Tuesday, July 6, 2010

Resepi: Chocolate Moist Cupcakes


Atas permintaan Marsha


Bahan - bahan :

1 3/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko (Van houten)
1 1/2 tsp baking powder
1 1/2 tsp baking soda
2 biji telur
2 cawan gula
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran (saya guna minyak diasy je)
1 tsp esen vanilla
1 cawan air panas
secubit garam


Cara - cara:
  1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder & baking soda. (dry ingredient)
  2. Pukul telur dan gula sehingga kembang
  3. Masukkan esen vanilla & garam.
  4. Masukkan dry ingredient , susu dan minyak berselang seli dan kacau. Ulang process sehingga bahan habis.
  5. Tambahkan air panas dan adunan akan menjadi cair.
  6. Tuang adunan sebanyak 3/4 penuh ke dalam papercup. Bakar pada suhu 160 c selama 15 minit.
Selamat mencuba marsha!!

8 comments:

Marsha said...

TQ!! Mau buat nt...:)

Adyshariz said...

very the licos..yum..yum

semut-terbersin said...

mak oii nampak cam sangat menyelerakan!! bleh laa try resepi ni nanti..adeh terliur dah ni

babYpose said...

Salam, saya dah cuba, sedap sgt, tma kasih kongsi resepi ni, semoga murah rezeki slalu :)

Puan ApasH said...

babYpose:

w'salam. tak rugi cuba kan...^__^

Watierman said...

Assalam Puan ApasH ..terima kasih atas perkongsian resepi ni...dan Akak mohon untuk mencuba dan perpanjangkan ilmu ini dengan rakan yang lain Insyaallah!

Anonymous said...

Tumpang tanya kak, yang choc atas tu akak cairkan choc mcm biasa or tu choc ganache? Boleh bgtahu mcm mana nak buat? Tq :) -Yaya

Puan ApasH said...

Yaya,

Choc ganache dik.. Choc masakan/choc compund + fresh cream/ susu cair + butter. Cairkan secara double boil..