Wednesday, September 9, 2009

Status Kehalalan Restoran dan Pemakanan


Dapat email ni dari member..so just nk share for info.x tau kesahihan email ini. biar diri kita sendiri yg menilai samada nk caya ke idak..x pon gunakan info ini untuk mendapat kesahihan yg lebih tepat..

Status kehalalan restoran dan pemakanan seperti Kedai Mamak Lotus (dekat Nikko Hotel depan Ampang Park), San Francisco Steak House, Dome, Starbuck, La Boheme, Jusco, Foodcourt KLCC
JAWAPAN JAKIM: Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM
  • McDonald
  • A&W
  • Secret Recipe
Restoran & Syarikat berikut telah DITARIKBALIK sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal
  • Victoria Station
  • Kam Lun Tai (lihat di bawah)
  • Lotus Family Restoran (sebelah Nikko Hotel depan Ampang Park)
  • Restoran & Syarikat berikut TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM
  • San Francisco Steakhouse
  • Chicken Rice Shop
  • Kiwi Express
  • Minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 Plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah DITARIKBALIK pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn. Bhd. Syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye atau semi permanent dye. Mengikut kajian, jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri TIDAK PERNAH mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah MENDAPAT PENGESAHAN halal JAKIM dan telah dipastikan ‘soft gel’ untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah Mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan /minuman yang disediakan di restoran ini SOALAN: Saya ingin tahu samada semua stall di FoodCourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yg halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak), seperti Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California Pizza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chin Oz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House, Santini JAWAPAN:
  1. Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC TIDAK ADA yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yangdisenaraikan itu
  2. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus
  3. Kedai Bread Talk & Bread Story TIDAK PERNAH mendapat pengesahan halal JAKIM
  4. Sehingga kini JAKIM TIDAK PERNAH memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual
  5. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fishballs dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM
  6. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang TIDAK PERNAH MEMOHON pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan /produk di tempat tersebut
Waallahua'lam

No comments: