Thursday, December 30, 2010

Blog tutup sampai Isnin


Yes..officially dapat juga email dari HR(HQ) yang esok "Closing Down Office"..

So tidak akan update sampai Ahad. Isnin tgk pada keadaan kalau ade idea and free time akan update cam biasa. Cet..bgtau ni ade orang kesah ke??? Takpe la kalau takde pon..huhuhuhu..


En.hubby plak baru call tadi inform kilang dia supposedly CUTI gak tapi dorang bawa cuti tu ke Chinese New Year nanti. Mentang2 le management Kilang ramai kaum Cina. huhuhu..xpe laa...janji cuti. Esok cuti pon bukan kami ada plan nak ke mana pon kan. Cukup le sabtu ahad cuti sama2..

Pada yang akan ke mana2 weekend ni hati2 di jalan raya yer. Highway cam jammed je nanti. Itu yg lagi membantutkan keinginan utk cuti2 m'sia. hehehe

My First Red Velvet Cake



Mesti ada yang terfikir itu cake ke?? Dah macam BATA yang sudah diplaster dengan cement putih jer...



Takpe..saya tak kecik hati. Sebab that's also my first impression. Itu sume sebab saya takde 2 acuan bulat yg sama. Sume lain2 besar nya. Yang ada 2 acuan petak je. Jadila...Nak bake asing2 takut tak boleh. Oven pon kecik je. Kalau letak atas bawah mau ke kek masak sama rata.





Lapisan cream cheese frosting kat tengah2 tu sikit sangat la. Bukan ape..cream cheese tu skit je..takut kang letak banyak2 kat tengah tak cukup plak nak cover luar. Sepatutnya guna 2pack of cream cheese tapi saya ada 1 je. So..that's why skit je dpt..


My first slice of Red Velvet Cake


My verdict on this cake ..cream cheese frosting mmg meletupss kan. Cuma kek tu a lil bit dry. Maybe saya bakar lama sangat kot. Lepas ni kalau buat lagi kena kurangkan masa bakar. Cake kalau moist lagi sedap kan...

Then lepas masuk peti sejuk lagi bertambah dry & keras le cake tu kan. So, tips nya adalah bagi cake defrost sekejap before makan. Baru OK...

Personally saya ske juga cake ni. Thanks to the cream cheese..mcm right combination. Saya tak pernah makan red velvet cake lain b4 this. So tak dapat nk compare le kan. Makan buat sendiri je pon. Jadi le kan..


Resepi rujukan saya adalah dari dua link ni.

http://www.myresipi.com/top/detail/10484

http://pinchmysalt.com/2008/11/10/red-velvet-cake-recipe/

Hari ni cam malas plak nk type balik resepi tu. So korang nak resepi nya bleh rujuk 2 link atas ye.

TAHNIAH HARIMAU MALAYA


Rata-rata orang akan bercerita tentang kemenangan Malaysia ke atas Indonesia semalam dalam Piala Suzuki AFF. Sebagai rakyat Malaysia mesti lah bangga atas kejayaan tu kan. Syabas pasukan Malaysia.

Malam tadi kami tengok match tu kat rumah Along. Sambil celebrate birthday my mum (belated). Saya actually xde le minat bola pon. Tapi dah tv terpasang so tertengok2 le juga. Nasib baik Qaseh well behaved bagi semua orang tgk bola dengan aman nya.

Bila dah menang malam tadi mula lah orang tertanya-tanya esok (hari ini) cuti ke???

Pagi ni dengar berita PM isytihar esok CUTI UMUM....saya tak bleh nak "YAHUUU!!" lagi. Biasa le company swasta ni ikut dia je nak cuti ke idak. So sekarang masih menunggu jawapan dari HQ..

So, sbb esok cuti umum sah2 le klinik desa Bemban tu tutup..sure postponed minum air gula tu....

Anyway, Happy Holidays everybody..Selamat Tahun Baru 2011. Tengok bunga api kat mana?? Kami mungkin tgk kat TV je..hahahaha

Wednesday, December 29, 2010

TQ Nuffnang..


Akhirnya dapat juga Payment Advice dari Nuffnang. Yela haritu pergi cash out awal bulan tak pasal2 terpaksa tunggu 2 bulan baru nak dapat payment. Cash out 02/11 hari tu. Hari ni baru terima email pasal Payment Advice tu. Cek sudah tentu belum terima.

Even takde le banyak mana. Tapi itu tetap rezeki kan. So moga2 lepas ni dimurahkan rezeki lagi dan dpt earning lebih banya lagi. hehehe...

Ok..boleh masuk tabung bersalin. huhuhuhu..

Kek Marble

2 hari lepas sempat bake 1 cake. Resepi dapat dari Mat Gebu. Tapi macam tak berapa puas hati la. Di mana silapnye ye.

Bila tengah bakar naik cantik gile. Bila biar sejuk dia turun balik macam mengecut pon ada. Last2 tinggal separuh tinggi loyang ye.

Saya guna loyang yg sama dgn Condensed Milk Pound Cake aritu. Surface mmg smooth la. Cuma kek cam 'bantat'..actually xde le bantat sangat pon. Cuma tak berapa nak gebu beb. I prefer kek gebu2 nie..eceh..

Orang lain buat ok je..nape saya buat tak jadi. Confius2...Yang confirm terkurang serbuk koko tu sebab cam coklat dia light je. Terlebih ovallete ke? Guna timbang biasa ni kalau berat ringan sangat cam tak berapa nak accurate. Kalau yg digital tu dia sensitif skit.


Surface yang smooth..





Source resepi adalah dari SINI

Bahan-bahan:


240 g unsalted butter
10 g ovallate
4 biji telur gred A
220 g gula halus
240 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
60 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
20 g serbuk koko
20 ml air suam
Secubit garam (tak perlu garam jika guna "salted butter)

Cara-cara:

  1. Putar mentega dan ovallate hingga rata, masukkan gula halus dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak masa untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar hingga habis, masukkan esen vanilla, putar rata.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu dibiarkan kosong dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan air suam, gaul rata.
  4. Sudu kan adunan kosong berselang seli dengan adunan koko, buat hingga siap. Gunakan pisau atau chopstick, buat beberapa pusingan. Bakar 50 - 60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2....
Overall takde le tak sedap. Cuma saya percaya saya boleh buat yang lagi bagus. =)

Pusat Perubatan Ar Ridzuan, Perak

Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh Perak (PPAR) ini popular sebagai Pusat Perubatan Islam di mana tenaga kerjanya semuanya beragama Islam. Ia juga manjadi pilihan bakal2 ibu sebagai tempat melahirkan anak. Pusat ini mempunyai beberapa doktor pakar dalam obstetrician dan gynecologist (O & G). Pakar kanak-kanak pon ada. Even untuk rawatan pesakit luar pon ada.

Sebagai seorang Ibu saya menimbangkan PPAR ini atas beberapa sebab:

  1. Kos bersalin di sini tidaklah semahal Ipoh Specialist dan Pantai Putri.
  2. Boleh memilih doktor dan nurse perempuan dan beragama Islam.



Pusat Perubatan Ar-Ridzuan
No. 9 Jalan Seruan,
Taman Chateau,
30250 Ipoh, Perak.
05 - 243 8311

Berdekatan dengan Impiana Hotel, Ipoh (formerly known as Hotel Casuarina) di Jalan Raja Dr Nazrin Shah (Jalan Gopeng)



Bagaimanapon, PPAR bakal berpindah ke bangunan baru kemungkinan besar tahun depan. Even tahun depan jusy few days away. Tarikh sebenar tak dapat diberitahu lagi. Bangunan baru tersebut adalah di Greentown Business Centre, betul2 terletak dia belakang Greentown Mall. Kalau ke Carpark belakang Greentown Mall tu mesti anda akan nampak bangunan tersebut.

Consultation hours yang saya tau untuk O & G:

Selasa, Khamis & Sabtu
9.00am to 1.00pm

Bagi yang bukan panel hospital dengan PPAR, saya walk in untuk pregnancy check up tanpa ubat-ubatan adalah RM85. Cuma check urine, berat, Blood Pressure dan scan. Mahal ke?? Biasa le private.

Untuk bersalin di PPAR deposit yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Normal - RM 1000
  2. Caesarean - RM 3000

Anggaran total kos pula:

  1. Normal - RM1500 to RM 2000
  2. Caesarean - RM 3500 to RM 4000

Bagi ibu2 yang mencari perkhidmatan ultrascan 3D/4D saya rasa PPAR takde. Sebab masa saya check up dia guna mesin yg normal je. Yang ada Ipoh Specialist & Pantai Putri.

Stop cerita pasal PPAR..skang masuk citer result check up sana di sana.

Melalui hasil scan mmg kedudukan baby saya adalah melintang. Kepala di sebelah kiri perut. Uri di atas, takde masalah. Dan confirm kali ni baby girl. Bila doktor berani kata confirm tu..betul le kot. Kecuali kuasa Allah kan. Berat baby pon on track dalam 1kg.

Saya ada juga bertanya tentang tarikh untuk caesarean. Doktor kata selalunya 2weeks before due date. Dalam 38weeks. Target date yang diberi oleh doktor adalah 08/03/11.

Next appointment is on 22/2/10 masa tu nak masuk 36weeks dah.

Tadi bawa resit bayaran check up ke admin tanya boleh claim ke idak dia kata boleh..YAHUUUU!!... Maybe sbb xde mention "PAKAR" kat resit tu. hahaha..kalau ISH & Pantai Putri awal2 kena reject bukan boleh claim unless ada referral letter dari panel doktor.

Tuesday, December 28, 2010

Check up 28weeks..



Hari ni pergi check up for 28 weeks. Terawal 2 hari sebenarnya. Tapi dah nurse set date 28/12/10 saya pon gi klinik le pagi tadi.

Result check up berat badan dengan jayanya naik lagi 2kg. Nurse dah bising2 sbb kata banyak sangat naik dari 12 weeks ke 28weeks saya dah naik 7kg. huhuhuhu...Dia soh kurangkan carbohydrate dan mende manis2 le kan. Jumaat ni kena datang balik untuk minum air gula tu. HB plak turun mendadak. Dari 13.4 tadi 11.8 je. Nurse suggest amik Iberet untuk ganti Obimin yang saya sedang amik. Katanya Iberet lebih sesuai untuk tambah darah.

Kedudukan bayi plak melintang. Patut le bangun pagi tadi rasa perut cam tak selesa. Keras semacam je. Kepala baby di sebelah kiri. Tapi tak perlu risau katanya. Sebab awal lagi, baby akan pusing balik. Lagipon saya kan mmg confirm operate nanti. Bukan leh normal pon.


Setel sume dalam 8.40pagi. Saya dapat time chit smpai kol 10pagi.


So decide nak pergi usya Pusat Perubatan Ar-Ridzuan. Cadang mahu bersalin di sana kali ni. Tapi kalau google mmg tak banyak info pasal Ar-Ridzuan ni. Tak jumpa plak dia punya website. So tadi dah berkesempatan ke sana. Saya akan blog separately. So, next time kalau ada sesape google carik info pasal Ar-Ridzuan ni terjumpa blog saya..senang skit kan. Even tak banyak info at least bleh tau overview skit kan.

till then...

Aktiviti Cuti Krismas kami..


Sabtu lepas even cuti kami takde le gi cuti2 m'sia ke..sbb Papa takde. So Qaseh tinggal ngn Mama je la. Pagi sampai tghari kami ke kenduri doa selamat besan MIL.


So petang tu Mama pon bawak Qaseh gi taman permainan. Kesian Qaseh..time cuti2 pon takde bawak jalan2 kan. Hari plak cuaca ok. Tak hujan..Lepas Asar kami pergi berdua je. Kire awal la juga. Mmg saje gi awal kalau dah lewat ramai orang..susah nak bagi Qaseh main. Silap2 kena tolak dek budak2 besar dari dia. Naya je..



Dalam banyak2 permainan kat situ Qaseh prefer crawling dalam tunnel tu. Tak pon naik 'kuda' goyang2 tu. Slide pon tak ske. Maybe dia kecik lagi kot. Swing pon dia tak nak.




Qaseh panggil taman ni "PANAN"..padahal kita ajar dia "TAMAN"..tapi dia sebut "PANAN"...tak pe kot..besar skit nanti dia tau le tu "TAMAN" kan..hehehe..

Dalam 20mins camtu datang few kids..main cam ganas je..Risau teman. Tadi dah janji pas gi "PANAN" Mama akan belikan Qaseh "AISHTO" (read: ice-cream). Tapi takde plak orang jual ice cream tu datang. Dia cuti Krismas kot.

So Mama pon bawak le Qaseh gi makan ice-cream kat TOP ONE di pekan Batu Gajah je pon. Alang2 Qaseh makan..Mama pon bleh tumpang sekaki. Mama pesan babana split dengan kentang goreng favorite si Qaseh.




Banana Split RM6.80
Selain ice-cream, banana & wafer..dia ada letak fruits juga mcm watermelon, grapes, laici & nenas.
Kentang goreng RM3.50



One satisfied customer!!


Sikit info pasal TOP ONE tu selain ice cream dia juga ada western foods, nasi2 dan mee2. Berhawa dingin dan ada sijil HALAL dgn Jabatan Agama Islam Perak. Bukan setakat tampak sticker HALAL je ye. Saya mmg dah check kat website JAIPk dah pon.

Nak komen pasal makanan sedap ke tak, tak leh nak komen sbb saya pon belum makan lagi di situ. Tapi kalau tercari2 tempat makan berhawa dingin di Batu Gajah, TOP ONE boleh jadi salah satu pilihan la.

Ini alamat TOP ONE:

4, Jalan Pandak Akhat,
Batu Gajah
05-365 4291

Monday, December 27, 2010

Ayam tumis rempah


Haritu ada share resepi ayam tumis rempah tapi hutang gambar. So sekarang bayar hutang.
Gambar xde fancy2..tak hias pe pon. Snap guna HP SIL je pon.



Untuk resepi penuh boleh click SINI.

Condensed Milk Pound Cake


Mula2 terjumpa resepi kek ni dari blog Kak Rima. Since that boleh tengok ramai blogger yang cuba kek ni. Termasuk le saya. Actually I baked this cake awal bulan aritu. Tapi asyik lupa nak upload gambar dar dslr..tu yang tertangguh sampai le sekarang.


Actually ini hasil selepas 2x percubaan. Yang 1st trial aritu agak gelap skit. huhuhu..bukan apa oven ni berbeza2..lagi2 le guna oven cikai yg mcm saya guna ni. Sbb segan nak share kek yang gelap..saya pon takde perasaan nak snap gambar. Tapi even gelap skit..rasa tetap marvelous.




Alhamdulillah 2nd trial hasilnya mmg bagus!!..guna plak loyang baru. Langsung tak melekat kat loyang. Smooth aje..I like!!...





Rasa dia ala2 butter cake je. Sape suke butter cake maybe ske juga cake ni. Saya ske sgt2...even simple without topping..cake ni mmg sedap. Gebu teramat lah.

For original recipe boleh refer here. *thanks kak Rima*



Saya ada ubah skit resepi original ikut bahan ape yang ada..

Bahan-bahan:

240g good quality butter (saya guna buttercup saje)
90g castor sugar (saya guna 70g je)
1/2 tsp salt
1 cup condensed milk
3 tsp vanilla paste (saya guna vanilla essence)
240g cake flour (saya tak tau camne cake flour tu..so saya guna self raising flour je)
1 1/2 tsp baking powder (sbb dh guna self raising flour saya tambah 1/2 tsp je)
4 large egg

Cara-cara:

  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  3. Tambah garam dan vanilla essence. Pukul sebati.
  4. Tuangkan condensed milk dan pukul sebati.
  5. Guna kelajuan perlahan masukkan tepung yang dibahagi kpd 3 bahagian. Pukul sebati.
  6. Masukkan telur satu persatu. Pastikan aduan sebati. (well mixed & smooth)
  7. Bakar 170 C selama 45minit

Oven saya ni special case so saya tak dpt ikut temp & baking time dalam resepi. Kena pandai2 adjust according oven anda.

Resepi yang simple dan mudah. Recommend korang utk cuba...Selamat mencuba!!


p/s: contoh cake flour yang ada di pasaran camne eh? Tak tau laa..

Friday, December 24, 2010

Merry Christmas



Yahuu!! Esok cuti. Bagi kami yang bekerja hari Sabtu bila Public Holiday hari Sabtu sangatlah heaven. Tapi bagi geng2 yang mmg dh tak kerja Sabtu mesti cam rugi kan. hehehehe.. Anyway saya nak wish pada semua yang menyambut Krismas...


Merry Christmas..Ho...ho..ho...
(ala2 santa claus)....


*credit to google*



And
Happy Holiday!!

Saya cuti buat ape???


hhhmmmm..langsung takde plan. Sebab en.hubby even dia pon cuti esok tapi dia pergi Family Day persatuan yang dia join di Tg Malim sampai Ahad. Tinggal le saya, Qaseh & MIL. So macam stay rumah je la jawabnya...sangat tak menarik!!


Pergi shopping barang baby pon macam menarik ni....
kan???

Thursday, December 23, 2010

Bila saya masak...

Last weekend adalah hari masak sedunia..hahaha..kecoh je. Orang masak hari2 tak heran pon. Bukan apa, bila stay ngn MIL ni bab2 masak tu jadi senang sebab MIL dah tolong masakkan. Dah le dok ngn MIL...SIL pon ada sekali. Lagi le chance nk masak tu cam lagi tipis. Lagi2 Qaseh yang makin hari makin memerap ni.

Lagipon saya sedar, saya masak tak sedap. So, kita utamakan SIL yang masak lagi sedap tu. uhukk..ALASAN!!..hehehehe...

Yang boleh saya nak masak pon sebab SIL takde. Papa plak ada di rumah. So, amik peluang le masak. Sbb papa bleh tengok2kan Qaseh. So, saya masak nasi tomato lagi. Itupon last minit decision. Kebetulan the day before MIL ada beli ikan bawal yang besar skit. Baru sedap masak Bawal Sweet Sour kan.



Nasi Tomato Pn. ApasH. Resepi turun menurun keluarga belah my mum.



Sebab last minit punya masak. SIL & her hubby plak takde. So we just settled with 1 lauk 1 sayur. Cadang nak buat jelatah je. Tapi nenas takde plak. Last2 buat acar carrot+timun je. Jadi le...



Yang paling best dengan jayanya masak nasi tomato untuk ke sekian kalinya. So, kire pass le kan Mak. Lepas ni acik masak Mak duduk rehat!!..Cewaahhhh!!! Bila lagi kan..

Sabtu malam ahad tu saya buat choc cheese brownies lagi. Guna 8" Springform yang baru saya beli. Sebelum ni saya beli hampeh dia boleh plak bocor skit. Lgpon ada baki cheese lagi dalam peti sejuk.



Seperti yang saya dh mention before this, brownies ni agak muak. En.hubby bleh plak request nak cheese choc cam secret recipe tu. No prob Bie!! Akan Yang usahakan. Cuma jadi tak jadi je nanti. hahaha...

Pasni kalau kengkawan nak bertandang umah confident skit nak jamu nasi tomato. Hahaha..cuma kalau nak datang inform awal. Kalau tak saya jamu air kosong je la. Kalau nasib baik stok biskut kering ada bleh je jamu sekali..kalau tak...minum je la. hehehe..



P/s: Hari tu kata nak masak Ayam tumis rempah kan. Mmg berjaya masak. Gambar je tak upload lagi.

Wednesday, December 22, 2010

Bantuan Kecemasan...


Bantuan kecemasan or org lebih familiar dengan First Aid. Kawan-kawan pernah ikuti any First Aid Training tak?? Jika pernah kita tergolong dalam golongan yang bertuah.


Risiko kemalangan ada di mana2. Di tempat kerja mahupun di rumah kita sendiri. Selalunya bagi yang berkerja dalam bidang industri lebih berpeluang mengikuti First Aid training yang dianjurkan pihak kilang/company tersebut. Tu sume sebab risiko berlakunya kemalangan di tempat kerja adalah tinggi.

Sepanjang pengalaman saya berkerja, sudah beberapa kali mendapat peluang untuk mengikuti First Aid Training ni. Bagi saya amatlah berguna. Even belum pernah berhadapan dengan situasi yang sebenar, at least adalah skit ilmu di dada ni.

Last week saya attended First Aid training refresher course. Sepanjang 3thn++ berkerja di company ni dah 2x saya attend this training. Training yang amat best. Maybe sebab trainer/lecturer dia mmg best. Tak mengantuk langsung.

Melalui training tu saya dapat try buat CPR dengan cara yang betul, bantuan utk orang tercekik (Heimlich Maneuver) dan cara2 balutan luka & patah. Bukan setakat untuk orang dewasa, malah untuk bayi pon diterangkan. Dan dapat juga buat praktikal dengan patung baby yang disediakan.

Heimlich Maneuver for Infant





Before this masa saya berkerja di Kuantan, sempat juga attend First Aid training sekali. Lebih kurang sama je cuma equipment dia lagi canggih sbb buat di Hospital Kuantan. Selain itu saya pernah juga mengikuti "attachement" selama dua hari di wad kecemasan Hospital Kuantan. Pengalaman yg takkan dilupakan. Dapat lihat macam2 jenis kecederaan, kesakitan dan juga kematian.




Saya juga diberi peluang oleh doctor ketika utk untuk melakukan CPR pada salah seorang "pesakit" jantung yang jantung nya sudah berhenti. CPR tu buat w/o hembus udara kat mulut le. Sbb pesakit mmg dah pakai topeng oxygen. Sepanjang saya di wad kecemasan pesakit tu mmg tak sedarkan diri. Doktor pon macam kata takde harapan. Tak lama kemudian, jantung dia berhenti doktor2, nurse sume cepat2 bagi CPR. Saya rasa bila doktor mcm suruh stop buat CPR before declare pesakit dh meninggal doktor panggil saya untuk try buat CPR. Cuak beb...takut pon ada. Apepon itu satu pengalaman untuk saya.

So, korang pernah ke gi training first Aid ni??


** All pic credit to google

Happy Birthday Mak!!



Tanggal 22 December 1949 lahirlah seorang wanita yang ku kenali sebagai MAK. Seorang ibu yang amat kusayangi. Tanpa Mak siapalah Acik. Terima kasih atas segala pengorbanan mak untuk membesarkan kami 4 beradik. Kami dengan jayanya 'membesar' bagai johan.

Selamat Hari Jadi yang ke 61 Mak!!



Acik sayang Mak sangat-sangat. Moga2 Mak dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik & panjang umur. Amin...


Sekarang mak jauh nun di Putrajaya..hahaha..mcm jauh gile je kan. Stay ngn Angah saya. Plan mak balik Ipoh smlm. Tapi tak jadi pula. Tak dapat le nak celebrate birthday mak. Postponed plan nak bake cake utk mak.

Tuesday, December 21, 2010

Enchiladas version Pn. ApasH



Couple of weeks ago saya jumpe resepi ini di blog Resepi Citarasawan. Enchiladas tu nampak sungguh tempting. Rasa nak try sesangat. Tapi en.hubby tak makan daging so...tak boleh le buat sejibik resepi itu.


Minta izin ye tuan punya blog untuk saya tepek gambar yang sungguh tempting itu.


So, dengan berpandukan otak dan pengalaman saya yg skit sgt ni kita improvised skit. Bagi memenuhi selera kami sekeluarga.

Dalam blog asal dia guna roti tortilla. Saya tak jumpe roti tortilla yang jumpe roti prata je..hentam saje janji seakan2..Basic idea resepi ni..inti yang sedap digulung dalam Roti tortilla kemudian bakar.

So dengan basic idea tu saya hentam buat inti sendiri. Ni style campak2 je..takde sukatan2 ye..main ikut sesuka hati je...then rasa le ye puan2 kang tak sedap membazir saje.

Bahan-bahan:

Udang dibuang kulit dan dipotong kecik
Cendawan Butang dalam tin dihiris
Bawang besar dipotong dadu. Banyak bawang pon sedap.
Bawang putih dihiris.
Cabai kering yang diblend. Ikut tahap pedas korang.
Sos Traditional Preggo.
Tomato dipotong dadu
Capsicum dipotong dadu.
Garam secukup rasa.

Cara-cara:

Inti Udang:

  1. Tumis bawang besar & putih.
  2. Masukkan cabai blend dan biar sampai cabai masak sepenuhnya. Kalo tak nanti sakit perut.
  3. Tambahkan sos Preggo.
  4. Agak2 dah sedikit kering masukkan udang.
  5. Bila udang nak dekat masak masukkan cendawan, tomato & capsicum.
  6. Kacau sebati sehingga kering. Tak nak basah2 sangat tak sesuai sebagai inti.
  7. Garam jangan lupa plak ye kawan2..

Roti Prata :

Keluarkan roti prata dari fridge tak perlu defrost dulu. Terus masak atas kuali leper. Boleh letak sedikit butter dekat kuali kalau mahu. Agak2 garing skit bleh angkat.

Enchiladas version saya:

  1. Letak inti atas Roti Prata kemudian gulung. Letak dalam loyang pembakar. Repeat step ikut bape banyak korang nak makan la.
  2. Ikut version asal Enchiladas sapu sos cili/tomato kat Roti Prata yang dh siap digulung then baru tabur cheese.
  3. Saya tak sapu sos pon cuma letak cheese je la.
  4. Then bakar sekejap dalam oven sampai cheese dah brownish.

Ni hasil Enchiladas saya yang gambarnya tak berapa tempting tapi sedap.




Yang ni closed up skit..

Makan time panas2..mmg sedap!! Masa roti tengah rangup lagi.


Bagi yang tak tau apa itu Enchiladas?? Korang google le sendiri..hehehe...

Monday, December 20, 2010

Ayam jadi Keli...



Hari ni mood berkerja TARAK...otak plak fikir macam2 plan best yang dapat dibuat sekarang. Antaranya:
  1. Drive gi mall start shopping barang baby
  2. Balik umah tidur
  3. Balik umah bake some cake
hehehehe...nasib baik angan2 takat situ saje. Tapi masa kuar lunch tadi terus dapat idea cam nak masak "Ayam tumis rempah"..bab resepi macam dah ada kat kepala tapi still call my mum to re-confirm kan resepi. Then terus ke Pasaraya terkemuka TF di Batu Gajah je. Beli barang2 apa yang perlu..sempat juga beli 3 biji MAMAROTI yang sedap itu. Terus menuju ke rumah.


Sampai rumah tengok MIL dah siap masak. Tomyam seafood & Keli tumis cabai. Baik punyer.... Terus letak ayam dalam fridge..amik pinggan cedok nasi + lauk terus makan. CANCEL nak masak "Ayam tumis rempah"...hahahahaha....



Postpone le masak...balik keje nanti baru masak kot. So sebelum terlupa resepi type masuk blog dulu...

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (saya potong kecik)
1 senduk serbuk kari daging
1/4 senduk serbuk cili (nak pedas sila tambah lg)
2 labu bawang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang.........)
1 sudu besar sos tomato
Tomato
Capsicum
Daun kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa.

Cara-cara:
  1. Ayam di bersihkan dan digoreng. Jangan terlalu garing.
  2. Hiris bahan (*) dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan 4 beradik & daun kari.
  4. Bancuh serbuk kari dan cili dengan air dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos tomato, garam & kacau sebati.
  6. Kemudian masukkan ayam. Api sederhana kecil dan tutup sebentar.
  7. Agak2 rempah sudah meresap ke dalam ayam masukkan tomato dan capsicum.
  8. Kacau sebati sehingga tomato & capsicum layu.
  9. Siap untuk dihidangkan.
Kalau berjaya masak petang kang nanti saya upload gambar. =)

Her Own Words

BASH



DARJIS



DARJIS



TONASH




MEIMEI





BASHUN



AISHTO


Kids have their own mind. Even bukan kita yang ajar pon dorang boleh create sendiri.


Dalam kes Qaseh bukan semua word dia cipta sendiri. Ada juga words yang dia sebut cam biasa. Yang paling latest dia ske sebut "Sha Na Na"...
Kitaorg satu family still try to figure out apa maksud dia.
Yang Mama tau lagu Amy Mastura je...
hehehehe...


Saturday, December 18, 2010

till then...

Masih tidak berapa sihat. Runsing dengan selsema. Semak dengan kerja yang banyak.

So Blog di tinggal dahulu..moga2 sawang nya tidak le banyak mana..

till then...

Wednesday, December 15, 2010

100 days to go..



Yahoo!!!
Pejam celik pejam celik tinggal 100 hari je before due date.
Maybe awal skit kot
Tapi tak kisah lah janji we both sihat walafiat.


Persiapan belum buat apa2 lagi.
1 barang pon belum beli.
Maybe separuh barang boleh recyle barang2 Qaseh.
Tu pasal boleh relax2 tak fikir lagi nak beli barang2..

To be safe..
by 7months nanti nak prepare skit2 barang2 for hospital bag.
Itu yang penting lu kot2 terbersalin awal plak.
Yang lain2 nanti2 pon boleh beli.

Sy masih selsema, sakit tekak dan kepala ada skit weng..
Better gi klinik jap lagi..

Tuesday, December 14, 2010

Tak sehat...



Semalam saya EL...sebab Qaseh demam selsema. Dia start demam hari ahad tu. Malam tu dia meragam tak nak tidur..sampai le jam 4pagi baru nak tidur. Maybe susah nk nafas ikut hidung buat dia tak selesa nak tidur. Tapi Alhamdulillah badan dia tak panas mana. Tak perlu 'jelum' ngn air. Bagi ubat demam suhu badan pon turun..

Lepas Qaseh Papa plak start bersin..dan hari ni Mama plak asyik bersin & gatal tekak. Maybe kami dh berjangkit dari Qaseh. Selalunya Papa demam dulu bawa virus ke rumah baru orang lain demam. Tapi kali ni Qaseh plak yang kena dulu.

Sebelum2 ni Qaseh takde problem nak makan ubat. So alhamdulillah cepat sembuh. Tapi kali ni payah plak nak makan ubat. Camne nak cepat sembuh sayang oiii....

Kepala pon dok sakit ni..biasa le kan kalau selsema sekali naik ngan sakit kepala. So idea nak berblogging nan ado!!..

Gambar hiasan

So, doakan kami sekeluarga cepat sembuh ye...

*******

Thursday, December 9, 2010

Entry 18sx....


Kalau majalah Mangga dulu mesti ada ruangan artis yang tak berapa nak kenal pose 'seksa' tepi pool. Entah ape citer tentang Mangga ni..dah bertahun tak pernah tengok dah.



Tapi kini kita layan aksi pose 18sx terhangat dari ladang.....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
Aksi Qaseh

DALAM BALDI!!


Renungan tajam....


Walaupon kulit Qaseh tidak lah putih gebu..Tapi Qaseh tetap gula-gula hati mama!!





Qaseh ni mmg suka bangat kalau dalam main air sambil berendam ni. Bath tub dia mmg ada..Dia panggil "BASHUN"...lebih kurang bunyi nye dengan "BESEN"..kire orite le kan. Tapi kadang2 bila malas nak gi amik bashun tu..hentam je guna baldi. huhuhuhu...

Tapi AWAS...harus monitor sbb takut terbalik baldi tu bila dia berdiri.

Wednesday, December 8, 2010

Jalan2 Cari Makan @ Shabu Shabu


Sambungan dari entry INI..

Lepas setel majlis sambut menantu Along..Opah (my mum) ajak kami 1 family gi jalan2 kt Lumut. My mum dah lama sangat tak gi Lumut.

Kitaorg lepak kejap kat Waterfront Lumut tu beli ikan bilis terus saya ajak dorang semua makan di Shabu Shabu. My mum mmg teringin pon nak gi lepas saya cerita tempat ni best.



Ini kali ke-3 saya, papa & Qaseh makan di situ. Refer Here and Here. Untuk family my side itu yang pertama kali.



Kami sampai je kena ngan masa "Dinner"..Harga dah naik RM18.90/pax. Kalau lunch murah skit tapi kurang pilihan la. Kalau Dinner BBQ dia banyak jenis.


Tak ramai orang sangat sbb kami sampai petang. Senang lenang makan. Nak lepak lama2 pon takpe. Kata buffet makan sampai 'buntat'...hehehe..



Ni gambar masa mula nak makan. Tangan yang pegang pinggan ketam itu adalah tangan tuan punye blog. huhuhuhu...Target saya mmg makan ketam saje. Sebab benda lain senang nak dapat..Untuk sup steamboat kami pilih tomyam. Sebab en.hubby tak makan ayam/daging. Tomyam dah siap pedas tak perlu cicah sos dah. Selain tomyam ada pilihan sup ayam & sup tulang.

Ni gambar after makan..hehehe...dewasa ada 6 orang tapi gelasnya punya lah banyak. hehehe...Gelas yang tumbang itu adalah kerja si Qaseh.

Even ini yang kali ke-3 makan di Shabu Shabu, tapi 1st time Mama dapat makan dengan amannya. Mood Qaseh baik dan mama bagi dia main "minum air" bagi gelas kosong..tuang air skit2 bagi dia minum. Mmg basah lencun baju dia. Tak kisah la..baju spare banyak. Janji mama bleh makan dengan aman. Makan ketam weh..kena penuh focus dan menggunakan kedua2 belah tangan.

Selain baju lencun..pampers Qaseh pon penuh gila. Padahal sebelum sampai Shabu Shabu mama baru tukarkan pampers. Gara2 banya sangat minum air. huhuhuhu...

Lastly, nak tayang gambar kami 1 family di mana Papa buat iklan colgate.

Sekian. =P