Wednesday, November 10, 2010

Qaseh & Upin & Ipin




Dalam banyak cartoon yang Mama cuba introduce to Qaseh. Upin & Ipin juga menjadi pilihan Qaseh. Qaseh langsung ler tak layan Playhouse Disney tu. Bila buka channel 613 end up Mama yang tengok. Dibo the gift dragon, Higglytown Heroes, Pocoyo, Handy Manny, Jungle Junction etc..semua tak layan.


Tapi Qaseh layan Upin & Ipin ni kat youtube ngn HP papa je. Asalnya ajar dia tengok Upin&Ipin ni kat HP papa sebab untuk pujuk Qaseh dari meragam dalam erti kata lain bagi dia duduk diam. Tapi skang macam dah jadi satu kemestian.


Sikit2 Qaseh akan minta "Pipin Na??" tu maksudnya nak tengok Upin&Ipin le tu.

Sebelum tidur dia akan tengok Upin&Ipin sampai tertidur. Bagi tengok dari HP papa je. Ade le 4 episode dalam HP papa tu. So dia akan berulang-ulang kali tengok sampai tidur. Tak pula dia bohsan dah tgk mende yang sama hari2.

Setakat ni belum ajar tengok dvd kat TV lagi. Takut kang bila dah ajar dia akan control TV je plak. Tak dapat nk tengok cerita lain.

Kegilaan Qaseh terhadap Upin&Ipin bukan setakat itu sahaja tau. Setiap kali dia nampak logo TM mesti dia akan cakap "Pipin!!!"



Mula2 Qaseh buat macam tu masa kami lalu depan bangunan TM kat Batu Gajah. Masa tu belum mula habit tgk Upin&Ipin lagi. Tiba-tiba dia bleh jerit "Pipin"..Mama & papa cam blurr le juga. Mana ada Upin&Ipin kat situ. Few seconds after that baru papa perasan. Kan ke Upin&Ipin ada iklan dengan TM..

Bijak..bijak..bijak..Mama juga yg lambat pick up..hahahaha...

3 comments:

Huda said...

hihi..bijak2 :)husna lak asal tgk kartun melayu 3d cam iklan belilah barangan buatan msia dia akan sebut ipin :)

. i . n . a . z . said...

hahahha... zara pun panggil upin ipin tu pipin. sebab ada logo tm tu, satu hari abah zara cakap kat zara "gaji abah sikit sebab talikom nak bayar tv, bagi zara tengok upin ipin"

NURUL said...

anak ku tak pandai lg nak tgk upin ipin. mesti seronok kalu dia dah faham tgk kartun. dia cuma suka dgn iklan tv 3 tu :)