Tuesday, November 29, 2011

Gaya Rambut Baru Qaseh

Jumaat lepas, setel Audit Mama nak release stress kerja. So, decided nak potong rambut. Hajat nak potong rambut lama dah dari lepas pantang si Hannah lagi. Sekarang Hannah dah 8bulan. Lama betul tangguhnya..

Nak bagi Opah rileks skit, Mama angkut si Qaseh. Hannah tinggal dgn Opah. Cian dia kena tinggal. Tapi bawa dia kang..payah pula. Sape nak jadi tukang pegang dia time Mama potong rambut tu kan.

On d way gi saloon, saje usik2 Qaseh.
"Mama nak gunting rambut. Piyah nak gunting rambut tak?? Sama dengan Mama"
Tak disangka dia nak. Wahh..ada can ni. Rambut depan tu mmg dah nak masuk mata dah. Nak potong sendiri kat rumah macam nak berperang.

Sampai kedai, Cina tu tanya sape nak potong saya kata dua2. Qaseh pon ok je. Takde pula nak buat hal.


Bila suruh duduk atas kerusi tu dia tak nak. Last2 Mama yg letakkan dia atas kerusi. Nasib baik rela je. Tapi muka dah cuak..

Lepas bungkus dia dgn lapik kain tu. Keras kejung je dia. Pastu dok sibuk nak tgk auntie tu buat apa. Kejap2 kena suruh dia tengok depan...kejap2 suruh tgk depan. Penat le mulut Mama ni.

Rambut depan potong dulu. Good girl je dia. Auntie ni pon pandai pujuk budak2. Qaseh pon ikut je apa auntie tu suruh buat.

Lepas trim rambut depan. Mama suruh trim juga rambut belakang. Ye la kan selama ni Mama yg potong sendiri je. Panjang pendek le rambut si Qaseh tu.

Ini le hasil akhir rambut si Qaseh. Depan ada slack skit. Biasa le budak2 kejap2 nak tunduk le. Tak salahkan auntie tu.

Actually macam pelik skit muka si Qaseh. Sebab tak biasa rambut depan dia pendek camtu. Papa cakap dah macam orang penan. hahaha..Ok le...lambat skit nak panjang sampai masuk mata kan.

Actually Mama yg excited lebih. Yela pada umur 2tahun 7bulan tu le 1st time gi potong rambut kat saloon. 1st time pon ok...so next time rasanya takde masalah kan. Takpe2..pas ni Mama jadikan 1 activity Mama-doter bonding momment. Hannah pon bleh join. Tapi lambat lagi le kot..sebab rambut dok pendek gitu je...hahaha..

No comments: