Friday, November 25, 2011

ANGRY APASH

Haaa..jangan nak buat lawak..
hari ni takde Angry Bird ye..
Hari ni ANGRY APASH je ada.
Luahan rasa moga2 boleh cool down skit..

Pagi2 aku dah notice mood kau le laut..
Konpem sebab kes sehari sebelum tu..
Ok..fine salah aku. Aku admit.
Salah aku buat kau terasa.

Kat ofis aku busy sebab ada audit.
Tapi dalam busy tu otak dok ligat fikir..
Apa aku nak buat untuk pujuk kau.
Something yg lebih dari I'm Sorry...

Ting!!..Idea sudah mari..
Dalam hati kata konpem kau suka
Konpem mood kau akan OK..
Kau akan maafkan aku.

Zass, pergi kedai time lunch hour.
Yes, aku mahu belikan kau hadiah.
Siap dengan wrapping paper + kad aku beli.
Lepas beli fikir camne aku nak balut hadiah tanpa kau tau.

Motif beli hadiah???
Sape tak suka hadiah beb??
Sebab aku jarang dapat hadiah,
So kalau dapat konpem aku suka..

Last2 aku balut hadiah dalam kereta je..
Tulis kad dengan ayat2 pujuk & minta maaf..
Dgn harapan Kau akan maafkan aku..
Dan keadaan akan seperti biasa.

Hajat hati nak buat surprise..
Letak kat tempat ko akan nampak..
Baca Kad I'm Sorry tu..
Bukak hadiah, then kau seronok..

TAPI,
Aku tgk mood kau macam tu gak.
Dalam hati aku terfikir, tak nampak ke hadiah kat situ.
Aku pergi balik tempat tu..
Tgk..tak terusik pon.

Then, aku tanya direct kat kau..
Nampak ke?? ke saje tak nak unwrapped hadiah tu lagi..
Kau jawab nampak..then buat bo-layan..
Nak tak nak je cakap. Butir cakap pon aku tak tau

Aku tanya elok2...
I made an effort to make things OK..
Itu yg kau balas....
Itu yg aku dapat..

Tak sudi terima hadiah aku
Fine...
Tak HARGAI apa yg aku cuba buat
Fine..

Kau tak nak..aku amik balik..
Apa susah...
Aku koyak kad dan wrapper..
aku buang dalam tong sampah..

Hadiah tu aku tak buang..
Bodoh le aku buang..
Dah beli..tak baik membazir..
Simpan saje..No hal punye..

Sebab rasa tak dihargai..
Hati aku terkilan..
Hati aku menangis..
Tambah2 lagi ko layan aku macam tu..

Hati mula rasa sakit...
Bila sakit aku pula rasa marah...
So, tu pasal hari ni aku jadi ANGRY APASH.

Habis cerita.

3 comments:

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

sabar dear...dengan sape yang marah sangat ni?

eslin said...

saya setuju dgn tindakan apash.. kita dh mengalah pun masih nak jual mahal...bersabar jelah..OFFICE drama mmg kat mane2 pun ade...y penting HEPI alwiz k ujung bulan gaji dapat, soru tak miss for family..Chow..

TwiggyLiyana said...

keep calm and go shopping :D this too shall pass :) stay strong!