Tuesday, November 22, 2011

Resepi Mee Kari Mak Saya

Alhamdulillah weekend lepas berkesempatan belajar buat Mee Kari dari Mak saya. Buat pengetahuan semua ni first time saya masak Mee Kari. Makan Mee kari mmg selalu. Sebab SIL rajin buat Mee Kari. Tapi tu le..makan saje buatnya tak pernah. Huhuhuhu...

Dalam2 sakit kepala tu, bersemangat juga nak buat Mee Kari pagi Ahad tu. Pagi tu lepas siap mandikan2 anak2 semua, kami pergi Pasar Tani. Cari Nasi Lemak untuk breakfast dengan bahan2 buat mee kari.

Actually besan Mak nak datang (mak mertua Angah) tu pasal boleh rajin nak masak Mee Kari. Nak bagi Mak masak kesian pula Mak. So, Mak duduk je kat kerusi sambil bagi arahan saje. Tolong potong sawi sekali. hahaha...Then jadi tukang rasa. Alhamdulillah Kuah Mee Kari QC Passed. huhuhuhu..

So jom kita tengok resepinya. Warning: Sukatan nya tidak mengikut sistem Metric. Sukatan ikut suka tuan punye resepi. hahahaha...

MEE KARI MAK SAYA
Resepi: Puan Norsinah Ramli
Tukang Masak: Puan ApasH


Bahan-bahan:

1kg Udang sederhana
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
4 batang serai
1 peket udang kering
1 genggam cili kering (tak nak pedas sila kurangkan)
1 senduk asam jawa
2 sudu besar (membumbung) serbuk kari ikan
1/2 peket besar serbuk kari daging
3 peket santan RM1.
1 sudu besar (rata) gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis.

Cara-Cara:
  1. Kisar(blend) bawang besar, bawang putih, halia & cili kering. Ketepikan**
  2. Kisar Udang kering. Ketepikan.**
  3. Udang dibuang kepala & kulit. Cuci dan ketepikan. Bilas kulit & kepala udang kemudian rebus sehingga mendidih. Toskan dan simpan air rebusan.
  4. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yg dikisar** tadi. Tumis sekali bersama serai yang telah dititik.
  5. Naik bau masukkan serbuk kari daging + ikan. Tambah air sedikit. Kemudian masukkan air asam jawa separuh.
  6. Tumis sehingga pecah minyak.
  7. Kemudian masukkan air rebusan tadi. Bila sudah mendidih masukkan udang dan santan.
  8. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Jangan banyak sangat nanti terlalu cair pula.
  9. Masukkan gula dan garam. Rasa kuah jika kurang asam tambah baki air asam tadi.
  10. Bila kuah sudah mendidih rasa semua sudah seimbang. Siap!!

Gambar mungkin tidak menarik. Sebab cedok2 je terus snap photo. Takde nak style2 dulu. Tapi dijamin sedap. huhuhuhu..

Cadangan hidangan macam biasa mesti ada TAUGEH, SAWI, TAUHU, FISH BALL, FISH CAKE DLL. Ikut suka kita le ye. huhuhuhu

Resepi tu nak guna Ayam pon boleh. Tapi untuk saya yg mempunyai suami tak makan Ayam so stick dengan seafood je la kan.

Cara Mak saya memasak adalah "Kena pandai Agak" dan "kena pandai rasa" Tu yg susah nak bagi sukatan yg betul2. So, kena one to one coaching baru boleh pandai dengan resepi Mak saya ni. Hahaha...

Mak selalu pesan "Mak ni bukan menongkat langit, untuk masak untuk kome je". Maksud tersirat Mak takkan hidup selamanya, so kalau nak terus makan macam selalu belajar2 le masak. So, kalau mak dah takde nanti boleh lah masak sendiri.

Bagi saya yg minat juga bab2 masak ni mengambil peluang yg ada untuk belajar. Banyak lagi yg tak belajar ni.

No comments: