Wednesday, November 30, 2011

Baju turun menurun

Si kakak dalam 7bulan @ 2009


Si adik 8bulan @ 2011


Salah satu kebaikan mempunyai anak2 sama jantina ni. Baju boleh pass kat adik. Ade certain baju tu sampai terlupa nak bagi adik pakai. Tengok2 laaa dah kecik tak muat nak pakai dah. huhuhu...

Selit cerita pasal Hannah skit. Actually kesian kat Hannah tau. Kadang2 orang ingat dia BOY. Lagi2 bila pakai seluar. Maybe muka dia banyak macam Papa. Then ramai yg kata dia BOY. Lagi2 le rambut tu lambat benor nak panjang. Nak bagi pakai headband pon bukannya dia mau.

Wordless Wednesday #6

Budak kenit yang telah pow Mama lunch hour tadi.

"Mama, beli aiskrim Magnum nak..nak??"

Bila Mama mula buat planning


Esok dah masuk bulan Dec. Jadinya lebih kurang 3bulan lagi Hannah akan celebrate her 1st birthday. Macam Qaseh dulu Mama tak buat birthday party jemput orang ramai. Tapi akan bawa gi cuti2 M'sia. Kalau dulu time Qaseh kami ke Genting saje. Kali ni plan nak ke Melaka.

Cuti2 M'sia ni bukan untuk keluarga kecik kami saje. Ni kire Family Gateaway untuk family hubby's side and mine. Bila pergi dalam jumlah orang yg ramai Homestay adalah yg paling sesuai dan ekonomi kan.

Mesti orang kata 3 bulan lama lagi. Planning awal sangat. Tapi saya ni bab2 merancang holiday/event ni mmg suka awal2 senang. Ada plenty of time nak survey tempat2 yg best. Carik the best price yg boleh dapat. Takde kelam kabut.

Tapi the bad side nye ada juga. Contoh last year awal2 dah beli flight ticket nak ke Langkawi di Air Asia untuk birthday Qaseh bulan 4 hari tu. Tiba2 preggy si Hannah dan masa birthday Qaseh saya masih dalam pantang. Burn le ticket tu...Nak wat camne kan..takde rezeki.

Balik cerita ke Melaka ni. Saya mencari2 homestay yg dekat2 dengan pantai & ada BBQ facilities. Bila keluarga berkumpul pasti le BBQ yg paling sesuai kan. Saya pon start google...Jumpe few yg ada BBQ facilities tapi takde pantai.

Sampailah terjumpe SURI HOMESTAY. Di Crystal Bay dekat pantai dan ada BBQ. Memenuhi kriteria. Plus dia ada private swimming pool. Walllahhh....Memang buat saya dan2 tu nak booking. hahahaha...

Tapi tarikh belum confirm bila nak pergi. Siapa interested nak follow belum tau..belum abih diskas dengan en.hubby lagi. So, just bookmark dulu. Harap2 still available le tarikh yg kami nak pergi.

Ada readers blog ni orang Melaka?? Tak pon pernah stay kat Homestay Melaka. Kasi suggestion skit...

Tuesday, November 29, 2011

Assistant Baru Saya

Memperkenalkan Pembantu Peribadi saya. Hari ini baru mula bekerja. Itupon kerja 1/2day je. hahaha....



Yes..Qaseh ada kat ofis dengan Mama. Tadi lunch pergi deliver cupcake. Dia nak ikut. Setel tu ingat nak terus hantar balik rumah. Tapi cancel terus gi lunch dgn Mak & Paksu. So kalau hantar Qaseh balik rumah terus lewat pula sampai ofis. Susu pon tak pam lagi. Jadinya angkut saje ke ofis.



Mula2 bagi dia layan Upin & Ipin dulu. Tapi biasa le dia..bukan nak tgk lama2..cepat jemu. Computer Mama takde speaker. So selama ni Mama guna earphone je. Telinga Qaseh kan kecik. Mana muat nak pakai earphone tu. Asyik tertanggal je.




Last2 Mama bubuh selotep je...setel problem.

Gaya Rambut Baru Qaseh

Jumaat lepas, setel Audit Mama nak release stress kerja. So, decided nak potong rambut. Hajat nak potong rambut lama dah dari lepas pantang si Hannah lagi. Sekarang Hannah dah 8bulan. Lama betul tangguhnya..

Nak bagi Opah rileks skit, Mama angkut si Qaseh. Hannah tinggal dgn Opah. Cian dia kena tinggal. Tapi bawa dia kang..payah pula. Sape nak jadi tukang pegang dia time Mama potong rambut tu kan.

On d way gi saloon, saje usik2 Qaseh.
"Mama nak gunting rambut. Piyah nak gunting rambut tak?? Sama dengan Mama"
Tak disangka dia nak. Wahh..ada can ni. Rambut depan tu mmg dah nak masuk mata dah. Nak potong sendiri kat rumah macam nak berperang.

Sampai kedai, Cina tu tanya sape nak potong saya kata dua2. Qaseh pon ok je. Takde pula nak buat hal.


Bila suruh duduk atas kerusi tu dia tak nak. Last2 Mama yg letakkan dia atas kerusi. Nasib baik rela je. Tapi muka dah cuak..

Lepas bungkus dia dgn lapik kain tu. Keras kejung je dia. Pastu dok sibuk nak tgk auntie tu buat apa. Kejap2 kena suruh dia tengok depan...kejap2 suruh tgk depan. Penat le mulut Mama ni.

Rambut depan potong dulu. Good girl je dia. Auntie ni pon pandai pujuk budak2. Qaseh pon ikut je apa auntie tu suruh buat.

Lepas trim rambut depan. Mama suruh trim juga rambut belakang. Ye la kan selama ni Mama yg potong sendiri je. Panjang pendek le rambut si Qaseh tu.

Ini le hasil akhir rambut si Qaseh. Depan ada slack skit. Biasa le budak2 kejap2 nak tunduk le. Tak salahkan auntie tu.

Actually macam pelik skit muka si Qaseh. Sebab tak biasa rambut depan dia pendek camtu. Papa cakap dah macam orang penan. hahaha..Ok le...lambat skit nak panjang sampai masuk mata kan.

Actually Mama yg excited lebih. Yela pada umur 2tahun 7bulan tu le 1st time gi potong rambut kat saloon. 1st time pon ok...so next time rasanya takde masalah kan. Takpe2..pas ni Mama jadikan 1 activity Mama-doter bonding momment. Hannah pon bleh join. Tapi lambat lagi le kot..sebab rambut dok pendek gitu je...hahaha..

Friday, November 25, 2011

ANGRY APASH

Haaa..jangan nak buat lawak..
hari ni takde Angry Bird ye..
Hari ni ANGRY APASH je ada.
Luahan rasa moga2 boleh cool down skit..

Pagi2 aku dah notice mood kau le laut..
Konpem sebab kes sehari sebelum tu..
Ok..fine salah aku. Aku admit.
Salah aku buat kau terasa.

Kat ofis aku busy sebab ada audit.
Tapi dalam busy tu otak dok ligat fikir..
Apa aku nak buat untuk pujuk kau.
Something yg lebih dari I'm Sorry...

Ting!!..Idea sudah mari..
Dalam hati kata konpem kau suka
Konpem mood kau akan OK..
Kau akan maafkan aku.

Zass, pergi kedai time lunch hour.
Yes, aku mahu belikan kau hadiah.
Siap dengan wrapping paper + kad aku beli.
Lepas beli fikir camne aku nak balut hadiah tanpa kau tau.

Motif beli hadiah???
Sape tak suka hadiah beb??
Sebab aku jarang dapat hadiah,
So kalau dapat konpem aku suka..

Last2 aku balut hadiah dalam kereta je..
Tulis kad dengan ayat2 pujuk & minta maaf..
Dgn harapan Kau akan maafkan aku..
Dan keadaan akan seperti biasa.

Hajat hati nak buat surprise..
Letak kat tempat ko akan nampak..
Baca Kad I'm Sorry tu..
Bukak hadiah, then kau seronok..

TAPI,
Aku tgk mood kau macam tu gak.
Dalam hati aku terfikir, tak nampak ke hadiah kat situ.
Aku pergi balik tempat tu..
Tgk..tak terusik pon.

Then, aku tanya direct kat kau..
Nampak ke?? ke saje tak nak unwrapped hadiah tu lagi..
Kau jawab nampak..then buat bo-layan..
Nak tak nak je cakap. Butir cakap pon aku tak tau

Aku tanya elok2...
I made an effort to make things OK..
Itu yg kau balas....
Itu yg aku dapat..

Tak sudi terima hadiah aku
Fine...
Tak HARGAI apa yg aku cuba buat
Fine..

Kau tak nak..aku amik balik..
Apa susah...
Aku koyak kad dan wrapper..
aku buang dalam tong sampah..

Hadiah tu aku tak buang..
Bodoh le aku buang..
Dah beli..tak baik membazir..
Simpan saje..No hal punye..

Sebab rasa tak dihargai..
Hati aku terkilan..
Hati aku menangis..
Tambah2 lagi ko layan aku macam tu..

Hati mula rasa sakit...
Bila sakit aku pula rasa marah...
So, tu pasal hari ni aku jadi ANGRY APASH.

Habis cerita.

Lahir Bulan Terang


Adik lelaki saya yg paling bongsu. 3 kakak dah selamat jadi bini orang. Kini tiba giliran adik kami jadi laki orang pula.

Selalunya kalau lelaki kahwin simple2 je. Tidak grand macam perempuan kahwin. Tapi kali ni cam terbalik pula. Wedding dia pula yang grand. Takpe lah...bajet besar boleh le grand. Kami kakak2 bajet ciput. T__T

Itulah cinta tak kenal rupa & harta. Kalau dah jodoh tak ke mana kan. Tak kisah le grand ke idak. Yang penting akad & nikah itu. Dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Kahwin grand2 tapi lepas 72hari bercerai..APE KES??

Oppss....^__^

Tapi Mak saya selalu cakap yg adik kami tu "Lahir bulan terang"........Kamu senang..kami pon tumpang happy.

Hikmah di sebaliknya..saya InsyaAllah akan menjejak kaki buat pertama kalinya di PWTC. Selama ni lalu je..Paling dekat pon gi The Mall tak pon Hentian Putra.

Thursday, November 24, 2011

Langkah Kanan ke Tesco St18

Lunch hour tadi bergegas ke Tesco St18 atas misi mencari sesuatu.
Even sibuk dengan audit, bila manager bawak auditor keluar lunch cepat2 saya pon keluar. huhuhu..
Time management sgt penting ketika itu.

Sampai Tesco jalan laju2 beli barang yg dicari.
Then tiba2 ternampak somebody yg saya kenal.
Tapi siapa ye??


EH...BAPAK AKU RUPANYA!!


Bukan Abah sorang je, Ghaz, Along & Eshan juga ada. Pas gi tegur dorang Along ajak gi makan KFC. Yeaahhh...Along belanja. Acik belum gaji lagi. huhuhuhu....(selamat poket saya hari ini)


Abah & Ghaz


My plate....

TERIMA KASIH ALONG..

Tuan Tanah Sibuk

Salah satu job scope : Equipment Calibration.


Hari ini dan esok ada SIRIM Audit. Audit untuk Product Certification. Audit ISO dah lepas. Tunggu tahun depan pula. Bila QA/QC audit konpem le saya busy.


Tapi setiap kali nak audit mesti ada dugaan nya. Anak2 demam la...tak pon tuan punya badan demam. Tahun ni le tahun saya paling tak sehat. Kerap sangat selsema nya.

OKle tak bleh membebel lama2 banyak mende nak setelkan. Daaa~


Dah calibrated konpem kena manage/update list/filing certificate.

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Kembali Hajah Sharifah

Gambar time baru nak pergi ke Tanah Suci dulu.


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, MIL sudah selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang.

Flight MIL tiba di KLIA around 9.30pm Hari Isnin. Suami, SIL & suami SIL je pergi jemput MIL. Karang kami 3 beranak ikut tang, mana pula MIL nak duduk. Dengan luggage besar lagi. So, kami di eksport ke rumah Mak saya. Gara2 tak berani nak duduk 3 beranak saje. Lagi2 saya tgh demam. huhuhuhu..

Ikut cerita SIL, sessi berjujuran air mata antara anak2 dan mak dah berlangsung di KLIA sejurus dapat berjumpa. Cuma sessi air mata antara Opah dan cucunya terlewat skit.

Semalam lunch hour, Mama gigih balik rumah mak saya angkut 2 budak kenit tu balik batu gajah. Tak sabor nak tunggu abih kerja kol 5pm. Tiba di rumah je..Hannah masuk dulu sebab si kakak tgh sedap tidur.

Opah terus 'menyambar' Hannah dari Papa. Hannah pon ok je..kenal lagi Opah. Even lama tak jumpe. Then dukung Qaseh masuk rumah. Bagi kat Opah. Dua2 cucu dah atas tiba Opah. Then Opah terus menangis sambil cium2 cucu kesayangan.

Mama pon apa lagi..join sekaki le mengangis. Sungguh syahdu tau...Itulah tangisan mengubati kerinduan. Qaseh yg blur2 baru bangun tidur..bila di tanya.."Sape tu"..dia jawab "OPAH"..

Yela Hannah yg kecik pon kenal Opah lagi lah si Qaseh yg dah besar.

Begitulah kisah "Jejak Kasihan" antara Opah dan cucu2nya.

Saya Jeles..Korang Jeles tak kalau.....

Ini entry berbaur jeles & dengki.
Tapi tak sampai tahap PHD le ye kawan2.

Saya jeles dekat suami saya.
Eh..bukan..bukan...
Xde kena mengena dgn orang ke-3 ke-4 dll.
Minta dijauhkan..amin...

Saya jeles sebab...
Dia cuti dari 25 Dec sampai 2 Jan.
Dari Christmas sampai New Year.
Macam dia pula yg sambut...

Cuti sebab kilang tutup operasi.
Sebab kilang kat negara lain semuanya cuti sambut Christmas.
So, untuk jimat kos dorang pon cuti.
Untung badan kan...

Untung juga kerja dengan company base Europe ni kan..
Cuti free tau..takde potong2 gaji tak tentu pasal.
Macam kilang lama dia dulu. Ciss..(kisah lama)
Alhamdulillah....

Ok..cuti tu cuti juga...
Tolong jaga anak2 le ye..
Mama kerja..huhuhuhu..

Tuesday, November 22, 2011

Cuti???

Jumpe mende kat atas tu kat wall FB sebentar tadi. Source Informasi Dot My.

Kan best kalau betul2.
  1. Kalau betul2 cuti konpem le best kan.
  2. Ketua2 parti politik mmg betul2 baik macam tu. Aman Malaysia. Tak perlu buat Pilihanraya..hahaha..

Tapi kalau dalam 'gurau senda' di atas join sekali ketua Parti bukan dimonopoli orang Melayu kita kan lagi best. Kata 1 MALAYSIA.

Gurau2 saje je..gurauan petang-petang.

Resepi Mee Kari Mak Saya

Alhamdulillah weekend lepas berkesempatan belajar buat Mee Kari dari Mak saya. Buat pengetahuan semua ni first time saya masak Mee Kari. Makan Mee kari mmg selalu. Sebab SIL rajin buat Mee Kari. Tapi tu le..makan saje buatnya tak pernah. Huhuhuhu...

Dalam2 sakit kepala tu, bersemangat juga nak buat Mee Kari pagi Ahad tu. Pagi tu lepas siap mandikan2 anak2 semua, kami pergi Pasar Tani. Cari Nasi Lemak untuk breakfast dengan bahan2 buat mee kari.

Actually besan Mak nak datang (mak mertua Angah) tu pasal boleh rajin nak masak Mee Kari. Nak bagi Mak masak kesian pula Mak. So, Mak duduk je kat kerusi sambil bagi arahan saje. Tolong potong sawi sekali. hahaha...Then jadi tukang rasa. Alhamdulillah Kuah Mee Kari QC Passed. huhuhuhu..

So jom kita tengok resepinya. Warning: Sukatan nya tidak mengikut sistem Metric. Sukatan ikut suka tuan punye resepi. hahahaha...

MEE KARI MAK SAYA
Resepi: Puan Norsinah Ramli
Tukang Masak: Puan ApasH


Bahan-bahan:

1kg Udang sederhana
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
4 batang serai
1 peket udang kering
1 genggam cili kering (tak nak pedas sila kurangkan)
1 senduk asam jawa
2 sudu besar (membumbung) serbuk kari ikan
1/2 peket besar serbuk kari daging
3 peket santan RM1.
1 sudu besar (rata) gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.

Cara-Cara:
  1. Kisar(blend) bawang besar, bawang putih, halia & cili kering. Ketepikan**
  2. Kisar Udang kering. Ketepikan.**
  3. Udang dibuang kepala & kulit. Cuci dan ketepikan. Bilas kulit & kepala udang kemudian rebus sehingga mendidih. Toskan dan simpan air rebusan.
  4. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yg dikisar** tadi. Tumis sekali bersama serai yang telah dititik.
  5. Naik bau masukkan serbuk kari daging + ikan. Tambah air sedikit. Kemudian masukkan air asam jawa separuh.
  6. Tumis sehingga pecah minyak.
  7. Kemudian masukkan air rebusan tadi. Bila sudah mendidih masukkan udang dan santan.
  8. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Jangan banyak sangat nanti terlalu cair pula.
  9. Masukkan gula dan garam. Rasa kuah jika kurang asam tambah baki air asam tadi.
  10. Bila kuah sudah mendidih rasa semua sudah seimbang. Siap!!

Gambar mungkin tidak menarik. Sebab cedok2 je terus snap photo. Takde nak style2 dulu. Tapi dijamin sedap. huhuhuhu..

Cadangan hidangan macam biasa mesti ada TAUGEH, SAWI, TAUHU, FISH BALL, FISH CAKE DLL. Ikut suka kita le ye. huhuhuhu

Resepi tu nak guna Ayam pon boleh. Tapi untuk saya yg mempunyai suami tak makan Ayam so stick dengan seafood je la kan.

Cara Mak saya memasak adalah "Kena pandai Agak" dan "kena pandai rasa" Tu yg susah nak bagi sukatan yg betul2. So, kena one to one coaching baru boleh pandai dengan resepi Mak saya ni. Hahaha...

Mak selalu pesan "Mak ni bukan menongkat langit, untuk masak untuk kome je". Maksud tersirat Mak takkan hidup selamanya, so kalau nak terus makan macam selalu belajar2 le masak. So, kalau mak dah takde nanti boleh lah masak sendiri.

Bagi saya yg minat juga bab2 masak ni mengambil peluang yg ada untuk belajar. Banyak lagi yg tak belajar ni.

Jalan-jalan hari Sabtu

Sabtu lepas banyak agendanya. Tapi nak tunggu Angah sampai dari Putrajaya dulu. Then, hari ribut pula. Hujan lebat, guruh siap kilat sabung menyabung. Last2 kol 4pm baru keluar rumah. Itupon still hujan lagi cuma xde guruh kilat jer.

Agenda pertama Angah & Mak nak carik kain untuk buat baju. Wedding my bro bulan depan. So tema baju color Grey utk perempuan. Lelaki baju hitam. Destinasi pertama ke TESCO St.18. Dekat saje dari rumah Along. Angah saje yg beli kain. Mak takde yg berkenan.




Kat sana sempat si Qaseh & E'an main Merry Go Round kecik tu 1 round. Share dengan sorang budak lagi. Dulu pernah kasi Qaseh naik mende alah tu. Awal2 beria2 nk naik start je bergerak melalak pula dia. Hangus RM 2 dulu. Tapi kali ni dah berani. Syok sebab dapat main ngan E'an. hehehe...



Setel bab beli kain. My bro & tunang dia sampai dari KL. So, saya follow dorang ke Butik Pengantin. Haritu dah bawa dah dia pergi. Sepatutnya boleh je la pergi sendiri kan. Tapi katanya tak ingat jalan. Butik tu kat area Manjoi. Sape tak familiar mmg boleh sesat dalam tu. Hahaha...



Tunggu punya le lama nak fitting baju. Sebabnya ada sorang bakal pengantin yg dok fitting baju tak sudah2. Sejam lebih tunggu tau. Konpem pengantin tu banyak songeh. Tak pon kakak/makcik dia yg banyak songeh. Sabar je la...


Photo credit tu Chik (bakal adik ipar)
Qaseh paling suka baju pink yg kat belakang dia tu. Dia kata cantik. Then tanya dia sape nak pakai baju tu..dia jawab "Pak Su pakai" hahahaha...



Bila dah lama menunggu mula le bosan kan. Nasib baik ada paksu & tunang rajin melayan si Qaseh & Hannah.

Setel balik rumah Along dah dekat kol 8pm. Masa ni saya dah start sakit kepala. Ingatkan sebab lewat mandi dan bertudung dari pagi tadi. Rupe2 tanda2 nak demam. Ahad petang tu baru suhu naik. Demam rupenyer. Last2 semalam (Isnin) saya MC sebab tak larat nak kerja dengan sakit kepala + selsema + sakit tekak skit.

Demam layan Bola - Tahniah Harimau Muda



Eh, bukan demam bola yang tidur bola makan bola tu ye...hahahaha

SAYA yang demam sebab kena hujan. Dalam demam2 tu saya layan gak game bola FINAL Sukan SEA antara Malaysia & Indonesia tu. Saya ni bukan le suka sangat tengok bola. Takde sampai tahap mesti nak tengok. Cuma bila orang lain layan...saya pon tumpang tengok je la.

Semalam tengok dengan penuh debaran. Mak saya cakap sape jantung lemah mmg boleh kena heart attack ni. Tengok dengan penuh semangat..siap terjerit-jerit. Si Hannah yg baru tidur pon terjaga sebab terkejut. Pastu terus tak tidur2 sampai le game habis.

Oh ye..semalam saya tidur di rumah Mak saya. Sebab en.hubby,SIL & her hubby pergi jemput MIL kat KLIA. Alhamdulillah MIL selamat tiba dari tanah suci.

Berbalik kepada game tu, bangga sangat tengok pemain2 muda kita. Khairul Fahmi pon bermain dengan cukup cemerlang even banyak gossip2 tak baik tentang dia. Bila dia di dalam padang, orang dah tak amik pot sangat pasal gossip2 tak baik tu. Itu personal life dia kan. Cuma kalau tak bersangkut paut hal larangan agama Alhamdulillah. Lagi hidup dan kejayaan diberkati.

Dengan tengok game semalam baru le saya mula kenal pemain2 Harimau Muda ni. Kalau tak mmg tak kenal sorang pon. Kenal si Khairul Fahmi je pon. hahahaha...

Ulasan dari saya, kedua2 pasukan bermain dengan baik sekali. Dua2 pasukan layak untuk meraih pingat emas. Tapi dah tertulis REZEKI Malaysia untuk memenangi Pingat Emas sekali lagi. Tahniah sekali lagi. Moga REZEKI Malaysia semakin murah untuk melangkah dengan lebih jauh dalam arena sukan bola sepak ini. Amin...

Friday, November 18, 2011

New Girl


Ada sesiapa yang layan the hit tv show NEW GIRL kat STARWORLD??

Dari 1st time tgk iklan dia di Starworld terus rasa cam best je citer ni. Tapi macam biasa kalau di rumah bukan dapat nak tgk TV je pon. Episode last week terlepas nak tengok. Dan this week belum tentu belum dapat tengok




Last2 option ke tv.blinkx.com untuk tengok New Girl. Tapi kena sabo skit ler..satu episode pon makan 4jam juga baru abih loading. huhuhuh.. Takpe2..masuk je ofis. Buka 1 episode. Biar je biar abih loading. Buat kerja cam biasa. Time lunch selalunya dah abih loading. Boleh layan tanpa gangguan.


Skang baru nak layan episode ke-3. Lepas 2 episode kire mmg saya suke. Maklum ler saya mmg jenis yg suka citer2 macam ni.

Thursday, November 17, 2011

Gangguan Seksual di Tempat Kerja


Kisah ini bukan terjadi pada saya tapi en.hubby. Harap Maklum

Dah dekat 4 bulan en.hubby bekerja di kilang baru ini. So far kerjanya ok. Gaji & benefit ok sangat berbanding tempat lama. Itu membuatkan sedikit sebanyak en.hubby gembira dan tidak stress ditempat kerja. Dan Alhamdulillah dengan hanya 2 bulan lebih bekerja, dah confirm. Ok le kan. Bila confirm gaji naik dan entitle allowance. Syukur alhamdulillah rezeki kami sekeluarga.

Bila semua tu ok takde masalah. Ada pula masalah lain. Maybe itu dugaan dari Allah kan. Kisahnya gini.

Di tempat kerja tu ada 2 orang pekerja wanita tu. Seorang tu agak berumur. Kalau tak silap sudah 51tahun. Dan sorang lagi dekat2 40's kot. Sorang dah boleh jadi pangkat mak sorang lagi pangkat kakak.

Awal2 masuk kerja ramai juga dah warning dgn en.hubby jaga2 dengan 2org kakaks tu. Dorang pantang ada budak baru masuk kerja. Mula lah nak baik2 minta no phone, siap nak buat adik/anak angkat. Bila dah dapat no. phone mula ler nak sms then calling2. Kalau pasal kerja no hal le kan. Ni sms/call saje2 nak hilang boring. Macam dah rapat bebenor. Ada kes bila dah tau FB siap download gambar then simpan dalam HP.

Bila dah bgtau mcm tu, en.hubby pon berhati2 le. Nak tolak mentah2 kang kata menyombong dan kurang hajar pula kan. Lagi le baru start kerja. Bila minta no phone en.hubby dengan berat hatibagi no phone 012. Baru2 ni 012 dah tak aktif.

Semalam en.hubby kata kakak2 tu approached dia.
"No yang kamu bagi tu akak call tak dapat pon"
"Kamu bagi no hp tipu ye"
Lagak kakak2 tu cakap saya tak tahu le macam mana kan. Tapi en.hubby dah tahap menyampah nak layan.

Kadang2 en.hubby nak berjalan dalam kilang pon tak senang. Kalau dari jauh dah nampak kakak2 tu terus en.hubby buat lencongan, jalan ikut lain.

Kakak2 tu pon selalu main2 kirim salam kat en.hubby. Geli geleman en.hubby bila dengar. Nak kata member2 dia saje nak kenakan dia. En.hubby pernah dengar sendiri kakak2 tu suruh kirim salam kat dia.

Kakak2 tu siap mengekor en.hubby desak suruh bagi no HP. Lama2 En.hubby dah lemas agaknya..darah pon dah naik...."Kakak nak buat apa dgn no phone saya????" Then terus je blah.

Yela kesabaran orang ada had nye. Tapi member2 en.hubby kata jaga2 jangan marah2 sangat. Takut kang hal lain pula jadi.

En.hubby dari awal mmg dah cerita kat saya. Supaya saya tak salah paham kalau tetiba kakak2 tu sms/call en.hubby. Dia tak nak orang macam tu buat masalah dalam hubungan kami suami isteri.

Sampaikan tahap en.hubby dah tak mau layan FB. Siap suruh saya delete account FB dia. Punye le trauma. Yela dia yg hari2 kena ngadap kakak2 tu kan..bukan saya.

Kes macam tu dikira Gangguan Seksual tak???

Ngences...







Hannah menuruti jejak kakaknya.
Kakaknya menuruti jejak...TEEETTTTTT...(tp bukan Mama)

Semua pakat2 ngences (men taram je ejaan nya) bila tidur.

Gambar ditangkap petang semalam dalam kereta.
Hannah tidur dalam carseat dia.
Bila sampai depan rumah mama nampak
terus snap dg henpon cokia ni. hehehe..

Wednesday, November 16, 2011

Spaghetti Fav

Malam tadi masak spaghetti. Sebab ada sekali tu En.Hubby ada inform lama dah tak makan spaghetti. So, Isnin lepas bawak anak2 ke Tesco tanpa tujuan. Terus grab barang2 nak buat spaghetti. Saya buat spaghetti senang je. Beli sos readymade. Tambah apa yang patut je. Malas nak buat from scratch.



My all time favorite is Leggo's Alfredo. Tambah cili api bagi pedas skit. Baru terangkat skit bila makan. Tapi Leggo's Alfredo ni susah nak dapat la. Bila kita tak rasa nak beli ada je kat rak tu. Bila time nak beli je mula ler takde. Sabo je la.



Bila dah takde saya beralih ke Preggo Carbonara. Not bad le rasanya. Sebab pernah rasa Along masak dulu. That's why berani beli yg ni. Tapi saya prefer Leggo's Alfredo lagi. Dah 3-4 kali masak guna Carbonara ni.


Tapi baru2 ni masa beli barang2 nk buat spaghetti terpandang Prego Alfredo Mushroom. Tin yg color coklat tu. Dengan harapan rasanya lebih kurang Leggo's la. Bila nak masak bukak tin, tgk color dah lain. Color sos Prego ni keruh skit. Tak seputih Leggo's. Bau pon kuat bau shitake mushroom yg saya tak gemor sangat.

Tapi dah beli masak je la kan. Macam biasa tambah cili api. Masak dgn air dulu supaya takde nak tercirit2 pas makan. Habis satu rumah bersin termasuk si Hannah. Tapi nape tukang masak tak bersin langsung eh. hhmmm..

Sebagai tambahan tambah bawang merah skit, cendawan butang dan udang. Kalau dulu suka tambah chicken ham tu. Tapi dah en.hubby tak makan ayam. So stick dgn udang je la.

En.hubby walau tgh selsema dan deria rasa yg kureng skit still makan 2 pinggan. Memang lapar tak pon demi menjaga hati isteri. huhuhuhu...

Jemput Makan



Note: Prego & Leggo's photo google saje.

Wordless Wednesday #5


Susu Mama The Best!!


Ok..men jauh2 jangan kacau orang nak tidur.

Tarikh Lesen Mati ikut Birthday


Mulai 21 Nov ni bila perbaharui lesen memandu akan ikut tarikh lahir. Bagi saya bagus juga. Saya tergolong dalam golongan yang selalu lupe nak renew lesen. Mesti terlewat punye..Tapi takde le sampai berbulan2 tak ingat.

2-3 hari je kalau terlupe pon. Lesen saya mati bulan July. Birthday saya pon bulan July. Bulan mati mmg tak lupe. Hari je yang selalu lupe. So lepas ni InsyaAllah tak lupe dah kot. Selagi saya ingat birthday sendiri selagi tu ingat le tarikh lesen mati.

Tapi bila sampai masa birthday sendiri pon tak ingat konpem le tarikh lesen mati pon takkan ingat kan...hahahaha...

Tuesday, November 15, 2011

Kalau korang, korang tegur tak???


Dah banyak kali makan di Pizza Hut tapi tak pernah perasan ada Nota macam kat atas tu. Mungkin selama ni makan di sana macam biasa dan dorang sume ok je. So, kalau ada pon tak amik pot sangat.

Nak dijadikan cerita harini gi makan Pizza Hut kat Tesco St18. Ada sorang Indian girl yang layan saya. Dari ambil order sampai serve food le. Sebab makan sorang2 ni saya prefer amik Sensasi Delights je for lunch. Lagipon jimat. Tapi yg dapat saya perhatikan Menu Sensasi Delights dorang tak kan bagi kat customer unless customer yg request.

Muka Indian girl tu mmg tak senyum langsung. Apetah lagi nak memperkenalkan diri kan. Bab nk kenalkan diri tu tak perlu pon takpe bagi saya. Tapi apa salahnya kalau senyum skit. Saya pula yang asyik cakap terima kasih. Dari setel amik order, hantar air, hantar sup, hantar roti last hantar pizza. 5x saya cakap terima kasih. Even minta sos pon saya ckp terima kasih. Sekali pon takde respon mahupon balasan dengan senyuman.

Tapi takde le pula pasal dia x nak senyum saya nak buat hal nak tegur dia. Even dah ada note kat meja tu kan. Biar le..kot2 dia ada problem. Baru pas gaduh ngn boipren ke..Kena marah ngan parent ke..Halalkan je la. Cuma nanti2 senyum2 skit le. Awak kerja kena berdepan dengan customer. Tak nak senyum pi kerja lain yg tak ngadap customer hari2. So konpem takde hal nye.

Borong 5 terus..


Macam BF mommies yang lain saya guna juga storage bags untuk store EBM. Botol pon guna juga. Tapi takde le banyak sgt botol yg ada. Setakat ni saya cuma pernah guna 3 jenis storage bags je. Autumnz, Jingle Jungle & YouHaveABaby je. Yang YouHaveABaby tu leceh skit sebab kena guna getah utk ikat. Tapi murah le sikit banding dengan zip lock bag.

Haritu stock storage bag dah habis then semua botol dah guna. Macam biasa saya akan ke Sarakids di Greentown Mall untuk beli. Alangkah kecewanya takde stok. Sales person tu siap kata dah sebulan out of stock. HQ pon gitu. Yeke?? Segala brand storage bags pon takde. Alahai..camne ni. Dah tak tau kat mana lagi nak beli area Ipoh ni.

So, terus le beli on9 je. Mmg boleh beli no9 dari dulu. Tapi beli barang skit & murah ni rugi shipping je. Tapi dah takde choice kena juga beli on9.

Google punye google tgk price www.littlewhiz.com ada SALE. Harga biasa untuk Autumnz storage bag (25bags) RM12.90. After less tinggal RM10.30. Lepas calculate2 saya borong 5 kotak terus.

Motif agar tak terasa rugi charge shipping tu. RM10.30 x 5 = RM51.50 + RM10 (shipping) = RM61.50.

Lebih kurang je kalau beli kt kedai dgn harga biasa RM12.90 x 5 = RM64.90

Dengan 5kotak tu 25x5 = 125bags boleh le survive few months. Susu pon bukan meriah sangat dapat buat stock banyak2 cam dulu. huhuhuhu..

Monday, November 14, 2011

Tabiat Baru Hannah



Hannah dah dapat tabiat baru main sembur2 air liur. Adoiyaiii... Bila dilarang or Mama marah bukannya paham. Sengih2 then sambung balik. Mommies yg saya jumpa di gathering semalam bagi tips untuk tap jari kat mulut Hannah. As an indication jangan buat. Semalam try juga buat tapi belum berjaya.


Bukti betapa banyaknya air liur yang disembur oleh Hannah. Tak pasal2 Mama nak kena tukar cadar selalu. huhuhuhu



Korang ada tips lain ke??? Jom le share

Perak Breastfeeding Support Group Gathering & Discussion

Alhamdulillah tercapai juga hajat nak join Gathering semalam. Terima kasih banyak2 kat Papa yg baru sampai rumah dalam 5pagi tu tidur dalam sejam++ je pon. Sanggup bawak Mama gi Padang Polo pagi semalam. I love you so much...Len kali bawa Mama lagi ye..hehehe



Discussion kali ni pasal The Art of Touching Your Baby - A Way to Know Each Other. Dr. Nadrah share the benefits of the skin to skin contact within the first hour after delivery. Then Dr. Nadrah buat demo cara2 nak massage baby.


Hannah & Marissa (Anak Sheila). Dorang beza sehari je.


Semalam tak ramai sangat yang join. 6orang je. Yang lain semua ada hal. Yang newcomers macam saya ada 2 org lagi. Discussion pon start lewat sebab Dr. Nadrah tiba lewat skit. Tapi best sebab dapat kenal BF mommies yg lain. Share story pasal BF & babies...

Looking forward for the next gathering. Harap2 dapat join next month.


Note: Gathering ni concept Pot Luck..Sebabkan tak confirm lagi masa hari sabtu tu dapat pergi ke tak so Mama takde prepare pe2 untuk masak. Terjaga kol 1pg SMS Papa yg ada kat Tg Malim lagi masa tu tanya boleh pergi ke tak. Papa kata boleh pergi. Terus kirim kat Papa beli roti & mayonnaise kat 7E je. Subuh2 mana le ada kedai buka lagi kan. Last2 Mama buat egg sandwich je. Jadi le kan. huhuhuu..


Saturday, November 12, 2011

Pagi Sabtu Yang Gelap

Ye, keadaan skang macam dah nak malam. Mendung nak hujan kot. Hari pon sejuk je. So. lambat skit nak warm up utk start buat kerja. Kita warm up dengan merepek kat blog le gitu. hehehehe..

Seperti biasa kerja 1/2day. Anak2 Papa jaga hari ni sebab Papa tak kerja. Tapi dalam kol 3pm kang Papa akan ke Tg. Malim. Balik tengah malam tak pon dah nak subuh kot.

Hajat hati nak ke Padang Polo esok pagi untuk Perak Breastfeeding Support Group Gathering. Saje nak get to know BF mommies yg lain sekitar Perak ni.

Tapi tu le..Kalau dah subuh baru nak sampai rumah..Papa larat ke pepagi dah nak kena bangun siap2 ke Padang Polo tu.

Ohh...hujan dah pon...

OK le..start buat kerja dulu.

Thursday, November 10, 2011

Papa, My Mr. Mama

Selasa haritu Mama EL sebab pagi2 time siap2 nak gi hantar anak2 ke rumah Pah Nah, terima sms dari Pah Nah kata tak dapat nak jaga dorang sebab badan tak sehat. Semalam Papa pula cuti jaga anak2. So dapat Pah Nah rehat 2hari before jaga Hannah & Qaseh balik.

Lately since Opah gi Haji ni..selalu ler Papa jadi Mr. Mama kan. Semalam betul2 jadi Mr. Mama. Papa siap sidai baju, angkat baju then siap lipat baju tu. Bukan skit tau. 3x kali punya baju. Sebab lately asyik hujan je. Baju tak kering2. Then cuti raya haji tu mmg baju tak berbasuh sebab takde kat rumah kan. Caya lah Papa.

SIL balik tengok baju bajan sume dah setel. Siap kata kat Papa "Bagus le Adeq. Kau cuti le selalu" hahahaha...selalunya SIL yang incharge bab2 baju ni.

Lunch semalam juga Mama balik rumah masak untuk en.hubby. Kesian takde mende nak makan pula nanti. Lagipon SIL dah sms kata tak dapat balik masak. Setel masak balik ofis balik. Then mula sakit kepala sangat2. Siap muntah2. Niat hati nak balik lewat sebab nak siapkan kerja. Tapi sharp kol 5pm je terus balik. Drive pon main hentam je. Dok menahan sakit kepala. Dalam hati dok berdoa dapat bertahan sampai rumah. Sampai je rumah terus muntah lagi.

Malam tu tidur awal. Mama tidurkan Hannah sekali. Papa yg jagakan Qaseh. Tolong basuh botol2 susu yg berlambak tu. Cuma Mama terjaga time Qaseh naik katil susu pok-pok dia nak tidur. Tepuk2 le sampai dia lena. Then Mama sambung tidur juga.

Thanks a lot Papa. I love you so much....mmmuuaahhh....


Gambar Dolu2 masa baru2 kawin tgh preggy Qaseh.

Bye Bye Celcom



I've been using Celcom Postpaid since March 2007. Lepas saya beli HP N70 masa tu. Motif subscribe postpaid sebab masa tu duduk berjauhan dengan tunang tersayang (now en.hubby). So nak le senang bergayut & kalau nak buat video call senang. Masa tu ada juga hotlink prepaid untuk sms. Kitaorg dulu mmg cinta SMS. Sehari 50 - 100 sms tau. Dulu kan sms 1 sen. So lagi jimat SMS dari call.

Setelah 4tahun guna postpaid ni hotlink prepaid kami pon dua2 dah mati. Saya jarang guna no prepaid tu dulu gara2 dapat SMS celaka tu. Nak tau cerita click SINI. Bila dah jarang guna tak topup2 terus no tu dah tak aktif. Prepaid en.hubby pula baru2 ni je tak aktif sbb lupe nak topup. hahaha..

Bila dah takde prepaid. SMS guna postpaid ni mahal. 1 sms 20sen. Asalnya bil dalam RM50++ untuk 250min call dan 20 jer SMS free. Bila dah guna banyak SMS kdg2 Bil mencecah RM70. Tapi minit call tu baru guna 100++min je. Itu apply to en.hubby ye no le. So, agak membazir di situ. Saya pula mmg betul2 guna 250min tu sebab kerja. Just SMS pon banyak..



Dalam hal ni baik bayar apa yg kita guna. Skit kita guna skit le kita bayar kan. So kami beralih ke Maxis. Jadi sub-line abg ipar en.hubby. So kami 1 family dah jadi sub-line. SIL, saya, En.hubby dan MIL.

Jadi lepas ini nak call orang tu berpada2 le ye. Belajar berjimat cermat skit. Hahaha..saya pon pasni kena rajin gi kat telefon ofis yang boleh call out line HP. Telefon ofis kat meja saya tak boleh. Sebelum ni malas nak bangun tu sebab hentam je guna HP sendiri kan. Maklum la company takde bagi HP+line free. So, tak salah kita guna ofis phone untuk tujuan kerja kan. Bukan buat personal call or bergayut ke.

Even dah bertukar ke MAXIS no kami tetap sama. Sebab sayang no tu. No kami lebih kurang sama. Saya 019-xx3xxxx. En.hubby 019-xx8xxxx. Sume no sama kecuali 3 & 8 tu je. Nasib baik skang dah ada kemudahan untuk kekalkan no yg sama kalau tak sayang juga nak tukar no kan.

So, harap servis MAXIS ni ok. Kalau tak...tgk le camne nanti.

Happy 8months Young Hannah

Masam nye muka anak Mama.
Protes tak mahu duduk dalam carseat ker??




Cepat je masa berlalu kan. Hannah pon dah masuk 8bulan hari ini. Semoga Hannah membesar dengan sehat & kuat. huhuhu...Mama & Papa love you so much.

Perkembangan setiap anak2 tu berbeza. Yes I know that. Tapi dah masuk 8bulan Hannah still tak merangkak lagi. Mungkin si Qaseh tu perkembangan nya semua cepat so nampak cam adik ni ketinggalan banyak. Tapi nampak juga le progress tu ada. Before ni asyik 'gostan' je. Tapi skang dah pandai menyulur ke depan dah.

Tapi maybe Hannah just want skip crawling stage and terus start berjalan. Ada juga setengah babies yg macam tu kan. Even tak merangkak. Tapi kalau dalam walker laju ya amat. Kalau si kakak duduk bertenggek tepi walker tu pon Hannah still boleh bergerak dengan membawa beban si kakak tu. It shows how strong kaki si Hannah kan.

Hannah juga kalau letak dalam keadaan duduk kire dh stabil juga. Kalau dia dok diam je lama le dia dalam position tu. Unless she try to reach something baru dia mula nak senget/jatuh.



Satu perkembangan yg dia mendahului si Qaseh. Hannah dah ada 2 gigi bawah before masuk 8bulan. Si kakak dah 8bulan++ baru nampak bayang gigi. Biasa le bila dah ada gigi ni. Mula le Mama nak terjerit2 time BF. Bila dah gigit pandai pula buat muka tak bersalah. Tersengih cam kerang busuk.



Satu lagi since 7bulan haritu Hannah dah pandai pegang botol susu sendiri. Senang Mama bila tgh driving. Bila letak je dalam car seat mula le menggeliat then nak melalak. Siap je pakai seatbelt terus Mama sumbat susu. Baru dia tak melalak.

For EBM consumption pula. Since dok ulang alik ke rumah Pah Nah ni, Hannah normally akan minum 6botol x 3oz. 1botol perjalanan pergi, 1 botol perjalanan pulang. Lagi 4 botol dari 8pg - 5ptg time office hour le kan. Kalau dulu duduk kat rumah dgn OPAH nak abih 5botol pon kdg2 je. So itu memaksa Mama untuk lebih rajin mengepam. huhuhuhu...

On solid food pula. Hannah pada awal 6bulan tu refused to eat. Ade 2 sudu pastu dia akan ketap mulut dia. Kalau time bila dia nganga mulut cepat2 kita suap terus dia sembur2 food tu. Adoiyaii...

Tapi Alhamdulillah lately dia dah mula accept food. Even tak banyak at least dia makan juga. Dia paling ske whipped potato KFC. Haritu dia tgk si Kakak makan. Dia pon usya semacam macam nak je. Try suap skit. Since that pantang nampak. Mesti nak. Lambat suap je mula le bising. Mama try buat sendiri. Rebus potato sendiri then lecek. Haram dia nak. Maybe KFC punye dah cukup seasoning tu. Tapi bg yg potato je la. Gravy tu tak bagi sebab ada lada hitam kan. Takut Hannah tak tahan. Dia juga suka nasi & sup. Nasi tu tak blend tau. Just bagi kembang dalam sup. Then lenyek2 dengan sudu je.

Hannah belum lagi amik Pneumococcal lagi. Nak amik kat panel clinic sebab tak payah bayar sendiri. Kan mahal jab tu. Tapi clinic tu tak nak rugi sebab 1 botol dia purchase tu boleh 2x jab. So kena amik dengan anak officemate sorang ni. Nak dijadikan cerita ofismate tu dah abih limit. Kena tunggu next year. Hhmm susah tol le macam ni.

Itu je la kot kisah Hannah utk 8 bulan ni. Nanti ada progress baru Mama update ye.

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Kuah Kacang Emak Saya


Resepi Kuah Kacang mak saya, Puan Norsinah Ramli. Diingatkan sukatan dalam resepi ni tak ikut sistem metric or what so ever. Ni sukatan nk senang namanya...huhuhu. Untuk panduan saya di masa hadapan.

Bahan-bahan:

1/2 kg kacang tanah
10btg (besar) serai dikisar
2 senduk bawang merah yg dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
1 senduk halia yg dikisar
1 btg kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 peket udang kering dikisar
1 senduk cili kering yg dikisar
2 sudu besar serbuk kari daging
3 senduk minyak masak
Air asam Jawa secukupnya (2-3 sudu besar bergantung)
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Cara-cara

  1. Goreng kacang dengan minyak. Berhati-hati jangan sampai kacang hangit. Nanti kuah kacang pon rasa hangit. Angkat dan toskan minyak. Kemudian tumbuk kacang. Ketepikan.
  2. Tuang minyak dan bila minyak panas tumis bawang, bawang putih, halia, kulit kayu manis & bunga lawang sampai wangi.
  3. Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Tambahkan serbuk kari daging dan udang kering tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan serai dan lengkuas. Kalau terlalu kering, campur sedikit air. Kacau.
  6. Masukkan air asam dan masak sekejap.
  7. Kemudian masukkan kacang dan tambah air dalam 1/2 jag. Kacau.
  8. Api sederhana dan kacau selalu untuk elak kacang hangus.
  9. Bila air/kuah semakin kering separuh tambahkan gula dan air sedikit. Masak lagi.
  10. Api kecil dan tambah garam secukupnya.
  11. Bila kuah dan pekat rasa manis, masin & masam nya seimbang. Siap.

Hari Raya Aidiladha Kami


Hari Raya Korban kami mmg selalunya adalah biasa2 saje. Tak semeriah Raya Puasa. Lagi2 lah tahun ini, tinggal kami empat beranak je. MIL masih di Tanah Suci. SIL balik kampung suami. Actually dah empat tahun beraya di rumah MIL ni, tak kira raya puasa ke raya haji, yang memasak rendang dan kuah kacang adalah MIL. Saya tolong gitu2 saje dan jaga anak2 jer.



So, bile MIL takde WAJIB le saya yang memikul tugas untuk masak2 ni. Lagi2 le SIL pon takde. Takkan nak makan roti & telur je pagi raya kan.



En.hubby mmg dari awal dah request rendang ikan tongkol. Maklum le ayam daging tak makan so option ke ikan le. Saya pula teringin nak makan nasi impit kuah kacang mak saya. Mak tak larat nak masak. So, tekad cuba masak sendiri. Kalau tak sampai bile tak pandai kan. Minta resepi dari Mak, alhamdulillah menjadi juga. Cuma minor comment dari Mak. Mak kata raya tahun depan saya yg masak, Mak jadi mandor je. hahaha..



Masak pon skit2 je..sebab tukang makannya bukan ramai. Lagi le kami akan ke Penang sebelum tengahari tu untuk ke majlis hari jadi anak buah saya, Khalif Firhan. So konpem takde sape nak datang bertandang kat rumah. huhuhu..



Nasi impit rebus ketupat mini segera dari NONA je pon. Tak kuasa nak anyam ketupat. Anyam time Raya puasa je dulu. Kalau nak anyam pon tak menang tangan le nak buat semua sendiri.



Last but no least choc moist cupcake. Kata tokei cake..mesti le kena ada. hahaha...takde le itu lebih dari cupcake yg saya buat untuk majlis E'an. Pagi2 bangun tidur dengan tak mandi lagi Qaseh dah nampak cupcake tu. Terus dia minta nak makan.


Actually Sabtu & Ahad tu mmg hari yg amat memenatkan. Pagi sabtu tu kerja cam biasa. sepatutnya kol 12tgh dah boleh balik. Tapi ada kerja nak kena setelkan. 1.30pm baru balik. Singgah pekan beli barang2 untuk masak.

Sampai rumah dah kol 2pm, terus start masak karang suami balik kerja petang tu takde mende nak masak. Masak Sotong kari, tumis sawi & ikan merah stim. Siap masak, start baking RV & choc moist cupcakes. Siap bakar mandi2 pe sume keluar gi maxis center kejap.

Pas maghrib, start deko cupcakes. Kol 9.30pm camtu tidurkan si Hannah & Qaseh. Kol 10pm lebih baru start masak kuah kacang. Dah le masaknya kena lama kan. Setel kemas sume dah kol 1pagi. Huaarrghhh penat gile.

Lepas subuh pagi raya tu masak rendang ikan tongkol pula. Siap masak, siapkan makanan kat meja. Tunggu suami balik sembahyang raya. Mandikan anak2 siap bag baju anak2. Setel makan semua kami ke kubur. Ziarah pusara FIL. Then pergi amik my mum terus menuju ke Penang.

Dalam kereta penat melayan anak2. Lepas maghrib kami gerak balik Perak. Hannah & Qaseh tidur. Mama dah penat gile..mata mengantuk ya amat. Dengan jalan jammed lagi. Tanpa sedar Mama dah gi lalalalaland.....hahaha..

Tapi takde le tidur tak sedar2 langsung. Kejap2 terjaga tengok2kan keadaan en.hubby. Yela dia pon mengantuk gak..bila mengantuk mulalah nak tekan je pedal minyak tu.. Alhamdulillah selamat tiba di rumah kol 11.30pm. Mmg penat giler......