Wednesday, November 16, 2011

Spaghetti Fav

Malam tadi masak spaghetti. Sebab ada sekali tu En.Hubby ada inform lama dah tak makan spaghetti. So, Isnin lepas bawak anak2 ke Tesco tanpa tujuan. Terus grab barang2 nak buat spaghetti. Saya buat spaghetti senang je. Beli sos readymade. Tambah apa yang patut je. Malas nak buat from scratch.



My all time favorite is Leggo's Alfredo. Tambah cili api bagi pedas skit. Baru terangkat skit bila makan. Tapi Leggo's Alfredo ni susah nak dapat la. Bila kita tak rasa nak beli ada je kat rak tu. Bila time nak beli je mula ler takde. Sabo je la.



Bila dah takde saya beralih ke Preggo Carbonara. Not bad le rasanya. Sebab pernah rasa Along masak dulu. That's why berani beli yg ni. Tapi saya prefer Leggo's Alfredo lagi. Dah 3-4 kali masak guna Carbonara ni.


Tapi baru2 ni masa beli barang2 nk buat spaghetti terpandang Prego Alfredo Mushroom. Tin yg color coklat tu. Dengan harapan rasanya lebih kurang Leggo's la. Bila nak masak bukak tin, tgk color dah lain. Color sos Prego ni keruh skit. Tak seputih Leggo's. Bau pon kuat bau shitake mushroom yg saya tak gemor sangat.

Tapi dah beli masak je la kan. Macam biasa tambah cili api. Masak dgn air dulu supaya takde nak tercirit2 pas makan. Habis satu rumah bersin termasuk si Hannah. Tapi nape tukang masak tak bersin langsung eh. hhmmm..

Sebagai tambahan tambah bawang merah skit, cendawan butang dan udang. Kalau dulu suka tambah chicken ham tu. Tapi dah en.hubby tak makan ayam. So stick dgn udang je la.

En.hubby walau tgh selsema dan deria rasa yg kureng skit still makan 2 pinggan. Memang lapar tak pon demi menjaga hati isteri. huhuhuhu...

Jemput Makan



Note: Prego & Leggo's photo google saje.

No comments: