berapa pandang dunkin donut yg paling dekat ada kat Tapah tu. hehehe..My fav of course Alien & Duren Duren kalau ada musim.





Semalam bertambah lagi chapter donut dalam hidup saya. Atas sebab semalam saya 1st time buat donut sendiri uoollss.."Vangga"..Tapi tak mencapai piawaian 'supe gebu' saya tu. Tapi xde le keras sangat. Buat skit je. Dapat le 13biji saiz sedang2. Yang penting habis licin.

Yang lawaknye semalam refer buku resepi MIL yg lama. Sukatan pon sukatan dulu2. Kati la, auns la. Siap ada resepi yg guna tahil. Tak ke jenuh fikir conversion. Nasib baik le setakat kati tu mmg tau.

Apepon dah tau cara nak wat donut. Pasni bleh try resepi2 lain moga2 saya jumpe respi yg menghasilkan donut 'super gebu' kegemaran saya.

Note: Gambar sume digoogle ye.

Ek eleh...



Sepatutnya 28/01 ni saya akan jumpe doctor untuk direfer ke Hospital Ipoh . Tapi sebabkan saya ada audit dan takut busy tak sempat nak pergi saya call Klinik Desa Bemban tu minta tarikh lain. Nurse tu suruh datang semalam 21/01.

Saya sampai di klinik dalam 9.40pagi. Dekat jam 11 baru sampai giliran saya. Masuk bilik jumpe doktor. Duduk di kerusi yang disediakan.

Doktor tu selak balik buku pink saya dan repeat the same thing pasal condition saya " Awak akan dirujuk ke Hospital Ipoh kerana awak tidak boleh bersalin normal. Kena operate ye..bla..bla..bla..". Itu dari 1st time jumpe doktor tu masa buat buku pink saya dah tau.

Tak sampai 2 minit duduk di kerusi tu, nurse pon cakap "Awak tunggu di luar sekejap ye".
Saya pon keluar. Dalam 10min camtu nurse tu datang bagi buku pink saya balik. Maksudnya dah setel la. Then saya tanya "Kak, surat rujukan atau tarikh untuk saya ke Hospital Ipoh (HBI) tu bila boleh dapat?"
Nurse tu cakap "Sekarang (pagi) kami tak boleh nak call klinik pakar HBI sebab mereka sibuk dan tak layan call. Petang nanti kami call. Bila dah dapat tarikh tu kami kan call adik tak pon amik masa next check up"


EK ELEH...mendidih dibuatnya..

Yang suruh orang datang tu buat apa. Buang masa orang je. Apa motif saya datang ntah...Takde ape hasil pon dapat. Nasib baik le sejam lebih je tunggu. Kalau dibuatnya lama lagi konpem lagi saya bengang!! Tak boleh ke korang siap2kan dapatkan date dari hospital dulu before panggil patient? Kalau panggil patient utk discuss date tu sesuai ke tak mungkin le tak kisah. Tak paham betul la...


Cuba fikir kalau setengah orang tu yg susah nk keluar time waktu kerja. Tak pon apply cuti semata2 nak ke klinik. Apa perasaan dorang. Lagi teruk apply cuti kena potong gaji ke.

En.hubby kata saya baik sebab diam je. Kalau dia lama dah dia sound balik. Malas nak perbesarkan isu..nanti saya kena juga hadap muka dorang utk next check up kan. Bawak bersabor je la..

Wednesday, January 19, 2011

Moist Orange Mocha Brownies


Blogwalking ke Curlybabe's Satisfaction, blog kak Ayu (Singapore) membawa saya ke resepi Moist Orange Mocha Brownies. Resepi ni menarik bagi saya utk dicuba kerana ia simple, senang untuk dibuat dan bahan2 pon senang nak dapat. Lagi satu rasa kena juga dengan tekak.



Kebetulan semalam Qaseh ke Ipoh dengan MIL & SIL. So, tiada gangguan untuk bake brownies tu. Saya tiba di rumah sekitar jam 6ptg. Terus masak Ayam masak kicap. Sambil2 tunggu ayam masak prepare bahan2 cake. Sampai time maghrib brownies pon dah siap. Cepat je kan. Siap bakar je la.

Lepas isyak baru saya start buat topping and decorate brownies tu. waktu ni Qaseh dah ada so banyak skit gangguan jadi lambat skit siapnye.

Jom usya resepinya..

(Saya just copy paste je resepinya. Terima kasih kepada tuan asal punye resepi. Sumber kak ayu pon macam Yatie & Maz. Tak pasti kakak ke lebih muda dr saya. Belum sempat mengenali mereka lagi sebab baru baca blog mereka. Terima kasih)

Bahan A :
  • 1 cawan butter cair / minyak masak (saya guna minyak daisy je)
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan gula perang
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas (nescafe takde saya ganti dgn indocafe)
  • 2 - 3 sudu besar sunquick orange
Bahan B : (kacau rata) - guna whisk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C : ( ayakkan )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara - cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit. (Oven saya sesuai 140'C je)
  2. Kacau bahan A supaya sebati.
  3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
  4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
  6. Bakar selama 45 - 50 minit. - (Oven saya 30min dah siap masak)
  7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair- (Saya guna 4 sudu besar)
Cara-cara untuk topping :
  1. Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
  2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.


Tangkap gambar guna HP je. En.hubby ada urusan di luar. Nak tunggu dia balik soh tangkap dgn slr cam malas nak tunggu. Lagipon Qaseh dah start cranky nk tidur.




Packing untuk bagi kat orang. Saje bagi rasa sorang skit.

Doa Amalan Banyakkan Susu

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


*Credit to Salmi dari "Kisah Papa, Mama & Aliff"

Ini adalah salah satu persediaan untuk kembali bergiat dalam area breastfeeding. =)

Kali ini ingin bersedia awal demi utk bf baby no.2. Dulu time Qaseh mmg berhajat nak bf dia. Tapi in terms of persediaan mental & fizikal buat sambil lewa. Dah bersalin baru terhegeh2 carik breastpump. Lepas 2 weeks bersalin kalau tak silap baru sampai breastpump dan baru berjinak2 dalam area pumping plak.



Berharap dan berdoa dapat bf baby no.2 dengan jayanya. Dah seharusnya mengalahkan rekod Qaseh yg 1thn je bf. Moga kali ini sampai 2thn.


Dulu Doa tu saya print dan letak dalam bag spectra3 saya. Bila hari2 dah baca jadi hafal. Tapi skang bila dh lama tinggal cam lupa2 plak. So baik saya start amalkan dari sekarang kan.



So, saya letak kat side bar blog so hari2 bukak blog bleh baca Doa tu. Dan moga2 dengan izin Allah murah rezeki baby no.2 ni..amin.

Cara Saya Berpantang

Kali ni saja nak share cara-cara saya berpantang atau lebih kepada "refresher" utk saya. Untuk ingat balik apa yang saya buat time berpantang sebelum ini. Saya dulu ceaser so ada mende2 yang tak dapat nak buat seperti orang yang bersalin normal. Kali ni pon ceaser juga so lebih kurang sama le caranya.

Set Bersalin
Saya beli Set Bersalin Afiat saje. Opss pembetulan my mom yang hadiahkan. Saya beli set orang kampung je. Ada sorang nenek di Kampung Abah saya. So saya guna kedua2 sekali kecuali rempah yg nenek tu punye. Saya BF takut baby cirit sbb panas. Selamat...hahaha..jahat!!



Kali ini maybe terus guna Afiat juga. Tapi dalam set tu takde Pilis. Bedak hangat ada la. So kena carik Pilis juga la. Nenek kt kg Abah tu dah tak buat dah. hhmmm.. Cakap saje ni tapi belum beli pon lagi. Dalam Warisan afiat ni ada akar kayu. Kalau tak silap ikut arahan situ minum air akar kayu selepas bersalin 20 hari.

Berurut
Sebabkan ceaser seminggu lepas bersalin baru saya berurut utk 3hari berturut2. Tapi perut tak usik le kan.

Kali ni saya nak try Makcik tukang urut yg lain. Sbb nenek yang urut saya tu dah tua macam tak terasa sangat urutnya. Belum call lagi makcik ni. Tak tau style dia camne. Haritu lepas Qaseh 4 bulan ada pergi urut dengan dia. Sedap juga. Tapi tang perut tu yg tak tahan. Sakit woo..Almaklumlah dah 4 bulan baru diurut angin pon dah banyak.

Bertungku
Tungku mmg dah ada yang dulu. MIL akan panaskan tungku, kemudian balut dgn daun mengkudu. Eh, mesti la balut dengan kain. Kalau tak mau melecur kulit. Tungku semua kecuali tang perut la.

Kali ni kan dah ada bantal panas tu. MIL ada pinjam MIL punye je la. Jimat..hahaha..Sebab MIL yang jaga saya time pantang ikut selesa MIL le nk guna yg mana. Saya ikut saje.

Minum Air Gamat
Fungsi air gamat untuk cepat sembuhkan luka. So hari2 minum air gamat + madu. Bape sudu ye air gamat tu tak ingat. Kena tgk balik kat botol dia. Fungsi madu untuk buat tekak bleh telan air gamat tu. Tanpa madu tak terdaya nak menelan rasanya. Bau dah le macam air limbah.



Bila saya minum air gamat ni sure di sinki dapur. Persediaan jika mahu termuntah..Senang kn. hehehe...Madu belum beli lagi Dulu SIL belikan di Cameron. Sini susah nak dapat madu asli. Bie, jom gi cameron!!

Menu Ikan Haruan
Menu tetap saya adalah ikan haruan. Dalam seminggu tu mesti 5hari makan ikan haruan. MIL masakkan sup, tumis halia, tumis cabai masak. Bagi saya sedap so takde masalah nak makan. Nak dibandingkan dengan minum pati haruan saya rela makan berekor2 ikan haruan. Hahahaha



Ayam/daging MIL tak bagi saya makan time berpantang. Kalau my mom bagi makan ayam. Lain orang lain cara. Dah MIL yg jaga saya so saya ikut cara dia le.

Breakfast Nasi Panas
Breakfast mesti makan nasi. Selalunya dengan ikan bilis je la. Tak kisah saya ske!! Yang penting tak boleh tambah nasi. So masa ceduk nasi tu kena pandai2 budget byk mana sampai kenyang. Tak lupa juga minum susu ANMUM Lacta panas2.

Mandi
Of course air suam. Mandi 2x pagi dan petang. Petang paling lewat jam 6.00 - 6.30ptg.

Minum air alfafa
Masa dalam pantang b4 this saya susah nak buang air besar. Seminggu lepas discharged dr hospital baru boleh tapi SEKSA ya amat. Sampai luka darah le juga. Gerun kalau nak diingatkan balik. Lepas tu saya try minum Air Alfafa. Alhamdulillah dengan izin Allah senang buang air besar.

Alfafa ni pon belum beli lagi. Saya guna brand BAE. Pernah blog pasal Alfafa BAE ni. Hujung bulang ni cadang nak beli.

Bengkung
Bengkung Ammy Corset tu mmg dah ada. Sebabkan ceaser tak pakai juga. Pakai pon lepas sebulan tapi tak lama sebab susah nak duduk bila nak BF Qaseh. Last2 saya pakai Bengkung PB je. Tapi tak bape disiplin tu pasal perut tak bape nak flat. hehehe..

Dilarang keluar rumah
Yes. Itu saya betul2 ikut. Selama 44hari saya hanya keluar rumah untuk ke klinik sahaja. Kalau orang datang ziarah saya hantar takat pintu depan je.

Ok itu yang teringat waktu skang. Tak pasti kot2 ada yang terlupa.

So, puan2 semua ada apa2 tips yang sesuai untuk saya amalkan time berpantang nanti. Ada yang kontra sgt dengan cara puan2 ke??

Jom share cara berpantang anda..

Tuesday, January 18, 2011

Mood Tak Baik..Jom kita Shopping




Hari ni mood adalah ke laut. Pasal apa tak perlu bgtau le ye. Simpan dalam hati saje. =P. Untuk mengubat hati nan lara (eceh) baik kita shopping.

Dah namanye perempuan mmg tak boleh dipisahkan dengan shopping kan. Banyak duit Pn. ApasH bershopping tgh2 bulan ni???


Eh..sape kata kena keluar duit???


Free je tau. Mesti korang nak tau camne kan.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Saya shopping di HSBC Rewards & Bonuslink. Redeem points uolls. Mmg le tak perlu duit kan. hehehe..jangan mare..gurau2 saje.

Points pon bukan banyak pon. Lepas survey2 saya decided redeem toys utk Qaseh je la. Lain2 barang pon bukan perlu sangat kan. Kecuali points berlambak better baik barangan rumah baru berbaloi. Points saya setakat layak amik iron tak pon sandwich maker. Sume dah ada.

Nak tgk ape barang yang saya redeem??




Sweet Cherry Push Car (1-3yo)
Redeemed dari Bonuslink
Qaseh macam dh besar nak main mende ni kan. Tapi still boleh main kan. Tak pon simpan untuk Baby no.2. Takde hal punye.




MYKIZ ball tent.
Redeemed dari HSBC Rewards.
Yang ni version takde tunnel. Kalau ade tunnel lagi best kan.
Saya redeemed 2nos. Ingat satu nak buat hadiah utk contest kat blog. Tapi selagi tak terima barang ni tak berani le nak buat contest kan. Kang dah ada pemenang hadiah plak takde. Kan naya. Pepon kita tunggu dulu le ye. Kalau dah rezeki kawan2 bloggers suma ada le tu.



Pasni nk try redeem treatpoints Maybank plak. Guna dah bertahun. since dari 2005 kalau tak silap. Tapi sekali pon tak pernah redeemed. Sama ngn HSBC. Yang boleh nk redeem HSBC pon sbb kami nak matikan kad. Sebelum matikan baik kita redeem dulu points yang tak seberapa tu kan. Kalau tak rugi je kan.

Tengok, kalau dah seorang ibu tu, mood tak baik pon TAPI still utamakan anak2. Tak pula shopping utk keperluan sendiri. Apepon retail therapy mmg mujarab le juga.

Spaghetti Kosong



Lately Qaseh kurang makan nasi. 2 malam lepas saya rebuskan spaghetti untuk dia. Mmg pe'el dia kalau makan spaghetti mesti makan kosong gitu dia. Sbb bila kami masak spaghetti selalu pedas skit. Jadi dia makan spaghetti saje je la.

Rebus le skit. Takut dia tak habis. Air rebusan tu saya letak garam skit supaya takde le tawar sangat kan.



*credit to google*


Siap masak letak spaghetti tu dalam mangkuk terus dia makan sambil tgk tv. Saya pon tgk le tv. Tiba-tiba "Mama, agi".

Alamak tak cukup le pula. Lapar benar le tu. Cepat2 saya gi rebus lagi. Mula2 dia nangis la sebab tak dapat lagi. Lepas saya dukung tunjuk spaghetti tengah masak baru dia benti nangis. Paham kot saya bgtau tgh masak.

Petang smlm balik kerja MIL kata Qaseh tak makan byk tghari tu. Saya pon terus rebus spaghetti. Saje tambah bahan2 skit. Kesian tgk dia makan kosong je. Letak le chicken ham yg di carik2 then letak cheddar cheese skit.

Dia rasa terus tak mahu. Last2 Mama juga kena habiskan. Separuh lagi Opah yg abihkan.

Penat mama buat sayang ooii..Kamu nk yang kosong juga ye. Tapi malam tu nasib baik mahu makan nasi.

Qaseh ni makan macam ada musim. Time tak nak makan tu mmg x moh langsung. Time dia nak makan..mmg makan banyak. ish..ish..

Then Qaseh tak ske makan lauk lagi2 le sayur kan. Sayur yg dia bleh terima kentang & carrot je. Favorite fish cake. Pantang ada fish cake dalam sayur sure dia kebas dulu. huhuhu. Ayam langsung tak ske. Ikan pon kdg2 makan kdg2 tak.


Kekanda Adinda


Bila umur semakin meningkat pemikiran semakin matang. Bila umur semakin meningkat pengalaman asam garam kehidupan bertambah.

Kalau dahulu bila hati merajuk mahupun terusik terang-terang kita tunjuk. Mengharapkan diri ini difahami dan dipujuk. Tetapi kalau sekarang, rajuk hati hanya dipendam dalam-dalam dan dibawa tidur. Moga2 keesokan harinya rajuk hati tiada lagi. Jika masih berbaki rajuk itu, buat2 tak tahu dan dibuang jauh2.

Jika dulu rajuk hati tidak dipujuk berlarutan kepada pertengkaran mahupon sessi tarik muka masam tapi kini lebih kepada "Takpe la" pujuk hati sendiri tanpa mengharapkan apa2.

Jika dahulu pon jarang dipujuk lagi2 lah sekarang. Akhirnya masing2 buat silent treatment. Paling lama sehari selepas tu buat seperti sedia kala.

Dahulu bila hati menangis berharap mendapat perhatian dan simpati tetapi kini bila hati menangis bantal yang menjadi teman setia sehingga tertidur.

Bila jiwa semakin matang kita lebih cenderung untuk tidak memperbesarkan isu. Lebih sedar tolak ansur itu adalah penting dalam sesuatu perhubungan.

Komunikasi yang baik juga perlu. Tetapi jika masa yang ada tidak digunakan untuk berkomunikasi kita akan terasa semakin lama semakin jauh. Kadang2 terasa seperti hidup berasingan.




Selit lagu Kekanda Adinda plak. Saya dari mula2 keluar cerita 8bulan tu terus ske lagu ni. Catchy dan sweet je.

Ok selesai sudah sessi luahan hati. =P

Ngangkung



Korang percaya tak budak 21months suka tengok NGANGKUNG??




Itu le dia Qaseh Nur Shafiyyah, anak teman. Sekarang ni hari2 dia request nak tengok Ngangkung. Part yang paling dia ske, time dorang bertiga dalam keta nyanyi, hantu tu ada kat belakang sambil menari.

Qaseh tgk boleh gelak2 lagi. Sabo je la. hahaha..Tak takut plak dia tgk hantu tu. Mama plak yang lagi takut. Bukan apa bila dah dok tengok kang tgh2 malam boleh terimagine plak. Kang sendiri yang takut.

Qaseh boleh terjebak sebab dia gi nyibuk Mak Long dia tgk DVD ngangkung ni. Pastu terus ske.

Selain Ngangkung sekarang ni Qaseh ske gak layan MAGIKA. Rasanya Qaseh ni ske sebab ada part nyanyi2. Silap2 dia sekali ikut nyanyi. Tp version dia yang tersendiri la kan. huhuhuhu



Lepas 2 movie ni tak tau le Qaseh ske tengok ape plak. Actually tertanya2 gak..xpe ke bebudak tgk citer hantu ni???

Monday, January 17, 2011

Aktiviti hari Sabtu - 2


Selepas menternak lemak dalam badan kita haruslah pergi bersenam ye puan-puan. Kami ke mana untuk bersenam?? Seharusnya Padang Polo Ipoh.

hahaha...bersenam le sangat. Sekadar jalan lenggang Mak Limah je. Peluh pon idak.

Ni kes Cik Along & Ayah Long nak layan Qaseh main di "Panan" (read: taman). Dah ada orang sudi nak bawa..kita follow je la kan Qaseh.



Keadaan permainan yang agak bahaya untuk budak sekecil Qaseh membuatkan ramai parents yg naik sekali teman anak2 main. Alamat cepat le lingkup permainan2 tu. hahaha..




Antara Cik Along, Ayah Long & Mama, Ayah Long yg paling slim. Jadi Ayah Long jadi mangsa untuk teman Qaseh. Mama & Cik Along kategori overweight..bahaya naik sekali. hahaha..


Pergi pon unplanned so Qaseh pakai gown susah nak main slide kan. Melecet plak peha anak mama nanti.



Muka teruja dapat main Panan.



Cubaan tak menjadi utk main slide.

Aktiviti hari Sabtu - 1


Sabtu saya keje half day kan. Selepas berFB dgn Along decide nak kuar gi makan roti naan kat Greentown Mall. En.hubby pon dah bagi greenlight so ape lagi kan.

Kat Food Court Greentown Mall ni mmg port kami makan roti naan tak pon Puri. Dari dulu lagi time my mum tengah keje lagi. Menu tetap saya:



Roti Naan Plain - RM1.80
Kuah Dal
Kima - RM2.00
Ayam Tandoori - tak ingat harga..huhuhuhu..Dalam RM 4.50 -RM5.00 rasanya.

Along plak menu tetap, Puri - RM1.80 juga untuk 1 set.


Kalau ingin mencuba terus sahaja ke Greentown Mall. Food Court terlelak di basement. Stall Makanan orang Pakistan ni dekat2 nak ke Pet Shop tu. Jangan risaun pasal hygienic..sbb Pet shop tu bukan mcm Pet shop yang biasa kita tgk tu. Pet shop byk jual barangan2 je. Binatang pon yang ada ikan je banyak.

Ooppss lupa nak mention. Along yang belanja saya makan. TQ along..lain kali bleh belanja lagi. huhuhuhuhu..

My first traditional Kuih : Bengkang


Semalam try buat bengkang atas permintaan en.hubby. Dulu arwah abah en.hubby ske buat. Resepi pon tgk resepi MIL je. Kami buat skit je sbb bukan ramai yg nak makan.

Resepi MIL:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan + air daun pandan
1 cawan gula
2 biji telur

Cara2:

-Campur semua dan blend sehingga halus dan sebati.
-Kemudian tapis.




Saya guna loyang 'old school' MIL. Jenis yang masak atas dapur gas tu je. Tapi MIL kata baik try bakar dalam oven. Lagi senang. Yela dulu2 mana nak ada oven kata MIL.

Bakar cantik je atas nya. Tapi bahagian bawah mcm tak garing sangat. Last2 tenggek atas dapur gas kejap. Bagi garing skit.

Overall dari segi rupa xde le cantik mana. Tapi rasa tetap sedap. Makan plak masa tgh suam2 kuku tu..Sedap wehh...

Boding

Qaseh tak reti nak cakap DIBO. Tapi dia pandai cakap "BODING". Sebab dalam lagu DIBO tu dia ada sebut 'DIBO..DIBO DING"...

Bila Qaseh minta tengok cartoon maknanya dia refer Astro 613..and specific minta 'boding'..Alahai anak ooii..mana Mama nak dapat DIBO je setiap masa ni.



Nampak gaya kena carik DVD le. Lepas demam Upin & Ipin..Demam DIBO le plak.

Note: Mama pon ske tengok Dibo the Gift Dragon..huhuhu
Note 2: Schedule entry sebab pagi 17/01 saya gi check up...

Saturday, January 15, 2011

Nuffnang Account

I'm having a problem to open my Nuffnang account since this morning. Anyone facing the same problem??

Sampai bila mau loading maaa???

Tidur oh Tidur


Dalam minggu ni sudah mula susah nak dapat tidur yang lena. Untuk melelapkan mata tu senang. Cuma suka terjaga tengah malam dan susah nak tidur balik. Kejap2 terjaga. Bangun 2x untuk buat susu Qaseh mmg rutin le kan. Belum campur terjaga bila nk terkucil lagi. Qaseh terjaga nak mintak polok2 lagi. Satu malam tu mesti lebih 5x le terjaga. Adeh...

Malam tadi lagi la susah nak selesakan diri. Ngiring kanan tak kena..kiri tak kena..terlentang pon tak kena. Aiyak..lebih kurang 52hari lagi before nk cesarean ni. Lama lagi tu...

Tapi itulah dah adat orang mengandung kan. Lagipon practice berjaga malam jaga Baby nanti. Cuma saya berdoa sangat2 semoga baby no.2 ni tak susah nak tidur macam Qaseh. Qaseh tu lahir2 dah susah nak tidur. Kalau tak tidur saje takpe ni melalak sekali. Penat dan stress nya tiap2 malam susah nak tidur. Kalau sekali sekala tu paham le kan baby.

Dulu time Qaseh baby saya harap sangat masa berlalu cepat bagi dia besar cepat so kurang penderitaan kitaorg tiap2 malam nak tidurkan dia. Tapi bila dah besar rindu plak moment2 dia masa baby lu. huhuhuhu..

Bukan apa, Qaseh sekarang ni pon susah nak tidur tambah plak nak kena jaga baby no.2 tu lagi. Tak ke double penat & stress. So kalau baby no.2 takde banyak prob..syukur sangat2 le. Moga2 le ye..amin.

Friday, January 14, 2011

Bermain dengan Shemut

Ada satu petang last weekend tu saya & Qaseh masuk bilik On kan air-cond. Hajatnya nak tidurkan Qaseh. Tapi dh mmg pe'el Qaseh yg teramat le susah nak tidur. Dari hajat utk tidurkan dia..last2 jadi playtime plak.

Asalnya Mama dia dh mula nak stress sbb suruh tidur tak nak tidur. Bila Mama baring dia nangis2 suruh Mama bangun. Dari terus stress dan yelling at her. Terus main 'shemut' ngn dia.

Shemut yg saya guna tu actually cadar bujang warna putih je pon. Tak ske comforter or selimut tebal2..panas. Kain cadar tu sejuk je..huhuhuh..Lagi2 time preggy ni panasnya extra..hehehe..









Actually both of us duduk bawah selimut sambil Mama kibar2kan selimut.So berangin je la. Dah le on air-cond..Sejuk nye rasa.

Qaseh gelak sakan la. Seronok benor dia. Tapi tak tahan lama la.. Lenguh tangan Mama dok kibar2kan shemut tu.

Petang tu dia tak jadi tidur pon. Qaseh mmg mengada2 tahap cipan bila Mama ada. Lama tu masa Mama buat bisnes dalam bilik air..huhuhu..Opah amik Qaseh masuk dalam buaian. Opah suruh Mama nyorok jgn bagi Qaseh nampak. Last2 tidur juga si Qaseh ni. Mata dah ngantuk sangat tapi saje ditahan nya.

Fakta Qaseh tentang shemut ni. Actually baru start last week dia nak berselimut. Sebelum ni mmg pantang letak selimut. Stokin pon sama. Kalau dah lena baru bleh pakaikan selimut. Kalau terjaga tengah malam dia punye struggle soh buang selimut tu.

Tapi sekarang nak tidur je minta "Mama..shemut..shemut" dengan syarat selimut Mama ye. Bukan selimut dia. ish..ish..

Thursday, January 13, 2011

"Shemut"


Sape boleh teka apa maksud Qaseh



"SHEMUT"



*******



Hadiah??


Xde le teka teki utk suka-suka saje.
Tapi kalau datang rumah saya belanja makan cake!!
huhuhuhu

ASTRO First



Astro First Offers Customers Convenience Of Watching Movies At Home


KUALA LUMPUR, Jan 11 (Bernama) -- Pay-television service provider, Astro, aims to bring the future of entertainment into Malaysian homes with Astro First, which will be available on its platform starting Jan 13, 2011.

Astro chief operating officer, Henry Tan, said Malaysians would no longer have to endure long ticket-counter queues and traffic jams whenever they wanted to watch a movie at the cinema with the latest movie-on-demand service.

"With Astro First, the customers will soon be able to watch the latest titles within two weeks after the cinema release in the comfort of their homes and at an affordable price," he said at the launch of Astro First here Tuesday.

Tan said Astro First would debut on Astro Channel 480 with three movie titles -- Aku Masih Dara, Damping Malam and Ngangkung.

"The service promises affordability, convenience and enhanced family time for the customers and costs RM15 per movie.

"Among the movie titles are Hikayat Merong Mahawangsa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, KongSi, Kembar Siang, Tolong Awek Aku Pontianak, Senjakala, Sini Ada Hantu as well as other popular regional movies titles in the next few months," he said.

"In addition, the 32 different viewing times for each movie, give you the convenience of watching it at your leisure and for as many times possible within 48 hours upon signing up," he said.

-- BERNAMA



Saya baru tau pasal ASTRO First ni pon hari ni. Itupon lepas dengar iklan kat radio Salleh Yaacob & Abby Fana tu. Sampai ofis terus google utk tau dengan lebih lanjut.

ASTRO FIRST ni mmg tayang movie melayu je la eh?? Movie lain takde? Tapi pada yang minat tengok filem2 tanah air kita kire cam berbaloi juga amik. Baru RM15 utk 3movies. Kalau gi panggung wayang pon dah berapa RM kan.




Untuk Maklumat lebih lanjut sila layari www.astro.com.my/astrofirst

Bergambar dengan Khairul Fahmi Che Mat


Bila dapat bergambar dengan orang yang popular mesti kembang je hidung kan. Lagi2 kalau kita minat kat dia. Pn. ApasH pon minat kat Khairul Fahmi ke???





Ok2..sure korang x sabar2 nak tgk gambar tu kan..jeng..jeng

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.





My bro bersama Khairul Fahmi Che Mat
Bukan saya ye =P


HAHAHAHA


Korang tertipu tak?? Bila masa le plak saya jumpe si Khairul Fahmi tu. Kalau terjumpa Khalid Jamlus tak pon Indraputra munasabah gak sbb dorang asal Ipoh. Dulu jumpe pon x kuasa nak tangkap gambar. hahahaha..

My bro kerja ngn PM. Mesti dorang ada majlis penghargaan dan penyampaian hadiah dengan PM kot. Tu yang my bro bleh jumpe dengan pasukan Harimau Malaya. Dengar berita kt radio tadi setiap pemain menerima RM65,000. 15K tunai lain merupakan Amanah Saham Wawasan 2020. Wow...Pokcik Kayo!!!



Kenangan bersama AFF Suzuki Cup


My bro mmg poyo skit. Sure hidung kembang je dapat bergambar dgn Khairul Fahmi + Piala Suzuki AFF tu. hahahaha..kan Acap kan...=P


Note: Gambar dicilok dari FB my bro.

Wednesday, January 12, 2011

Roasters Eating Day


Lunch tadi berjaya juga makan Kenny Rogers di Ipoh Parade dengan Along. Tak pasal2 Along kena pakai baju merah. huhuhu..thanks Along.




Sampai sana pon after 2pm. So takde le ramai orang pon. Tapi sume staff mmg pakai baju merah la. Baju Along plak color mmg sebijik ngn dorang. Nasib baik tak pakai tudung hitam kalau tak bleh amik apron terus gi amik order. hahahaha...




Rupe2nya side dishes utk promotion Quarter Meal Buy 1 Free 1 tu adalah fix. Coleslaw, baked beans & mashed potato. Nasib baik sume makan. Cuma kalau biasa saya makan saya tak amik baked beans, saya akan pilih mac & cheese.

TAPI...dissapointed dengan taste dia hari ni. Mentang2 buy 1 free 1 jadi dorang kurangkan bahan plak. Contoh coleslaw kurang mayonnaise kot. Tak sesedap biasa. Then gravy pon cair jer.

Ni Kenny Rogers Ipoh Parade le. Tempat lain maybe tak sama le kot. Kat Ipoh ni cuma ade 2 KR..satu lagi kat JUSCO.

Lepas makan tadi nak menuju ke lift selisih dengan sorang ni. Macam kenal tapi sape nye. Bila dah terlepas pusing belakang ternampak anak dia plak. Betul le kot.

I.n.a.z, awak ada gi makan kat KR Ipoh Parade tak tadi???