Tuesday, October 5, 2010

Resepi Nasi Tomato



Takde sape pon yg mintak resepi. Tapi saya saje nk post kt blog. Nanti senang saya sendiri nak refer balik. Untuk 10 orang makan.

Bahan-bahan:


3 pot beras (pot susu tin tu)
2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inch halia

2 senduk minyak sapi (sehingga menutupi bontot periuk)

3 pot air

1 tin Tomato soup Heinz
Garam secukup rasa



Cara-cara:
  1. Basuh beras dan tos. Ketepikan.
  2. Hiris halus bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan minyak sapi kemudian tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
  4. Tuangkan tomato soup tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air dan tutup. Tambahkan garam. Sesekali kacau.
  6. Apabila sudah menggelegak masukkan beras dan kacau sehingga sebati.
  7. Tutup periuk dan kecilkan api. Sesekali kacau bagi nasi tidak melekat.
  8. Apabila nasi sudah kering, kecilkan api dan letak paper di atas periuk kemudian tutup dgn tudung periuk.
  9. Apabila paper di tepi periuk kelihatan basah, itu tanda nasi sudah masak.
  10. Letakkan benda berat di atas. (boleh gunakan lesung batu)

Smlm en.hubby dh tanya.."Bila Yang nak masak nasi tomato lagi?" Padahal baru je makan hari ahad. hahahaha

4 comments:

Anita, Mummy Adzryl said...

awwww. menarikss! i reti masak nasi minyak je. nih mesti cuba nih! thanks for sharing the recipe. my MIL slalu masak ni. tapi hari tu laju sgt dia kasi recipe. dia ckp i mesti tau. erkkk. sudahh. x reti lah Mak! hehehehe. thanks tau! :D

azzey said...

Resepi yg blh dikongsi bersama ni! tq2....:)

narmiz said...

mane garam nye acik oi... dah masukkan air buh garam ek...

ApasH said...

along: hahaha lupe plak..