Friday, July 2, 2010

Nostalgia : Terperangkap

Bahasa harian kita sudah sinonim menggunakan bahasa pasar. Jarang sekali kita menggunakan bahasa melayu dengan betul apabila kita bercakap. Kalau dalam penulisan itu biasa le. Even saya berblogging pon guna bahasa pasar ni. Campur english word..nak tulis 100% dalam english x berapa pandai. Kang jadi bahan ketawa orang lain plak kan. So, campur2 kira orite le. Sebab blog ni mcm diari yg x personal..hehehe..Lain le kalau nk karang cerpen, novel even artikel. Wajib le guna bahasa melayu yang betul.

Bukan apa, bila kita dengar somebody bercakap dengan menggunakan bahasa melayu baku sure kita nak tergelak kan. Bukan salah..cuma mcm pelik sebab jarang2 sekali dengar. Kecuali kat berita TV3..hehehe..RTM pon x guna bahasa baku.

Silap2 org yg bercakap bahasa melayu siap dengan bahasa baku..sah2 akan di cop SKEMA..lagi2 masa zaman tgh belajar dulu. Diri tak matang lagi..padahal mmg jenis ske gelak kat orang..eee...jahatnye....=P

Actually nk share satu cerita dgn korang. Situasi tu terjadi pada diri saya sendiri masa tgh study di UTP dulu. Ada 1 weekend tu..rasanya baru dapat duit loan PTPTN..so saya bersama 3 ke 4 teman yg lain pagi2 dah kuar gi Ipoh untuk shopping. Mmg betul2 shopping rasanya.

Dah petang kami gerak balik UTP. On d way balik semua dah terkelepet kepenatan. Kecuali si driver ni. Dia kena gagahkan diri juga sebab dia nk kena drive kan. Ada yang dh tidur..ada yg dok menahan mata dari terlelap. Saya x tidur tapi mmg mengantuk ya amat..

Sampau batu gajah, si driver bgtau nk singgah petrol station sbb dh nk terkucil sgt. So kami pon stop kat PETRONAS Batu Gajah. Si driver pon terus meluru ke toilet. Sementara tunggu dia..saya pejam le mata kejap. Tapi belum tidur.

Agak lama lepas tu, saya terkejut bila ada orang ketuk tingkap keta belah saya. Ada sorang akak ni cuba bgtau saya something..tapi x clear..lgpon saya mcm mamai skit...Last2 saya buka tingkap baru clear dengar..

"Kawan adik terperangkap"


I was like...hhaaaa????? dengar x dengar je..

Akak tu repeat balik..

"Kawan adik terperangkap"

Saya mcm amik masa nk digest akak tu cakap ape. Then baru dapat' tangkap' maksud akak tu yg teman saya si driver stuck dalam toilet x boleh keluar.

So lepas tu terus saya ngn sorang lagi teman bergegas ke toilet..dan sah si driver tu mmg stuck dalam toilet. Pintu dia x boleh buka. Kami yg diluar pon x dapat nk bukak. Si driver kata dia nak try panjat tapi xde mende yg boleh dia panjat. So last2 saya n sorang teman ni menjadi ala2 Charlie's Angle telah berjaya menendang pintu tu sampai terbuka. hahahaha...

Kami berdua menjadi "hero of the day" kerana berjaya menyelamatkan kawan yang "TERPERANGKAP"....

Bila dalam kereta kami gelak2 sebab lambat benor pick up maksud akak yg membantu inform kami tentang si driver.

Sekarang setiap kali lalu kat PETRONAS tu sure tersenyum sorang2...

2 comments:

nikki said...

musti yg tendang pintu tur may kan..hehhe

ApasH said...

nikki:

teettt..salah. Minah tu dok tgh sedap tidur dalam keta. Bukan dia sedar. Bila kami dh gelak2 dalam kereta baru dia terjaga..then mamai confuse nape kami gelak.

sorry may...=P